You are on page 1of 4

http://akucikgubm.blogspot.com/2011/07/pengujian-pengukuran-penilaian-dan.

html
Pengujian, Pengukuran, Penilaian dan Pentaksiran
PENGUJIAN
Pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah
laku seseorang individu (R.M Gagne, The Conditions of Learning).
Dalam sesebuah kelas, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah
laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar. Ia merupakan sebagai
satu alat pengukuran dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang pencapaian
pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun
afektif. Pengujian ini memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit, seperti
menjawab secara lisan atau bertulis, perubahan tingkah laku berkaitan dengan
perkara-perkara yang telah dipelajarinya.
Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan, diikuti dengan
peringkat pelaksanaan dan diakhiri dengan peringkat pemeriksaan. Melalui proses
ini, guru akan dapat mengetahui sama ada para pelajarnya telah berjaya menguasai
kemahiran atau memperolehi ilmu pengetahuan yang telah dipelajarinya.
Tujuan proses ini dijalankan adalah untuk;

Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.

Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil


pembelajaran yang lain.

Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada


pelajar sebelum pengajaran. Ia bertujuan menentukan aras bahan pengajaran yang
sesuai digunakan.

Ujian diagnostik dapat menentukan punca masalah pembelajaran pelajar.


Dengan itu, guru dapat menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

PENGUKURAN
Pengukuran ialah satu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan
nilai kauntitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai ini biasanya dinyatakan
dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang
berkaitan.

Ujian, soal selidik, senarai semak, inventori merupakan instrumen yang


digunakan oleh guru dalam proses pengukuran. Kaedah pentaksiran dan
penaakulan juga merupakan cara bagi menjalankan pengukuran terhadap pelajar.
Pengukuran ini terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian
kualitatif atau membuat keputusan. Maklumat kuantitatif seperti markah mentah,
peratus, persentil agregat dan pangkat menjadi alat pengukuran guru terhadap
pencapaian murid.
Tujuan pengukuran dapat dilihat dari segi pengajaran dan pentadbiran. Dari
segi pengajaran, fungsi-fungsi pengukuran adalah seperti berikut;

Mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperolehi.

Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi.

Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang


lain.

Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.


Dari segi pentadbirannya pula, fungsi-fungsi pengukuran adalah seperti berikut;

Bagi mendapatkan maklumat untuk pengaliran atau pengumpulan.

Bagi mendapatkan maklumat untuk bimbingan.

Bagi mendapatkan maklumat tentang guru.

Bagi mendapatkan maklumat untuk rekod prestasi dan rekod profil yang
kemudiannya akan dibekalkan sebagai maklum balas kepada pelajar serta ibu bapa.
PENILAIAN
Di dalam buku Education Evaluation and Decision Making yang disunting oleh D.
Stufflebeam, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan
memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai
tindakan yang selanjutnya.
Dalam konteks pendidikan, penilaian merupakan suatu proses yang meliputi
aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaranselanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. Prosedur penilaian
mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan
penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti
berikut;

1.

Peringkat persediaan ujian

2.

Peringkat pentadbiran ujian

3.

Peringkat pemeriksaan dan pengukuran

4.

Peringkat analisis

5.

Peringkat interpretasi dan tindakan

PENTAKSIRAN
Pentaksiran ini berasal daripada perkataan Greek 'assidre' yang bermaksud duduk
disisi. Menurut David Pyne; 2003, pentaksiran merupakan integrasi daripada proses
pengumpulan maklumat, dan memberi nilai kepada maklumat. Secara ringkasnya,
pentaksiran ialah proses membuat keputusan berdasarkan interpretasi terhadap
maklumat.
PENTAKSIRAN = PENGUKURAN + PENILAIAN
Tujuan proses pentaksiran dijalankan adalah untuk;

Mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan


pembelajaran.

Memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran.


Prinsip-prinsip bagi menjalankan pentaksiran ialah;

Mempunyai instrumen

Kumpulan yang ditafsir (pelajar)

Respon yang diterima

Kumpulan yang mentafsir

Skor
Ciri-ciri pentaksiran;
1.

Kesahan skor --> releven/ kecukupan cakupan

2.

Kebolehpercayaan skor --> ketekalan/ ketepatan

3.

Keobjektifan --> ketepatan seseorang pentafsir memberikan skor

4.

Kebolehtadbiran --> kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan

secara berpusat ataupun berasaskan sekolah.


Pentaksiran

1.

Proses --> pengujian

2.

Maklumat --> pengukuran

3.

Produk --> keberkesanan/ penghasilan pelajar

4.

Penghakiman --> memberikan hukuman terhadap pencapaian.

You might also like