You are on page 1of 5

Sastera di sekolah rendah

Oleh Nazmi Yaakub


nazmi@bharian.com.my
2010/05/03
SASTERA bukan saja wajar diperkenalkan di sekolah rendah untuk membina masyarakat yang
menjadikan membaca sebagai budaya, bahkan karya sastera sepatutnya dijadikan bahan dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah.
Ini kerana penggunaan bahan sastera dapat menarik minat dan memancing perasaan ingin
tahu kanak-kanak sehingga mereka terdorong untuk belajar pelbagai ilmu secara tidak langsung
dalam suasana menyeronokkan.
Pada masa sama, penggunaan bahan bacaan sastera dalam pelbagai mata pelajaran di
sekolah rendah dilihat usaha yang sukar, meskipun perubahan itu penting dalam melahirkan
generasi yang seimbang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Pensyarah Jabatan Pendidikan Bahasa Dan Kemanusiaan di Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Roselan Baki, yakin bahawa ia berpunca daripada sikap
masyarakat yang terlalu mementingkan kejayaan akademik sejak peringkat tadika sehingga
menyukarkan perubahan kerana keyakinan masyarakat terhadap kurang.
Di negara seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia, pengajaran yang
menggunakan bahan sastera mula diperkenalkan pada peringkat tadika dan pusat jagaan kanakkanak menggunakan Charlottes Web dan Three Little Pig sejak dekad 1990-an untuk mengajar
Matematik dan Sains, sekali gus menunjukkan guru perlu turut menguasai bidang sastera juga,
katanya kepada Sastera di pejabatnya di UPM, Serdang, baru-baru ini.
Dr Roselan menegaskan asas pendidikan di negara maju masih lagi menekankan kemahiran
membaca, menulis dan mengira, tetapi serentak itu mereka memberi tumpuan terhadap
pembangunan kemahiran asas kanak-kanak seperti keyakinan diri, kecekapan bersosial dan
keberanian.
Mereka tidak membangunkan akademik semata-mata dan tidak ada peperiksaan awam seperti
kita, sebaliknya ukurannya ialah pembangunan serta perkembangan peribadi kanak-kanak kerana
setiap kanak-kanak tidak bermula daripada tahap yang sama selain peningkatannya juga tidak
sekala.
Sekiranya kita mahu menggunakan bahan sastera pada peringkat sekolah rendah lagi, ia
memerlukan kempen besar-besaran untuk meyakinkan ibu bapa bahawa sekolah rendah ialah
tahap persediaan untuk apa juga pembangunan kanak-kanak, katanya.
Justeru, kempen berhubung pendekatan terbabit perlu kerana ia berlawanan dengan persepsi ibu
1

bapa terhadap pendidikan kanak-kanak sehingga hasilnya pelajaran murid hari ini sangat
membebankan, meskipun tidak ada jaminan mereka yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) juga cemerlang dalam semua hal.
Secara tidak langsung, sistem pendidikan kita mengasingkan sastera daripada mata pelajaran
lain dan menganggap sastera untuk orang yang berangan-angan serta malas, sedangkan banyak
unsur kemanusiaan, nilai apalagi falsafah terkandung dalam bahan sastera.
Ia memang tugas sukar kerana sistem pendidikan kita tunduk kepada persepsi ibu bapa yang
sebenarnya tidak faham mengenai pendidikan sebenar," katanya.
Dr Roselan mengambil contoh pendidikan kanak-kanak pada peringkat tadika secara teorinya
bertujuan membangunkan kemahiran asas kanak-kanak seperti komunikasi, keyakinan diri dan
pergaulan melalui permainan yang menghiburkan, tetapi ibu bapa menjangkakan anak mereka
mesti boleh kenal ABC dan seterusnya boleh membaca
Matlamat
Membantu murid mempertingkatkan kemahiran berbahasa melalui pembacaan buku-buku
sastera yang mudah

2. Objektif
Mengukuhkan amalan membaca buku berunsur sastera
Memupuk dan mempertingkatkan minat membaca buku yang berunsur sastera.
Memperkenalkan istilah sastera yang mudah seperti tema, watak, plot, dan gaya bahasa.

3. Apakah program ini?


Membaca buku cerita berdasarkan 3 buah buku untuk sekolah kebangsaan dan 2 buah buku
untuk sekolah jenis kebangsaan.
Setiap murid SK dikehendaki membaca 3 buah buku (diandaikan membaca 1 buku dalam
masa 3 bulan).
Manakala setiap murid SJK dikehendaki membaca 2 buah buku (diandaikan membaca I buku
dalam masa 4 bulan).
4. Kenapa program ini diadakan?
2

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran telah menetapkan program ini


dijalankan secara rintis di 2062 buah sekolah rendah.
Memberi asas pengetahuan sastera kepada murid-murid sekolah rendah.
Wajar diperluaskan kerana program komponen sastera telah berjaya dilaksanakan di
peringkat sekolah menengah.
Lebih memahami nilai murni, pengajaran, budaya dan menjana emosi murid.
5. Kelebihan Program Buku Sastera Melayu Sekolah Rendah
Kelebihan personal dan emosi
Pengajaran berunsur sastera menyeronok dan menghiburkan.
Murid digalakkan membaca berdasarkan pengalaman mereka masing-masing.
Memperkembangkan daya imaginasi murid-murid.
Kelebihan pengajaran dan pembelajaran
Menambahkan pengetahuan dan memberi idea baru kepada murid.
Menambahkan kefahaman murid.
Menghargai budaya dan sastera dalam kehidupan harian murid.
Kelebihan berbahasa
Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan berbahasa dalam perbualan harian.
Membantu murid memberi makna perkataan dengan lebih jelas.
Memdedahkan murid perbezaan bahasa yang digunakan dalam lisan dan penulisan.
Memberi pendedahan muris bentuk cerita pendek.
Memberi galakkan kepada murid berani berhadapan dengan orang ramai.
Program Buku Sastera Melayu Sekolah Rendah
Definisi
Program ini dilaksanakan secara 3 peringkat
Peringkat pramembaca
3

Peringkat semasa membaca


Peringkat selepas membaca
Modul sastera Sekolah Rendah
SEKOLAH RENDAH TAHUN 4
Definisi
Sastera kanak-kanak didefinisikan sebagai bahan berunsur sastera yang dihasilkan
mempunyai elemen imaginasi untuk kanak-kanak.
Bahan bacaan yang berunsur sastera akan memberi peluang kepada murid untuk membuat
kaitan dengan emosi dan pengalaman sendiri.
Bahan bacaan untuk program ini adalah bahan yang sesuai dengan tahap kefasihan dan
perkembangan mental murid-murid Tahap 2 sekolah rendah.
Program ini boleh dilaksanakan melalui tiga peringkat.
Peringkat Pramembaca
Memperkenal dan merangsang minat murid terhadap cerita yang akan dibaca.
memotivasikan murid untuk membaca kandungan cerita.
meramal apa yang terkandung dalam cerita berdasarkan tajuk dan ilustrasi kulit buku.
membuat persediaan kepada murid untuk memahami apa yang dibaca.
memperkenalkan perkataan yang baru kepada murid.
Peringkat Semasa Membaca
membantu murid memahami jalan cerita
membantu murid memahami perkataan dan frasa yang sukar
membantu murid memahami siapakah watak yang terdapat dalam cerita
membantu murid memahami sifat watak yang terdapat dalam cerita
membantu murid memahami jalan cerita iaitu dimana kejadian, bila, siapakah yang terlibat,
dan apa yang terjadi.

Peringkat Selepas Membaca


mendapatkan kefahaman tentang keseluruhan cerita dan watak serta perwatakan dalam cerita.
memikirkan pengajaran dan nilai dalam cerita.
mengaitkan cerita dengan pengetahuan, pengalaman murid dan minat murid.
membekalkan ransangan kepada murid untuk melakukan aktiviti seterusnya seperti berlakon,
bercerita dan sebagainya.

You might also like