You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


pensyarah Bahasa Melayu saya, iaitu Puan Che Mas Binti Saud kerana beliau telah
memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya dalam palaksanaan tugasan kerja
kursus projek ini. Beliau juga telah menerangkan projek ini dengan jelas dan teliti.
Seterusnya, beliau juga memberi bantuan kepada saya semasa saya menemui
masalah dalam pelaksanaan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pusat
sumber IPG Kampus Darulaman ini kerana telah memberi kebenaran kepada saya
supaya dapat menggunakan sumber maklumat yang ada dalam pusat sumber ini. Di
samping itu, saya juga dapat menggunakan sumber maklumat ini sebagai bahan
rujukan supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
saya kerana mereka telah memberi sokongan dan bantuan kewangan kepada saya
supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan lancar.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
yang telah memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya semasa saya
menghadapi masalah dalam pelaksanaan tugasan projek ini. Mereka juga rela
meluangkan masa mereka untuk membantu saya menyiapkan tugasan projek ini
dalam tempoh masa tertentu dengan memberi sumber maklumat dan idea kepada
saya.

You might also like