Professional Documents
Culture Documents
Ppendidikan Khas
Ppendidikan Khas
kebolehan kognitif
pengusaan membaca
kemahiran matematik
kemahiran berdikari
kemahiran keusahawanan
kebolehan penglihatan
kebolehan pendengaran
PINTAR CERDAS
A. DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanakkanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai
mental yang sama dengan mereka.
ii. RASIONAL
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk
menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka
secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi
pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk
memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan,
budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.
iii. MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan
melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahirankemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang
menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang
menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,
bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli
masyarakat yang berguna dan berdikari.
iv.OBJEKTIF
Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya
untuk membolehkan mereka:
1. Menguasai kemahiran komunikasi
2. Menguasai kemahiran bergaul
3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam
sekeliling
4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek
v.SASARAN
a. Murid-murid terencat akal ringan yang:
Autisme
Bermasalah komunikasi
Sukakan rutin
Ekolalia
Kerencatan bahasa
Masalah kefahaman
Pergerakan berulang-ulang
Palsi Serebrum
Masalah pergerakan
Masalah postur
Kekejangan
Masalah komunikasi
Masalah tulisan
Kecelaruan pertuturan
Kecelaruan bahasa
Kecelaruan suara
Masalah artikulasi
Masalah kelancaran
Sindrome Down
Mudah terganggu
Masalah kosentrasi
Masalah mengurus tugasan
Cepat lupa
Impulsif
Bermasalah Pembelajaran
Pintar cerdas dan Berbakat
Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan
MASALAH PEMBELAJARAN
a. LEMBAM ( SLOW LEARNER )
Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas
pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak
dapat menguasai kemahiran3M dalam pendidikan
PINTAR CERDAS
Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi
didalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi
perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dantelah menguasai
pengajaran guru. Menurut Ross(1993),definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak
dikenalpasti semasa pra sekolah,sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi
yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanakyang sebaya dengan
mereka,sama pengalaman dan persekitaran. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari
segi intelek,seni dan mempunyai kepimpinanyang luar biasa Perkembangan kanak-kanak
cerdas pintar ini menunjukkan cirri-ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanakkanak biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu
tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat
dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula
maklumat.Kanak-kanak ini boleh merancang,memantau dan menilai menggunakan pemikiran
advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain.Dari segi emosi,mereka sangat
matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang
muda serta terlalu sensitive
d)Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan
kegagalan yang berterusan.
e)Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
f)Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
g)Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan
suasana harmoni
h)Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
i)Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
j)Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
i .Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada
perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos
merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi
dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943
berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan
respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri,
keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza
daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov,
2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk Does Television Cause Autism? menyatakan
Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk
bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil
tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya
penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka
tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan
memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang
tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa
selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka
dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.
Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi
yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang
diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang
sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka
inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.
Perangai dan Sikap
Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan
apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala,
kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya
apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan
meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan
melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru
perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka
mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke
dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil
merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti
marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap
sesuatu perkara.
menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan.
Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.
iii. IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di
sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal
semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka
tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau
perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.
Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught
To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa
berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami
oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit.
Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti Apa yang berlaku disini?,
apa yang akan berlaku seterusnya? dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa
adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan
yang berbentuk fantasi.
Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti
membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan
Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002)
menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak
memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.
Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam
memulakan pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya
terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun
lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar
tersebut.
Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian
walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh
diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya
melakukan sesuatu tugasan.
Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar
rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan
mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar
emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke
arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.
Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku
bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.
Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan
secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.
Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh
menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.
Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan
secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.
Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh
menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.
Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan
masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah
negatif adalah seperti berikut:
i. Disruptif (mengganggu)Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di
rumah.
ii. Pergantungan berlebihan
Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan
tidak berupaya membuat keputusan sendiri.
iii. Agresif
Tingkah laku agresif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka
memaki hamun, dan sebagainya.
iv. Distruktif
Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas,
mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.
v. Kebimbangan
Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak
diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak
menggembirakan yang dialami oleh seseorang .
RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/44294265/Definisi-Dan-Konsep-Pendidikan-Khas
http://mfz69.tripod.com/PK01.htm
http://ruhanaa115497.blogspot.com/2010/02/definisi-kanak-kanak-bermasalah.html
http://yushazwani.blogspot.com/2010/08/apakah-tingkah-laku-bermasalahkanak.html
http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/05/masalah-bahasa-dan-komunikasikanak.html
http://faqihufiddin.blogspot.com/2009/02/kanak-kanak-autisme-ciri-ciri-dan.html