You are on page 1of 9

Untuk Semester 7 kami telah diberi tugasan Bina Insan Guru (BIG).

Tajuk yang
diberikan adalah adalah aktiviti Benchmarking sekolah cemerlang. Tugasan ini diberikan
secara berkumpulan. Kumpulan kami adalah seramai 12 orang. Kami telah mengagihkan
tugasan mengikut kriteria masing-masing . Setelah kata sepakat dipersetujui, kami telah
menyiapkan kertas kerja untuk mengadakan lawatan benchmarking ke Sekolah Kluster
Kecemerlangan iaitu Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas.

Tanggal 4 November 2014, kami telah bertolak ke SKK Rantau Petronas (SKKRP)
dan tiba di sana pada jam 10 pagi. Kedatangan

kami disambut meriah dan di sajikan

dengan persembahan tarian oleh pihak sekolah.

Tarian ini dipersembahkan oleh para

pelajar SKKRP yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Kami juga diberi kesempatan meninjau persekitaran sekolah yang pada hemat kami
sekolah ini mempunya persekitaran yang bersih dan teratur. Landskap

yang menarik

walaupun mempunyai ruang yang terhad. Walaupun cuaca redup dan sedikit hujan, kami
masih dapat menikmati keceriaan di sekolah berprestij ini.

Seterusnya kami dibawa ke bilik Wisdom Castle iaitu bilik taklimat. Guru besar SKK
Rantau Petronas sendiri iatu Puan Hajah Khadijah bt Sulaiman memberi taklimat tentang
kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh SKK Rantau Petronas.

Menurut Puan Khadijah, sekolah ini mula beroperasi pada 1 Julai 1987 dan
dikendalikan oleh Lembaga Pengurusan ( pengelola Sekolah) dan dikenali dengan nama
Sekolah Rantau Petronas.
kepada KPM.

Bermula

jan 1989 pihak petronas menyerahkan sekolah ini

Status sekolah telah bertukar daripada sekolah swasta kepada sekolah

bantuan kerajaan gred B dan dikenali dengan nama sekolah kebangsaan Rantau Petronas.
Bermula tahun 2003 hingga sekarang SKRP telah dinaikkan gred A dan mendapat
pengiktirafan sebagai seekolah Kluster kecemerlangan pada tahun 2011 sehingga kini SKRP
ini telah ditadbir oleh 4 orang Guru Besar.

Dalam taklimat ini juga, dapat dirumuskan bahawa sekolah ini banyak menyertai
pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan di peringkat negeri, kebangsaan
dan antarabangsa . Di antara kejayaan yang telah dicapai ialah :

TAHUN
2010

PERTANDINGAN
Peringkat Negeri
1. Pertandingan Olahraga-Lontar Peluru (Pingat Perak)
2. Pertandingan Squasy L/P (Johan)
3. Pertandingan Action Song (Johan)
4. Pertandingan Smart English (Johan)
5. A Moment In English, anjuran Exxon Mobil dan JPNT
6. Robotik; Adventure Race (ke 3)
Peringkat Kebangsaan
1. Pertandingan Action Song (Johan)

2011

Peringkat Negeri
1. Pertandingan Skuasy L (Johan)
2. Pertandingan Robotik (naib johan)
3. Pertandingan Mural Kebangsaan Negeri Terengganu (Johan)
4. Pertandingan Action Song (Johan)
5. Pertandingan Bercerita Tahap 1 (johan)
6. Konvensyen Doktor Muda (Johan)
7. RHB news Straits Tims National Spell It Right Challange (Johan)
8. Choral Speaking Petronas Streetsmart
9. Pertandingan Bercerita Sains Tahap Satu(naib johan)
10. Pertandingan Tarian anjuran JPNT
11. kursus Kepimpinan Unit Beruniform
Peringkat Kebangsaan
1. Pertandingan Skuasy MSSM
2. Pertandingan Action Song (Johan)

3. Perkhemahan Rukunegara

2012

Peringkat Negeri
1.
2.
3.
4.
5.

Pertandingan Golf dan Skuasy MSST(Johan)


Pertandingan catur dan Lontar peluru (Johan)
Pertandingan story Telling, Smart English (Johan)
Program Keselamatan Berbasikal
Pertandingan Robotik ke-2

Peringkat Kebangsaan
1. Klinik Skuasy Bersama Kem. Belia Dan Sukan dan AISA
2. Pertandingan Golf dan Skuasy MSSM
3. Skuasy CIMB Rising Star
4. Skuasy Zon Pantai Timur
5. Pertandingan Lontar Peluru/Catur MSSM
6. Pertandingan Catur Junior Open (Naib Johan 12)
7. Kejohanan Boling Junior Bawah 12
8. The Giant Board Game (Saguhati)
9. Tatih Seni Noraniza Idris-Himpunan Jutaan Belia
10. Pertandingan Esei BI Anjuran FOMCA (Saguhati)

2013

Peringkat Negeri
1.
2.
3.
4.
5.

Pertandingan Sketsa Petronas Smart Street (Johan)


Public speaking (Johan)
Pertandingan Tarian Negeri terengganu (Johan)
Kejohanan Skuasy Negeri Terengganu L/P (Johan)
Ketua Pengakap Kanak-kanak Terengganu (Johan)

Peringkat Kebangsaan
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Pertandingan Sudoku Sekolah-sekolah Rendah (SKK)(Johan)


Pertandingan Scrabble (Tempat ke-3)
Pertandingan Menulis Esei B. Inggeris FOMCA (Tempat ke-2)
Story Telling (Penyertaan)
Kejohanan Memanah (Kategori Perempuan) (Tempat ke-3)
Kejohanan Boling Remaja Kebangsaan (Tempat ke-5)

Peringkat Antarabangsa
1. Skuasy Milo All Star
2. Penang Open International Squash
3. Kangaroo Math Competition (Saguhati)

2014

Peringkat Negeri

1. Pertandingan RIMUP Peringkat Negeri (Johan)


2. Pertandingan Action Song Negeri (Naib Johan)
Peringkat Kebangsaan
1. Pertandingan RIMUP Peringkat Kebangsaan (Anugerah Khas Juri)
2. Pertandingan Action Song Antara SKK (Johan)
3. 2nd National Scrabble Challange (Tempat ke-5)
Peringkat Antarabangsa

1. The 4th International Invitation Taekwando Tournament 2014 (ke3)


Selain daripada itu, SSKRP juga mendapat pengiktirafan dan anugerah dalam
pelbagai bidang. Antaranya ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Anugerah Tawaran Baru Guru Besar 2010, 2011, 2012 dan 2013
Anugerah Terbaik UPSR mengikut GPS tahun 2010 & 2012
Anugerah Sekolah Cemerlang Daerah Kemaman 2010, 2011dan 2013
Anugerah Sekolah Cemerlang Program Doktor Muda
Anugereah Sekolah Cemerlang Peperiksaan Awam UPSR 2013
Anugerah Khas Pengurusan Kokurikulum Pengurusan/Sumbangan/Pencapaian
dalam Aktiviti Kokurikulum Peringkat Daerah & Negeri (Kategori Sek. Rendah)
Tahun 2013

Dalam bidang akademik pula, SKKRP mempunya pencapaian rekod pencapaian


UPSR yang amat cemerlang. Bermula tahun 2009 dan berterusan hingga ke tahun 2013.

GRED PURATA SEKOLAH


1.7
1.65
1.6
1.55

GRED PURATA SEKOLAH

1.5
1.45
1.4

SKKRP

juga

mengadakan

jaringan

dengan

sekolah-sekolah

dalam

Negeri

Terengganu dan juga di luar Terengganu seperti:


1. SMK Mak Lagam Kemaman
2. SK SG Petani, Kedah
3. SK Pasir Raja, Dungun
4. SK Bukit Anak Dara, Kijal, kemaman
5. SK Teluk Gadong, Klang, Selangor
6. SK Bukit Senggeh, Melaka
7. SK Che Latiff, Kota Bharu kelantan
8. SK Zainab 2 , Kota Bharu kelantan
9. SK KG Baru Kerteh, kemaman
10. SMK Rantau Petronas, Kemaman
11. SK Ulu Melaka, Langkawi, Kedah
12. SK Ganun, Alor Gajah, Melaka
13. SK Assunta, Kuantan, pahang

SKKRP juga turut mengadakan jalinan dengan badan-badan bukan kerajaan atau
NGO seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT


Madrasah Darul Mizan, Kemboja
Melta-20th Melta International Conference-English language Education
Persatuan Khazanah Rakyat MA Daerah (MEKAR)
Penganjuran Klinik Skuasy Zon Timur Bersama Kementerian Belia Dan
Sukan

6. Penganjuran Klinik Skuasy Zon Timur Bersama Akademi Skuasy Azlan


Iskandar (AISA)
7. Jabatan kebudayaan Negeri Terengganu
8. Kolej Universiti TATI
9. Institut Terjemahan negara

Oleh kerana latar belakang yang cemerlang, skkrp telah dikunjungi oleh pelbagai
pihak seperti:
TAHUN
2007
2008
2009
2011
2012

LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)


Guru Besar, Perth, Australia
GPK Pentadbiran , Pearth, Australia
1. Penyelaras UPSR, Melbourne, Australia
2. SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu
1. Penyelaras UPSR, seoul, Korea
2. SK Pasir Raja, Dungun, Terengganu
1. SK Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan
2. SK Kg baru , Kerteh
3. SMK Rantau Petronas
4. Kolej Universiti TATI

Setelah mendengar taklimat dan melihat pencapaian dan kecemerlangan SKKRP ini,
ianya pengalaman kami pengalaman baru. Dapatlah kami membuat kesimpulan bahawa
dalam melahirkan atau menjadikan sesebuah institusi pendidikan itu cemerlang amnya dan
sekolah rendah khasnya, kerjasama semua pihak bermula daripada pentadbiran sekolah,
warga pendidik , ibubapa dan pelajar mestilah ada. Pihak pentadbir sebagai perancang dan
pemantau dan mestilah memastikan setiap perancangan sesuai dan dijalankan dengan baik
agar berjaya dalam semua bidang sama ada kurikulum dan kokurikulum.
Malah bagi kami, ianya memberikan bersemangat untuk mencontohi kerja buat warga
di sekolah ini. Kami akan mengaplikasikan ilmu yang sangat berharga ini ke sekolah masingmasing. Kami akan jadikan sebagai garis panduan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti atau
program di sekolah kami. Kami sangat berpuashati dengan sambutan dan layanan yang
diterima. Terima kasih kepada semua terutama pihak pengurusan SKKRP.

You might also like