You are on page 1of 22

1.

Sipnosis
Tajuk ini akan membolehkan pelajar mengenal pasti tiga perkara utama, iaitu konsep
fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku dan pelaksanaan sebutan baku. Fonologi
ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia.
Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik
mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat
fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi
sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem
tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan
kita.

1.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i. menjelaskan konsep fonetik dan fonologi;
ii. membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi;
iii. menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu;
iv. menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu.

1.3

Definisi
Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut
manusia.

Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna.

Apakah yang

dikatakan bunyi-bunyi yang bermakna itu? Kita sedia maklum pertuturan ialah bunyibunyi yang bermakna kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami
perkara yang dituturkan. Dengan itu, bunyi yang bermakna itu ialah bunyi bahasa.
Cuba anda fikirkan pelbagai bunyi yang boleh dihasilkan melalui mulut selain daripada
pertuturan. Misalnya bunyi siulan, batuk, dengkuran dan berdehem. Adakah bunyi ini
bermakna? Boleh ya, boleh tidak.
Oleh itu, bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna adalah yang dihasilkan oleh alat
artikulasi.

Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya adalah merumuskan,

menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan
teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Fonetik pula ialah
kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan.
Oleh itu, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan alat-alat yang menghasilkan bunyi
atau fonetik artikulasi, pendengaran, iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik
auditori dan sifat bunyi atau fonetik akustik. Seterusnya, fonemik pula ialah bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa,

iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur

bunyi bahasa itu.

Aktiviti 1
Catatkan perbezaan definisi fonologi dan fonetik yang telah anda pelajari.

1.3.1 Fonetik Artikulasi


Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian-bahagian
(artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan
pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur
(artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan
sebagainya.

1.3.2 Fonetik Akustik


Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah
gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat
diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang
diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.

1.3.3

Fonetik Auditori
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui
pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang
paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat
mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi

tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu
fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya
peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.

1.4

Perbezaan Fonetik dan Fonologi


Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan
oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa
yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.

Fonetik pula bermaksud bidang yang

mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia
memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Anda boleh membaca perbezaan antara
kedua-dua bidang kajian ini dengan merujuk buku Siti Hajar Abd. Aziz (2008).

Aktiviti 1
1. Secara berkumpulan, anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat
msklumat tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori.
2. Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di dalam kelas anda.

1.5

Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu


Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna
dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai
keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan
semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan
(2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan
Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah
sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut
dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah
berjalan serentak dengan KBSM (1988).

1.6

Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu

Sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau
sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike
dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan
diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap.
Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut
:
Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah
dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.
Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan
juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata
terbitan.
Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu
bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa
Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.
Huruf dan fonem vokal a
Sebutan Baku
Vokal a dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka,
tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal a disebut seperti mana dieja
dan dieja seperti mana dilafazkan.
Contoh:
Huruf Vokal
a

Fonem/ bunyi
[a]

Ejaan
saya

Sebutan
[sa ya]

berapa

[be ra pa]

apa

[a pa]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf i.


Berdasarkan sebutan baku, fonem vokal i perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada
terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal i

perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal i pada suku
kata tertutup dibunyikan dengan [e].
Contoh:
Ejaan
Alih

Sebutan baku
[a lih]

Sebutan Johor Riau


[ a leh]

Mukim

[mu kim]

[mu kem]

Hasil

[ha sil]

[ha sil]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf u.


Mengikut sebutan baku fonem vokal u perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak
pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal u perlu
dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal u pada suku kata
tertutup dibunyikan dengan [o].
Contohnya:
Ejaan
Betul

Sebutan baku
[be tul]

Sebutan Johor-Riau
[ be tol]

Lanun

[la nun]

[la non]

tutup

[tu tup]

[tu top)

Penyebutan Kata Terbitan


Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa
Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.

Kata terbitan dengan imbuhan awalan


Ejaan
Pengajar

Sebutan baku
[pe nga jar]

Sebutan Johor-Riau
[pe nga ja]

Pengedar

[pe nge dar]

[pe nge da]

Terasa

[te ra sa]

[te ra s]

Berlari

[ber la ri]

[ber la ri]

terangkat

[ter ang kat]

[ter ang kat]

Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris


Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa
Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.
Ejaan Standard
i) Bahasa Indonesia

Sebutan baku
[an da]

Sebutan Johor-Riau
[an da]

Sama bunyi

[mer de ka]

[mer de ka]

[bang sa]

[bang s]

[fat wa]

[fat wa]

[tak wa]

[tak wa]

[mak na]

[mak n]

[fra sa]

[fra sa]

[dra ma]

[dra ma]

Anda
Merdeka
Berbeza bunyi
Bangsa
ii)

Bahasa Arab
Sama bunyi
Fatwa
Takwa
Beza bunyi
Makna

iii) Bahasa Inggeris


Frasa
drama
1.7

Intonasi dalam Bahasa Melayu


Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan
hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama
ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat
pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan
empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai
nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2
memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu

mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan
bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan
frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya.
Sebutan bagi Nama Khas
Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang
empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan
Muhammad Hatta
James Bond
Nelson Mandela
Lim Keng Yaik
Boutros Boutros-Ghali

Sebutan
[mu.ham.mad hat.ta]
[jms bnd]
[nl.sen man.d.la]
[lim kng yk]
[but.ros but.ros gha.li]

Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan
setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan
Selangor Darul Ehsan
Bosnia-Herzegovina
Pyongyang
New Zealand
Sunway Lagoon

Sebutan
[se.la.ngor da.rul h.san]
[bos.nia her.ze.go.vi.na]
[pyong.yang]
[niu zi.lnd]
[sun.wi le.gun]

Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau
nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:
Ejaan
Bank Bumiputera
Radio Televisyen Malaysia
Universiti Teknologi

Sebutan
[bangk bu.mi.pu.te.ra]
[ra.dio t.l.vi.syen me.l.sia]
[u.ni.ver.si.ti tk.no.lo.gi me.l.sia]

Malaysia
Agensi Pengiklanan

[a.gn.si pe.ngi.la.nan mul.ti.m.dia] atau

Multimedia

[a.gn.si peng. ik.la.nan mul.ti.m.dia]

Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan
bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara

pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.
Contohnya:
Ejaan
Felda

Sebutan
[fl.da] atau (Federal Land Development Authority)

UNESCO

(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)


[yu.ns.ko] atau (United Nations Educational, Scientific

UMNO

and Cultural Organization)


[am.no] atau (United Malays National Organization)

tadika
ADUN
Plus

(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)


[ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)
[a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)
[plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi
dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi,
atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:
Ejaan
DBP
TLDM
JKKK

Sebutan
[di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)
[ti.l.di.m] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)
[j.k.k.k] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan

RTM
PLO

Kemajuan Kampung)
[ar.ti.m] atau (Radio Televisyen Malaysia)
[pi.l.o] atau (Palestinian Liberation Organization)
(Pertubuhan Pembebasan Palestin)

TAJ
UK 2 DAN 3

2.1

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

Sipnosis
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk
menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang
digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. Perbincangan turut merangkumi artikulasi
diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan.
Selain itu, perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta
konsonan dalam Bahasa Melayu.

2.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i.

Mengenal pasti definisi artikulasi, artikulator, diftong dan konsonan

ii.

Mengenal pasti alat-alat artikulasi, artikulasi vokal, diftong dan konsonan

iii.

Menghuraikan jenis-jenis alat artikulasi, artikulasi vokal, artikulasi diftong dan


konsonan Bahasa Melayu

2.3

Definisi Artikulasi dan Artikulator


Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang
terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya
mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus
nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan
bunyi-bunyi bahasa.
Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi.
Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah,
bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi
termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan
ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat
didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

2.4

Alat-Alat Artikulasi
Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan, iaitu lidah,
bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah
artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah
bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan
hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan
bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin,
1998:16-17).

2.5

Alat-Alat Artikulasi Vokal


Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan
enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u.
Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.
Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut
tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan
berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang
berkenaan dan

keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat

peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan
kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu
sempit, separuh sempit,

separuh luas dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula

terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang
ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut:

Rajah 2.1: Bahagian Lidah


Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan
bundar. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat
dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu []
dan []. Bunyi-bunyi [] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan
yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos. Layari internet untuk
melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu.

Aktiviti 2

Labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi


bahasa.

2.6

i._____________________________

vii.________________________

ii._____________________________

viii.________________________

iii._____________________________

ix.________________________

iv._____________________________

x.__________________________

v._____________________________

xi._________________________

vi._____________________________
___________________________

xii.________________________

Diftong dan Konsonan

Menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah,1997:63), diftong


(diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata
akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au]

dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan
dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru.
Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian
atau hentian sekejap-sekejap (Abdullah Hassan,2006:44).

2.7

Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu


Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh
membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #].
Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai
(Abdullah Hassan, 2006:42).
Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada
letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah
sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan
lain-lain.

2.8

Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu

Bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah. Diftong
Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut
dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai]
pandai, dan [a] dalam [pula] pulau, (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan
yang luas pada kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun,
iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai]
dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan
yang sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi.

Konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran,
malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif).
Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama
ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara

akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan contohnya p]

[pulau]

(awal) dan [atap] (akhir).


Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan
dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru.
Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang
menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t]
digabungkan dengan bunyi [] untuk menghasilkan bunyi [], manakala bunyi [d] pula
digabungkan dengan bunyi [] untuk mendapatkan bunyi [j].

Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi
sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk
menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru
akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [], dan [].

Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan
malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan
terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh
hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga
mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang
melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa
Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [], dan [h].

Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan


bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga
sama seperti untuk menghasilkan bunyi

vokal, dan sesetengah ahli fonetik

menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan
[y].

Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini
menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan
menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu
bunyi getaran, iaitu [r].

Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi
bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n],
[r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak
bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].

Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibir-gigi tak
bersuara, (ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak bersuara,
(iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi)
Geseran lelangit lembut bersuara.

Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah dirapatkan kepada gigi
atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat
kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut
dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa
menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] fikir, [hafal] hafal, dan [ma af] maaf.
Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan
geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [vkal]
vokal, [vrsi] versi, dan [univrsiti] universiti.

Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi
atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak.
Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di
daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [alaa] Selasa
(thalatha), [inen] Isnin (Ithnin), dan [hade] hadis (hadith). Cara mengeluarkan
geseran gigi bersuara pula, sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara.

Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan. Contoh


sebutan: [alem] zalim (dzalim), dan [haer] hadir (hadzir).

Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke
lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat
kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan
bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh
sebutan: [xabar] khabar, [axbar] akhbar, dan [axer] akhir.

Akhirnya, penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan


dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah,
ketika mengeluarkan bunyi [] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [aeb] ghaib,
[loat] loghat, dan [bale] baligh. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini
sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataanperkataan Melayu seperti orang [a] dan [baa] sebagai kelainan kepada getaran
gusi [r].

Aktiviti 3

1.

Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris
berikut:
(i)

ghairah

(ii)

cabar

(iii) masyhur

2.

(vi) balai
(vii) laut
(viii) sepoi

(iv) dekad

(ix) tekukur

(v)

(x) sarat

pulau

Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman


yang telah anda pelajari.

TAJUK 4

4.1

HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU

Sipnosis
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa
Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong. Huruf
konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.

4.2

Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
i.

Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu

ii.

Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu

iii. Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan
asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.
4.3

Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu


Huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan
dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42).

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh

pengaruh lidah, keadaan

rongga mulut dan bentuk bibir. Konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan
melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu
dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian
sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan
perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal, iaitu
satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah
Hassan,2006:44).

4.4

Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu

Terdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling
dan o. Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan.
Selain itu, terdapat juga tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi yang ditunjukkan dalam
Rajah 4.1 di bawah.

Huruf
Diftong
ai
au
oi

Fonem / Bunyi

Ejaan

Sebutan

[ai]
[au]
[oi]

pantai
pulau
sepoi

[pan.tai]
[pu.lau]
[se.poi]

Rajah 4.1: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu


4.5

Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu


Terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu. Konsonan tersebut
ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan gandingan dan
rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim
et.al. 2006). Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan
tersebut.
Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon)
tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Daripada segi cara
sebutan, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan, letusan,
geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.
Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada
Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris.
Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk
mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain
seperti dalam perkataan mana, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat
lain, huruf i (ilmu), a (alam), u (umur) digugurkan. Ejaan nama seperti Abdullah,
Saodah, Nor Aini sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih
terdapat dalam perkataan seperti Dato, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan
oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri.

Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan
gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh dan th.
Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu kh, gh, ny dan ng.
Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Selain itu,
empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch
menjadi c, dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah Hassan, 2006:95-96).
Sebenarnya jika anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi
Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan
kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satu huruf. Empat lagi konsonan
gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Namun,
walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya tetap sama.

Aktiviti 5
Aktiviti 4
Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.
Teliti kedudukan
vokal dalam
Melayu berdasarkan
rajah di bawah.
Kemudian
isikan konsonan
yangBahasa
dikosongkan
untuk melengkapkan
rajah
Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang
tersebut.
ditunjukkan.
Cara SebutanDaerah SebutanBibirGusiGusi-L
KerasLelangit
KerasLelangit LembutPita
Suara123456LetupantdGLetusanbjSengauanbGeseranhGetaranSisianl
Separuh Vokalbw

Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.


Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan
rajah tersebut.

Cara SebutanDaerah SebutanBibirGusiGusi-L


KerasLelangit
KerasLelangit LembutPita
Suara123456LetupantdGLetusanbjSengauanbGeseranhGetaranSisi
anlSeparuh Vokalbw

You might also like