You are on page 1of 45

Gejala Sosial Dan Peranan Profesionalisme Guru Ulasan Oleh : Siti Nazirah Bt

Jaafar
http://ilham-murabbi.blogspot.com/2012/09/gejala-sosial-dan-peranan.html

1.0 Pengenalan
Memetik penulisan dalam satu artikel iaitu

Saban hari ada sahaja ceritera kurang enak yang didengari mengenai salah laku
remaja. Seolah-olah menunjukkan permasalahan tersebut bagai tiada
berpenghujung. Buang anak, lari dari rumah, penagihan dadah, seks bebas, seks
songsang, derhaka kepada ibu bapa, gangsterisme dan ponteng sekolah sering
menjadi tajuk-tajuk dalam laporan media. Walaupun sering diperkatakan, isu gejala
social masih juga tidak berkesudahan. Segala usaha yang diambil seolah-olah
mencurah air ke daun keladi apabila isu ini dilihat semakin meruncing.
Sumber : Artikel Utusan Malaysia Online, bertarikh 3/42012

Dalam pada itu, terdapat kes yang merekodkan murid tahun satu cederah parah
ditikam di sekolahnya. Dia turut dipukul dengan kayu dan dibaling dengan batu oleh
sekumpulan murid lelaki, dipercayai rakan sekolahnya kerana enggan memberikan
mereka wang RM10 ( Utusan Malaysia, 2000 ). Kebejatan gejala sosial dalam
kalangan anak muda sudah menjadi satu isu dalam masyarakat bahawa anak-anak
muda merupakan golongan yang sering terlibat dalam gejala sosial. . Apa yang pasti
gejala sosial dikatakan sering berlaku dalam kalangan anak-anak muda kerana
mereka beralih daripada zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Keadaan ini
mempengaruhi kehidupan seharian mereka di rumah dan hal ini akan terbawa-bawa
ke sekolah.

Gejala merupakan tanda, alamat, petanda akan berlaku sesuatu. Manakala sosial
merupakan perkara yang berkaitan dengan masyarakat. Umumnya, sosial ialah
interaksi. Dalam situasi kemasyarakatan, aktiviti sosial antara masyarakat
merupakan satu perkara yang positif namun begitu gejala sosial merupakan satu
wabak yang perlu ditanggani daripada awal pembangunan anak-anak. Gejala sosial
dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu devian ( sikap melampaui batas ),
delikuensi ( tingkah laku yang bertentangan dengan norma masyarakat ).

2.0 Gejala Sosial Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menurut pakar perkembangan kanak-kanak Bronfenbrenner, menjelaskan dalam


teori perkembangan kanak-kanak bahawa perkembangan kanak-kanak dipengaruhi
oleh persekitaran. Dalam teori ekologi yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner,
persekitatan rumah merupakan persekitaran yang paling dekat dengan anak di
mana ia mengandungi nilai-nilai, pengawalan, tradisi yang memainkan peranan
penting sebagi agen pembangunan dalam pembangunan kanak-kanak ( Zahyah
Hanafi, 2008 ).

Mumtaj Hassan dari Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang , UUM dalam
artikel bertajuk Kanak-Kanak dan Jenayah : Pendekatan Akta Kanak-Kanak 2001
menyatakan bahawa sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi seseorang
kanak-kanak itu untuk melakukan kesalahan yang bersifat jenayah. Antaranya
termasuklah faktor kurangnya pendidikan agama, longgarnya institusi kekeluargaan,
pengaruh negatif rakan sebaya, kesan persekitaran yang tidak sihat, naluri ingin
mencuba, pengaruh media massa dan sebagainya. Dalam pada itu, Mohd Reduan
Aslie ( 2009 ) menjelaskan dalam ilmu kriminologi kecenderungan seseorang
melakukan kesalahan bermula daripada zaman kanak-kanak. Apa yang dapat
dikesan disini ialah, gejala sosial yang berlaku berleluasa pada masa kini dilihat

tiada penghujungnya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan


dan Penyelidikan , Kementerian Pendidikan kadar jenayah dalam kalangan pelajar
meningkat secara drastik malah budaya gengsterisme berada di tahap yang
membimbangkan ( Abdullah Sani Yahaya, 2005 ). Berikut merupakan fakta berkaitan
gengsterisme yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh negara :

Negeri
Bilangan Sekolah
Selangor
77 buah
Perak
60 buah
Pulau Pinang
49 buah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelantan & Sabah.
37 buah
Pahang
35 buah
Kedah
32 buah
Negeri Sembilan
14 buah
Melaka

10 buah
Terengganu
8 buah
Perlis & Sarawak
6 buah
Jumlah
328 buah
Dipetik daripada Abdullah Sani Yahaya, 2005 : Mengurus Disiplin Pelajar.
Jadual 1 : Statistik menunjukkan bilangan sekolah di seluruh Malaysia yang berisiko
tinggi dan terdedah kepada kegiatan gengsterisme.

Berdasarkan statistik yang dinyatakan, secara jelas menunjukkan bahawa kegiatan


gengsterisme yang sering berlaku di Kuala Lumpur, Hong Kong, negara Colombia,
Mexico sebaliknya ia berlaku di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Keadaan ini
menjelaskan bahawa walaupun sekolah menjadi pusat kegiatan akademik bagi
remaja namun mereka masih terdedah dengan gejala negatif seperti gengsterisme.
Sekolah yang diharapkan sebagai tempat yang kondusif untuk belejar akan menjadi
sebaliknya.

Selain itu, kegiatan buli yang popular di sekolah ialah sewaktu minggu suai kenal.
Che Surahaya Che Wil, 2006 dalam Juvana menyatakan bahawa terdapat unsurunsur buli sewaktu minggu suai kenal. Namun, kegiatan ini dianggap biasa kerana
hukuman yang dikenakan kepada pelajar baharu adalah ringan sahaja. Terdapat
beberapa kes dari awal tahun 2006 hingga 2010 yanng menunjukkan mangsa buli
koma, lumpuh malah ada yang menyebabkan kematian. Contoh mangsa buli ialah
adik Mohd Afiq Qusyairi, 13 tahun dari SMA Almaidah Addiriah, Padang Tengku,
Lipis, Pahang yang lumpuh kerana dipukul oleh empat belas pelajar. Malah, terdapat
beberapa kes yang dicatatkan setiap tahun.

Kes gengsterisme dan buli merupakan antara salah satu di antara pelbagai masalah
sosial yang berlaku dalam kalangan remaja. Terdapat pelbagai lagi isu sosial yang
berlaku dalam kalangan remaja. Persoalan kini ialah adakah tugas guru yang
semakin membebankan dan autoriti kepada murid yang terhad menyebabkan gejala
sosial ini tidak dapat dibendung. Malah, ada pihak yang menunding jari kepada
profesion perguruan yang dikatakan tidak menyeluruh dalam melahirkan anak murid
yang berkualiti. Apa yang penting, profesion perguruan sebenarnya telah
mempunyai garis panduan kepada guru untuk membentuk budaya kerja yang lebih
cemerlang dan melahirkan klien ( murid-murid ) yang seimbang seperti yang telah
digariskan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Malah, profesion ini juga mempunyai
Falsafah Guru sendiri dalam membentuk klien yakni anak murid yang berkualiti.

3.0 Peranan Profesionalisme Guru Membendung Gejala Sosial Remaja

Menurut Abd Rahim Abd Rashid ( 2001 ), masalah keruntuhan moral di kalangan
generasi muda dewasa ini amat membimbangkan dan mencabar peranan sistem
pendidikan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan moral kepada
masyarakat. Tambah beliau lagi tanpa mempunyai wawasan moral yang kuat,
sekolah dan sistem pendidikan di negara ini tidak mungkin dapat melaksanakan
wawasan dan misi perjuangan ke arah membentuk golongan muda yang berhemah
dan bermoral. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa, dalam cabaran globalisasi
kini, guru berperanan penting dalam membentuk dan mengukuhkan jati diri di anak
murid di sekolah.

Richard Layard ( 2009 ), menyatakan bahawa pada masa kini bagi perkembangan
yang baik, anak-anak memerlukan aspek berikut iaitu keluarga bahagia, gaya hidup
positif, nilai-nilai baik, persekitaran sekolah yang baik, kesihatan mental yang baik
dan wang yang mencukupi untuk hidup dalam kalangan rakan-rakan mereka tanpa

rasa malu. Walaubagaimanapun, untuk memberikan kesemua di atas adalah suatu


cabaran masyarakat terhadap anak-anak kini.Namun begitu gejala sosial yang
berlaku dalam kalangan remaja menjadi persoalan kepada masyakat kini, banyak
pihak yang menunding jari kepada sistem pendidikan negara disebabkan oleh
masalah ini. Akibatnya, terdapat pihak yang merasakan sistem pendidikan negara
mempunyai kelemahan dalam melahirkan generasi yang berkualiti. Memetik ulasan
dari artikel yang sama iaitu

"Sikap guru yang lebih menumpukan perhatian kepada pelajar cemerlang juga tidak
sepatutnya berlaku kerana ia akan membuatkan pelajar yang lemah semakin rasa
tersisih. Sepatutnya perhatian harus diberikan kepada pelajar yang lemah dan
bermasalah kerana guru adalah pengganti ibu bapa di sekolah.
Sumber : Artikel Utusan Malaysia Online, bertarikh 3/42012

Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat segelintir pihak yang merasakan sistem
pendidikan negara tidak lagi mampu mengembangkan potensi pelajar seperti mana
yang diharapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini kerana, berikutan era
globalisasi kini, pelbagai implikasi positif berlaku terhadap institusi pendidikan
negara. Seiring itu, kesan negatif juga berlaku seiring pembangunan yang dikecapi.
Menurut Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris ( 2008 ), cabaran kritikal yang dihadapai oleh
institusi pendidikan negara ialah untuk meningkatkan kualiti institusi pendidikan
secara menyeluruh bagi mengekalkan keyakinan rakyat pada tahap yang lebih tinggi
terhadap kecermelangan institusi tersebut. Kualiti pendidikan yang ditawarkan dan
status institusi pendidikan tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan umum
kerana ada pihak yang membuat perbandingan dan penarafan institusi pendidikan
secara gobal dan menyebarkan maklumat tersebut dengan meluas. Ahli pendidik
mendapati bahawa, murid yang berkebolehan untuk membuat pilihan sendiri akan
menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif. Manakala Durkheim, Facouner
dan Schnurer dalam Nik Azis Nik Pa& Noraini Idris ( 2008 ), perkembangan moral
yang menjadi fokus pendidikan moral bergantung kepada pengalaman hidup yang
bermakna, sama seperti perkembangan kognitif atau fizikal. Ahli pendidik moral

mendapati bahawa perkembangan moral adalah satu aspek penting bagi


perkembangan hidup manusia dan perkembangan tersebut bergantung kepada
wawasan individu dan interaksi sosial.

Shaffer dalam Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris ( 2008 ), menegaskan bahawa kanakkanak yang terdedah kepada pelbagai jenis pengalaman pembelajaran dalam
konteks keluarga dan komuniti akan mempunyai peluang untuk membezakan
perkara baik daripada perkara buruk pada tahap yang abstrak dan kompleks secara
progresif. Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris ( 2008 ), menjelaskan dalam negara kita
matlamat keseluruhan program Pendidikan Moral adalah untuk melahirkan individu
yang memahami, menerima dan mempraktikkan peranan mereka sebagai
warganegara yang bertanggungjawab selaras dengan nilai murni masyarakat
Malaysia.

Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian


Tinggi mengariskan beberapa cabaran yang perlu dimatapkan antaranya ialah
melahirkan sumber manusia yang berkualiti. Guru yang terlatih dan mempunyai ciriciri yang dikehendaki akan dapat melahirkan budaya pendidikan yang
berkualiti.Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon
( 2012 ), para guru perlu sedar bahawa mereka sebenarnya memikul satu
akauntabiliti yang besar. Tanggungjawab guru pada masa kini, bukan sahaja untuk
mengajar mengikut sukatan yang ditetapkan, tetapi guru perlu mendidik dan peka
dengan perubahan-perubahan yang melanda dalam dunia pendidikan masa kini.
Sehubungan itu, sebagai seorang guru yakni penjawat awam kementerian telah
mengeluarkan arahan perkhidmatan ( 1974 ) menghendaki seseorang pegawai
awam sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap orang ramai dan memberi
mereka layanan yang teratur dan memuaskan. Dalam satu etika profesion
perguruan, antaranya ialah guru mempunyai akuntabiliti kepada murid. Dalam hal
ini, akuntabiliti telah mengariskan panduan kepada guru bahawa setiap guru perlu
lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.

Mengulas lanjut kenyataan Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin
Miskon ( 2012 ) berkaitan akuntabiliti guru untuk melahirkan murid yang seimbang
selaras dengan kehendak FPN, guru perlu bersikap adil terhadap setiap orang murid
tanpa mengira fakor jasmani, mental, emosi, politik, eknomi, social, keturunan atau
agama.

Beck ( 1990 ) mebincangkan peranan penting sekolah termasuklah


memupuk nilai-nilai yang baik untuk mencorak perkembangan sosial, moral,
kerohanian dan perkembangan personal pelajar. Keadaan ini sejajar dengan
matlamat pendidikan iaitu untuk melahirkan kehidupan dan pengamalan nilai-nilai
yang sihat dalam diri pelajar. Mengikut Beck, banyak faktor yang masih lagi
membelenggu nilai-nilai di sekolah seperti bias terhadap agama, kaum, etnik, seks
dan juga gender. Reformasi perlu berlaku dalam pendidikan dan di sekolah bagi
mencorakkan perubahan hala tuju masyarakat yang lebih baik.

Mengulas hal ini, cabaran guru pada masa kini ialah untuk mengenepikan
unsur-unsur perbezaan murid dan memberikan yang terbaik untuk melahirkan
generasi yang mempunyai jati diri untuk mengekang masalah sosial yang berlaku
dalam kalangan remaja. Hal ini kerana, guru yang memberikan layanan yang
berbeza-beza akan menyebabkan anak murid rasa tersisih. Perasaan ini akan
mewujudkan jurang antara pelajar yang diberikan sering diberikan perhatian dengan
pelajar yang tidak mendapat hak yang sepatutnya. Syed Ismail Bin Syed Mustafa &
Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) menyatakan kajian keciciran telah menunjukkan
bahawa keluarga yang miskin merupakan keluarga yang kurang moden dan rendah
pula motivasi pendidikannya. Dalam hubungan ini, jika mereka tidak diberi layanan
yang sama rata, maka sudah tentulah pendapaian mereka akan terjejas. Motivasi
murid yang rendah akan menjejaskan dorongan murid-murid untuk belajar dengan
tekun. Ini akan menyebabkan pencapaian persekolahan juga terjejas.

Apa yang lebih membimbangkan ialah, murid-murid yang mengambil jalan


mudah dengan menjauhkan diri daripada sekolah dengan ponteng sekolah. Gejala

ponteng menyumbang kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan anak


muda. Ponteng sekolah membawa maksud kegiatan menjauhkan diri daripada
sekolah tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Punca ponteng sekolah dalam kalangan
pelajar ialah malas, sengaja tidak mahu datang sekolah, guru berleter, peras ugut,
kemiskinan rumah tangga, tidak siap kerja yang diberikan guru, disiplin yang ketat di
sekolah dan lain-lain lagi ( Abdullah Sani Yahaya, 2005 ).

Sehubungan itu, guru perlu menjalankan pendekatan kepedulian guru


apabila berhadapan dengan masalah murid. Hal ini kerana, tugas utama guru ialah
untuk mendidik anak murid. Pendekatan kepedulian guru sangat penting dalam
mendapatkan kepercayaan anak murid dan mendekatkan perhubungan antara guru
dan murid. Kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk bekorban demi
orang lain. Kepedulian didefinisikan sebagai mengambil berat terhadap orang lain.
Dalam konteks guru, setiap guru perlu mempunyai sifat kepedulian untuk
menghadapi murid dalam kelas. Hal ini kerana, murid akan merasakan bahawa guru
sentiasa dekat dan menjaga hati guru yang peduli terhadap masalah mereka.
Dengan ini, hubungan yang kondusif dalam kelas akan mewujudkan interaksi dua
hala antara guru dan murid. Malah, suasana yang kondusif ini akan dapat membantu
guru mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Noddings dalam
Syed Ismail Bin Syed Mustafa & Ahmad Subki Bin Miskon ( 2012 ) menjelaskan
pendidikan merupakan medium perantaraan untuk mengembangkan perasaan kasih
sayang dalam masyarakat. Melalui pendidikan, beliau menjelaskan bahawa
perjumpaan dirancang atau tidak dirancang menggalakkan perkembangan melalui
penimbaan ilmu pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan penghargaan. Jelas
Noddings, sekolah yang merupakan tempat utama untuk menimba ilmu
pengetahuan. Melalui ilmu pengetahuan, murid dapat membentuk tingkah laku
melalui disiplin dan matlamat diri yang jelas. Seterusnya, sikap kepedulian guru ini,
akan membantu guru untuk menjalankan akauntabiliti terhadap murid dengan adil
dan saksama.

Sehubungan itu, guru berperanan sebagai agen perubahan. Peranan guru di


sekolah ialah untuk membawa perubahan dalam masyarakat. Sebagai agen

perubahan, guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan menyampaikan kepada


masyarakat. Melalui ini, sudah menjadi tanggungjawab para guru untuk memberikan
pelbagai pengetahuan yang dapat digunakan oleh masyarakat dalam kehidupan
seharian mereka. Oleh itu, guru perlu mempunyai kecemerlangan hidup untuk
menjadi agen perubahan. Omar Mohd Hashim ( 1999 ), menjelaskan perasaan puas
hati untuk kekal berada pada tahap yang rendah dan mediacore akan membawa
natijah yang buruk. Maka, dalam dunia yang kuat bersaing, tidak ada cara dan
matlamat lain, melainkan mengarah dan mengejar ke tahap kecemerlangan dalam
semua bidang, kerja dan tugas. Peranan guru sangat besar sebagai agen
perubahan sosial. Warga pendidik mempunyai tanggunghawab dan tugas besar
untuk melayan jangkaan masyarakat dunia. Sebagai guru yang berada di alam
pendidikan, perlu mempunyai sensitiviti terhadap perubahan baik mahupun buruk
kerana dunia sudah menjadi kecil. Selain itu, Omar Mohd Hashim ( 1999 )
menjelaskan, persiapan rapi dan bersungguh-sungguh perlu untuk mencapai
kecemerlangan. Melalui kecemerlangan diri, guru dapat membentuk insan sekeliling
yakni murid-murid. Malah, perlu ada visi jauh dan guru perlu bersifat pragmatik, rajin
berusaha, serba boleh, berilmu, rajin, berdisiplin dan teratur. Tambahan itu, guru
perlu mempunyai hubungan meluas dan baik, mempunyai kemahiran komunikasi.
Melalui usaha berterusan para pendidik bagi meningkatkan kecermelangan
profesionalisme, sistem pendidikan akan dapat melahirkan warganegara yang
berdisplin, tekun, berusaha dan mempunyai generasi seimbang. Malah, dengan ini
rakyat Malaysia akan dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan dengan
menyusaikan diri dengan perubahan terutamanya cabaran globalisasi masa kini.
Menyoroti usaha ini, tugas para guru sebaga agen perubahan dapat dilihat dalam
pembentukan disiplin murid. Melalui sekolah dan bilik darjah guru dapat membawa
perubahan besar kepada disiplin murid melalui dua aspek tersebut. Para guru perlu
menunjukkan contoh teladan ( kepimpinan melalui teladan ), malah guru perlu
memerhatikan tingkah laku pelajar seperti minat, sikap, pergerakan secara
keseluruhan untuk membentuk disiplin yang baik dalam diri mereka. Aspek penilaian
di sekolah seperti ujian, peperiksaan dan pencapaian murid dalam kelas
menunjukkan keberkesanan pengajaran guru. Namun begitu, guru perlu sentiasa
berfikiran positif dan mencari jalan untuk membantu pelajar lemah dengan tidak
mengabaikan mereka. Malah, guru tidak perlu terlalu menekankan aspek examoriented dalam kelas. Apa yang penting, penyampaian dan arahan guru perlu jelas.

Murid-murid perlu tahu bahawa guru telah melakukan perkara terbaik dalam
mengajar mereka, maka murid-murid perlu membantu diri sendiri dengan belajar
bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan diri. Jelas, tugas guru sebagai
agen perubahan menuntut budaya kerja yang kuat dalam kalangan guru untuk
mencapai matlamat membentuk budaya kondusif dalam diri pelajar.

Di samping itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa, guru berperanan besar dalam
membentuk dan mencorak tingkah laku murid. Malah kajian oleh Universiti Chicago (
Czikszentmihalyi, 1987 ) dalam Abdullah Sani Yahaya, mendapati bahawa purata
masa yang dikongsi oleh remaja dengan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam
seminggu. Ibu bapa kekurangan masa bagi mengasuh, mendidik dan membimbing
anak mereka. Masa anak-anak banyak dihabiskan diluar rumah terutamanya
sekolah. Prof Madya Dr Abd Rahim Abd Rashid ( 2001 ) menghuraikan peranan guru
dalam mencorak perkembangan nilai dalam pembangunan sekolah cukup luas.
Guru yang datang dari pelbagai latar belakang sentiasa mempengaruhi pemikiran
pelajar dari masa ke masa. Malah, pengaruh ini dikatakan tiada sempadan. Tambah
beliau lagi, guru-guru yang berpengaruh dan berkesan menjadi role-model kepada
pelajar. Nilai-nilai tersebut disebarkan melalui aspirasi dan idealisme guru dalam
pelbagai perkara. Sebagai agen sosial, sekolah menjadi tempat guru menyampaikan
ilmu dan membentuk tingkah laku murid. Malah, sekolah berperanan sebagai
penyampai kebudayaan dan melahirkan nilai-nilai budaya. Di sekolah, nilai
merupakan unsur budaya yang penting dalam mencorakkan kebudayaan murid bagi
perkembangan moral, akhlak, tingkah laku, hubungan sosial, tindakan dan peranan
murid. Teori sosialisasi memberi penekanan kepada nilai-nilai sosial dan moral yang
perlu dititikberatkan bagi membentuk individu yang dapat mempertahankan cara
hidup berhemah, bersopan dan berakhlak mulia. Oleh itu, guru berperanan untuk
menjadi agen sosial kepada murid dengan menerapkan nilai-nilai agama, baik dan
bermoral dalam diri pelajar. Melalui pengajaran merentasi kurikulum, guru dapat
menyampaikan nilai murni dan agama bagi menguatkan perkembangan akhlak dan
moral individu bagi menghadapi cabaran masa kini.

Selain itu, dalam menjadi agen sosial pendidik perlu berfikiran positif sebagai
mekanisme sosial bagi menanamkan nilai-nilai moral, akhlak, kerohanian dan
tingkah laku yang baik serta mendidik golongan muda supaya mereka dapat
mempertahankan nilai-nilai yang mendorong kemajuan dan kesejahteraan hidup.
Satu istilah penting dalam tugas guru sebagai agen sosialisasi ialah sebagai salah
satu pembentuk jati diri murid. Jati diri bermaksud membentuk dan membina diri
setiap individu ke arah positif. Antara tujuan pembinaan jati diri ialah membentuk
ketrampilan diri dari segi pemikiran, pergerakan, berpakaian, berbahasa, cara
memberi maklum balas dan tindakan balas secara positif serta mempunyai sifat
murni dalam pergaulan seharian ( Ahmad Marzuki Ismail, 2006 ). Dalam pada itu, jati
diri membolehkan individu menerima dan menangani segala perubahan dan
perkembangan semasa dengan sebaik mungkin. Di samping itu, antara peranan
utama guru ialah mendidika murid supaya rajin membaca dalam kehidupan seharian
mereka. Walaupun hal ini dilihat remeh, namun guru perlu menjadi agen sosial
dalam memangkinkan budaya membaca dalam diri pelajar. Di sekolah, program
seperti Nilam, sudut bacaan, kempen membaca merupakan tanggungjawab sosial
guru secara tidak langsung dalam memupuk budaya membaca. Peranan membaca
penting dalam pembentukan jati diri. Pembacaan dalam kalangan pelajar dilihat
masih berada pada tahap rendah. Pembacaan dapat membantu generasi muda
untuk berkembang dari aspek intelek, rohani dan emosi. Melalui pembacaan,
individu akan mendapat mesej secara berkesan, dapat dihayati dan diamalkan.
Pelajar perlu diberi pendedahan tentang kaedah membaca, masa dan tempat yang
sesuai untuk membaca. Maka, dengan cara ini akan dapat memastikan bahan
bacaan memberi sumbangan nilai dan moral kepada pembaca.

4.0 Penutup

Ulasan mengenai aspek penyumbang kebejatan gejala sosial dan hubungkait


dengan isu keguruan telah disenaraikan satu persatu. Malah, gejala sosial yang

berlaku juga telah diperjelaskan untuk mengatasi masalah ini. Masalah gejala sosial
ini dilihat mempunyai perkaitan dengan isu keguruan masa kini.

Para pendidik perlu bersifat terbuka dalam mendidik anak-anak muda di sekolah.
Mereka perlu diberi peluang dan ruang untuk mengekspresikan perkembangan diri.
Misalnya, kegiatan-kegiatan yang dijalankan di sekolah perlu lebih dimanfaat dengan
kualiti masa berbanding kuantiti masa yang ada. Setiap kegiatan yang dilakukan
dalam sekolah perlu diterapkan dengan semangat bersungguh-sungguh dan akur
kepada peraturan dan keputusan sekolah. Dengan ini, pelajar sekolah yang
mematuhi peraturan dan menerima sesuatu dengan terbuka dapat dibentuk dari
banguku sekolah dan dapat dibawa ke luar sekolah.

Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang mahu melahirkan


generasi yang seimbang, para pelajar iaitu remaja seharusnya meningkatkan
kemampuan diri dengan nilai-nilai murni. Kesemua nilai ini dapat diperoleh melalui
pendidikan di sekolah. Ilmu pengetahuan dapat diperoleh dalam kelas sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran dapat dikutip melalui pengalaman
menjalankan aktiviti luar kelas seperti unit beruniform, kelab dan pertubuhan. Malah,
bagi remaja yang berkemampuan kewujudan kelas muzik, kelas tarian, kelas fardhu
ain dan bermacam lagi aktiviti di luar sekolah dapat diguna pakai untuk
meningkatkan nilai tambah kepada diri.

Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustafa dan Ahmad Subki Bin Miskon, kejayaan
cemerlang dalam bidang akademik banyak bergantung kepada keupayaan murid
dan guru menangani cabaran yang ada dalam sistem pendidikan negara seperti
globalisasi dalam pendidikan, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dengan
sepatutnya, pendemokrasian pendidikan dan sikap keterbukaan kepada
kepelbagaian budaya. Walaupun pada masa kini pembelajaran tidak perlu
berorientasikan peperiksaan semata-mata, namun remaja perlu merebut peluang
meningkatkan ilmu dalam diri. Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan
nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak kecil dan diteruskan sehingga ke alam remaja.

Melalui ini, pelajar yang mempunyai pedoman dan jati diri kukuh dapat mengatasi
masalah dan dapat mengharungi cabaran gejala sosial dengan lebih bermanfaat
kepada diri sendiri serta orang lain.

Sokongan kepada anak murid daripada guru amat bermakna berikutan guru
merupakan pembentuk tingkah laku, pengurus pembelajaran, agen perubahan
kepada mereka (Syed Ismail Bin Syed Mustafa&Ahmad Subki Bin Miskon, 2010 ).
Murid-murid yang melakukan kesilapan seharusnya diberi peluang kerana kesilapan
merupakan pengalaman dan pedoman untuk mengajar mereka agar tidak
mengulangi perkara yang sama.

Kesimpulanya, apa yang pasti globalisasi yang dihadapai remaja masa kini dapat di
atasi melalui pedoman diri. Malah, jalan utama untuk menghadapi cabaran duniawi
dalam diri remaja kini ialah berbalik kepada nilai-nilai murni. Malah, peranan guru
dalam membentuk tingkah laku murid ke arah yang positif menuntut usaha berlipat
ganda daripada warga pendidik sendiri.

Transcript
1.
2. PENGENALAN Setiap institusi pendidikan, disiplin memainkan peranan penting
ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Dalam Dictionary of Education, disiplin
merupakan peraturan secara langsung bagi mengawal tingkah laku murid-murid
melalui hukuman atau ganjaran. Disiplin juga dapat ditakrifkan sebagai suatu bentuk
latihan bagi perkembangan mental ataupun sikap seseorang (Abdullah Sani,2008).
3. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendidikan (1979) ada menjelaskan
bahawa disiplin bermaksud: - Kesanggupan seseorang itu bekerja ataupun membuat
sesuatu dengan cukup tertib. - Kesanggupan menghormati hak individu lain. Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menganggu
kepentingan orang lain. - Kesanggupan menghormati antara satu dengan lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong. - Kesanggupan membaiki keadaan yang
sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkidmat kepada
masyarakat. (Fuziah & Ruslan , 2000).
4. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 turut menyentuh
tentang pembangunan modal insan agar para pelajar mempunyai jati diri yang
kukuh. Ia termaktub dalam Perkara 5.53, Perkaran 5.54 dan Perkara 5.55. Pada
tahun 2006, Jemaah Menteri telah meluluskan Memorandun KPM bagi menangani
masalah salah laku murid dan meluluskan peruntukan sebanyak RM6.1 juta
setahun. (James,2008).
5. Fungsi Guru dalam Menangani Masalah Disiplin Di Sekolah Setiap guru ini
masing-masing mempunyai fungsi yang tertentu. Walau bagaimanapun, pada saat
ini, semua guru juga merupakan guru disiplin. Tanggungjawab guru adalah dipikul
bersama guru disiplin untuk membentuk murid menjadi murid yang baik dan
mematuhi peraturan .
6. Fungsi Guru Besar @ Pengetua Mengikut peraturan (Am) Persekolahan 1951,
Peraturan 3(1) ".... Guru Besar atau Pengetua adalah bertanggungjawab pada
pengajaran dan disiplin sekolahnya dan tertakluk kepada arahan Pengarah
Pelajaran Negeri, mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di
sekolahnya... (KPM, 1981:27) Peraturan 12, dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998, menyatakan Guru Besar atau Pengetua boleh atas budi
bicaranya secara bertulis mengarahkan persatuan atau pertubuhan di sekolahnya
dimansuhkan.
7. Fungsi Guru Besar @ Pengetua Peraturan 4, dalam dalam Peraturan-Peraturan
Pelajaran (Disisplin Sekolah) 1959, menyatakan yang Guru Besar atau Pengetua
adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah. Sehubungan itu,
beliau mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah.

8. Fungsi Guru Disiplin Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan
pelajar. Denda yang setimpal akan dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan
kesalahan.
Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk
bertugas pada tahun berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah
berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik,
kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang
sukan dan permainan.
9.
Memastikan perlantikan para pengawas adalah
berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya
kepimpinan dengan mengambil kira pandangan
dan sokongan para guru . Pemilihan akhir
dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi,
jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan
setelah dipersetujui oleh pihak guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru - guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh
pelajar. 5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru
penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru - guru lain.
10. Fungsi Guru Bimbingan guru kaunseling yang sedikit sebanyak berperanan
membantu penuntut yang bermasalah. Ceramah motivasi kaunseling patut dijadikan
satu aktiviti tahunan dalam membentuk disiplin penuntut seperti memanggil pakar
kaunseling remaja dari institusi lain yang diundang oleh pihak sekolah
11. Guru bimbingan dan kaunseling harus menunjukkan bahawa pengetahuan,
kemahiran yang tinggi dan strategi yang bersesuaian untuk mengimplementasi
pendekatan kaunseling dalam menangani masalah disiplin di sekolah Fungsi Guru
Bimbingan
12. Fungsi Guru Bimbingan Beberapa alternatif seperti penerapan konsep agape
love, kursus Fajar, kursus Galus, dan mewujudkan networking yang merupakan
pendekatan kaunseling didapati dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar di
sekolah.

13. Fungsi Guru Kelas Guru kelas adalah orang yang diamanahkan untuk menjaga
semua keperluan murid dalam kelas yang dipegang sejak awal tahun lagi. Semua
kebajikan murid dan latar belakang setiap murid seharusnya diketahui. Masalah
murid yang tidak berdisiplin di dalam kelas merupakan kelompok yang kecil jika
dibandingkan dengan kelompok besar iaitu jumlah keseluruhan murid dalam
sesebuah sekolah.
14. Sebagai guru kelas, tanggungjawab untuk mendidik murid ini memerlukan
kesabaran dan keimanan kerana segala perkara yang berlaku, guru kelas yang akan
mengambil alih untuk berurusan sama ada dengan pihak pentadbir, pihak polis
maupun ibu bapa penjaga. Fungsi Guru Kelas
15. Guru kelas juga akan bekerjasama dengan guru disiplin bagi menyelesaikan
sebarang masalah disiplin yang direkodkan seterusnya berhubung dengan Pentadbir
Hal Ehwal Murid bagi masalah yang dihadapi. Fungsi Guru Kelas
16. Fungsi Guru Beredar Guru perlu kerap menekankan nilai-nilai murni dalam
pengajaran supaya anak-anak remaja dapat dididik dan dibimbing menjadi orang
yang mempunyai keperibadian tinggi dan juga sifat-sifat mulia. Guru perlu
mendampingi pelajar dan menghormati pendapat serta kemahuan mereka. Guru
tidak sewajarnya menggunakan sindiran pada pelajar dan memberikan hukuman
yang akan mencacatkan perkembangan sosio emosi pelajar. Seharusnya guru
menjadi role model kepada pelajar.Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke
arah masalah pelajar
17. RUMUSAN Sesungguhnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang sedang
dilaksanakan ini menepati masa dan ketikanya dalam usaha menangani masalahmasalah berkaitan disiplin di sekolah-sekolah. Pelbagai pihak seharusnya bersamasama membantu menangani masalah pelajar yang semakin hari kian meruncing di
sekolah sehinggalah terbawa sehingga ke luar sekolah.

http://sarjana.tripod.com/guru3.html
Peranan guru sebagai pendidik
Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam
perlaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang
dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari
segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988),
antara peranan guru yang penting ialah:

Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan


pelajaran dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran
yang sesuai.
Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka
berusaha belajar secara individu atau berkumpulan.
Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak
penyusunan meja dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar.
Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai
sebahagian keluarga mereka.
Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta
membantu mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan
norma masyarakat.
Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan
kepada pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat
diterapkan dalam jiwa pelajar.

1.1

Guru Sebagai Pendidik

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk
menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada
pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk
menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya.

J. M Coopes (1988) berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi
ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti:

Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia


Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan
interaksi yang positif dalam pelbagai hala.
Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar
Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan
aktiviti pembelajaran mereka
Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari
tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan
menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan
perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk
menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha
melengkapkan diri dari masa ke semasa.

Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan


perubahan tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan
yang berorganisasi itu perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak
kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik, misalnya perkara-perkara yang
berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai
agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan semasa dan
kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai
kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa
perubahan semasa. Tetapi persoalannya sekarang, mampukah sekolah menangani
masalah sosial yang semakin mencabar ?.

2.0

PERANAN SEKOLAH

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan yang
dianggap sebagai satu proses yang membolehkan seseorang manusia yang
sanggup berfikiran kritikal dan mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan
memberi kemahiran-kemahiran teknikal dan kegiatan-kegiatan psikomotor. Oleh itu
peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada mausia khasnya generasi
muda untuk menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang difikir

sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupankehidupan seharian.

Sekolah merupakan satu institusi masyarakat yang penting dalam mementingkan


perhubungan dan perubahan tingkahlaku pelajar-pelajar mengikut arah dan
kehendak masyarakat (Khadijah Haidi, 1994). Justeru itu sekolah perlu memainkan
peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik.
Misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa , sopan
santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari di sekolah. Tidak
ketinggalan juga sekolah mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui
tentang bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Bahkan guru
bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi menanamkan
sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna, mematuhi peraturan masyarakat.

Guru dan Isu Semasa


Pada masa kini, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat perindustrian yang
maju dalam teknologi telah mengalami perubahan sosial yang pesat (Mohd. Yusman
Awang, 1996). Oleh itu guru di sekolah juga hendaklah memainkan peranan sebagai
agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang bagi mencapai kemajuan. Ini
bermakna, pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan
perkembangan sifat perseorangan pelajar mengikut arus pembaharuan semasa. Ini
selaras dengan wawasan negara, yang mementingkan kemajuan teknologi
maklumat supaya konsep pendidikan negara bercorak ke arah bercirikan teknologi
secara saintifik. Dalam kata lain tanggungjawab guru ini menjadi semakin berat dan
komplek kerana rakyat masa depan yang hendak dihasilkan itu bukan sahaja perlu
diterapkan dari segi pemikiran dengan nilai teknologi tinggi semata-mata, tetapi perlu
diseimbangkan dengan nilai moral dan etika yang murni. Persoalannnya sekarang ,
mampukan guru mengimbangkan teknologi maklumat, moral dan etika terhadap
pelajar ?. Jika kita lihat untuk mengimbangi faktor ini sukar untuk dicapai. Selaras
dengan kemajuan teknologi kini masalah keruntuhan moral pelajar semakin menjadijadi.Baru-baru ini di dalam akhbar tempatan turut menyuarakan pendapat dan
rungutan ibu bapa mengenai masalah anak dan komputer. Menurut laporan Berita
Harian (Oktober,1997) seorang bapa mengadu tingkahlaku anaknya berubah
menjadi liar dan berperangai tidak senonoh berikutan dengan pertambahan
pengetahuan dan maklumat dari internet yang tidak bertapis. Pelajar mudah
mendapatkan sebarang maklumat sama ada sesuai atau tidak dengan cara yang
lebih mudahdi zaman kemajuan teknologi maklumat kini. Penerapan nilai murni dan
ketahanan jiwa pelajar perlu disemai oleh guru sebagai pendidik di sekolah di
samping ibu bapa di rumah. Sekiranya ia tercicir dari landasan untuk mencapai
hasrat ini maka akan timbul masalah di kalangan pelajar seperti wujudnya pelbagai
masalah yang menjurus mereka ke arah keruntuhan akhlak remaja masa kini.

Sehubungan dengan itu guru perlu berpaling kepada tugas-tugas yang lebih
mencabar dan menguji kewibawaan guru tersebut di samping tugas utamanya
sebagai penyampai ilmu pengetahuan. Pada pendapat kami, pengetahuan ilmu
teknologi maklumat ini penting untuk generasi muda sebagai satu wadah untuk
mencapai kemajuan di masa hadapan. Tetapi pengetahuan ilmu ini perlu disekat dan
diberi secara berperingkat. Misalnya bagi pelajar sekolah rendah pengetahuan
mengenai internet tidak perlu lagi, bagi mengelakkan mereka daripada meneroka
jauh di dalam bidang ini ke arah yang tidak sihat. Namun pengetahuan secara teori
perlu diberikan supaya mereka tidak ketinggalan. Apabila pelajar ini telah melangkah
ke sekolah menengah pengetahuan teknologi maklumat ini perlu diberi pendedahan
secara keseluruhan kerana pada peringkat umur ini mereka sudah mampu berfikir
untuk menentukan yang baik dan yang buruk. Walaupun pendedahan ini perlu, ibu
bapa hendaklah sentiasa mengawasi tingkahlaku pelajar ini di rumah. Di sekolah
masalah ini mungkin sukar terjadi kerana ia dikawal sepenuhnya oleh guru. Masalah
ini biasanya berlaku di rumah ketika bersendirian atau bersama rakan sebaya.

Peranan Sekolah dan Masyarakat


Sekolah merupakan institusi sosial yang melatih generasi muda supaya berilmu
pengetahuan dan berakhlak mulia. Ini dapat dicapai sekiranya sekolah memberi
perhatian yang bersungguh-sungguh bagi menangani gejala sosial yang dihadapi
oleh masyarakat. Isunya sekarang, mampukan pihak sekolah dan masyarakat
berindak seiring dalam menangani masalah sosial di kalangan pelajar ?. Dalam
menangani masalah sosial pelajar ini semua pihak perlu merasa ini adalah
tanggunjawab bersama. Pihak sekolah perlu memainkan peranannya manakala
masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam
melaksanakan tugas berat ini. Namun demikian, kebelakangan ini terdapat petanda
peranan sekolah dalam menangani masalah akhlak dan moral terlalu lemah .
Menurut Dr. Abdul Rahim Abd. Rashid (1997), ini disebabkan oleh kelemahan
-kelemahan sekolah seperti hubungan interpersonal yang renggang, guru yang
kurang bermotivasi dan berdedikasi, perasaan yang tidak berpuas hati terhadap
sekolah, hubungan guru dan murid yang tidak harmoni, kurang keperihatinan yang
ditunjukkan oleh guru-guru terhadap masalah murid, tekanan sosial dan emosi yang
tinggi yang dihadapi oleh murid di sekolah, kegagalan yang tinggi dihadapi oleh
murid-murid disebabkan oleh ketidakcekapan sekolah dalam memenuhi kehendak
murid, dan kekerapan berlakunya murid diabaikan di sekolah. Masalah sosial yang
membabitkan murid sekolah semakin meningkat dan membimbangkan kerana
sekolah yang merupakan institusi sosial semakin renggang hubungannya dengan
masyarakat setempat. Banyak masalah murid dan masalah masyarakat dengan
sekolah khususnya yang bersabit dengan hal-hal personal murid dan hal pendidikan
masyarakat setempat tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh pihak sekolah.
Menurut S. Subramaniam, Setiausaha Persatuan Perkhidmatan Pendidikan (Jun
1998) pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan

dengan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan
amaran-amaran keras terhadap ibu bapa yang dianggap sebagai penceroboh.

Hubungan yang terlalu formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru besar
di setengah-setengah sekolah menjadikan sekolah seolah-olah satu institusi sosial
yang rigid. Ini menyebabkan banyak konflik dan masalah yang timbul di antara pihak
sekolah, murid, ibu bapa dan masyarakat setempat tidak dapat diselesaikan dengan
berkesan. Menurut Khairunnisa Sulaiman (1996) dalam banyak hal, masyarakat
setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak sekolah bagi bentuk gejala sosial
dan jenayah yang berlaku sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.
Pihak sekolah ada kalanya bertindak sendirian sesuka hati tanpa melibatkan ibu
bapa, khususnya yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh murid di sekolah
mahupun di luar sekolah.

Pihak sekolah harus menyedari, masyarakat setempat adalah satu aset yang boleh
dijadikan rakan kongsi yang berkesan membantu pihak sekolah dalam menangani
semua masalah yang berlaku , khususnya membanteras masalah sosial dan
jenayah di kalangan murid sekolah.

Bagi mengatasi masalah ini, sekolah perlu mempunyai mekanisme pengawalan


sosial yang berkesan bagi membolehkan ia mampu mengawal gejala-gejala buruk
dan membanteras masalah sosial yang melibatkan pelajar sekolah. Peranan yang
dimainkan oleh sekolah sebagai agen pengawalan sosial boleh dilakukan dengan
pelbagai cara terutamanya bekerjasama dengan masyarakat setempat. Pihak
sekolah dan masyarakat, khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu
duduk semeja membincangkan masalah sosial pelajar ini. Pengawalan dan tindakan
yang dilakukan oleh sebelah pihak mungkin berjaya tetapi kurang berkesan. Pihak
masyarakat juga perlu memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah
untuk menangani masalah ini. Setiap tindakan yang wajar seperti merotan atau
denda ringan yang lain hendaklah dianggap sebagai hukuman untuk mendidik bukan
sebagai dera.Salah faham ini juga menimbulkan konkfik dalam menangani masalah
sosial pelajar.

Dari masa ke semasa pelajar-pelajar perlu dilatih supaya lebih bertanggungjawab


mematuhi peraturan dan undang-undang mengekalkan keamanan, menghormati
orang lain, berperangai mulia dan tahu membezakan mana yang baik dan mana
yang buruk sebagaigaris panduan amalan dan tindakan. Disiplin adalah asas utama
mekanisme pengawalan sosial di sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan
kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkahlaku yang mulia. Bagi mencorakkan

disiplin sekolah yang berkesan, semua guru perlulah menunjukkan komitmen dan
diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin.

Sekolah dan Kaunseling


Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan
tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk
mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap
buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang
bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato Seri Najib Tun Razak (1996), pada
awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah
di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa
bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk
masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah
pelajar.

Namun persoalannya, mampukah program seumpama ini menangani atau


sekurang-kurangnya mengurangi masalah pelajar dari sudut akademik, peribadi
ataupun tingkahlaku pelajar ?. Jika dikaji dengan mendalam, unit kaunseling yang
beroperasi di sekolah telah wujud sejak tahun 1964 lagi, tetapi lebih dikenali sebagai
perkhidmatan bimbingan kerjaya. Bimbingan kaunseling dan Pembimbing Rakan
Sebaya (PRS) pula mula dikenali dalam tahun 1980 an. Kewujudan PRS ini seolaholah tidak memberi sebarang makna kerana peranannya agak kabur dan tidak
ditonjol sepenuhnya. Kewujudannya seperti kelab dan persatuan ko-kurikulum yang
lain di sesebuah sekolah. Buktinya, sehingga hari ini masih lagi terdapat pelajarpelajar yang terbabit dengan pelbagai masalah sosial atau kes salah laku seperti kes
juvana yang menyebabkan pihak polis terpaksa campur tangan terutamanya di
sekolah yang terletak di kawasan-kawasan bandar. Berita-berita ini sering di
dedahkan di dada-data akhbar. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh majalah
MASSA, Mac 1997, jumlah tangkapan pelajar dalam pelbagai salah laku meningkat
iaitu pada tahun 1994 jumlah tangkapan 3247 pelajar, tahun 1995 jumlah tangkapan
4192 pelajar dan pada tahun 1996 jumlah tangkapan meningkat lagi dari tahun
sebelumnya iaitu sebanyak 4601 pelajar.

Menurut Dr. Abd. Rahim Abd. Rashid (1997) berdasarkan statistik yang dikeluarkan
oleh pihak polis Bukit Aman Kuala Lumpur, jumlah tangkapan kes juvana mengikut
pecahan umur 10 tahun hingga 18 tahun dari tahun 1993 hingga 1995 amat
membimbangkan. Dalam tahun 1995, bilangan pelajar yang ditanggap kerana kes
juvana sahaja dari umur 10 tahun hingga 18 tahun adalah seramai 4,192 orang. Ini
belum lagi dicampur dengan jumlah pelajar yang terbabit dengan kesalahan

tingkahlaku. Walaupun tidak semua tangkapan kes juvana melibatkan pelajar


sekolah tetapi secara rambangnya tahap umur 10 tahun hingga 18 tahun
melayakkan mereka dikategorikan sebagai pelajar. Sekiranya mereka tidak
terkandas dalam peperiksaan, dibuang sekolah atau malas belajar mereka masih di
alam persekolahan.

Menyedari hakikat inilah, Kementerian Pendidikan mengambil keputusan untuk


mewujudkan perkhidmatan kaunselor sepenuh masa yang bersifat proaktif dan
bertaraf profesional di setiap sekolah menengah secepat yang mungkin (Abdul
Hamid, 1996).

Sementera itu menurut kaunselor di Unit Kaunseling Universiti Sains Malaysia, Wan
Mohd Khair Wan Chik berpendapat bahawa idea untuk mewujudkan kaunselor
sepenuh masa sepatutnya dilakukan sejak dulu lagi.

Mewujudkan dua orang kaunselor di tiap-tiap buah sekolah amat dialu-alukan.


Bagaimanapun, selain daripada menumpukan perhatian di dalam mewujudkan
kaunselor di sekolah-sekolah, perkara penting yang perlu di beri perhatian ialah
kemudahan untuk kaunselor menjalankan tugas mereka. Guru-guru perlu di beri
kefahaman mengenai tugas kaunselor agar pihak guru dan kaunselor dapat
bekerjasama antara satu sama lain.

Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah


pelajar kerana mereka dapat memberikan tuampuan sepenuhnya kepada pelajar.
Sebelum ini guru biasa ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban
tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian
yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran kaunselor di sekolah
amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar
malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang
yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.

Sekolah dan Unit Disiplin


Sejak kewujudan institusi persekolahan di negara ini, tiap-tiap buah sekolah sama
ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah perlu melantik seorang guru yang
bertindak sebagai guru disiplin. Tugas guru disiplin ini adalah untuk memastikan tiaptiap pelajar di sekolah tersebut mengikut undang-undang yang ditetapkan. Pelajarpelajar yang didapati melakukan kesalahan seperti salah laku pelajar iaitu datang

lewat, tidak hadir ke sekolah, rambut panjang dan sebagainya sehinggalah kepada
kesalahan yang berat seperti merokok dan menghisap dadah di bawah pemerhatian
guru disiplin (Kamarrudin Jusoh,1997).

Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Denda yang
setimpal akan dikenakan sekiranya pelajar tersebut melakukan kesalahan. Isunya
sekarang, adakah tugas guru disiplin sekarang dihormati dan menjadi batu
penghalang kepada pelajar untuk melakukan sesuatu kesalahan?. Kehadiran guru
disiplin di sekolah seolah-olah tidak dihiraukan oleh pelajar hatta pihak sekolah
sendiri (Rusil, 1997). Sekolah lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan
pencapaian akademik pelajar. Menurut Kamaruddin Jusoh, bekas guru disiplin,
sesetengah sekolah sanggup untuk memperuntukan sejumlah wang ke arah
kecemerlangan akademik dengan mengabaikan masalah-masalah displin pelajar.
Pihak pentadbir akan mendabik dada sekiranya sekolahnya terdapat ramai pelajar
mendapat A dalam peperiksaan ataupun 100% lulus dalam peperiksaan PMR, SPM
dan STPM. Sekolah tidak mengambil kira nilai-nilai yang ditonjolkan oleh setiap
pelajarnya asalkan matlamatnya tercapai iaitu mendapatkan sebanyak mungkin
pelajar mendapat A.

Menurut Kamarrudin (1997) masalah pelajar tidak menghormati guru disiplin


semakin runcing apabila terdapat campurtangan ibu bapa yang lebih menyebelahi
pelajar. Terdapat satu kes pada penghujung tahun 1996, seorang guru disiplin
dihadap ke muka pengadilan kerana merotan seorang murid yang melakukan
kesalahan disiplin. Apabila kes sebegini diajukan kepada pengetua, Pegawai
Pendidikan Daerah, Pengarah Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan,
jawapan yang diberikan, "sekiranya guru tersebut bersalah kita akan mengambil
tindakan tatatertib dan jika perlu, guru tersebut akan dibuang dari perkhidmatannya".
Seolah-olah di sini guru disiplin tidak dihiraukan di sekolah. Dengan demikian guru
disiplin akan merasa tugas dan komitmen yang disumbangkan untuk mengawal
disiplin dan salah laku pelajar adalah sia-sia dan tidak memberi kesan . Oleh itu unit
displin di sekolah-sekolah sekarang ini tidak dapat menolong untuk membenteras
gejala sosial dengan sewajarnya.

Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani Masalah Sosial


http://www.haluan.org.my/v5/index.php/topik-pilihan/sosial-a-kemasyarakatan/1447memperkasa-sistem-pendidikan-bagi-menangani-masalah-sosial
Permasalahan sosial yang sedang meruncing kini seharusnya mendapat perhatian
semua pihak yang cintakan negara ini dan mereka yang mahu menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju contoh. Samada secara sedar atau tidak, peningkatan
kes-kes yang dikategorikan sebagai gejala sosial kini berada pada tahap yang agak
membimbangkan, malah mungkin juga mencemaskan. Ini dapat dibuktikan melalui
pendedahan dan laporan harian media massa mengenai peningkatan kes-kes
berkenaan. Setiap hari kita akan mendengar atau membaca berita serta liputan
mengenai kes-kes gejala sosial

Sudah sampai masanya kita sebagai rakyat Malaysia melihat usaha membendung
dan menyelesaikan masalah ini sebagai suatu agenda yang perlu diberi keutamaan.
Selain perlunya meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap
kesalahan-kesalahan yang dilakukan, kita tidak seharusnya mengabaikan peranan
pendidikan bagi membantu membendung gejala berkenaan daripada berleluasa.
Malah rakyat seluruhnya perlu mempunyai kesedaran bahawa gejala ini adalah
permasalahan kita bersama, bukan semata-mata permasalahan kerajaan atau kaum
keluarga pesalah-pesalah yang terlibat dengan tindakan-tindakan ganas itu.

Apa yang dimaksudkan sebagai tindakan bersama, adalah perlunya kerjasama


semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama-sama membenteras
perlakuan salah laku atau gejala sosial ini daripada terus menjadi barah yang akan
melumpuhkan sistem bermasyarakat di negara ini. Dengan lain perkataan, kita sama
sekali tidak boleh membenarkan keadaan ini berlangsung sewenang-wenangnya di
atas nama gaya hidup masyarakat maju. Kita harus menetapkan agenda bahawa
kemajuan kita bukanlah menyamai kemajuan di Barat.

Masalah sosial adalah suatu tindakan yang merangkumi pelbagai perlakuan negatif
masyarakat yang tidak membawa kekuatan serta keuntungan kepada sesebuah
negara, samada kepada struktur sosial, politik mahupun sistem ekonomi negara
berkenaan.

Perlakuan yang menyimpang daripada nilai dan norma masyarakat mengundang


kerisauan dalam masyarakat berkenaan kerana ia boleh memecahkan struktur nilai
yang dipegang oleh sebahagian besar komuniti tersebut.

Banyak kajian telah dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai gejala sosial ini. Satu
kajian yang dilakukan oleh Amaludin Abd. Rahman dan Khadijah Alawi merumuskan
bahawa terdapat sekurang-kurangnya 28 jenis masalah sosial yang dihadapi oleh
golongan remaja masa kini. Masalah berkenaan dapat diperincikan melalui senarai
berikut :

Bil.

Masalah Sosial

Bil.

Masalah Sosial

Merokok

Tonton video lucah 3

Tonton filem lucah

Mencuri

Lari dari rumah

Minum arak

Putus cinta

Pil khayal

Berjudi

10
ugut

Simpan gambar lucah

13

Pecah rumah14

Hisap dadah 15

Rogol

16

Samun

17

Rasuah

Maksiat

19

Bercerai

20

Jenayah bunuh

21

22

Bohjan

23

Homoseks

Bohsia

25

Lesbian

26

Pelacur/Dilacur

28

Buang anak

11

Bil.

Masalah Sosial

Hubungan jenis luar nikah 12

18

24

27

Peras

Seks rambang

Gugur anak

Kajian berkenaan juga mendapati bahawa penglibatan remaja dalam masalah sosial
sangat berkait rapat dengan latar belakang dan cara hidup mereka dalam keluarga.
Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor lain yang menentukan remaja terjebak
dalam kegiatan ini. Antaranya ialah faktor psikologi individu itu sendiri serta
pengaruh persekitaran.

Tarikan yang kuat terhadap pergaulan bebas dan pengaruh rakan sebaya dikenal
pasti menjadi sebab utama remaja mudah melanggar nilai dan norma masyarakat.
Keadaan ini sangat berkait rapat dengan pengaruh emosi yang sangat mudah
meresapi jiwa remaja, iaitu mahukan melakukan sesuatu yang menyeronokkan,
mencabar dan memberi kepuasan diri.

Akibat daripada suasana dan persekitaran hidup yang sentiasa menyuburkan


budaya keseronokan dan kesenangan, maka lahirlah generasi yang dangkal
pemikiran dan gagal memanfaatkan kekuatan jasad, akal dan rohani yang ada pada
mereka. Akibatnya, sering kita perhatikan apabila mereka dilanda kekecewaan atau
dugaan seperti putus cinta, konflik diri ataupun tekanan pelajaran, mereka akan
begitu mudah mencari penyelesaian yang sebenarnya bukan jawapan kepada
permasalahan yang dihadapi. Maka bertambahlah kes membunuh diri, dadah, arak,
lari dari rumah dan zina, kononnya sebagai jalan penyelesaian kepada masalah
yang dihadapi.

Dalam tempoh pembangunan yang semakin pesat serta persaingan yang bersifat
global, anak muda atau remaja kini semakin diorientasi dengan kemewahan.
Kesannya mereka kurang berminat dengan program-program pemantapan jati diri
serta pengukuhan peribadi mereka dalam menghadapi cabaran. Ini seterusnya
mengakibatkan mereka gagal mencari jalan penyelesaian yang kreatif dan
berhikmah terhadap cabaran dan dugaan yang mendatang.

Kajian Amaludin dan Khadijah juga mendapati bahawa sejarah keluarga adalah
antara faktor yang ketara dalam menyumbang kepada peningkatan masalah sosial .
Bilangan kes perceraian ibu bapa misalnya, dan kurangnya kemahiran dalam
mendidik memberikan kesan negatif ke atas perkembangan syaksiah dan mentaliti
anak-anak. Mereka terasa terpinggir, terabai dan jauh daripada kasih sayang.

Keengganan sebahagian pasangan mendalami ilmu kemahiran keibubapaan


(parenting) adalah suatu tindakan yang merugikan. Pendedahan yang terhad ini
menyebabkan kaedah mengurus hal ehwal keluarga menjadi kurang mantap dan
kucar-kacir. Selain itu, akibat kurangnya tumpuan terhadap aspek pembangunan
keluarga sebagai salah satu aspek penting pembangunan modal insan, telah
menyebabkan berlakunya kes-kes keganasan rumah tangga. Melalui data di bawah,
kita dapati bahawa negeri-negeri yang mempunyi tahap kemajuan ekonomi lebih
pesat mencatatkan kes keganasan rumah tangga yang tinggi. Ini termasuklah di
Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Negeri2001 2002 2003 20041


Perlis 27

39

32

27

Kedah 179

177

179

114

Pulau Pinang431

269

231

137

Perak 185

135

123

56

Selangor

855

942

805

421

Kuala Lumpur

162

131

96

53

Negeri Sembilan

318

242

301

131

Melaka

56

67

68

37

Johor 379

187

234

227

Pahang

161

202

188

99

Terengganu 29

10

12

Kelantan

36

47

19

14

Sabah 86

85

69

55

Sarawak

203

222

201

Jumlah

3107 2755 2555 1497

114

Jadual 1 : Kes Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri, sehingga Jun 2004
Sumber : Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman

Persekitaran masyarakat amat bermakna bagi perkembangan fizikal, mental dan


rohani seorang remaja. Suasana yang tidak soleh memudahkan nafsu remaja
terangsang untuk bertindak seperti rakan-rakan sekumpulannya. Peranan media
juga amat kuat dalam mempengaruhi pembentukan minda remaja yang sihat. Aksi
yang ganas dan kurang bermoral boleh didapati dengan mudah melalui VCD, video,
majalah dan televisyen. Kesan sampingan aktiviti-aktiviti ini ialah pengikisan nilainilai murni dan adab masyarakat. Lama kelamaan nilai-nilai berkenaan digantikan
dengan nilai-nilai Barat yang berbeza daripada masyarakat Timur.

Di samping itu program televisyen yang tidak ditapis dengan berhati-hati oleh pihak
berwajib terutama pada siaran televisyen berbayar (kabel) akan mendedahkan
golongan muda dan remaja belasan tahun kepada tabiat buruk dan amalan berisiko
tinggi seperti gejala pergaulan bebas, penagihan dadah atau seks bebas. Menurut
satu kajian lagi yang dilakukan oleh Norliah Kudus dan Mahadi Hassan
merumuskan, ruangan di media yang membincangkan soal seks dan hubungan
suami isteri secara terbuka mendedahkan anak-anak kepada mesej seks yang

belum sampai masanya untuk mereka ketahui. Biarpun secara purata kes-kes rogol
yang dicatatkan menurun sehingga tahun 2004, ini tidak bermakna bahawa kita
harus leka untuk terus membenterasnya.

Negeri2001 2002 2003 2004


Perlis 10

13

11

Kedah 123

132

119

70

Pulau Pinang75

73

70

Perak 79

100

118

61

Selangor

269

253

280

162

Kuala Lumpur

97

120

77

54

Negeri Sembilan

82

62

69

45

Melaka

43

57

67

55

Johor 234

235

312

162

Pahang

79

79

70

61

Terengganu 48

45

38

30

Kelantan

74

70

66

39

Sabah 94

115

111

64

Sarawak

79

77

71

Jumlah

1386 1431 1479 908

53

46

Jadual 2 : Kes Rogol Mengikut Negeri, sehingga Jun 2004


Sumber : Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman

Perkembangan negara yang pesat sejak tahun 1980-an telah memberi manfaat
yang sangat besar kepada masyarakat Malaysia. Limpahan pembangunan ini turut
membawa perubahan ke atas cara hidup keluarga dan pembangunan sosial. Kualiti
hidup semakin baik dan rakyat Malaysia boleh merasai jangka hayat yang lebih
panjang. Perangkaan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat 2004 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
mencatatkan pertumbuhan penduduk Malaysia dari 13.88 juta pada tahun 1980

kepada 25.58 juta pada tahun 2004. Pertambanhan penduduk ini dijangka
meningkat kepada 28.9 juta pada 2010 dengan kadar purata pertumbuhan 2.2
peratus setahun (Fatimah Saad, 2005). Kumpulan umur 15-64 tahun membentuk
62.9 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia diikuti 0-14 tahun (32.9
peratus) dan berumur 65 tahun dan lebih (4.2 peratus). Manakala penduduk bandar
semakin meningkat dari 34.2 peratus (1980) kepada 62.8 peratus (2004).
Pertambahan ini adalah disebabkan pelbagai faktor seperti perbandaran, peluang
pekerjaan dan tahap pendidikan yang lebih baik.

1980 1991 2000 2004


Penduduk Pertengahan Tahun1 juta

13.88 18.55 23.27 25.58

Kumpulan Umur
0-14 %

39.9

37.2

33.3

59.2

62.8

62.9

64 dan lebih %

3.6

3.6

3.9

4.2

Penduduk Bandar

34.2

50.7

62.0

62.8

65.8

49.3

38.0

15-64 %

56.5

Penduduk Luar Bandar

32.9

37.2

Jadual 3 : Ringkasan Perangkaan Penduduk. Anggaran penduduk tahun 2003 dan


2004 adalah berdasarkan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2000 yang
telah disesuaikan kadar-kadar kurang penghitungan. Sumber : Jabatan Perangkaan
Malaysia

Pembangunan pesat bandar-bandar di Malaysia telah melebarkan kawasan


penempatan. Kemungkinan 15 tahun yang akan datang penduduk di bandar akan
meningkat lebih banyak kesan daripada dasar kerajaan yang hendak menjadikan
Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Perubahan ini sedang berlaku
sedikit demi sedikit dari utara hingga ke selatan dan timur Malaysia. Kawasan
bandar ini telah mengubah corak tradisional masyarakat kampung kepada
metropolitan yang memberi kesan terhadap pengaruh politik, pembangunan fizial
dan pengenalan sosial. Contoh yang mudah ialah struktur rumah di bandar sangat
berbeza dengan kampung iaitu pembinaan rumah sangat rapat dan tidak ada
ruangan yang mencukupi untuk interaksi sosial di kalangan keluarga di luar rumah.

Perkembangan perbandaran turut mengambil tempat dalam perubahan struktur


ekonomi dan menjadi punca terhadap perubahan sikap dan sistem nilai. Amalan
agama masih kuat di kawasan luar bandar dan boleh dilihat kerana masyarakatnya
berpegang kuat pada nilai dan tradisi sedia ada. Walau bagaimanapun keadaan ini
tidak banyak membawa makna kepada kehidupan bandar kerana nilai dan sikap
yang telah berubah. Pertumbuhan ekonomi menyebabkan kebergantungan terhadap
keperluan mencari wang diutamakan walaupun terpaksa mengorbankan nilai dan
budaya sebelumnya.

Langkah utama mengatasi masalah sosial di Malaysia ialah sentiasa menambahbaik


sistem pendidikan supaya menjadikan nilai sebagai teras. Seorang pakar
pendidikan, Musgrave (1978) dalam bukunya The Moral Curriculum : A Sociological
Analysis menegaskan agenda penting pendidikan dalam sesebuah negara haruslah
merangkumi usaha membangunkan aspek-aspek moral individu dan masyarakat.

Manakala seorang pengkaji pendidikan dan kemasyarakatan Lickona turut bersetuju


bahawa penekanan tradisional pendidikan ialah mencorakkan perkembangan dan
pembentukan watak seseorang bagi melahirkan individu yang baik.

Sekolah adalah institusi penting dalam pembentukan nilai kerana para pelajar
menghabiskan masa selama enam hingga lapan jam sehari di situ. Para pelajar
tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang mempelajari nilai-nilai baru setiap
hari dalam aktiviti yang dilakukan bersama. Mereka belajar tentang peraturan,
menghormati, kasih sayang, etika dan kerjasama melalui silibus pendidikan yang
dibentuk secara berhati-hati, diajar oleh guru yang terlatih dan melalui proses
komunikasi setiap hari. Perkara pokok dalam pembentukan nilai ini ialah pendidikan
nilai tidak boleh dihalang oleh sesiapa sahaja walaupun ia cuba berbuat demikian.
Sebaliknya nilai ini perlu didedahkan dengan sebaik-baiknya.

Kepentingan pendidikan dan persekolahan sebagai institusi sosial yang membentuk


nilai disokong kuat oleh Narol (1983) yang mengemukakan Teori Moral Order. Beliau
menganggap masalah sosial yang berlaku boleh diatasi jika wujud moral order atau
tatacara moral yang mempengaruhi situasi dan mendasari segala masalah sosial
manusia. Oleh itu institusi sekolah berperanan menegakkan moral order ini
khususnya golongan remaja. Sekolah sebagai institusi pendidikan formal merupakan
agen yang bertanggungjawab memindahkan nilai-nilai masyarakat kepada kanakkanak dan generasi muda.

Kekuatan dan kehebatan sesuatu masyarakat dan negara banyak bergantung


kepada perubahan nilai yang berlaku. Mahu ataupun tidak, pendidikan adalah faktor
utama bagi membina dan menanam nilai-nilai positif yang akan mendorong kepada
kemajuan sosial negara. Pendidikan yang dilihat sebagai agen perubahan sosial
wajar berkembang selari dengan perubahan ekonomi, politik dan teknologi semasa
supaya nilai-nilai yang sedia ada boleh ikut selari dengan perubahan-perubahan
tersebut.

Golongan muda harus didedahkan dengan nilai-nilai yang baik dan diterima oleh
masyarakat sejak kecil lagi. Walaupun keluarga adalah penentu masa depan anakanak, dengan peningkatan masalah sosial hari ini yang melibatkan remaja, timbul
persoalan sama ada keluarga mempunyai cukup kekuatan bagi membentuk adab
dan akhlak yang mulia pada anak-anak. Di sinilah peranan kerajaan yang harus
bertanggungjawab mengatasi masalah sosial ini melalui pendidikan formal,
penguatkuasaan dan pemulihan.

Sebagai sebuah negara yang sedang meningkat maju, Malaysia harus bijak
menyusun pembangunan dan pemodenan supaya masalah sosial ini tidak akan
mengganggu kesejahteraan dan kebahagian masyarakat keseluruhannya.

Guru tonggak atasi gejala sosial


Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK
kampus@utusan.com.my

Para pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa menunjukkan


kain rentang yang memuatkan keratan akhbar mengenai gejala buang bayi.

WARGA pendidik terutamanya guru perlu sedar bahawa mereka menggalas


tanggungjawab berat sebagai pengganti ibu bapa kepada pelajar di sekolah.

Kewibawaan dan komitmen guru menjadi titik tolok dalam memainkan peranan
sebagai pendidik masyarakat dalam menangani masalah gejala sosial membuang
atau membunuh bayi yang baru dilahirkan.

Golongan remaja atau pelajar perlu diberikan kesedaran dan penerangan oleh guru
mengenai kepentingan untuk mengutamakan nilai-nilai moral serta kesan buruk seks
bebas yang boleh membawa banyak kemudaratan seperti masalah buang bayi dan
pelbagai penyakit.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2010&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_01.htm#ixzz3Rbq8
K29H
Utusan Melayu (M) Bhd

cara mengatasi masalah gejala sosial remaja

Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas
bawahan, malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan.
Pada umumnya, gejala ini timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat
mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana.

PERANAN IBU BAPA


Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran
dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa
remaja, menangani kesihatan mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan
terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak
sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi
bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak tidak lagi
terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak.
Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep
membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya
gaya berbincang nyata lebih berkesan.

Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan
seksual mereka. Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan
intelektual. Perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada
kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati diri sendiri.

Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan


psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep
melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah, remaja akan kelihatan
bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak difahami. Peristiwa yang
menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu contoh
bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.

Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak
dengan
gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas
agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada
perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting,

terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai


penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu
bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak.
Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu
perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada
mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan
mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita
tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus
membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk
berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli
keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga
berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk
menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau
keadaan anak-anak, tidak boleh just take for granted. Mereka tidak boleh
membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak
perlu dibimbing.

Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu,
sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya
dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa
agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka
harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anakanak

PERANAN GURU DI SEKOLAH

Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi
rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa
berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya
memerintah akan diingati sebagai `pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan
akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara

pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat
terhadap proses pembelajaran.

PERANAN PIHAK BERKUASA

Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas
dan liar, tetapi pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara
seperti minuman arak, seks bebas dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan
mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring dengan usaha
pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah
misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal
ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan
lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?

PERANAN MEDIA MASSA

Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang
keruntuhan akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja
yang berjaya mesti sering ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk
diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding
liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh
itu, semua pihak perlu bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul
masalah sosioekonomi yang lebih serius.

PERANAN KOMUNITI/MASYARAKAT

Setiap usaha yang dilakukan dalam apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan
berjaya jika masyarakat di tempat di mana masalah itu berlaku tidak turut sama
menggembleng tenaga. Untuk menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti
Islam, tempat yang paling sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjidmasjid atau di surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap
hari, setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang
harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai

cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan
yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan yang
berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah masjidmasjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej yang hendak disampaikan
oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah rawatan yang perlu
diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat diberikan kepada
pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat untuk melaksanakan
program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi terhadap institusi
masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan jambatan antara komuniti
setempat dengan kerajaan negeri.

Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah diberi kefahaman yang


sepenuhnya bahawa usaha ini bukannya untuk meraih keuntungan atau sokongan
mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk manfaat masyarakat keseluruhannya.
Kaedah ini adalah seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana
masjid dijadikan tempat untuk menyelesaikan segala permasalahan masyarakat,
sumber rujukan, pusat kaunseling dan seterusnya.

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan
manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (Ar-Rum:41)

RANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI MASALAH


DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH.
PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI
MASALAH DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH.

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang kaunselor mestilah berlandaskan


ilmu pengetahuan berkenaan bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu
menangani masalah di sekolah dan berjaya menghidupkan fungsi sebenar
bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American School Counselor
Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab profesional kaunselor
sekolah seperti berikut.

Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia


sosial dan psikologi di tempat dia berada.Ia juga membawa maksud seseorang
kaunselor berperanan membantu pelajar agar pelajar mampu mengenali siapa
dirinya yang sebenar serta dapat membuat hubungan yang bermakna dengan dunia
sekelilngnya dari sudut sosialisasi dan psikologi di mana ia berada.Tugas kaunselor
yang terpenting ialah membantu klien mencari dan memahami sikap,minat ,bakat
serta kebolehan yang ada pada diri klien untuk berkembang dengan baik,memahami
serta peluang-peluang yang dimiliki oleh klien hasil daripada perbincangannya
dengan kaunselor untuk proses ke arah mencapai kesempurnaan kendiri serta
hubungan antara kesemua unsur yang telah dinyatakan semata-mata untuk mencari
keseimbangan kendiri sebagaimana yang diingini selaras dengan tuntutan agama
dan masyarakat.

Menolong pelajar untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat,minat, sikap,


kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri. Kaunselor juga berperanan
untuk membantu pelajar agar dapat membuat persediaan yang bersesuaian dengan
minat dan bakat serta kebolehan yang dipunyai.Ini penting agar segala tidakan yang
bakal dilakukan oleh murid adalah selaras dengan apa yang diingininya agar ia
berpeluang untuk mencapai matlamat hidupnya miaitu ke arah penyempurnaan
kendiri.Contoh jika kita ambil dari sudut minat dan cita-cita seseorang pelajar yang
inginkan dan mempunyai kecenderungan ke arah menjadi seorang saintis,maka
kaunselor berperanan untuk memberikan panduan dan beberapa cadangan yang
bersesuaian dengan minat dan memberikan panduan tentang mata pelajaran yang
pentng yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar jika pelajar tersebut ingin
mencapai cita-citanya.Maka,kaunselor harus berperanan untuk membantu dan

membimbing murid ke arah penyempurnaan kendiri berdasarkan apa yang diingini


oleh pelajar.

Menolong pelajar mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat


keputusan sendiri. Dalam perkara ini,seseorang kaunselor perlu membimbing pelajar
untuk mencapai ke arah berani berdikari dengan mengambil risiko dan sanggup
bertanggungjawab terhadapa apa yang difikirkannya dan apa sahaja keputusan
yang bakal diambilnya.Perkara ii akan menjadikan seseorang pelajar itu tidak akan
teragak-agak dalam membuat keputusan yang peting dalam hidupnya sendiri.

Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang


perseorangan dan memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan
bertujuan untuk membantu supaya lebih memahami lagi tentang pelajar. Seseorang
kaunselor berperanan membantu bukan sahaj pelajar tetapi melibatkan keseluruhan
organisasi sekolah untuk mereka memahami akan keperluan terhadap keperluan
persendirian dan hak-hak yang dipunyai oleh seseorang pelajar untuk dihormati.Ini
merupakan suatu perkara penting agar pihak sekolah terutamanya pentadbir dan
guru-guru serta kakitangan sekolah yang lain mengetahui bahawa para pelajar
mempunyai hak untuk mendapat khidmat bimbingan dan kaunseling daripada
kaunselor sekiranya mereka ingin berbuat demikian dan juga kaunselor juga
mempunyai hak untuk memanggil pelajar yang bermasalah untuk mendapatkan
khidmat kepakaran kaunsleling.

Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran


perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan
lain.Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap
program sekolah yang dilaksanakan mendatangkan faedah yang besar kepada
pelajar dari sudut perkembangan psikososial.Ini menunjukkan bahawa setiap
program yang dijalankan perlukan penelitian yang bersungguh-sungguh daripada
kaunselor bermula dari tahap perancangan hinggalah ke tahap perlaksanaan
program.Dan penelitian ini tidak terhenti di sini sahaja malahan pemantauan
terhadap perkembangan pelajar perlu diajalnakn dari semasa ke semasa bagi
memastika para pelajar menadapat faedah daripada program yang telah
dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah,daerah,negeri atau kebangsaan.

Memberitahu pihak pentadbiran tentang perubahan-perubahan yang signifikan di


sekolah yang memberi kesan dengan perkembangan program yang berkaitan.
Selain memastikan dan menentukan perubahan pelajar berjaya kaunselor juga perlu
melaporkan kepada pihak sekolah akan perkembangan yang diperolehi hasil

daripada program yang telah dijalankan.Laporan ini perlu dimaklumkan terutamanya


kepada pihak pentadbiran agar mereka maklum akan situasi pelajar di sekolah
berkenaan.

Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya,


keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain di persekitarannya dengan
tujuan untuk menambahkan kebolehan,memberikan sumbangan kepada
perkembangan anak mereka sendiri. Kaunselor berperanan besar utnuk membantu
ibu bapa untuk mereka mengetahui kemajuan perkembangan anaknya terutama dari
segi sikap dan akademik,keperluan-keperluan yang diperlukan oleh anak-anak
mereka untuk mencapai kejayaan yang bermakna serta membantu ibu bapa
mendapatkan gambaran akan peluanyang -pelunag yang bakal diperolehi sekiranya
anak mereka berjaya kelak.Memahami kemajuan perkembangan anak,keperluan
dan peluang perlu diperjelaskan kepada ibu bapa agar mereka tahu akan perihal
anak mereka secara lebih dekat dan dengan ini mereka akan lebih berminat untuk
membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang sama ada dari
segi kejayaan dalam peperiksaan atau perubahan sikap .

Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk


individu dan memberi sumbangan kepada program kaunseling sekolah. Kaunselor
perlu membuat interpretasi terutama kepada komuniti perihal pentingnya sikap
bertimbang rasa untuk inividu agar ia dapat memberikan sumbangan kepada
program kaunseling yang dijalankan di sekolah.Dalam hal ini, komuniti perlu
dimaklumkan bahawa sikap bertimbang rasa yang wujud dalam diri individu
merupakan perkara terpenting untuk merealisasikan dan memrikan sumbangan
kepada kaunsleing di sekolah.

Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu


untuk perkembangan pelajar.Seseorang kaunsleor perlu memperjelaskan kepada
masyarakat berkenaan peluang-peluang yang perlu diperolehi oleh seseorang
pelajar.Ia juga berperanan untuk melancarkan peluang-peluang yang perlu dimilik
oleh pelajar untuk mereka mencapai kejayaan yang cemerlang.Karnival
kerjaya,karnival sains dan pelbagai lagi karnival anjuran pihak luar seharusnya
dijadikan tempat untuk pelajar mendapatkan maklumat berkenaan minat dan
kecenderungan masing-masing.Melalui karnival ini,para pelajar sebenarnya
didedahkan secara tidak langsung berkenaan apa yang bakal mereka perolehi
sekiranya mereka berjaya dalam pelajaran nanti.Selain daripada itu,program ajuran
pihak luar ini pada kebiasaannya melibatkan umum,jadi kaunselor berperanan untuk
mengumumkan bahan tersebut kepada para ibu bapa dan masyarakat agar merek
afaham dan seterusnya dapat membantu anak mereka untuk mencapai kejayaan.

Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat


bagi memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta
luar tanggungjawab sekolah.

Mengadakan hubungan yang baik dengan semua pihak seperti Polis, Jabatanjabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat LPPKN, Pejabat Agama
Islam, Yayasan Pembangunan Keluarga dan lain-lain.Hubungan yang baik dengan
agensi luar sebenarnya memudahkan lagi kaunselor utnuk mendapatkan maklumat
berkenaan bukan sahaja peluang-peluang yang bakal diperolehi pelajar tetapi juga
dapat menjaminkan para pelajar mendapatkan maklumat terkini berkenaan sesuatu
agensi.Mendedahkan pelajar tentang peranan yang boleh dimainkan oleh sesuatu
agensi membolehkan pelajar merebut peluang yang ditawarkan oleh sesuatu agensi
tersebut.Perlu diingat,dengan mengadakan hubungan yang baik dengan pelbagai
agensi akan memudahkan lagi tugas kaunselor kerana kauselor dan pihak
sekolahtidak akan mampu untuk menangani segala permasalahan secara
bersendrian.

Kehadiran kaunselor di sekolah-sekolah dijangkakan dapat menangani masalah


pelajar kerana mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar.
Sebelum ini guru biasa ditugaskan sebagai kaunselor secara tidak langsung. Beban
tugas mengajar tidak dapat memberi peluang kepada guru untuk memberi perhatian
yang sewajarnya kepada pelajar yang bermasalah. Kehadiran kaunselor di sekolah
amat penting kerana selain daripada menyelesaikan setiap permasalahan pelajar
malah beritndak membentuk generasi yang berketrampilan dalam apa jua bidang
yang diceburi di samping mengenali hakikat diri mereka.

Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini, pihak kementerian pendidikan
tidak berdiam diri malah telah mengambil berbagai-bagai langkah untuk
mengatasinya. Antaranya program penting telah diambil ialah mewajibkan tiap-tiap
buah sekolah mengadakan unit kaunseling untuk membantu pelajar yang
bermasalah. Menurut menteri Pendidikan , Dato Seri Najib Tun Razak (1996), pada
awal tahun 1996 kementerian pendidikan telah mengarahkan tiap-tiap buah sekolah
di Malaysia menempatkan sekurang-kurangnya dua orang kaunselor sepenuh masa
bagi menangani masalah pelajar tidak hanya dari sudut akademik malah termasuk
masalah peribadi pelajar. Kaunselor perlu prihatin dan peka terhadap setiap masalah
pelajar.

Dasar kerajaan meletakkan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sebagai Guru


Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa membuktikan bahawa kerajaan menaruh
harapan yang tinggi kepada institusi persekolahan amnya dan Unit Bimbingan Dan
Kaunsleing di sekolah khususnya agar memainkan peranan yang besar terutama
dalam menangani kegawatan sosial yang begitu ketara dewasa ini.

Justeru itulah, guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan


hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan
bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh
diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan
Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi
kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar
menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar
mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil
terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang
sepatutnya akan dapat dilihat.

Sebagai seorang kaunselor sepenuh masa ,maka ia berperanan penting dalam


mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling dengan para pelajar yang
menghadapai masalah.Di dalam sesi tersebut seseorang kaunselor itu akan
membincangkan keperluan murid dari pelbagai segi seperti kemahiran
sosial,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran membuat keputusan dan
pelbagai kemahiran yang diperlukan oleh pelajar.(Nazmi Hj Mohd Noor,1998).

Sesi bimbingan dan Kaunseling tidak seharusnya dihadkan kepada pelajar sahaja
kerana ia meliputi keseluruhan sistem persekolahan.Ini juga bermakna klien yang
diterima bukan sekadar pelajar tetapi ia juga merangkumi keseluruhan warga
sekolah termasuk juga guru-guru dan staf sokongan sekolah selain daripada ibu
bapa.Untuk itu,seseorang kaunselor perlu peka akan sebarang permasalahan yang
timbul adakah ia berpunca daripada pelajar sendiri atau pun dari punca yang
lain.Sekiranya ada guru atau kakitangan sekolah yang memerlukan khidmat
kaunsleing maka kaunselor perlau menerima dan berusaha membantu
menyelesaikan masalah klien tersebut.Ini amat penting kerana permasalahan yang
wujud di kalangan guru-guru atau kakitangan sekolah sedikit sebayak akan
mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah
sekolah.Permasalahan ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan pelajar menjadi
mangsa guru.Apabila pelajar menjadi mangsa ,maka akan wujud perasaan tidak
puas hati di kalangan pelajar terhadap guru yang seterusnya akan mewujudkan
kekecohan dalam sistem persekolahan tersebut.Maka atas dasar inilah ,maka

kaunselor harus berperanan membantu guru-guru dan kakitangan sekolah untuk


memnyelesaikan permasalahan diri mereka terlebih dahulu.

Kaunselor perlu mengadakan pelbagai program untuk memenuhi masa ruang para
pelajar terutama pada waktu cuti penggal dan setelah tamat peperiksaan awam
seperti Ujian Penilaian Ssekolah Rendah,Penilaian Menengah Rendah ,Sijil
Peperiksaan Malaysia dan Sijil Tinggi Perekolahan Malaysia . Perkara ini amat
penting kerana pada kebiasannya para pelajar yang agak lemah tidak mempunyai
apa-apa program.Mereka lebih suka merayau dan melepak bersama rakanrakan.Dan sudah tentulah akan timbul gejala-gejala negatif di kalangan
mereka.Justeru itu,kaunselor harus memainkan peranan dalam mengisi ruang masa
yang wujud di kalangan pelajar dengan mengadakan pelbagai program seperti
perkhemahan ,kem motivasi ,bengkel-bengkel dan lain-lain yang difikirkan perlu.Ini
penting agar masa yang terluang di kalangan pelajar tersebut dapat dimanfaatkan
sepenuhnya mengikut nilai-nilai yang diterima oleh agama dan masyarakatnya.
- See more at: http://www.leesharing.com/2014/04/peranan-guru-bimbingan-dankaunseling.html#sthash.HM1QStRK.dpuf

http://hzurain.blogspot.com/2012/09/gejala-sosial-langkah-mengatasi.html

GEJALA SOSIAL - LANGKAH MENGATASI


1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri
atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup
meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya
mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang
baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji,
berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model kepada anak.

2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti


berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di
sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti
penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran
luar kelas.

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di


peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di
samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu
bapa dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang


kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan
dengan merujuk kepada pihak berkuasa bagi menatasi masalah ini.

5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti


kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih
bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman
dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

You might also like