You are on page 1of 7

Carik-carik bulu ayam akhirnya

bercantum jua
Air dicincang tak akan putus
(Perbalahan antara adik-beradik
tidak kekal lama, lama kelamaan
akan berbaik-baik jua)

Belut pulang ke lumpur


Haruan pulang ke lubuk
(Perantau yang pulang semula
ke tempat asal)

Api dalam sekam


Gunting dalam lipatan
Musuh dalam selimut
(Musuh yang ada dalam kalangan
sesuatu kumpulan tanpa disedari)

Membuka pekung di dada


Menepuk air di dulang terpercik
ke muka sendiri
( Mendedahkan keburukan ahli
keluarga akan mengaibkan diri
sendiri )

Seekor kerbau membawa lumpur


habis semua terpalit
Kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga
(Disebabkan perbuatan seorang,
semua yang lain turut terkena
akibatnya)

Sudah dapat gading bertuah,


tanduk tidak berguna lagi
Habis madu, sepah dibuang
(Apabila memperoleh barangan yang
lebih baik, barang yang lama tidak
diperlukan lagi)

Lain padang lain belalang


Banyak udang banyak garam,
banyak orang banyak ragam
Lain dulang lain kakinya
Rambut sama hitam, hati lain-lain

(Manusia mempunyai sikap yang


berbeza antara satu sama lain)

Bagai isi dengan kuku


Bagai dakwat dengan kertas
(Persahabatan yang sangat akrab)

Ke mana tumpahnya kuah,


kalau tidak ke nasi
Bagaimana acuan, begitulah
kuihnya
Bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut
sifat dan tingkah laku bapanya)

Hati gajah sama dilapah, hati


nyamuk sama dicecah
Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing
Bukit sama didaki, lurah sama
dituruni

(Susah senang dihadapi bersama)


Hati gajah sama dilapah, hati

nyamuk sama dicecah


Berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing
Bukit sama didaki, lurah sama
dituruni

(Susah senang dihadapi bersama)

masuk telinga kiri keluar telinga


kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan
atau tidak memberi kesan kepada
pendengar)

You might also like