You are on page 1of 5

RBT3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - RBT PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

TAJUK 11

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

11.1 Sinopsis

Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara menulis laporan
penyelidikan tindakan. Pelajar akan dipandu untuk memahami format dan kandungan penulisan
laporan tersebut. Tajuk ini merangkumi konteks kajian, tinjauan literatur, aspek amalan
penambahbaikan, pelan tindakan dan pelaksanaannya, pengumpulan data, analisis dan huraian
data, refleksi dan implikasi, pelan bagi tindakan susulan dan sumber rujukan yang mengikut
format yang ditetapkan.
11.2 Hasil Pembelajaran
i.Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.

11.3 Kerangka Konsep Tajuk 11

94

RBT3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - RBT PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Sumber rujukan: American


Psychological Association
(APA)

Konteks/ latar belakang kajian

Pelan bagi tindakan susulan

Tinjauan literatur

Penulisan laporan
penyelidikan
tindakan

Fokus/ aspek amalan bagi


penambahbaikan

Refleksi dan implikasi

Pelan tindakan

Analisis dan huraian data

Pelaksanaan pelan tindakan

11.4

Pengumpulan data

Pengenalan Penulisan Laporan Penyelidikan


Tindakan
Penulisan laporan penyelidikan tindakan mengambil kira beberapa aspek dan bahagian yang
penting untuk memastikan hasil laporan mengikut standard yang telah diiktiraf oleh semua.
Penulisan tersebut perlu merangkumi perkara-perkara yang dinyatakan dalam kerangka konsep
di atas. Huraian penulisan dijelaskan secara ringkas dibawah ini.
11.4.1 Konteks/Latar Belakang Kajian
Dalam kajian tindakan, penyelidik hendaklah menjelaskan konteks atau latar belakang kajian
sama ada kajian dibuat dalam konteks bilik darjah, sekolah, amalan pedagogi atau dalam
konteks-konteks lain yang lebih luas.

11.4.2 Tinjauan Literatur

95

RBT3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - RBT PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Tinjauan literatur menggunakan sumber-sumber yang boleh didapati seperti perpustakaan,


teks, jurnal, laporan tesis dan penyelidikan, akhbar dan lain-lain lagi. Penulisan tinjauan
literature hendaklah mengikut gaya dan format American Psychology Association (APA) atau
format tertentu yang telah ditetapkan.
11.4.3 Fokus/Aspek Amalan bagi Penambahbaikan
Fokus kajian hendaklah ditulis dengan jelas berdasarkan tumpuan masalah. Dalam menulis
focus kajian, sampel dan pemilihan sampel perlu dinyatakan. Contohnya:
Kajian ini berfokus kepada murid yang amat lemah dalam bacaan tulisan jawi walaupun
perkataan suku kata terbuka-terbuka.
11.4.4 Pelan Tindakan
Penyelidik hendaklah menjelaskan tentang proses penyelidikan yang telah dijalankan. Proses
ini melibatkan strategi yang dilaksanakan mengikut masalah yang dikaji. Contohnya
menjelaskan cara pelaksanaan kajian terhadap murid yang tidak dapat membezakan alif lam
qamariah dan alif lam syamsiah dalam bacaan al-Quran.
11.4.5 Pelaksanaan Pelan Tindakan
Penyelidik perlu menjelaskan kesemua langkah-langkah tindakan yang telah diambil berkaitan
persoalan yang dikaji, termasuk langkah-langkah awal seperti refleksi awal dan mendapatkan
tinjauan literatur mengikut tarikh-tarikh pelaksanaannya. Masukkan juga langkah-langkah
pelaksanaan tentang tindakan semasa seperti pentadbiran instrumen kajian, pengumpulan dan
analisis data, menjalankan tinjauan serta tindakan rawatan atau campurtangan yang dilakukan
ke atas sampel untuk melaksanakan tindakan. Jelaskan kaedah dan jenis data yang
dikumpulkan (Akhiar dan Shamsina, 2012).

11.4.6 Pengumpulan Data

96

RBT3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - RBT PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang digunakan untuk
mengumpul data. Contohnya, pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidik atau
eksperimen. Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi dan kemahiran
penyelidik. Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuan triangulasi (Akhiar
dan Shamsina, 2012).
11.4.7 Analisis dan Huraian Data
Dalam bahagian ini, bentangkan tentang penemuan baru yang utama dan diikuti dengan
penemuan-penemuan yang lain. Jelaskan sama ada hipotesis telah dipenuhi atau dapatan tidak
menyokong hipotesis. Nyatakan bagaimana data yang diperolehi akan dianalisis dan dibuat
interpretasi. Adakah perisian SPSS atau Nvivo digunakan? Penganalisisan data bergantung
kepada penyelidikan sama ada kualitatif atau kuantitatif. Semua perkara yang dinyatakan
tersebut perlu dijelaskan secara terperinci (Akhiar dan Shamsina, 2012).
11.4.8 Refleksi dan Implikasi
Di dalam ruangan ini, nyatakan secara terperinci bagaimana refleksi dibuat untuk memperbaiki
amalan sendiri atau untuk meningkatkan profesionalisme. Nyatakan juga langkah-langkah
seterusnya yang akan diambil sekiranya lanjutan kajian perlu dibuat atau sesuatu perubahan
perlu dilakukan (Akhiar dan Shamsina, 2012).
11.4.9 Pelan bagi Tindakan Susulan
Penyelidik perlu menyatakan dengan jelas pelan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan
oleh diri sendiri atau penyelidik-penyelidik lain. Pelan bagi tindakan susulan adalah berdasarkan
dapatan yang diperolehi atau perkara-perkara yang masih perlu dibuat penambahbaikan atau
yang masih belum dikaji tetapi mempunyai hubungkait dengan kajian semasa.

11.4.10 Sumber Rujukan: American Psychological Association (APA)

97

RBT3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - RBT PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

Setiap rujukan yang digunakan hendaklah ditulis mengikut format APA. Sesetengah kajian
menggunakan format rujukan tertentu yang telah ditetapkan.
11.4.11 Rumusan
Secara keseluruhannya terdapat 10 bahagian yang perlu diberi perhatian untuk menjamin kualiti
laporan kajian. Para pelajar perlu mendedahkan diri dengan melaksanakan kajian dan membuat
penulisan mengikut standard yang telah ditetapkan.
Aktiviti 11 Perbincangan
Nyatakan strategi yang boleh digunakan dalam pengumpulan data kajian tindakan.
Dapatkan beberapa naskah buku dan tuliskan kandungan yang dirujuk yang menunjukkan
cara anda mencatat sumber rujukan.
OLL 11- Slaid
Secara individu, anda dikehendaki menghantar fail dalam bentuk slaid kepada pensyarah
anda tentang elemen-elemen yang perlu ada dalam penulisan kajian tindakan.

98

You might also like