You are on page 1of 4

PMM/JKM/J5200/SESI JULAI 2009

SOALAN 1
a) Terangkan perbezaan utama di antara gandingan tegar dan gandingan
boleh lentur terhadap tegasan yang dialami oleh aci yang disambungkan.
( 6 markah)
b) Nyatakan istilah cekam dan brek.
( 4 markah)
c) Satu cekam plat mempunyai tiga cakera pada aci pemacu dan dua cakera
pada aci terpacu dan di antaranya dapat memberikan empat pasang
permukaan bersentuh, tiap-tiap satu 240 mm garis pusat luarnya dan 120
mm garis pusat dalamnya. Diandaikan tekanannya sekata, dapatkan
jumlah beban pegas yang menekan plat-plat itu untuk menghantar 25 kW
pada kelajuan 1575 psm. Ambil pekali geseran, = 0.3. Jika ada enam
pegas, kekakuan tiap-tiap satunya 13 kN/m dan tiap-tiap satu permukaan
bersentuhnya telah haus sebanyak 1.25 mm, berapakah kuasa
maksimum yang boleh dihantarkan pada kederasan yang sama,
diandaikan hausnya sekata dan pekali geserannya sama seperti dahulu.
( 15 markah)

- 2/5-

PMM/JKM/J5200/SESI JULAI 2009

SOALAN 2
a) Nyatakan DUA (2) pecahan utama cekam geseran beserta contoh siap
satu.
( 4 markah)
b) Nyatakan maksud dan definasi sistem brek?
( 4 markah)
c) Terangkan TIGA (3) kelebihan penggunaan sistem brek bagi jenis berikut:
i)

Jenis bengkok
( 3 markah)

ii)

Jenis Cekam
( 3 markah)

d) Satu cekam plat mempunyai 3 keping cakera pada aci pemacu dan 2
keping cakera pada aci terpacu dan ini memberi 4 pasang permukaan
sentuh. Di mana setiap satu berukuran 240 mm diameter luar dan 120
mm diameter dalam. Anggapkan tekanan malar. Cari jumlah Tork dan
beban spring yang menekan pada plat tersebut supaya 25 Kw kuasa
dapat dihantar pada kelajuan 1575 psm. Ambil = 0.3.
( 11 markah)
SOALAN 3
a) Nyatakan definasi bagi pemacu rantai.
( 5 markah)
b) Dengan menggunakan gambarajah, terangkan yang berikut:
i)

sporket

ii)

rantai senyap

iii)

talisawat bergigi
( 9 markah)

c) Terangkan cara-cara pemasangan pemacu rantai.


( 7 markah)
d) Terangkan cara-cara penjagaan pemacu rantai.
( 4 markah)

- 3/5-

PMM/JKM/J5200/SESI JULAI 2009

SOALAN 4
a) Satu motor 15 kW dengan kelajuan pusingan maksimum 960psm
mempunyai aci yang diperbuat dari keluli lembut berdiameter 40 mm.
Kekunci dan aci diperbuat dari bahan yang sama dengan tegasan riceh
yang dibenarkan ialah 56N/mm2 dan tegasan pecah ialah 112 N/mm2.
Tentukan dimensi berkaitan bagi kekunci jika,
i) W = d/4

dan

t = 2/3 W
( 9 markah)

ii) Motor akan dipasang dengan satu gear yang mempunyai panjang
hub 30 mm.
( 4 markah)
b) Galas bebola jenis sebaris mempunyai diameter dalam, 120 mm dan no.
rekabentuk 6024 digunakan pada pemampat aliran paksi dengan kelajuan
1600 pusingan seminit. Beban jejarian ialah 2500 N dan beban paksi ialah
1500 N. Tentukan:
i)

Beban setara bearing.


( 8 markah)

ii)

Jangka hayat bearing itu dalam tahun


( 4 markah)

- 4/5-

PMM/JKM/J5200/SESI JULAI 2009

Soalan 5
a) Huraikan maksud dan kepentingan lengan penyambung.
( 5 markah)
b) Terangkan jenis-jenis lengan penyambung berikut:
i)

Penyambung hubungan

ii)

Penyambung pivot

iii)

Penyambung tindakan togel


( 6 markah)

c) Terangkan EMPAT (4) jenis sesondol.


( 4 markah)
d) Terangkan secara ringkas penggunaan sesondol.
( 5 markah)
e) Terangkan secara ringkas jenis-jenis pergerakan pada pengikut.
( 5 markah)
SOALAN 6
a) Nyatakan fungsi skru kuasa dan berikan TIGA (3) bentuk ulir skru kuasa.
( 6 markah)
b) Nyatakan takrifan kecekapan bagi satu skru kuasa.
( 4 markah)
c) Satu skru kuasa berbentuk ulir segiempat mempunyai 5 cm garispusat
min dan 1.25 cm pic dikendalikan oleh satu tuil tangan berukuran 50 cm
panjang. Pekali geseran untuk ulir ialah 0.1. Tentukan daya yang perlu
dikenakan pada hujung tuil tersebut untuk mengangkat beban 20 kN.
( 15 markah)

- 5/5-

You might also like