You are on page 1of 4

SOALAN

BINCANGKAN

PEMERINTAHAN

BAGAIMANAKAH

NEGARANYA.

TUNJUKKAN

MALAYSIA

MENGURUSKAN

BAGAIMANAKAH

SISTEM

SISTEM

INI

DAPAT

MEMPERTAHANKAN DEMOKRASI DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

Draf Assigment Individu


1.0 Pengenalan
Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Oleh itu, dalam
sistem pemerintahannya, penglibatan semua kaum dalam adalah perlu. Hal ini untuk
memberi keadilan dan membentuk kemakmuran dalam kalangan rakyat malaysia untuk
memudahkan malaysia melalui proses membentuk sebuah negara bangsa.
Oleh itu, dalam usaha membentuk sebuah negara bangsa, Malaysia telah mengamalkan
sistem

pemerintahan

yang

berpegang

kepada

tiga

teras

utama

iaitu

raja

berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan Negara persekutuan.

2.0 Sistem Pemerintahan di Malaysia


2.1 Raja Berperlembagaan
Menurut Perlembagaan Persekutuan kuasa pemerintahan terletak di tangan Yang diPertuan Agong. Namun Perdana Menteri dan kabinetnya yang menjalankan kuasa
eksekutif atas YDPA. YDPA merupakan lambang perpaduan dan tonggak kekuasaan
Malaysia. Baginda mejalankan tugas-tugas simbolik. YDPA mempunyai kuasa budi
bicara untuk :i.
melantik Perdana Menteri.
ii.
memperkenan atau tidak, permintaan membubarkan Parlimen.
iii.
menitah untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-raja

untuk

membincangkan isu-isu tentang kedudukan, keistimewaan dan kehormatan


iv.
v.
vi.

raja-raja Melayu.
Ketua agama bagi negeri tidak beraja.
berkuasa mengisytiharkan darurat jika keselamatan Negara terancam.
memperkenan rang undang-undang yang dibuat oleh Parlimen.

2.2 Demokarsi Berparlimen


Maksudnya pemerintahan secara perwakilan

Rakyat melaksanakan pemerintahan negara melalui pemilihan perwakilan dalam


pilihanraya yang diadakan setiap 5 tahun.
Ciri-ciri demokrasi berparlimen :
i.
Rakyat memilih ahli dewan perwakilan (Dewan Rakyat) dan kemenangan majoriti
dalam kerusi Dewan Rakyat oleh parti akan menentukan jawatan Perdana
ii.

Menteri dalam parti berkenaan.


Kemudian, Perdana Menteri akan melantik jemaah menterinya daripada ahli-ahli
dewan Parlimen

2.3 Negara Persekutuan


Pentadbiran Negara dibahagikan kepada 3 iaitu peringkat pusat (kerajaan pusat),
peringkat negeri (kerajaan negeri) dan peringkat tempatan (kerajaan tempatan).
Kuasa dibahagikan antara sebuah kerajaan pusat dengan 13 buah kerajaan negeri.
Kerajaan pusat memerintah keseluruhan Malaysia melalui pentadbiran di ibu negara
Kuala Lumpur. Pentadbiran negeri dibuat oleh kerajaan negeri.
Kerajaan pusat melaksanakan tugas terhadap perkara-perkara dalam Senarai
Persekutuan dan Senarai Bersama.
Kerajaan negeri malaksanakan tugas terhadap perkara-perkara dalam Senarai Negeri
dan Senarai Bersama.

3.0 Pembinaan Negara Bangsa


3.1 Negara

Satu unit politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab serta kuasa untuk
menjalankan pemerintahannya sendiri. Negara berfungsi sebagai perantaraan antara
pemerintah dengan masayarakat.
3.2 Bangsa
Merangkumi beberapa kumpulan ras atau etnik yang disatukan dibawah satu sistem
pemerintah dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama untuk
mematuhi perlembagaan bangsa itu.
3.3 Negara Bangsa
Sebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu.
Mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan
undang-undang yang dilaksanakan di Negara tersebut.
.membentuk sebuah Negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan
yang dikongsikan bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera,berintegrasi wilayah-wilayah
dan

kelompok-kelompoknya,

menikmati

kehidupan

bersama

yang

sepenuhnya

berasakan persamaan hak dankeadilan, membentuk sebuah Negara Malaysia dengan


rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap Negara tersebut.
Faktor pembentukan Negara bangsa
i.
Lingua franca
ii.
Integrasi
iii.
Kewarganegaraan
iv.
Patriotisme
v.
Demokrasi
Fokus dan strategi perlaksanaan Negara bangsa
i.
Memperkasa bahasa kebangsaan
ii.
Memantapkan perpaduan Negara dan integrasi nasional
iii.
Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
iv.
Membina jati diri dan semangat patriotik dalam diri individu

4.0 Kesimpulan
Malaysia sebuah negara yang unik yang mengamalkan sistem pemerintahan berbentuk
demokrasi dalam masa yang sama tidak menghapuskan sistem pemerintahan beraja
yang telah wujud sejak sekian lama. Walaupun malaysia mempunyai penduduk yang
pelbagai kaum tetapi melalui sistem pemerintahan tersebut dapat memberi keadilan

kepada semua rakyatnya untuk sama-sama terlibat dalam sistem pemerintahan tanpa
mengira perbezaan bangsa, budaya, dan agama.

You might also like