You are on page 1of 6

SEJARAH & DEFINISI UKURAN

Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama
dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-sistem ukuran
yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika dahulu, tetapi kini terdapat satu
unit piawai yang sejagat, iaitu Sistem Unit Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk
sistem metrik yang moden yang telah atau sedang diiterimaguna di seluruh dunia.
Amerika Syarikat hampir pasti merupakan negara yang terakhir untuk menerimaguna
sistem ini, walaupun sistem ini semakin digunakan di sana.
Dalam perdagangan, timbang dan ukur seringkali dikawal oleh peraturan kerajaan demi
untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan. Bureau international des poids et mesures
(BIPM) telah ditugaskan untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia
serta kebolehkesanan kepada Sistem Unit Antarabangsa (SI).

Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang dan ukur negara, serta timbang dan
ukur antarabangsa yang boleh diterima.
Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal,digunakan sebagai faktor
untuk menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat.
Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda,pembinaan tempat
kediaman/bangunan untuk mendapatkan saiz & bentuk yang sesuai,rekaan pakaian
dan sebagainya.
Sistem yang seragam bagi berat & ukuran yang terawal diketahui telah dicipta
pada abad ke-3SM & ke-4SM dalam kalangan masyarakat Mesopotamia,Mesir &
Lembah Indus.
Banyak sistem diasaskan dengan penggunaan bahagian badan & benda-benda di
sekeliling untuk mengukur seperti depa, jengakal, batu, sepelaung, setanak, sekaki,
selangkah dan sebagainya.

JISIM
Jisim ialah jirim yang memenuhi ruang, iaitu konsep fundamental dalam fizik.
Jisim merupakan konsep tengah dari mekanik klasikal dan subjek berkaitan. Jisim sesuatu
objek adalah malar dan tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti.Unit ukuran adalah
antara peralatan terawal yang dicipta oleh manusia.Masyarakat purba memerlukan
pengukuran bagi banyak benda seperti pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz
yang sesuai, rekaan pakaian, atau penukaran bahan makanan.Sistem yang seragam bagi

bahan dan ukuran yang terawal telah dicipta pada abad ke-4 SM dan ke-3 SM dalam
kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus.Banyak sistem diasaskan
dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat
pengukur.Pengetahuan kita tentang berat dan ukuran muncul dari banyak sumber.
Sukatan ukuran berat
1 ton = 1000 kg
(Tan metrik (bahasa Inggeris: tonne, t, atau M/T) ialah ukuran jisim yang sama dengan
1,000 kilogram. Ia bukannya unit SI, tetapi telah diterima untuk digunakan bersama-sama
SI. [1] Unit SI yang wajar untuk tan metrik ialah "megagram", tetapi istilah ini tidak
pernah digunakan. Walaupun ejaantonne wujud sebelum permulaan sistem SI pada tahun
1960, ia kini merupakan ejaan piawai untuk ukuran jisim metrik dalam bahasa
Inggeris.Unit imperial dan unit kebiasaan Amerika Syarikat dieja sebagai ton dalam
bahasa Inggeris.
Tan metrik ditakrifkan di Amerika Syarikat pada tahun 1866 [2] sebagaimillier atau
tonneau. Walaupun demikian, kedua-dua istilah ini tidak lagi digunakan dan walaupun
masih wujud dalam statut-statut, kedua-dua perkataan ini telah diisytiharkan sebagai
perkataan kuno oleh NIST. )
1 kg = 10 ons
1 kg = 1000 g
1 kg = 2 pounds
ZAMAN DAHULU.......
Timbangan ( berat )
digunakan untuk mengukur berat sesuatu barang.
contoh alatan yang dicipta untuk mengukur berat ialah dacing dan pikul.
digunakan untuk menimbang emas, perak, bijih timah, rempah, buah-buahan dan
sebagainya.
Contoh penimbang yang digunakan untuk menimbang pada zaman dahulu......

( dacing)

Sukatan
digunakan
untuk
mengukur

isipadu sesuatu benda.


alatan yang digunakan untuk mengukur sukatan ialah kaul, cupak dan gantang.
digunakan untuk menyukat beras, bijih timah, rempah, garam, kacang, gula dan
sebagainya.
juga digunakan untuk menyukat panjang sesuatu benda seperti pita pengukur.
Contoh alatan yang digunakan untuk menyukat sukatan sesuatu barang pada zaman
dahulu.........

(secubit garam )

( segantang beras )

( pita pengukur )
ZAMAN KINI.........
Banyak benda telah dicipta pada era moden ini untuk mengukur jisim sesuatu
benda.
Penciptaan alatan-alatan yang moden ini telah membantu masyarakat pada zaman
ini untuk menimbang jisim benda dengan senang dan tepat.
Antara alatan yang telah dicipta untuk mengukur jisim sesuatu benda adalah
penimbang berat, pengukur jisim bendalir, pengukur lemak, "triple beam balance" dan
sebagainya.
Contoh gambar-gambar yang digunakan untuk mengukur jisim pada zaman moden ini
ialah...........

( penimbang berat )

( "triple beam balance" )

( pengukur jisim bendalir )

( pengukur lemak )

Contoh gambar-gambar yang telah diambil oleh ahli kumpulan saya ketika melakukan
aktiviti di dalam kelas berkenaan dengan jisim, iaitu aktiviti dacing.

( Ahli kumpulan saya ketika melakukan aktiviti dacing )

Antara alatanalatan yang


digunakan untuk
eksperimen dacing
ialah :
1) Kertas bulat
2) Pen
3) Pen marker
4) Sudu
5) Cermin mata
6) Mancis
7) Pemadam
8) Bateri
9) Highlighter
10) Diut syiling
11) Klip kertas

Cara-cara kumpulan kami


menjalankan eksperimen
dacing :
1)Mula-mula kumpulan
kami telah menggunakan
klip kertas untuk membezakan jisim dengan alatan yang lain.
2)Pada satu belah dacing kami telah meletakkan beberapa klip kertas dan cermin mata di
belah lain dacing.
3)Klip kertas dimasukkan ke dalam satu belah dacing itu sehingga kedua-dua belah
dacing itu kekal sama.
4)Bilangan klip kertas yang digunakan untuk mendapatkan jisim cermin mata telah
direkodkan.
5)Cara ini digunakan untuk menggantikan cermin mata dengan alatan-alatan lain.
6)Bilangan klip kertas yang digunakan untuk mengimbangi setiap alatan tersebut juga
direkodkan.
7)Klip kertas digantikan dengan kertas bulat dan segala penukaran dalam penggunaan
bilangan kertas bulat turut direkodkan.
8)keputusan eksperimen kami adalah seperti berikut :
ITEM
KLIP KERTAS
54

BERAT
SYLING 1 SEN
10

KERTAS BULAT
12

SUDU

13

CERMIN MATA
PEN MARKER

54
49

44
8

53
15

BATERI AA

HIGHLIGHTER

24

16

19

MANCIS
PEMADAM
PEN

60
18
18

52
20
15

43
13
12

Melalui aktiviti dacing ini saya dan ahli kumpulan saya dapat membezakan jisim
beberapa objek yang berbeza dari segi bentuk, saiz dan juga warna benda tersebut.
Bagi maklumat yang lebih lanjut mengenai ukuran jisim ini sila layari ke laman web :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jisim
http://ms.wikipedia.org/wiki/Unit_ukuran

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tan_metrik

banyak masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan. Sebagai
contoh, di beberapa buah negara rakyat mereka menyukat barang dengan menggunakan
tahil dan kati. Manakala bagi negara lain pula, ada yang menggunakan paun dan auns.
Sudah tentu hal ini akan mengelirukan. Lebih-lebih lagi jika berlaku pertukaran
maklumat antara 2 negara tersebut.

You might also like