You are on page 1of 28
BABS CADANGAN DAN PENUTUP 5.1 PENGENALAN Masalah jerebu yang dikategorikan sebagai pencemaran udara adalah suatu masalah yang amat sukar untuk dihapuskan secara terus dalam jangkamasa pendek. Dalam menangani masalah jerebu, keseluruhan masyarakat perlu memberi kerjasama dan melibatkan di ntuk mengawal dan mengurangkan pencemaran, Kerjasama yang diperlukan bukan sahaja membabitkan masyarakat sesebuah negara, tetapi penglibatan masyarakat sedunia. Ini kerana pencemaran udara yang berpunca di sesuatu kawasan itu dapat dirasai oleh masyarakat yang tinggal sejauh beribu-ribu kilometer dari punca pencemaran. Sebagai contoh, kejadian jerebu yang terjadi di Malaysia adalah berpunca dari negara jirannya iaitu Indonesia, Selain dari Malaysia negara lain yang turut terlibat dilanda masalah jerebu adalah Singapura dan Brunei sedangkan punca pencemaran adalah di Sumatera dan Kalimantan, Indon: ia yang jauh beribu kilometer dari negara-negara tersebut. Jelaslah bahawa pencemaran jerebu yang telah diketahui tidak mengenal sempadan sesebuah negara boleh disebarkan oleh agen penyebaran seperti angin yang bertiup dari pelbagai arah mengikut musim. Oleh yang demikian, di dalam 13 membendung masalah jerebu, kerjasama serantau dari negara-negara yang dilanda jerebu adalah amat penting bagi menjamin keselesaan kehidupan agar jauh dari dijangkiti masalah kesihatan, 5.2 KAWALAN PENCEMARAN JEREBU Pelbagai kaedah boleh dicuba dan dilaksanakan untuk menangani masalah jerebu. Pengawalan pencemaran jerebu boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:- 1. Langkab-langkah fizikal 2, Kempen alam sekitar dan kesedaran masyarakat 3. Kawalan Peruni gan dan polisi kerajaan 5.2.1 Langkah-langkah Fizikal Langkah-langkah fizikal yang boleh dijalankan untuk mengawal pencemaran jerebu adalah termasuk kawalan kepada sumber pencemaran, kawalan pada peringkat penerima, pengurusan alam sekitar yang lebih berkesan dan penubuhan stesen-stesen pengawasan udara tetap dan sementara di banyak kawasan terutamanya kawasan yang dikenalpasti berpotensi untuk mudah tercemar. na 5.2.1.1 Kawalan Kepada Sumber Pada peringkat pengawalan kepada sumber, pencemaran dikawal dengan cara mengkaji punca-punca pencemaran udara yang mengakibatkan masalah jerebu. Dari kaji ini telah diketahui bahawa punca pencemaran jerebu yang utama adalah datangnya dari kebakeran hutan yang tidak terkawal dan kebakaran semulajadi di tanah gambut di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Selain itu, pencemaran jerebu juga berpunca dari pembakaran terbuka masyarakat ‘tempatan, pelepasan pencemar oleh sektor perindustrian dan pelepasan asap hitam dari ekzos kenderaan sebagai punca-punea pencemaran sedia ada di Malaysia. i) Pengawalan Kebakaran Hutan: Dalam mengawal kebakaran hutan secara besar-besaran sebagaimana yang berlaku di Indonesia, pelbagai langkah boleh diambil. Antara langkah-langkah ‘mengawal kebakaran hutan ialah :- a) Mencari alternatif lain untuk membuka semula kawasan pertanian dan bukannya dengan membakar kawasan pertanian dengan tujuan untuk membolehkan bertani semula di kawasan tersebut. Keadaan kebakaran di Indonesia sebanarnya berpunca dari petani yang membakar kawasan pertanian mereka setelah musim menuai berakhir dengan matlamat untuk mendapatkan baja dari bahan organik yang terbakar dan menjimatkan kos pertanian. Langkah yang sewajarnya dilakukan oleh petani di kawasan tersebut adalah dengan memproses semula (recycle) tumbuhan pertanian yang tersisa setelah ns proses menuai dengan menghantar bahan tersebut ke kilang pemprosesan baja ataupun pemprosesan makanan binatang. b) Memadamkan kebakaran yang wujud dengan menggerakkan jentera pemadam Kebakaran melalui pihak bomba ataupun pihak berkuasa tempatan lainnya yang terlibat dan bertanggung jawab memadam kebakaran seperti pasukan tentera. Ketika kebakaran hutan berlaku di Sumatera, gandingan anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) dan pekerja pemilik konsesi balak, PT Kamiayaka Surya, telah berjaya mengawal kebakaran di Desa Sckumbang, kawasan pembalakan di Wilayah Jambi, Sumatera, Indonesia [Berita Harian, 3/10/97). ©) Mencipta pembenihan awan untuk mewujudkan hujan tiruan. Dalam keadaan yang berjerebu, cahaya matahari tidak dapat menghasilkan proses pemeluwapan air untuk menjadi awan sebagaimana hari-hari normal. Dengan itu pembentukan awan berkurangan yang mengakibatkan penurunan hujan dan embun semakin berkurangan [Zaini Ujang, Berita Harian, 19/9/1997]. Hujan tiruan yang pertama kali dicipta di dunia untuk mengatasi masalah pencemaran adalah dijalankan di Lembah Kelang, Malaysia. Operasi tersebut dikendalikan oleh Jabatan Kajicuaca menggunakan pesawat Dornier Skyvan dan berjaya menyebabkan hujan lebat kira-kira jam 4.45 petang di Subang dan Damansara, serta hujan renyai-renyai di Bangsar setelah operasi pembeniban hujan kukan di utara Puchong, timur Shah lam dan selatan Kuala Lumpur antara jam 3.10 hingga 3.20 petang hari yang sama [Berita Harian, 9/9/1997. 6 ii) Asap Kenderaan Bermotor: Selain sumber utama jerebu yang berlaku pada 1997 iaitu kebakaran hutan tidak terkawal di Indonesia, pelepasan asap oleh ekzos kenderaan bermotor turut menyumbangkan kepada masalah jerebu. Iai kerana 7.7 juta kenderaan di Malaysia menyumbangkan 80% pencemaran udara. Pelepasan asap dari kenderaan merupakan punca pencemaran utama yang melepaskan pencemar beracun seperti nitrogen dioksida, karbon monoksida dan hirokarbon. Kenderaan juga melepaskan karbon dioksida dimana kuantiti CO, yang dilepaskan oleh sesebuah kereta berkaitan rapat dengan kuantiti petrol yang digunakan. Kereta memberikan 2 kg CO, untuk setiap liter petrol yang digunakan, Dengan itu lankan untuk membendung pelepasan asap hitam 8) Menggunakan petrol tanpa plumbum sebagai bahan kuasa kenderaan. b) Menggunakan bahan api yang lebih mesra alam berdasarkan perlaksanaan terbaru Pelan Tindakan Udara Bersih (PTUB). Bahan api yamg mesra alam adalah bermaksud bahan api yang tidak mencemar alam sekeliling. ©) Memandu pada kelajuan normal. Pada keadaan lalulintas normal, kebanyakan kereta beroperasi dengan lancar pada kelajuan di antara 56km/j hingga 72km/j. Jika memandu dengan taju penggunaan petrol akan meningkat dan menyebabkan peningkatan pelepasan asap. 4) Memastikan enjin kenderaan dalam keadaan baik. Kereta yang berkeadaan baik dapat mengurangkan penggunaan petrol sebanyak 9%, mengurangkan u7 pelepasan 42% hidrokarbon dan 47% karbon monoksida berbanding kereta yang tidak di selenggarakan dengan baik. ¢) Memastikan petrol tidak diisi terlalu penuh kerana walaupun petrol mungkin tidak tumpah tetapi wap darinya boleh terlepas dan mencemar persekitaran. f) Membeli kereta yang menggunakan bahan kuasa dengan cekap dan tidak mencemar atau kenderaan yang menggunakan kuasa solar atau kereta eletrik. g) Memastikan penghawa dingin kenderaan dalam keadaan baik kerana Kebocorannya boleh menyebabkan pelepasan penyejuk CFC yang kesan pencemarannya dapat dirasakan seminggu selepas kebocoran. h) Membersihkan kaburator dan penapis udara kerana kekotaran kedua-duanya menyebabkan bertambah penggunaan petrol dan meningkatkan pelepasan asap. 5.2.1.2 Pengawalan Pada Peringkat Penerima Beberapa langkah pengawalan boleh dijalankan pada peringkat penerima melalui perancangan yang baik oleh pihak kerajaan tempatan. Antara langkah tersebut ialah dengan menanam pokok di sepanjang jalan raya kerana karbon dioksida yang dilepaskan oleh kenderaan yang membantu keadaan berjerebu dapat digunakan di dalam proses fotosintesis tumbuhan. Langkah lain ialah dengan membina kawasan perumahan jauh dari jalan rays, Kawasan perindustrian juga hendaklah berjauhan dari kawasan perumaban agar penyebaran bahan pencemar tidak mengganggu kesihatan masyarakat. Penghijaun bandar seperti di Jepun juga perlu dalam peringkat ini kerana tumbuhan hijau berupaya untuk menyerap us partikel terampai dan juga gas-gas pencemar. Langkab untuk penghijauan bandar di Jepun yang boleh dijadikan contoh bagi Malaysia adalah:- 1) Pembinaan taman-taman bandar 2) Promosi selama 5 tahun untuk program penanaman pokok di kawasan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembinaan, termasuk taman awam, jalan, sungai dan bangunan kerajaan 3) Penanaman pokok berhampiran kemudahan pembentungan najis, termasuk sistem perparitan bandar 4) Promosi penanaman pokok dalam kawasan kediaman dan bangunan milik swasta, 5) Pembinaan kawasan hijau untuk megelak pencemaran udara dan zon penampan hijau [Atsuhi Miyake, 1992]. 5.2.1.3 Pengurusan Alam Sekitar Yang Lebih Cekap Langkah menguruskan alam sekitar dengan lebih cekap adalah suatu peringkat yang penting kerana tanpa pengurusan yang cekap alam sekitar akan terus tercemar tanpa kawalan, Bukti yang nyata ialah masala jerebu bukannya masalah yang baru dihadapi oleh Malaysia dan negara serantau. Keadaan berjerebu sentiasa berulang itu bermula pada 1982, 1991, 1994 dan 1997. Punca pencemaran jerebu. masih sama iaita pertambahan mendadak partikel terampai di udara akibat dari kebakaran hutan di Indonesia. Persoalannya ialah apakah keadaan kan terus berterusan dan dianggap sebagai bencana alam 19 sahaja sedangkan ia berpunca dari kebakaran hutan tidak terkawal oleh aktiviti pembalakan dan pertanian di Indonesia. Jelas dan nyata bahawa betapa lemahnya sistem pengurusan alam sekitar yang ada sekarang di seluruh rantau Asean kerana masih gagal mengawal masalah jerebu sedangkan kerajaan Indonesia seringkali sahaja membuat alasan yang tidak konkrit dan kesannya keadaan berjerebu berterusan dan akan berterusan sehingga suatu ketegasan dan Kecekapan pengurusan wujud dalam pentadbiran badan yang bertanggung jawab terhadap masalah jerebu, Selain menangani masalah jerebu yang berpunca dari luar negara, pengurusan yang cekap juga dapat membenteras pencemaran udara dari punca-punca pencemaran tempatan. Pengurusan sistem jalanraya hendaklah berkesan dalam ‘memastikan lalulintas tidak padat dan perjalanan tidak terhenti-henti agar bahan pencemar tidak sewenangnya dilepaskan oleh ekzos kenderaan. Malah sektor perindustrian yang banyak melepaskan gas-gas pencemar juga harus diperiksa sentiasa agar tidak berpeluang melakukan kesalahan mencemar. 5.2.1.4 Menubuhkan Stesen Pengawasan Udara Penubuhan stesen-stesen pengawasan udara hendaklah ditambah dari semasa ke semasa terutamanya di kawasan yang j berpotensi mencemar seperti kawasan perindustrian dan persimpangan jalan yang sesak. Stesen-stesen ini hendaklah mampu mengukur pelbag jenis pencemar agar keadaan kualiti udara dapat digambarkan dengan lebih tepat. Penswastaan stesen-stesen pengawasan kepada 120 ‘Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd bermula pada 1996 di beberapa negeri termasuk Johor adalah suatu yang baik kerana peralatan pengawasan syarikat swasta pastinya lebih baik berbanding peralatan kerajaan kerana menjaga imej syarikat. Stesen-stesen tetap seperti stesen HVS dan DDG hendaklah dibantu juga oleh stesen-stesen bergerak agar tahap kualiti udara secara keseluruhan di dalam sesebuah kawasan agar dapat memberi gambaran jelas lokasi-lokasi yang mencemar. Stesen-stesen bergerak yang dimaksudkan di sini adalah seperti yang diusahakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Kedah yang menempatkan tiga kenderaan menyukat kualiti udara bergerak (Air Quality Monitoring Car) di beberapa kawasan strategik yang berupaya megesan kualiti udara dalam lingkungan dua kilometer di sekelilingnya. Selain mengesan tahap pencemaran udara dan kandungan gas, alat tersebut juga mampu megesan kelajuan dan arah angin [Berita Harian, 6/10/1997]. 5.2.2 Kempen Alam Sekitar Dan Kesedaran Masyarakat Pencemaran udara yang berlaku dewasa ini kebanyakannya berpunca dari aktiviti manusia. Hanya sedikit sahaja peristiwa pencemaran udara yang berpunca dari sumber semulajadi seperti letusan gunung berapi. Jadi, adalah amat penting untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat agar berhenti dari terus mencemar alam sekitar bagi mengekalkan suasana kehidupan yang selesa dan harmoni. Kesedaran orang ramai dapat diwujudkan melalui pelbagai cara seperti program pendidikan dan kempen kesedaran. Tiada gunanya menjalankan usaha serta 121 langkah fizikal jika masyarakat tidak sedar dan sentiasa sahaja melakukan aktiviti yang membawa kepada gejala pencemaran udara. 5.2.2.1 Program Pendidikan Dua kaedah yang boleh dilaksanakan untuk meneruskan uszha menyedarkan masyarakat ialah secara pendidikan formal atau informal. Pendidikan informal boleh bermula di rumah manakala pendidikan secara formal dijatankan di sekolah- sekolah dan juga pusat pengajian tinggi, Program pendidikan adalah penting agar setiap golongan telah menyedari lebih awal iaitu pada usia yang muda telah prihatin dalam mengambil babagian bekerjasama mengawal pencemaran dan mengelakkan dari melakukann aktiviti yang mencemar persekitaran, Di sekolah misalnya, matapelajaran alam sekitar harus menjadi matapela teras yang tidak hanya sekadar syarat untuk lulus tetapi harus diterapkan ilmu pengetahuan yang diperolchi darinya untuk diterapkan di dalam kehidupan seharian, Penekanan pada peringkat sekolah rendah amat mustahak kerana kanak- kanak lebih mudah menerima apa yang diajar. Program pendidikan alam sekitar ini mesti diteruskan pada peringkat sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi agar pelajaran yang berterusan dan maklumat terkini diperolehi oleh golongan dewasa, Dengan ini pengaruh ibu bapa dan guru amat penting dalam membentuk kesedaran terhadap anak-anak tenteng kepentingan menjaga alam sekitar dari tercemar, 12 2.2 Kempen Alam Sekitar Kempen alam sekitar boleh dijalankan dengan melalui pelbagai cara terutamanya melaui media iaitu samada media cetak, media eletronik atau media massa. Rencana-rencana berkaitan masalah pencemaran dan kepentingan menjaga alam persekitaran dari segi kesannya kepada kesihatan harus disiarkan dengan meluas dan menjadi program harian. Iklan-iklan alam sekitar di dalam panggung wayang dan sepanduk-sepanduk di tempat-tempat awam mesti dilaksanakan agar dapat memberi maklumat kepada seluruh golongan masyarakat tentang isu semasa pencemaran dan langkah-langkah mengawal alam sekitar. Kempen melalui media cetak boteh dilakukan dengan menyebarkan risalab-risalah mengenai masalah jerebu. Kandungan risalah mestilah padat, ringkas dan mudah difahami oleh semua golongan sasaran, Selain itu kempen alam sekitar boleh juga dijalankan dengan memberikan poster, kalender dan diari secara percuma. Media massa seperti surat khabar, majalah dan sebagainya hendaklah memainkan peranan di dalam menyampaikan maklumat pencemaran udara dari semasa ke semasa secara berterusan agar maklumat terkini diperolehi pembaca. Artikel- artikel dan berita yang disampaikan hendaklah secara hiburan tetapi berkesan dalam menimbulkan kesedaran masyrakat. Penerbitan majalah berkaitan lama sekitar perlu diteruskan sekurang-kurangnya dua minggu sekal terutamanya ket negara mengalami jerebu yang buruk seperti pada tahun 1997, 123 5.2.3 Kawalan Perundangan dan Polisi Kerajaan Kawalan secara penguatkusaan undang-undang seperti denda dan saman yang dikeluarkan merupakan tindakan terakhir dalam menangani masalah jerebu. Tindakan kerajaan dalam mengawal pencemaran udara yang menyumbangkan Kepada masalah jerebu adalah berdasarkan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974, Pengawalan berdasarkan akta terutamanya Peraturan-peraturan Ku: Alam Sekeli 1g (Udara Bersih), 1978 ini hanya bersesuaian dijalankan di peringkat kebangsaan, Di dalam akta udara bersih 1978 tersebut menyentuh soal- soal berkaitan dengan kemudahan-kemudahan perindustrian di sebelah kawasan kediaman, pembakaran buangan, asap hitam dan bendasing udara, Bagi masalah pencemaran yang berpunca dari negara-negara jiran tindakan kerajaan adalah berdasarkan kepada perjanjian undang-undang melalui kerjasama serantau atau undang-undang yang dipersetuj peringkat dunia pada persidangan antarabangsa. Keadaan pencemaran jerebu mengakibatkan penguatkuasaan undang-undang diperkukuhkan terutamanya berpandukan kepada seksyen 21 dan 22 Akta Kualiti ‘Alam Sekeliling 1974 (pindaan 1996) dalam membenteras kegiatan pembakaran terbuka yang banyak menyumbangkan kepada masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar merupakan pihak yang berkuasa mengenakan sebarang tindakan terhadap kesalah pencemaran berdasarkan akta tersebut. Antara isi kandungan akta adalah:- 124 i)Seksyen 21 : Kuasa untuk menentukan syarat-syarat pelepasan. Menteri, selepas berunding dengan Majlis, boleh menentukan syarat-syarat yang boleh diterima bagi pengeluaran, pelepasan atau perletakan buangan-buangan atau pengeluaran bunyibising ke dalam sesuatu kawasan, segmen atau unsur alam sekeliling dan boleh menguntukkan sesuatu kawasan, segmen atau unsur dalam sekeliling ke dalam mana pengeluaran, pelepasan atau perletakan itu adalah dilarang atau disekat. ii)Seksyen 22. Sekatan megenai pencemaran udara. (1) Melainkan jika dilesen, tiada seseorang boleh mengeluar atau melepaskan apa- ‘apa buangan ke di yang ditentukan di bawah seksyen 21. (2) Tanpa menghadkan keluasan seksyen kecil (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai mengeluar atau melepaskan buangan-buangan ke dalam udara jika— a) ia meletakkan aps-apa benda di suatu tempat di mana benda itu boleh jepaskan ke udar: b) ia menyebab atau membenar dilepaskan bau-bau yang, oleh sebab keadaan, kepekatan, isipadu atau takatnya, adalah mencela dan mengganggu; ©) ia membakar apa-apa buangan tred, proses atau perindustriai 4) ia menggunakan apa-apa kelengkapan memebakar bahanapi yang tidak dilengkapi dengan sesuatu alat atau kelengkapan kawalan yang dikehendaki dipasang pada kelengkapan itu. 125 (3) Seseorang yang melanggar seksyen kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih dari sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada satu ribu ringgit sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah menghendakinya memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya itu. Dari akta tersebut denda boleh dikenakan sehingga RM 100,000 atau penjara 5 tahun atau kedu-duanya sekali untuk membendung masalah jerebu agar masyarakat tidak sewenag-wenangnya membuat pembakaran terbuka. Ketike jerebu buruk melanda, kerajaan Malaysia melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Jerebu (JKMJ) di setiap negeri untuk mengkaji perlaksanaan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan bagi tujuan mengawal keadaan jerebu dengan mengesan kebakaran dan punca pencemaran di peringkat kebangsaan dan negeri. Abli Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Jerebu (JKMJ) peringkat negeri terdiri dari Menteri sebagai Pengerusi, Ahli Exeo Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Kerajaan Tempatan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Abli Jawatankuasa JKMJ peringkat kebangsaan melibatkan Kementerian Penerangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). JKMS juga turut diwakili oleh wakil dari Universiti Putra Malaysia (UPM), 126 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Penerbanagan Awam (DCA), Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Institut penyelidikan Kesihatan (IMR). Selain itu JKMJ juga menjemput Kementerian pembagunan Usabawan bagi tembang teksi dan bas, Kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai wakil pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Perusahaan Utama bagi sektor perladangan. Ketika keadaan jerebu di Sarawak melebihi paras kesihatan berbahaya iaitu dengan bacaan IPU lebih S00ug/m’, Bahagian Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur megeluarkan arahan kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri yang ditubuhkan untuk mengambil tindakan seperti berikut: (1) Mengeluarkan perintah penutupan semua pejabat sama ada Kerajaan atau pun swasta dan lain-lain tempat bekerja termasuk kilang, Iadang, pebinaan dan kuari. Larangan penutupan ini dikecualikan ba; (a) kedai-kedai yang menjual barang-barang makanan dan minuman, pasar, pasar raya; (b) klinik, farmasi dan kedai-kedai ubat; dan (©) perkhidmatan-perkhidmatan perlu. (2) Menggerakkan Polis Dit Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tenter Malaysia (ATM) untuk mengambil langkah-langkah bagi menjaga keamanan dan keselamatan Negeri Sarawak. (3) Menentukan pemberhentian kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah. 27 (4)Menentukan program hujan tiruan dijalankan seberapa banyak mungkin dengan pengemblengan kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). (5) Menasihatkan pengurangan penggunaan kenderaan persendirian. (6) Menentukan semua sekolah ditutup. (7) Menentukan penyebaran maklumat indeks pencemaran kepada pihak media cetak dan eletronik dibuat seberapa kerap. (8) Meminta pihak media menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berada dalam rumah serta tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh mereka. (9) Kementerian Penerangan hendaklah memastikan maklumat-maklumat di atas disiarkan secara berterusan. (10) Menentukan penguatkuasaan pengharanman pembakaran secara terbuka terus dikuatkuasakan; dan (11) Menentukan arahan Darurat Jerebu ini tidak melibatkan pengisytiharan perintah berkurung (kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu di bawah ma ‘mana peruntukan undang-undang mewajarkannya) [Berita Harian, 20/9/1997]. Selain daripada langkah yang harus diambil oleh semua pihak di peringkat negeri ketika dilanda Darurat Jerebu, beberapa langkah juga telah diambil oleh kabinet untuk menasihati orang ramai sebagi usaba mengelak daripada nggu masalah Kesihatan ketika jerebu mencapai paras kesihatan tertentu, Nasihat kesihatan ini membabitkan semua peringkat masyarakat khususnya kumpulan berisiko tinggi seperti orang tua, kanak-kanak, mereka yang mengalami penyakit paru-paru kronik, asma, penghisap rokok dan mereka yang bekerja di luar. Penunggang motorsikal, mereka yang bekerja di luar bangunan, di tempat berhabuk dan 128 berisiko tinggi yang perlu keluar rumah dinasihatkan memakai penutup hidung (mask). Nasibat lain mengikut garis panduan yang di luluskan oleh Kabinet Malaysia ialah:- 1) Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan sejauh mana yang boleh dan mengurangkan aktiviti sukan berat di luar rumah 2) Kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasibatkan dan menjaga kesihatan sepanjang masa 3) Orang ramai dinasihatkan sentiasa membasuh muka, tangan dan mandi 4) mereka yang batuk, selsema, asma, sakit mata, menghidap jangkitan paru-paru kronik dinasihatkan supaya segera ke klinik jika penyakit bertambah buruk 5) Mereka yang menggunakan kenderaan berhawa dingin hendaklah menutup semua tingkap ©) Mereka yang mempunyai anak kecil, ibu bapa dab sanak-saudara yang berpenyakit dinasihatkan berhenti merokok 7) Perokok dinasihatkan berhenti merokok ketika penunjuk pencemaran udara dalam keadaan tidak sihat iaitu indeks IPU melebihi 101 8) Semua kenderaan diwajibkan memasang lampu_ bagi menghindarkan sebarang Kemalangan akibat jarak penglihatan yang terhad 9) Jika keadaan bertambah buruk (IPU mele 101), mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang seperti balik kampung 129 10) Orang ramai diingatkan supaya mendengar nasihat melalui televisyen, radio dan surat khabar berkenaan keadaan jerebu dan nasihat Jabatan Kesibatan dan Jabatan Alam Sckitar [Berita Harian, 18/9/1997]. Di peringkat serantau, kerjasama serantau antara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei diwujudkan bagi menangani masalah jerebu yang melanda rantau ini. Pada 10/8/1997 suatu mesyuarat Jawatankuasa Jerebu yang dipengerusikan oleh Indonesia diadakan di Jakarta untuk membincang masalah kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu dan langkah mengatasinya. Pada 14/8/1997 ketiga-tiga negara bersetuju untuk berkongsi kos melalui Mesyuarat Pegawai Kanan Alam Sekitar, Asean yang membentuk Pasukan Petugas Mengenai Pencemaran Sempadan. Langkah yang diambil untuk mengawal jerebu ialah :- () Indonesia membeli 2 buah pesawat dari kanada untuk tuj pembenihan hujan (ii) Malaysia dan Singapura berkongsi kos operasi menyembur air dari udara bagi tempoh empat bulan (RM 1 juta kos operasi sebulan) i) Berkongsi maklumat melalui internet Malaysia juga menghantar hampir 2000 orang anggota bomba bagi membantu kerajaan Indonesia memadam kebakaran di Sumatera dan Kalimntan, Indonesia. Selain kerjasama serantau, langkah mendapatkan bantuan dari negara-negara di seluruh dunia adalah amat penting . Anatara usaha yang dijalankan olch kerajaan dalam menangani masalah jerebu di peringkat antara bangsa ialah:- 130 1) Meminta kerjasama dari selurah negara Asean dari segi kos operasi memadam kebakaran, 2) Mendapatkan bantuan bekalan penutup hidung dan alat pemancut air dari negara Jepun, 3) Mendapatkan khidmat kerjasama pakar Jepun untuk mengkaji bahan terampai, Khidmat pasukan Bantuan Kecemasan Bencana yang dis ggotai antara lain oleh pakar penyakit pernafasan dan pencemaran udara yang juga dari Jepun. 4) Mendapatkan khidmat pakar pencemaran udara, kajicuaca serta doktor perubatan dari Perancis serta bomba terlatih Perancis memadam kebakaran untuk membantu dari segi latihan dan sokongan teknikal. 5) Bekerjasama dengan Perancis berkenaan kerjasama teknikal dalam pengesanan satelit dan memproses data berkaitan kebakaran hutan memadam kebakaran dan kaji cuaca. 6) Membuat satu memorandum persefahaman (MoU) dengan ker: in Rusia bagi penggunaan teknologi baru untuk menghasilkan hujan ribut tiruan (siklon) dalam proses pembenihan awan. Kerajaan Malaysia juga mengambil beberapa langkah jangka panjang bagi mengatasi masalah jerebu iai 1) Memperkenatkan dan menguatkuasakan undang-undang mengawal pelepasan daripada kenderaan petro! dan kawalan pelepasan daripada kenderaan diesel sejak 1996, 2) Mengurangkan kandungan plumbum dalam petro! dan menggalakkan kegunaan petrol tanpa plumbum, BI 3) Menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan kawalan pelepasan pencemaran udara daripada industri dan tindakan atau larangan keras terhadap aktiviti memburukkan lagi jerebu, khususnya pembakaran terbuka tanpa lesen. 4) Mengenakan hukuman berat termasuk perintah larangan ke atas mereka yang melanggar undang-undang alam sekitar dan melakukan kesalahan berulang. 5) Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api gantian, khususnya kepada kenderaan pemgangkutan awam. 6) Mewujudkan rangkaian sistem automatik pengawasan kualiti udara kebangsaan bagi tujuan melaporkan status kualiti udara. 7) Bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam menggalakkan pertumbuhan industri di luar kawasan bandar dan meggalakkan pemindahan kilang ke tapak industri di luar kawasan Lembah Klang dan kawasan bandar. 5.3 CADANGAN KHUSUS 5.3.1 Pengawalan Kepada Kawasan Kajian Dalam kajian ini didapati tahap kesihatan harian di Johor Bahru telah mencapai tahap tidak sihat iaitu indek IPU di antara 101 hingga 200 g/m’. Manakala secara keseluruhannya tahap kesihatan di kawasan kajian ini adalah pada tahap sederhana iaitu bacaan indeks IPU bulanan di antara 51 hingga 100 j1g/m’. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa tahap kesihatan adalah membimbangkan kerana jerebu yang melanda Johor Bahru telah meningkatkan lawatan bulanan secara 132 mendadak di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Keadaan yang tidak bai selain berpunca dari jerebu yang terjadi akibat dari kebakaran butan yang tidak terkawal di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia, juga berpunca dari aktivi harian manus di dalam negara sendiri seperti pembakaran secara terbuka, pelepasan asap dari sektor perindustrian dan pelepasan asap hitam kenderaan bermotor. Dalam mengawal keadaan berjerebu, masih terdapat kelemahan pada sistem perundangan yang sedia ada. Misalnya yang terdapat di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 (Pindaan 1996), di peraturan 11 menyatakan:- Peraturan 11 . Syarat-syarat bagi pembakaran terbuka. Melainkan jika dibenarkan menurut suatu kelulusan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah 12, tiada seseorang boleh menyebab, membiar, membenar atau mengizinkan pembakaran terbuka apa-apa bahan, atau sampah yang boleh terbakar kecuali sebagaimana dibenarkan menurut perenggan-perenggan berikut: (@)pembakaran terbuka pada daun-daun, dahan-dahan pokok, atau pangkasan-pangkasan halaman dari premis kediaman bersendeirian dan dilakukan antara jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang; (b) pembakaran yang sengaja dilakukan pada tanah-tanah pertanian untuk ‘mengawal penyakit dan serangga atau pembakaran yang dilakukan pada banghai-bang! jinatang dan ayam-itek yang berjangkit, atau apa-apa amalan pertanian yang biasa dijalankan; (©) pembakaran yang sengaja dilakukan untuk menjalankan penyelidikan mengenai sebab-sebab atau kawalan kebakaran, atau bagi maksud 133 memberi pengajaran dan tihan kepada orang ramai dan kakitangan persahaan dalam cara melawan kebakaran, Peraturan 12. Lesen untuk menjalankan pembakaran terbuka. Suatu lesen bagi menjalankan pembakaran terbuka boleh dil Ketua Pengarah berpuashati bahawa— (@ pembakaran terbuka adalah hanya satu cara pelupusan ekonomi yang praktik (ii) pembakaran terbuka itu tidak akan menyebabkan pencemaran. Peraturan peraturan di atas kelihatannya agak lemah dan tidak mengikut perkembangan semasa terutamanya ketika negara dilanda jerebu kerana Jabatan Alam Sekitar tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap pembakaran yang dilakukan seperti di bahagian (a) dan (b) dalam Peraturan 11. Syarat-syarat yang membenarkan pembakaran terbuka dilakukan tersebut (bahagia (a) dan (b) ) tidak sesuai sama sekali kerana kebenaran dan pengeluaran lesen seperti di Peraturan 12 akan hanya menambahkan kehadiran partikel terampai (PMyo) ke ruang udara dan kesannya nanti akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti asma, sakit mata dan masalah pernafasan yang kronik. Peraturan Udara bersih, 1978 haruslah dapat memenuhi kehendak semasa untuk sebuah kehidupan yang lebih selesa, Kaji ini mencadangkan agar seandainya keadaan yang berjerebu telah mencapai tabap indeks IPU melebihi 400 j1g/m’ , pengisytiharan Darurat Jerebu haruslah disegerakan, Pengisytiharan yang dibuat pada 19/9/1997 untuk negeri 134 Sarawak setelah indeks IPU melepasi paras 500 g/m’ tidak sesuai memandangkan ia terlalu lewat kerana keadaan indeks IPU melebihi paras 400 g/m’ sudah cukup untuk mendatang kemudaratan kepada setiap golongan masyarakat. Cadangan ini adalah juga berpandukan kepada saiz tubuh penduduk Malaysi yang kecil berbanding dengan penduduk Amerika yang melebihi 75 kg kebiasaannya kerana langkah yang diambil ketika keadaan jerebu 1997 adalah berpandukan kepada tahap ketahanan badan penduduk Amerika oleh NAAQS (National Ambient Air ‘Quality Standard) sedangkan ketahanan penduduk Malay: jaub lebih rendah. Kesesuaian langkah yang harus diambil oleh orang ramai mengikut tahap indeks IPU hendaklah bersesuaian dengan keadaan masyarakat Malaysia. Kekerapan berlakunya jerebu dari tahun ke tahun seperti pada 1982, 1991, 1994 dan 1997 seolah-olah memperlihatkan kelemahan dalam pengawalan jerebu terutamanya dalam membasmi kebakaran yang berleluasa yang tidak terkawal. Kerajaan seharusnya be findak pantas bekerjasama dengan negara serantau untuk mengenakan suatu bentuk tindakan yang tegas dan wajar terhadap mani mana negara serantau yang gagal mengawak kebakaran hutan sehingga memberikan kesan buruk apabila jerebu akibat pembakaran tersebut tersebar ke negara berdekatan. 5.3.2 Cadangan Untuk Kajian Selanjutnya Kajian ini hanya menumpukan perhatian kepada kesan jerebu terhadap masalah kesihatan, Jadi kesan-kesan lain seperti masalah ekonomi dan sosial akibat jerebu 135 dicadangkan untuk dibuat kajian ke atasnya. Ini memandangkan keadaan berjerebu telah diketahui menyebabkan pengurangan lawatan pelancung asing ke Malaysia. Selain itu juga rentetan dari masalah kesihatan akibat jerebu telah sedikit sebanyak melumpuhkan aktiviti ekonomi seluruh negara. Pengkaji seterusnya juga harus menggunakan banyak data dalam penganalisaan mereka agar dapat memberikan gambaran yang tepat tentang keadaan berjerebu. Parameter cuaca seperti halaju dan arah angin, suhu, hujan, kelembapan dan tekanan harus diberi perhatian tentang pengaruhnya terhadap masalah jerebu. Sel 1u, di samping 5 jenis pencemar utama jerebu iaitu SO;, NO2, CO, O; dan PM,o, parameter lain yang harus dikaji adalah Plumbum (Pb) dan Hidrokarbon. Setain mendapat data dari jabatan kerajaan atau pihak swasta yang bertanggung jawab mengeluarkan bacaan IPU, pengkaji juga dicadangkan untuk melakukan kerja pengukuran parameter pencemaran yang bersangkutan dengan indeks IPU di lapangan menggunakan alat yang canggih dan tepat bagi mendapat pengetahuan yang mendalam. 5.4 PENUTUP sememangnya berpunea dari kebakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesi Kesan dari kehadiran jerebu terhadap masalah kesihatan sebagaimana yang dikaji di kawasan kajian ini iaitu di Johor Bahru jelas membuktikan bahawa tahap kesihatan masyarakat adalah di peringkat sederhana kepada tidak sihat. Tahap 136 kesihatan ini ac h bergantung sepenubnya dari lawatan kesihatan or: dan juga Indeks Pencemaran Udara yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Di Johor Bahru keadaan jerebu tidaklah seburuk yang terjadi di Sarawak sehingga memaksa kepasa pengisytiharan Darurat Jerebu apabila indeks IPU melepasi tahap kesihatan berbahaya, namun langkah berjaga-jaga untuk mengawal jerebu agar tidak menerima nasib yang serupa perlu diberi perhatian. Jerebu yang telah berlaku banyak menimbulkan pembaziran terpaksa di tanggung negara terutamanya pengeluaran kos memadam kebakaran hutan dan kos rawatan untuk pelbagai penyakit yang berpunca dari jerebu. Kerjasama di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa harus diperkukubkan dan sentiasa berterusan agar sama-sama dapat mengawal masalah jerebu dan pencemaran udara. Persidangan dan mesyuarat harus kerap kali dilaksanakan untuk membincangkan I gkah-langkah yang sesuai diambil untuk menangani masalah pencemaran dengan berkongsi kepakaran teknikal dan peralatan canggih dan peruntukan kepada undang-undang yang sesuai mengikut keadaan sesebuah negara terbabit. ngkah yang difikirkan sesuai telah diambil ketika negara menghadapi masalah jerebu, Namun masih terdapat kekurangan dari segi perundangan kerana keadaan jerebu sering berulangdari tahun ke tahun. Setegas dan sekuat mana sekali pun penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa kerajaan, namun tanpa kerjasama dari seluruh lapisan masyarakat, kualiti udara tidak dapat berada 137 di tahap yang baik. Malah masyarakat m ji aktiviti-aktiviti harianlah yang menjadi penyumbang terbesar di dalam mencemar alam sekeliling. Justeru itu pendidikan alam sekitar harus diterapkan sejak kecil I i agar apabila dewasa kelak, mereka tidak tergolong di dalam masyarakat yang mencemar alam sekitar. Setiap individu di dalam masyarakat harus menanamkan azam dan minat di hati masing-masing untuk megambil bahagian dalam menjaga alam sekeliling agar tidak tercemar dan dapat memberi keselesaan dan keharmonian hidup. 138 BIBLIOGRAFI 10 rT 12 13, Atsushi Miyake, 1992, “Topic : Civil Engineering For A Better Environment, Theme : Civil Engineering Technology Towards Vision 2020". National Level Seminar On Civil Engineering 1992. Anjuran Society Of Civil Engineering, UTM Skudai, Johor Bahru. Dean E Painter, 1974. Company, Inc. Virginia, “Air Pollution Technology”. Preston Publishing H.M. Dix, 1981. “Environmental Pollution”. John Wiley & Sons. Henry C.Perkins, 1972. “Air Pollution”. McGraw Hill Book Company USA. Jabatan Alam Sekitar, Johor, 1998. “Belanjawan Negeri Johor 1998. Aktiviti Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor”. Jabatan Alam Sekitar, Johor Bahru. Jabatan Alam Sekitar, Malaysia, 1996. “Malaysia Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1996”, Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sains, Teknologi Dan Alam Sekitar Malaysi Jabatan Alam Sekitar (Wilayah Selatan), 1995. “Laporan Tahunan Jabatan ‘Alam Sekitar Negeri Johor, 1994”. Kementerian Sains, Teknologi Dan Alam Sekitar Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan, 1995. “Unit Pengkalan Data, Bahagian Komputer 20/8/95”, Jabatan Pengangkutan Jalan, Johor Bahru. n Lee, AIA, 1973. “Air Pollution : Its Effect ON The Urban And His Adaptive Strategies”. Environmental Design & Research Center, Boston. Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian (Cawangan Johor), 1995, “MITI Report 1995”. Kementerian Perdagangan Dan Perindustrian Malaysia, Laporan Ekonomi Negeri Johor,1995. Johor Bahru. Laporan Mingguan Aktiviti Survailans Jerebu, 1997, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 1991, “Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) & Peraturan-peraturan”. International Law Book Services. 139 14 15 16 7 18 19 20 2 2 23 Mohd Rashid Mohd. Yusof ef al., 1987. “Kesan Angin Dan Hujan Terhadap Penyebaran Dan Kepekatan Terampai Di Kuala Lumpur, Jurnal Teknolgi 1988”, Jabatan Kejuruteraan Kimia, UTM Skudai, Johor Babru. Noel de Nevers, 1995. Air Pollution Control Engineering. MeGraw Hill Inc. USA, Noor Isham, 1995. “Kajian Kepekatan Partikel-Partikel Dalam Udara Di Universiti Teknologi Malaysia Skudai”. Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Skudai, Johor Bahru (Tesis). Rais Akhtar, 1990. “Environmental Pollution And Health Problems”. Ashish Publishing House, New Delhi, India. Sham Sani, 1979. “Aspects Of Air Climatology In A Tropical City, Case Of Kuala Lumpur And Petaling Jaya”. Universiti Kebangsaan Malaysia Press Bangi Kuala Lumpur. Sham Sani, 1987. “Urbanization And The Atmospheric Environment In The Low Tropics, Experiences From The Klang Valley Region Malaysia”. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Thad Godish, 1991. “Air Quality. 2nd Edition”. Lewis Publisher, Inc. Michigan,USA. Vislind, P. Aerne et al, 1994. “Kejuruteraan Alam Sekitar. Edisi Kedua”, Penerbit UTM Skudai, Johor Babi Willamson S.J, 1973. “Fundamentals Of Air Pollution”. Addison-Wesley Publishing Company, New York. Yasirarif Bin Yusof, 1996. “Kesan Aliran Lalu Lintas Terhadap Kualiti Udara Dan Kebisingan. Kajian Kes Di Taman Perling”. Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Skudai, Johor Bahru (Tesis).

You might also like