You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA DONG

27400 RAUB PAHANG

MINIT MESYUARAT GURU


KALI 1 TAHUN 2015

TarIkh

31.12.2014

Masa

8.30 pagi 12 .00 tengah hari

Tempat

Bilik Gerakan

Kehadiran

En. Sabran bin Arifin


( Guru Besar )
Pn . Norazila bt Ismail
( GPK Kurikulum )
Pn. Fatimah bt Saidin
( GPK Hem )
En. Badrul Hisham B. Ibrahim
( GPK Kokurikulum )
En. Mohd Faizal Asri Bin Hasnan
Pn. Zuralma Bt. Jaani
Pn. Rashidah bt Osman
En. Mazrul B. Abdul Karim @ Musa
En. Ahmad Syazwan B. Samat
Cik Noorsafawati Bt. Nasarudin
Cik Asmariah bt Ahmad
Pn. Shahida bt Makmin

Tidak hadir :
1. Pn. Hasliza Binti Sidid ( Terlibat Banjir)
2. En. Haiemran B. Haron ( Terlibat Banjir )

1.0

UCAPAN ALUAN PENGERUSI ( TUAN GURU BESAR )


1.1.Tuan guru besar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
semua guru.
1.2.Persekolahan ditangguh kepada 12.1.2015 kerana banjir . Pada
minggu hadapan semua sekolah akan bercuti tetapi tidak akan
diganti.
1.3.Guru besar mengharapkan guru-guru yang tidak menjadi mangsa
banjir boleh hadir ke sekolah untuk menyiapkan persiapan
persekolahan .
1.4.Guru yang terlibat banjir diharapkan dapat menyelesaikan
masalah dan bersabar.
1

1.5.Guru Besar mengucapkan tahniah atas kerjasama semua guru


kerana telah berjaya mengadakan semua program pada tahun
2014 dengan jayanya.
1.6.Buku rekod mengajar akan diedarkan dan setiap guru boleh
memilih untuk menggunakan fail.
1.7.Analisis UPSR- SK Kuala Dong telah mendapat tempat ke-5 daerah
Raub untuk kecemerlangan. Telah mencapai sasaran yang di
tetapkan dengan
mendapat GPS 1.79 . Sasaran telahpun
melebihi target.
1.8.UPSR pada tahun 2015 adalah yang terakhir di bawah
KSSR.Target PPD pada tahun 2015 ialah seramai 9 orang.
1.9.Anugerah Tawaran Baru SKKD layak untuk mendapat anugerah
dan diharapkan semua guru akan mengemaskini fail-fail yang
dipertanggungjawabkan.
1.10.
SIP PLUS-SKKD berada di BAND 1. Oleh itu, pemantau tidak
akan hadir untuk memberi bimbingan.
1.11.
Kelayakan guru SK Kuala Dong ialah 13 orang sahaja tetapi
jumlah guru hingga setakat ini ialah 14 orang.
1.12.
Guru pemulihan yang bertukar masih tidak dapat pengganti.
1.13.
Jumlah murid ialah 70 orang.
1.14.
Pembantu pra sekolah yang sedang bercuti masih tidak ada
pengganti kerana tidak ada peruntukan.
1.15.
Peraturan Perkhidmatan :
a. Kedatangan 7.30 pagi dan pulang 1.35 tengah hari.
b. Pakaian wajib kemas dan sesuai.
c. Untuk keluar sila catat dalam buku keluar setelah mendapat
kebenaran daripada GB atau GPK.
d. Cuti / CRK:
i.
Walaupun semua guru berhak mengambilnya tetapi
ada perkiraan mengikut bulan. Mengikut perkiraan itu
guru hanya layak mengambil CRK selepas bulan
Januari.
ii.
Semua guru yang ingin bercuti ,sila mengisi borang
terlebih dahulu kecuali berlaku kecemasan.
iii.
Jika ada kecemasan sila telefon kepada pihak sekolah
dan guru besar dan GPK.
iv.
Jika jumlah cuti telah pun habis guru layak memohon
cuti tanpa gaji .
1.16
Guru yang bertugas mingguan hendaklah datang lebih awal
untuk memantau kebersihan kelas dan sekolah.
1.17
RMT-tender akan dibuka pada tahun ini.
1.18
Perlaksanaan GST semua sekolah disarankan menjalankan
langkah penjimatan .
1.19
Semua guru hendaklah membuat tindakan segera jika
mendapat surat dari PPD jika memerlukan laporan.
1.20
Bagi guru-guru yang memegang bilik-bilik khas hendaklah
mengemaskini carta organisasi serta menyelia keceriaan dan
menampal peraturan .
1.21
Guru-guru yang memerlukan peralatan untuk kegunaan guru
dan kelas hendaklah memaklumkan kepada Puan Norazila.

1.22
Kutipan duit untuk buku tulis akan diadakan pada 29 30 /
12/2015. Semua guru kelas perlu hadir untuk menjual alat-alat
dan buku tulis tersebut.
1.23
Orientasi Pra Sekolah akan dijalankan pada 2.1.2015. Guruguru yang terlibat dikehendaki hadir.
1.24
Dasar KPM iaitu 1 murid , 1 meja ,1 kerusi, dan satu set buku
teks. Pemantauan oleh PPD, KPM, JPN akan dilaksanakan. Oleh itu
semua guru harus bersedia dan rancangan mengajar harian wajib
disiapkan .
1.25
Pembelajaran Abad Ke-21 telah dilaksanakan dari segi fizikal
dan pedagogi.
1.26
I-Think akan dibuka awal bulan Januari dan guru digalakkan
membuat latihan 27 modul tersebut.
1.27
KBSR akan berakhir pada 2015 dan P1-P4 akan terus
dilaksanakan manakala pelajar yang terlibat dengan KSSR pula
hanya menjalani 2 peperiksaan iaitu P1 dan P2.
1.28
Soalan Sains UPSR
yang mengandungi unsur KBAT
menyebabkan UPSR Sains 2014 merosot. Oleh itu , semua guru
haruslah prihatin hal ini.
1.29
PCG SK KUALA DONG 2015 :
a. Pusat Sumber
- RM 2120
b. Sains
- RM 412
c. Matematik
- RM 309
d. B. Inggeris
- RM 309
e. P. Sivik
- RM 688
f. Lain Mata Pelajaran
- RM 800
g. PJ
- RM 1158
h. Kem. Hidup
- RM 1390
i. Pend. Seni
- RM 347
j. Kertas Ujian
- RM RM 372
k. Sukan Tahunan
- RM 372
l. Kegiatan Agama Islam - RM 372
m. Kem Bestari Solat - RM 183
1.30
Keceriaan Kelas Semua guru kelas haruslah menyiapkan
jadual kelas dan jadual bertugas sebelum kelas bermula minggu
Per-1.
1.31
Transisi Tahun 1 kan bermula pada minggu per-1 hingga ke-3
yang akan dikendalikan oleh Cik Asmariah.
1.32
Program Guru Penyayang akan diteruskan.
1.33
Bantuan Awal Persekolahan akan diadakan pada 15.1. 2015.
1.34
Surat-surat di PPD hendaklah diambil oleh GB, GPK dan
pembantu tadbir serta guru-guru yang dimaklumkan. Orang luar
tidak dibenarkan mengambil surat surat tersebut.
1.35
Kelas tambahan UPSR akan bermula awal Februari.
1.36
Mesyuarat Agung PIBG akan dijalankan pada bulan Mac dan
tarikh akan dipilih.
1.37
Guru-guru dinasihatkan supaya menyemak buku tulis pelajar.
1.38
Lawatan Sambil Belajar hendaklah dipohon 5 minggu
sebelum tarikh lawatan .Jika lawatan dalam negeri hanya dihantar
ke peringkat PPD sahaja untuk mendapat kelulusan.

1.39
Segala urusan rasmi sekolah dan pentadbiran hendaklah
dimaklum kepada guru besar untuk pengetahuan.
Ti
ndakan : Semua guru
2.0
TAKLIMAT PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL OLEH GURU
BESAR
1.1.
Guru perlu menyediakan fail dan mengisi maklumat peribadi dan
segala maklumat perkhidmatan tahun semasa dan sepanjang perkhidmatan
serta sumbangan dan anugerah.
Tindak
2.0

an : Semua Guru
LAPORAN PENTADBIRAN ( GURU BESAR)

Merujuk buku panduan dan perancangan sekolah 2015:


2.1Guru besar menjelaskan misi dan visi sekolah, carta organisasi,
perincian penggal persekolahan serta guru dan kakitangan SK Kuala
Dong 2015. ( ms 1 ms 26)
2.2Pembentangan Jawatan Kuasa Pengurusan dan Pentadbiran ( ms 27
ms 34)
2.3Pembentangan Panduan Am Guru dan Kakitangan Sekolah ( ms 60
ms70)
Tindak
an : Semua guru

3.0

LAPORAN GPK 1 ( PN NORAZILA BT ISMAIL)

Merujuk Buku Panduan Dan Perancangan Sekolah 2015:


3.1Pembentangan Jawatan Kuasa Kurikulum ( ms 35 ms 44 )
3.2Pembentangan Takwim Persekolahan, Jadual Pencerapan, Guru
Bertugas MIngguan.
3.3Laporan keberadaan diteruskan. Semua guru pastikan tanda tangan
buku tersbut.

Tindakan : Semua guru

4.0

LAPORAN GPK HEM ( PN FATIMAH BT SAIDIN )


Merujuk buku panduan dan perancangan sekolah 2015:
4.1Pembentangan Jawatan Kuasa Pengurusan ( ms 27 ms 34 )
4.2Pembentangan Senarai
pengawas sekolah dan pengawas
perpustakaan, senarai nama murid, jadual tugasan pekerja,

4.3Jawatan Kuasa Kantin diminta memastikan salah seorang guru berada


bersama-sama pegawai kesihatan yang datang memantau dan
memastikan papan kenyataan untuk sudut kesihatan di tampal dengan
pelbagai maklumat yang berkaitan.

Tindakan : Semua guru

5.0
LAPORAN GPK KO-KURIKULUM ( EN BADRUL HISHAM BIN
IBRAHIM )
Merujuk Buku Panduan Dan Perancangan Sekolah 2015 :
4.1 Pembentangan Jawataan Kuasa KO Kurikulum ( ms 54 ms 59)
4.2 Pembentangan Jawatan Kuasa Khas Program (ms 59 ms 60)
4.3 Pembentangan Jadual KO Kurikulum ( ms 112)
4.4 Baju sukan akan dibeli /tempah bagi pelajar baru dan pelajar yang
ingin membeli semula
sahaja.
Tindakan : Semua guru
6.0

Hal-hal lain :

Tiada.

Mesyuarat di tangguhkan pada 11.35 pagi.

Disediakan
Disahkan oleh,

oleh

..........................................
......................................

.............

(
ZURALMA
( SABRAN BIN ARIFFIN )

BT

Setiausaha Mesyuarat Guru .


Besar SK Kuala Dong.

JAANI)
Guru

You might also like