You are on page 1of 11

Pengurusan Makmal

UNIT 6
PENGURUSAN MAKMAL
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat:
1.
2.
3.

Menjelaskan maksud pengurusan organisasi pembelajaran sains.


Menjelaskan aspek-aspek utama dalam pengurusan makmal sains.
Menghuraikan langkah integrasi makmal sains dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sains.

Pengurusan organisasi: makmal sains sekolah

engurusan merujuk kepada sesuatu badan yang bertanggung jawab melaksanakan sesuatu tugas
sehingga mencapai objektif yang dirancang. Badan yang dimaksudkan ditubuhkan secara formal
atau bukan formal. Penubuhan pengurusan secara formal sudah tentu mempunyai tanggung

jawab yang

besar kerana terletaknya ketetapan atau peraturan bertulis yang jelas dimana kuasa

menubuhkan badan tersebut. Makmal sains adalah satu bentuk organisasi pengurusan yang formal.
Makmal sains mempunyai peraturan dan ketetapan bertulis dengan ini menggambarkan tanggungjawab
yang wajar dipenuhi bagi menyokong kepada matlamat pelaksanaan kurikulum sains sekolah.
Tterdapat lima aspek pengurusan yang menjadi tunggak kepada sesuatu pengurusan agar mencapai
matlamat dikehendaki iaitu a) penentuan matlamat b) perancangan c) perkhidmatan dan penyelenggaraan
sumber d) pemonitoran, dan e) penentuan piawai. Kelima-limanya saling berkaitan membentuk pertalian
erat. Pertalian erat diterjemahkan kepada fungsi yang saling menyokong antara satu sama lain dalam
membentuk pengurusan yang cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

78

Pengurusan Makmal

Penentuan
matlamat

Penentuan
piawai

Pengawalan
pelaksanaan

Perancangan

Perkhidmatan dan
penyelenggaraan
sumber

Pertama, penentuan matlamat memberi panduan supaya semua ahli di dalam organisasi ini mengetahui
hala tuju yang jelas. Penulisan matlamat menjelas gerak balas dan tanggungjawab ahli untuk mendorong
ke arah yang ditetapkan.

: Apakah matlamat makmal sains ditubuhkan?


Kedua, perancangan yang bererti merancang untuk melaksanakan bagaimana untuk mencapai matlamat.
Perancangan memerlukan pemikiran strategik mencari jalan dan beusaha untuk melaksanakan agar
mencapai matlamat yang ditentukan.

: Apakah yang boleh dirancang oleh guru sains menerusi penggunaan makmal sains
secara optima?
Ketiga, perkhidmatan dan penyelenggaraan sumber adalah merujuk kepada sumber dari manusia dan
peralatan yang diberi tanggung jawab di bawah pengurusan yang ditetapkan. Di dalam sesuatu
pengurusan penggunaan sumber manusia adalah perlu digunakan secara bijak untuk memberi kesan
positif kepada pembangunaan organisasi. Peralatan dan bahan menjadi sumber menyokong kepada kerjakerja yang hendak dilaksanakan. Antara yang penting adalah peralatan dan bahan berada pada tahap
kesediaan memuaskan dari aspek kecukupan dan kebolehgunaan pada masa yang diperlukan.

79

Pengurusan Makmal

Namun aspek piawai dengan maksud kualiti dan kuantiti perlu juga dilihat supaya memenuhi dengan
keperluan sesuatu tindakan. Piawai termasuklah nisbah bilangan pelajar bagai setiap ujikaji. Nisbah
peralatan bagi bilangan tertentu pelajar. Saiz kerusi dan meja makmal. Bilangan kipas penyedut udara bagi
setiap bilik. Banyak lagi yang boleh dirujuk bagi menyokong modul ini.
: Apakah sumber manusia dan peralatan yang terdapat dalam organisasi sesebuah
makmal sains?
Keempat adalah merujuk kepada pengawalan pelaksanaan. Pelaksanaan menggambarkan tindakan bagi
menggunakan keseluruhan sumber yang ada untuk mencapai maklamat pengurusan ditetapkan. Kejayaan
sesuatu badan pengurusan terletak kepada keupayaan dan kemampuan pelaksanaan. Makin cekap dan
berkesan pelaksanaan memberi hasil atau pulangan yang berkualiti.
Kelima adalah pengawalan piawai. Pengawalan piawai meletakkan tahap tertentu bagi menentukan mutu
pengurusan mencapai tahap memuaskan pelanggan. Contohnya meletak tanda arahan peraturan dan
label tertentu untuk urus keselamatan dan pematuhan penggunaan bahan-bahan kimia tertentu.

Pengurusan Makmal Sains

endekatan pembelajaran kini mengutamakan penglibatan aktif pelajar. Pelajar kini diberi peluang
untuk berinteraksi dengan menggunakan kemahiran proses sains dengan optima. Kaedah yang
mengutamakan pemerhatian dan melakukan amali dirancang dalam pengajaran dan

pembelajaran sains sekolah rendah. Dengan kata lain kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang utama
adalah memerhati, membuat atau melakukan sesuatu atau hand-on di samping mind-on.
Kegiatan tersebut

sepatutnya mempunyai persediaan persekitaran fizikal yang menyokong aktiviti

tersebut. Oleh itu bilik yang dikenali makmal sains disediakan. Konsep makmal sains memberi peluang
pelajar mempelajari sains menerusi kegiatan amali, pemerhatian, penyiasatan dan penemuan dalam
persekitaran terkawal.

80

Pengurusan Makmal

Makmal sains seharus mempunyai kemampuan menyediakan peluang pembelajaran sains secara
maksima. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran sains yang baru mengikut tahap
mereka menerusi penyepaduan penggunaan peralatan, bahan dan persekitaran fizikal yang sesuai.
Penggunaan bilik/makmal sains menyokong sebarang aktiviti pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh
guru. Bagi tujuan perbincangan berikut dipaparkan peta minda yang boleh dijadikan panduan dalam
mengurus bilik/makmal sains.

Keselamatan: Alatan: Pertolongan


Cemas, Pemadam Api,
Peraturan Keselamatan

Sumber Manusia:
Penyelaras,
Pembantu makmal

Aspek utama
pengurusan
makmal sains

Fizikal: Stor, Bilik, Perabot,


Sumber elektik, gas, dan air,
Pengedaran udara,
Pencahayaan, Projektor

Media pengajaran : Spesimen, CD,


Internet, Buku rujukan, Carta,
Model, Alatan dan bahan Sains ,

1.

Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bagi sesebuah makmal


sains?

2.

Apakah aspek fizikal yang menjadi keperluan bagi sesebuah bilik/makmal sains?

3.

Senarai alatan yang mustahak untuk mengatasi kebakaran?

4.

Senarai contoh alatan dan bahan bantu mengajar yang patut terdapat dalam
sesebuah makmal sains.

81

Pengurusan Makmal

5.

Tuliskan sekurang-kurangnya lima peraturan keselamatan yang terdapat di makmal


sains sekolah anda.

Alatan yang sedia


digunakan untuk
menjalankan
eksperimen

Integrasi Makmal Sains Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

roses pengajaran dan pembelajaran sains memerlukan aktiviti seperti menjalankan ekperimen,
demontrasi dan projek. Dengan itu aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran saintifik. Bagi tujuan
tersebut panduan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menjelaskan

perkara tersebut. Umumnya aliran tindakan yang memerlukan guru meneliti keperluan. Bermula dengan
meneliti isi kandungan. Kebanyakan tajuk sains memerlukan penerokaan dengan penglibatan pelajar.
Amat wajar berfikir keperluan yang dilihat dari perspektif pelajar bukan sekadar melihat dari perspektif guru
yang telah banyak pengalaman dan mengetahui tentang sesuatu tajuk. Guru seharus tidak terlalu mengikut
modul semata-mata di mana kebanyakannya modul dalam bentuk gambar. Guru mampu menggunakan
kreativiti menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih menarik. Adalah wajar diingatkan bahawa
pembelajaran akan menjadi berkesan sekira boleh melibatkan pelajar dengan meningkatkan kesemua
deria di samping kemahiran proses sains yang sesuai.

Sekumpulan pelajar
sedang menjalankan
eksperimen di makmal.

82

Pengurusan Makmal

Berikut dipaparkan cadangan aliran ringkasan keperluan yang wajar dipertimbangkan sebelum melibatkan
makmal sains dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kurikulum

Keperluan kaedah
dengan makmal

Hasil
pembelajaran

Tajuk yang sesuai


Keperluan isi kandungan didedah secara konkrit dan
mengalami sendiri dari pengalaman langsung

Kaedah: Eksperimen, Tunjukcara, Projek


Kemahiran saintifik, kemahiran berfikir dan sikap
Perkhidmatan makmal sains yang sesuai: Persediaan Alatan
dan Bahan, sumber rujukan

Pencapaian kandungan mengikut standard pembelajaran


yang diharapkan
Pencapaian pengalaman kemahiran saintifik

Contoh Aktiviti Makmal Perlu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains


Antara contoh aktiviti yang memerlukan dilakukan di makmal sains adalah : Membuktikan bahawa
keperluan air dalam percambahan biji benih dengan melakukan eksperimen. Contoh membandingkan bijih
benih yang dilembabkan dengan air berbanding dengan biji benih tanpa dilembabkan dengan air. Menguji
suhu didih air dengan jangka suhu. Mencatat suhu ais dengan jangka suhu. Mengukur arus yang dialirkan
dari sebuah bateri untuk menyala sebiji mentol. Membukti tekanan air yang sama dari saluran yang
berlainan arah. Menunjukkan bayang yang dihasilkan dari pancaran cahaya. Menunjukkan cepahan
cahaya setelah melalui trapizam kaca.
Contoh aktiviti pengajaran dan situasi bilik darjah
Seorang guru bertanya pelajar mereka. Bagaimanakah biji benih bercambah? Adakah
di kalangan anda melihat biji benih bercambah? Apakah yang berlaku dengan
pertanyaan tersebut?. Malang sungguh tidak seorang pun pelajar menjawab. Bolehkah

83

Pengurusan Makmal

guru meneruskan pengajarannya? Bolehkah perubahan dilakukan. Bolehkah guru


mengambil jalan mudah dengan menunjukkan fakta atau konsep sains berkaiatan
dengan percambahan biji benih.
Pembelajaran sains yang menekankan kepada kontektual dan inkuiri memerlukan
pendedahan pelajar kepada perkara sebenar. Di sinilah keperluan guru membawa
pelajar untuk melakukan ujikaji di makmal sains. Bersediakah makmal kita?

Apakah ujikaji yang sesuai? Apakah hipotesis yang ingin diuji? Apakah
langkah-langkah yang patut dilakukan? Apakah perkara yang direkod atau diberi
perhatian? Apakah yang bakal diperhatikan? Apakah rumusan yang boleh dibuat?

Rujukan Penting Bersama Modul Ini


Anda boleh rujuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6
yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2003.
Dokumen ini menjelaskan mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran sains.

Pastikan anda

mendapatkan senaskah kurikulum tersebut dan jadikan sebahagian dari modul ini. Namun begitu bagi
memudahkan anda, bersama ini disediakan petikan berikut.
Petikan dari dokumen tersebut menyatakan: Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains
mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan
penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke
tahap yang optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat
mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara
eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah
yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan
daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang
mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap

84

Pengurusan Makmal

saintifik. Pembelajaran berfikrah boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains,
teknologi dan masyarakat, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri,
Bagaimanakah melaksanakan pendekatan-pendekatan tersebut?
Dokumen tersebut menjelaskan pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti

eksperimen,

perbincangan,

simulasi,

projek,

penggunaan sumber luar bilik darjah,

kajian masa depan

dan penyelesaian masalah.

Dalam dokumen ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif
pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan aktiviti pembelajaran.
Walau bagaimanapun guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti pembelajaran jika perlu. Berikut
dipaparkan petikan cadangan aktiviti pembelajaran yang mana memerlukan penggunaan makmal untuk
tujuan menjalankan eksperimen.

85

Pengurusan Makmal

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Sains Dan Teknologi


Kementerian Pelajaran Malaysia kini mengeluarkan dokumen dikenali Kurikulum Standard Sekolah
Rendah Dunia Sains Dan Teknologi Tahun Satu 2010. Dokumen ini hendaklah dirujuk dan hendaklah
dibaca bersama modul ini. Anda boleh akses di laman seperti di bawah
(http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=227&Itemid=83)

86

Pengurusan Makmal

Dokumen ini adalah penting bagi tujuan menjelaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran sains yang
memerlukan perkhidmatan makmal sains. Di samping itu terdapat buku-buku rujukan sains dan bahan dari
internet yang boleh menyumbang pengetahuan dan kemahiran sains dalam pelbagai perkara.

Sekarang bayangkan aktiviti atau kegiatan pembelajaran sains yang boleh dijalankan dalam
sesebuah makmal sains sekolah rendah. Nyatakan beberapa contoh kegiatan pembelajaran yang biasa
dijalankan. Bincangkan bagaimana meningkatkan input daripada pengurusan makmal sains sekira ingin
menjadikan kedgiatan pembelajaran tersebut lebih menarik?

PENILAIAN KENDIRI
1. Bincangkan bagaimanakah pengurusan makmal menyokong pembelajaran sains?
2. Bincangkan aspek keselamatan yang wajar dipertimbang oleh seseorang guru
Sains.

87

Pengurusan Makmal

3. Bincangkan pertimbangan yang wajar diambil sebelum menjalankan pengajaran


dan pembelajaran di makmal sains.
4. Rancangkan satu topik yang memerlukan kaedah eksperimen.

RUJUKAN
Butcher, C., Davies, C. & Highton, M. (2006). Design learning from module outline to effective
teaching.New York: Routledge
Dick, W., Carey, L. & Carey, J.O. (2005). The systematic design of instruction. 6 thEd. Ney York: Pearson
Gagnon, G.W. & Collay, M. (2006). Constructivist learning design. Thousand Oaks: Corwin Press
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dunia Sains dan Teknologi
Tahun Satu.
Tileston, D. W. (2004). What teacher should know about Media and Technology.Thousand Oaks: Corwin
Press

88

You might also like