Professional Documents
Culture Documents
PENGENALAN
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan oleh PARAMESWARA, bangsawan
Srivijaya dari Palembang, keturunan Majapahit, pada tahun 1400 1403.
Pada awalnya, Baginda telah lari mencari perlindungan di Temasik (ketika itu
dikuasai oleh Siam). Diancam Siam pula apabila membunuh Temagi (pemerintah
Temasik).
Melaka pada mulanya merupakan perkampungan kecil berkembang menjadi
pusat perdagangan (Mengambil alih peranan Srivijaya).
Pengislaman Parameswara pada tahun 1414 telah menjadikan Melaka sebagai
pusat perdagangan dan pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.
Zaman Keagungan Melaka adalah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah dan
zaman kejatuhan pula adalah semasa zaman Sultan Mahmud Syah.
FAKTOR PERKEMBANGAN
Pemerintah yang berwibawa.
- Parameswara berasal daripada keturunan diraja Palembang
mengetahui selok belok pentadbiran sebuah kerajaan. Dapat
menilai potensi Melaka daripada sebuah perkampungan kecil &
mundur. Menjalinkan hubungan dengan China selepas
menubuhkan kerajaan.
-Bendahara Tun Perak terkenal dengan pentadbiran yang baik,
berkhidmat di bawah 4 Sultan dan merupakan tulang belakang
kepada perkembangan Melaka.
Hubungan diplomatik.
- Hubungan dengan kuasa seperti China, India, Arab, Siam.
- Melaka mendapat perlindungan China (ancaman kerajaan Siam)
- Memudahkan Melaka untuk mempunyai tanah jajahan luas.
ZAMAN SULTAN
MELAKA
1400 1414
1414 1424
1424 1444
1444 1445
1445 1459
1459 1477
1477 1488
1488 1511
FAKTOR KEJATUHAN
Pemerintah yang lemah.
Sultan Mahmud Shah (1488-1511) menaiki takhta pada usia
muda selepas Sultan Alauddin diracun mati di Pagoh. 10
tahun kemudian Bendahara berkaliber Tun Perak telah
meninggal menyebabkan Melaka semakin lemah.
Akibat termakan fitnah - Sultan Mahmud Shah telah
menitahkan pembunuhan terhadap Tun Mutahir.
Masalah Perpaduan.
Pelantikan Tun Mutahir menimbulkan rasa tidak puas hati
menimbulkan persaingan orang Melayu dengan kaum India Muslim.
Akibat konflik antara pembesar Melayu dan India Muslim, rakyat
Melaka berpecah belah dan tidak bersatu.
FAKTOR LUARAN
KESIMPULAN
Secara keseluruhan dapat dijelaskan bahawa Zaman
Kesultanan Melayu Melaka menjadi titik tolak yang penting
dalam lipatan sejarah di Malaysia. Titik tolak ini bermulanya era
perkembangan pendidikan kerana kemahsyuran Melaka
sebagai sebuah institusi pendidikan awal pada masa itu. Ini
dapat dilihat melalui bukti-bukti yang telah menjadi sumber
rujukan pertama seperti Batu Bersurat, aktiviti perdagangan
(sukatan & timbangan), sistem mata wang dan perkembangan
agama Islam(tulisan jawi) dan lain-lain.