You are on page 1of 4

ISU

DALAM

PELAKSANAAN

KEMAHIRAN

HIDUP

DI

SEKOLAH

RENDAH

DI

PENDALAMAN.
Menurut Hunter(1995) dalam Esah(2003) Pengajaran berkesan boleh dilihat sebagai
suatu proses penyampaian maklumat dan memberikan pengalaman yang dapat mengubah
tingkah laku seseorang pelajar secara kekal dari segi kefahaman mahu pun kemahiran yang
mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku atau pun semasa menjalankan latihan amali
yang diberikan oleh guru. Maka pengajaran berkesan boleh ditakrifkan sebagai pengajaran
yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.
Isu kekurangan alatan di bengkel Kemahiran Hidup masih lagi menular khususnya di
sekolah luar bandar walaupun sudah lama subjek Kemahiran Hidup ini diperkenalkan di sekolah
rendah. Ramlah Hamzah (1993) menyatakan bahawa antara masalah yang dihadapi dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah adalah seperti tidak mempunyai alatan atau bahan pengajaran dan pembelajaran yang
lengkap serta mencukupi bilangannya. Selain itu, dalam kajian Prof. Madya Dr. Azizi
Yahaya(2007) mendapati bahawa 78.9 peratus bersetuju dan 16.0 peratus tidak bersetuju
tentang kelengkapan di bengkel Kemahiran Hidup yang tidak mencukupi menyukarkan
pengajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah jenis kebangsaan tamil di Johor Bahru. Min
bagi item ini ialal 3.86 dan sisihan piawainya adalah 1.03. Berikut adalah hasil kajian yang
dilakukan :

Menurut Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya(2007), Kemahiran Hidup adalah satu mata
pelajaran dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dirancang untuk
membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai
teknik untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik teknologi
dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Ini
menunjukkan kekurangan alatan di bengkel sedikit sebanyak mempengaruhi pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Dalam mengajar topik elektrik misalnya, murid
perlu membuat amali pemasangan litar secara berkumpulan disebabkan oleh kekurangan
alatan. Berkemungkinan hanya sesetengah murid sahaja melakukan amali tersebut, manakala
murid lain pula membuat kerja lain. Adalah lebih baik sekiranya murid dapat melakukan sesuatu
amali tersebut secara individu atau hands on. Hal ini kerana pembelajaran secara hands on
melibatkan pengalaman murid sepenuhnya di mana ia dapat meningkatkan keupayaan murid
untuk berfikir secara kritikal. Secara tidak langsung, murid berupaya mengaplikasikan apa yang
dipelajari dalam kehidupan tetapi apa yang paling penting adalah proses pembelajaran untuk
menghadapi situasi kehidupan yang pelbagai.
Kekurangan bahan alatan di bengkel Kemahiran Hidup ini juga menyebabkan murid
hilang minat dalam mempelajari subjek Kemahiran hidup. Terdapat beberapa kelebihan aktiviti
hands on kepada murid kelainan upaya. Antaranya ialah dapat memingkatkan minat murid
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid kelainan upaya ini
kurang berminat untuk belajar dan melibatkan dalam pembelajaran. Dengan memberi mereka
peluang untuk melaksanakan aktiviti akan membuatkan mereka berasa berminat untuk belajar.
Aktiviti hands on juga dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari
dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama. Aktiviti hands on
juga memudahkan murid untuk memahami apa yang dipelajari dengan lebih mudah. Murid
kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan
pembelajaran.
Setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan strategi aktiviti
hands on, murid akan dapat memindahkan pengalaman yang dipelajari dalam situasi kehidupan
yang bersesuaian. Selain itu, murid juga dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang
dijalankan. Sesungguhnya, pengalaman adalah guru terbaik.
Penggunaan bahan bantu mengajar boleh menarik dan mengekalkan minat dan
tumpuan murid-murid terhadap pembelajaran dan pengajaran guru dalam kelas. Guru yang

kreatif akan mereka cipta bahan bantu mengajar sendiri mengikut kesesuaian melalui pemikiran
kritis dan kreatif. Menurut Omardin (1999), alat dan bahan sumber pengajaran ini penting untuk
mencetuskan minat pelajar, penggunaan deria yang lebih menjimatkan masa dalam
pembelajaran dan penglibatan murid-murid. Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran
dan pembelajaran diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan
pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf,
peta, model, gambar dan sebagainya. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh
murid dalam aktiviti seperti teks, kad kerja, alat-alat uji dan komputer.

Dalam kelas amali mata pelajaran Kemahiran Hidup, bukan semua pelajar sekolah
menengah mampu mempraktikkan kerja amali dan juga teori yang telahdipelajari di sekolah
dalam kehidupan harian. Ini bercanggah dengan matlamat Kemahiran Hidup yang bertujuan
untuk melahirkan pelajar dengan kemahiran asas dan boleh mempraktikkan kemahiran
tersebut. Permasalahan ini merujuk balik semula kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Menurut Nordin Hassan (1991),
guru Kemahiran Hidup perlu dilengkapkan dengan kemahiran tertentu di semua bidang supaya
dapat mengendalikan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih cekap dan berkesan
khususnya ketika proses pengajaran yang melibatkan kerja amali.
Cara mengatasi
Memandangkan tahap kemudahan bengkel berada pada tahap sederhana, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah menyediakan kemudahan peralatan yang
mencukupi serta mempastikan kemudahan-kemudahan seperti alat tangan dan mesin yang
digunakan adalah selari dengan kehendak dan perkembangan industri semasa.
RUMUSAN

You might also like