You are on page 1of 61

PERANAN WANITA ISL AM DAL AM

PEMBANGUNAN EKONOMI
DAN PENDIDIKAN

DATIN DR HAJAH SAADIAH DDW HAJI TAMIT


PENSYARAH KANAN
AKADEMI PENGAJIAN BRUNEI
UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
1

Pendahuluan
Wanita atau kaum hawa merupakan
makhluk yang diciptakan Allah sebagai
makhluk penolong kepada Adam.
Sebelum kedatangan Islam, kaum
wanita sentiasa mengalami penindasan
dan dianggap sebagai kaum yang
lemah dan tidak berdaya.
Namun dengan kedatangan Islam,
martabat wanita dijulang setinggitingginya serta dilindungi hak-haknya.
2

Ketokohan wanita Islam di zaman


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam
dijadikan pedoman dan pencetus
inspirasi kepada wanita di zaman ini.
Sumbangan atau peranan wanita kian
menyerlah di era ini dalam pelbagai
bidang dan berganding bahu dengan
kaum lelaki menggembleng tenaga,
kemahiran dan buah fikiran mereka
untuk membangunkan negara.
3

Meskipun demikian, golongan wanita


juga perlu bersikap bijaksana dalam
membahagikan
masanya
antara
kerjaya dengan peranan domestiknya
sebagai ibu rumahtangga dan seorang
isteri
selaras
dengan
nilai-nilai
ketimuran dan Hukum Syara .

DEFINISI / KONSEP WANITA


Perkataan an-nisa berasal daripada
perkataan
jamak
(plural)
bagi
perkataan al-marah yang bermaksud
wanita.
Asal usul penciptaan kaum wanita oleh
Allah Taala ekoran permohonan Nabi
Adam Alaihi Salam semasa berada di
Syurga.
Baginda menyaksikan setiap makhluk
mempunyai
pasangannya
hidup
masing-masing, sedangkan baginda
5

Oleh itu timbulnya keinginan Nabi Adam


untuk
mempunyai
pasangan
lantas
memohon kepada Allah.
Permohonan baginda dimakbulkan dan
Allah Subhanahu Wataala menjadikan
Hawa daripada tulang rusuk kiri Nabi
Adam. Sebagaimana Firman Allah dalam
Surah An-Nisa ( 4 :1 ):

Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan


kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari
diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa),
dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan
bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu
meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta
peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat;
7
kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati

Wanita
sebagai
manusia
yang
istimewa, saudara atau pasangan
bagi lelaki dan selalu dikaitkan
dengan tanggungjawab terhadap
suami,
keluarga,
harta
benda,
menjadi pengawal rumahtangga dan
sentiasa menjaga silaturrahim.

STATUS WANITA SEBELUM DAN SELEPAS


KEDATANGAN ISLAM

Orang-orang
Greek
contohnya,
menganggap wanita termasuk dalam
kategori harta. Wanita dijual kepada
sesiapa yang sanggup membayar
harganya.
Undang-undang
Roman
pula
meletakkan wanita pada kedudukan
kanak-kanak dan orang gila serta
tidak mempunyai hak.
9

Ketua keluarga berhak menjual anakanak


perempuan,
adik-adik
perempuan
atau
mana-mana
perempuan
yang
dipunyainya
kepada sesiapa sahaja.
Mereka terpaksa tunduk kepada
tuannya sejak daripada buaian
hinggalah ke liang lahad. Tuannya
berhak membuangnya, menjualnya,
menyeksanya
bahkan
membunuhnya.
10

Di sisi orang Yahudi pula wanita dianggap


sebagai khadam dan diharamkan daripada
menerima harta pusaka jika si mati ialah lelaki.

Dalam undang-undang di China satu ketika


dahulu, wanita dianggap tiada nilai dan
diberikan kerja-kerja yang amat hina.

Dalam undang-undang di India, wanita tiada hak


untuk memilih. Ketika kecil, dia mesti mengikut
kehendak bapanya.

11

Setelah
berkahwin,
mengikut
kehendak suaminya dan apabila
suaminya mati, dia mesti mengikut
kehendak anak-anak lelakinya pula.
Penindasan terhadap kaum wanita
dapat disaksikan dalam kerajaan
Babilonia, wanita tidak mendapat hak
yang sewajarnya. Anak dara mereka
boleh diperjual belikan, kerana ia
dipandang sebagai harta kekayaan
keluarga itu oleh bapa.
12

Sementara itu dalam bangsa Yunani


pada masa Perecles, 500 tahun sebelum
masihi wanita adalah sebagai kelas
masyarakat yang paling rendah, tidak
boleh mendapat sekolah, ia hanya boleh
menjadi hamba kepada suami.
Di Jepun dan China, wanita diperlakukan
kasar, wanita boleh dicerai tanpa
alasan, perkara ini dibenarkan dari segi
agama dan kerajaan mereka
13

Di Semenanjung Arab, masyarakat


jahiliah menguburkan bayi perempuan
hidup-hidup.
Mempunyai anak perempuan dianggap
satu keaiban yang perlu ditutup
secepat yang mungkin.
Kaum wanita diharamkan daripada
menerima harta pusaka kerana mereka
tidak ikut berperang.
Harta pusaka hanya layak diwarisi oleh
kaum lelaki yang membela kabilahnya.
14

Mengimbas kembali pada sejarah


sebelum abad ke-6, status wanita
sama seperti barang yang boleh
diperjualbelikan.
Wanita pada ketika itu sebagai
pemuas nafsu kaum lelaki, tidak
dihormati dan dihargai sebagai
manusia.
Tidak
mendapat
hak
yang
sewajarnya sesuai dengan tugas dan
tanggungjawab yang dilaksanakan
sebagai seorang wanita.

15

Penindasan
dan
penaniayaan
terhadap wanita adalah disebabkan
sifat wanita itu sendiri dan budaya
primitif yang meletakkan neraca
kebenaran dan keadilan di atas
kekuatan fizikal seseorang (Pusat
Dawah Islamiah, 2004 : 2).
Setelah kedatangan Islam, Allah
Subhanahu
Wa
Taala
telah
mengangkat martabat kaum wanita
sehingga Allah Subhanahu Wataala
menamakan satu surah dalam al16

Ini
menggambarkan
ketinggian
kedudukan dan martabat wanita
dalam ugama Islam. Banyak hadith
yang menyeru supaya berbuat baik
kepada wanita sama ada ia sebagai
ibu, anak atau isteri. Rasulullah
bersabda yang bermaksud :
Wanita itu saudara kandung lelaki
(Riwayat Abu Daud)
17

Dengan kedatangan Islam, fenomena


ini telahpun mengalami perubahan,
maruah dan darjat wanita diangkat
martabatnya ke satu tahap yang
lebih tinggi dan mulia terutama di
zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wassalam. Hal ini ada disebutkan
dalam Firman Allah Subhanahu Wa
Taala : (Surah Al-Imran, 3 : 195)

18

Maka Tuhan mereka perkenankan doa


mereka
(dengan
firmanNya):
"Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan
amal orang-orang Yang beramal dari
kalangan kamu, sama ada lelaki atau
perempuan,
(kerana)
setengah
kamu
(adalah keturunan) dari setengahnya Yang
19
lain; maka orang-orang Yang berhijrah

dari tempat tinggalnya, dan juga Yang


disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan)
kerana menjalankan ugamaKu, dan Yang
berperang (untuk mempertahankan Islam),
dan Yang terbunuh (gugur Syahid Dalam
perang Sabil) - Sesungguhnya Aku akan
hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan
Sesungguhnya Aku akan masukkan mereka
ke Dalam syurga Yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala
dari sisi Allah. dan di sisi Allah jualah pahala
Yang sebaik-baiknya (bagi mereka Yang
beramal soleh)".
20
Surah Al Imran 3 : 195

Golongan wanita tidak ditegah untuk


turut sama memainkan peranan dan
memberi
sumbangan
dalam
membangun masyarakat dan negara.
Golongan wanita hendaklah juga
menjaga
kepentingan agama dan
ummah,
maruah dan kehormatan
serta dapat menjaga kesucian agama
Islam. Ini dijelaskan dalam Firman
Allah : (Surah At Taubah, 9 : 71)
21

Dan
orang-orang
Yang
beriman,
lelaki
dan
perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi
setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat
kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan;
dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi
zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka
itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
22
(Surah At Taubah, 9 : 71)

Bahkan jika dilihat di zaman Rasulullah


Sallalahu Alaihi Wassalam, para wanita
juga
memainkan
peranan
dalam
membantu kemaslahatan negara.
Para wanita berganding bahu bersama
kaum lelaki di medan perang untuk
memberi rawatan kepada tentera-tentera
yang cedera dalam pentempuram dan
memberi sokongan moral, sifat tolong
menolong atau bekerjasama menjadi
hujjah
yang
menunjukkan
wanita
mempunyai
keahlian
dalam
masyarakatnya.
23

Mereka berhak memainkan peranan


yang sama seperti halnya lelaki
untuk kepentingan umat dan negara
(Pusat Dawah Islamiah, 2004 : 17).
Ini bermakna status antara wanita
dan lelaki di sisi Allah Subhanahu
Wa Taala adalah sama dan keduaduanya mempunyai tanggungjawab
untuk
melaksanakan
amanah
sebagai khalifah Allah Subhanahu Wa
Taala di muka bumi ini.
24

Setiap tanggungjawab dan kewajipan


yang diberi kepada manusia sama
ada ke atas kaum lelaki atau wanita
akan
dipersoalkan
sejauhmana
tanggungjawab
tersebut
dapat
dilaksanakan.
Ini
dijelaskan
oleh
Rasulullah
Sallalahu Alaihi Wassalam dalam
riwayat
Bukharidaridan
yang
Tiap-tiap seseorang
kamuMuslim
adalah pemimpin
dan akan diminta
bermaksud
: tanggungjawab kepada orang-

orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang


ketua
negara
bertanggungjawab
ke
atas
rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan
kepimpinannnya.
Seorang
isteri
25

Dalam sejarah Islam ramai tokohtokoh wanita yang tidak asing lagi
kepada kita umpamanya Ummahatul
Mukminin seperti Sayiditina Khadijah
binti Khuwaylid Radiallahu merupakan
seorang pengusaha.
Beliau
merupakan
wanita
yang
pertama
beriman
kepada
Allah
Subhanahu Wa Taala dan banyak
mengorbankan harta bendanya untuk
perkembangan agama Islam.
26

Begitu juga Zainab binti Jahsy yang


bekerja sebagai penyamak kulit binatang,
Ummu Salim binti Malhan yang tekun
sebagai mak andam, isteri Abdullah ibn
Masud dan Qillat Ummi Bani Anmaar
yang dikenali sebagai ahli perniagaan
yang berjaya dan Al-Syifa yang bekerja
sebagai pendidik, setiausaha dan pernah
diberi tugas oleh Khalifah Umar ibn alKhattab sebagai petugas untuk mentadbir
pasar kota Madinah (Nasarudin Umar,
2004 : 23)
27

Kita bukan sekadar mengenang ketokohan


wanita Islam malah mengetengahkan ciriciri keunggulan dan sumbangan yang
mereka patut teladani oleh semua,
khususnya wanita Islam masa kini.
Dengan berbekalkan iman, takwa, taat ,
ikhlas, sabar, amanah, disiplin ilmu,
kebijaksanaan, keberanian dan semangat
pengorbanan yang tinggi mereka dapat
menyumbangkan fikiran, harta , tenaga
dan jiwa demi menegakkan keadilan
dalam sistem pemerintahan Islam.
28

Dengan melihat cara pemikiran, budaya


intelek, profesionalisme dan keperibadian
wanita-wanita Islam yang telah memberi
sumbangan dalam pembinaan tamadun
Islam. Umat Islam perlu menjiwai
peranan dan sumbangan yang telah
dicurahkan oleh wanita Islam dalam
pembangunan masyarakat dan negara.

29

PERANAN WANITA ISLAM


DALAM PEMBANGUNAN
NEGARA

Pembangunan berasal dari perkataan


bangun iaitu bererti bangkit atau berubah
kedudukan
ataupun
berlakunya
transformasi.
Proses transformasi ini melibatkan individu
ataupun masyarakat secara progresif.
Perkataan transformasi ini juga merujuk
kepada manusia dan perubahan yang
dialaminya secara berperingkat-peringkat
ke arah kemajuan.
30

Menurut
sarjana
sains
sosial
dan
kemasyarakatan,
pembangunan
adalah
sebahagian daripada proses perubahan sosial
yang menyeluruh.
Istilah ini pula dibahagikan oleh mereka
kepada dua bentuk- pembangunan yang
dirancangkan
dan
pembangunan
tidak
dirancangkan.
Ternyata hampir keseluruhan tumpuan selama
ini adalah terhadap pembangunan yang
dirancangkan kerana usaha ini membabitkan
tindakan sedar manusia dan banyak pihak.

31

Daripada sudut lain, pembangunan juga


dikatakan
mencakupi
keseluruhan
kehidupan manusia.
Dari segi lahiriah dan batiniah, luaran dan
dalaman, kebendaan dan kejiwaaan, fizikal
dan mental, utilitarian dan humanis, praktis
dan teori, yang alamiah dan dirancangkan.

Pembangunan
yang
berjaya
serta
seimbang
hanya
berlaku
jika
ia
dilaksanakan secara bersepadu antara
pembangunan
jiwa,
mental
dan
pembangunan fizikal.
32

Dalam
memastikan
pembangunan
berjalan dengan lancar, maka peranan
wanita tidak boleh diketepikan.
Sumbangan wanita dari pelbagai aspek
kehidupan seperti ekonomi, sosial dan
politik dikebanyakan negara-negara di
dunia begitu dominan sekali.
Nama-nama seperti Magaret Thatcher,
Indra Ghandi, Benazir Bhutto, Corazon
Aquino, Sirimavo Bandaranaike, dan lainlain sudah menjadi sinonim kepada
pemimpin-pemimpin dunia.
33

Jika sebelumnya ramai ahli falsafah


barat berpendapat bahawa wanita
dijadikan hanya untuk berkhidmat
kepada kaum lelaki.
Oleh itu, usia wanita haruslah
dihabiskan untuk membuat segala
kerja yang diperlukan di dalam
rumah, iaitu melayan dan memenuhi
keperluan
suami dijadikan
dan anak-anak.
Wanita itu tidaklah
untuk ilmu
pengetahuan,
untuk hikmat,
untuk berfikir,
Sehingga
Rosseau
berpendapat
:untuk mempunyai keahlian, untuk menjadi
sarjana dan tidak pula untuk berpolitik atau
untuk tugas negara, tetapi ia dijadikan hanya
untuk menyusukan anak-anaknya dengan air

34

Namun pendapat tersebut sudah lapuk dan tidak


dapat diguna pakai. Sehingga menjelang abad
ke-20, ahli-ahli pemikir Barat telah mengubah
corak pemikiran mereka dengan memberikan
kebebasan kepada kaum wanita seperti kaum
lelaki.
Begitu juga halnya dalam konteks Islam, wanita
diletakkan di tempat yang layak dan terhormat
dalam kedudukan sosialnya.
Hak berekonomi atau hak kebendaan adalah
sama seperti antara lelaki dan wanita, kerana
wanita dan lelaki dilahirkan daripada datuk
nenek yang sama, Adam dan Hawa (Drs.Walid
Litfullah, 1989 : 74).
35

Islam menggalakkan manusia supaya


berusaha menuju kepada pembentukan
manusia yang sempurna dari segi zahiriah
dan batiniah.
Untuk mencapainya maka setiap kelakuan,
perbuatan, perkataan dan pemikiran dan
kecenderungan selaras dengan ajaranajaran yang dibawa oleh Islam.
Manusia yang terdiri daripada kaum lelaki
dan wanita mempunyai tanggungjawab
yang
tersendiri
untuk
membentuk
masyarakat yang sempurna.
36

Islam sebenarnya telah memberikan


pelbagai hak kepada wanita untuk
menimba ilmu serta kemahiran.
Islam juga telah memberikan hak
untuk
memanfaatkan
segala
kelebihan yang dianugerahi dan yang
diperolehi
untuk
kepentingan
masyarakat.

37

Sesuai dengan titah Kebawah Duli Yang


Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri
Pengiran Anak Hajah Saleha sempena
Pembukaan Rasmi Persidangan Agung Kali
Ke-5 Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan
Wanita ASEAN (ACWO) yang menyarankan
supaya kaum wanita melibatkan diri dalam
masyarakat dan sentiasa bekerjasama
dengan kaum lelaki pada memajukan
negara. Di antara titah baginda ialah:

Kaum wanita mestilah meningkatkan usaha ke


arah penglibatan mereka sebagai penggerak
masyarakat di samping berganding bahu dengan
kaum lelaki dalam mana-mana mencorakkan
peradaban manusia dan sama-sama mencari
kesejahteraan sejagat.
38

Peranan wanita serta sumbangannya boleh


dilihat daripada dua aspek (Khalijah, 1994).

Pertama,
seorang
wanita
bertanggungjawab menanamkan nilai hidup
yang sempurna dan seimbang untuk
dijadikan
pegangan
hidup
anak-anak
mereka.
Kedua, wanita juga berperanan dalam
pembangunan
ekonomi
dan
sosial
masyarakatnya. Ini adalah kerana wanita
merupakan sebahagian besar daripada
populasi masyarakat.
39

Peranan
wanita
untuk
sama-sama
memakmurkan masyarakat dan menegakkan
kebenaran di muka bumi Allah tidak berubah.
Suasana kehidupan yang semakin mencabar
menuntut wanita Islam agar terus memberi
sumbangan dalam ruang lingkup yang lebih
luas dan dengan cara yang lebih berhemah
dan bijaksana.
Tokoh-tokoh wanita zaman awal Islam menjadi
pemangkin kepada wanita pada masa kini
dalam
pembangunan
yang
benar-benar
bermanfaat dan bertepatan dengan lunaslunas syarak.
40

Tidak dapat dinafikan kini, semakin


banyak
wanita
yang
berkaliber
berkemampuan dan profesional serta
banyak
memberi
input
kepada
pembangunan negara (Pusat Dawah
Islamiah, 2004 : 18).
Justeru itu, golongan wanita Islam perlu
bijak
berfungsi
dalam
masyarakat,
mereka harus sedar bahawa sumbangan
mereka dalam masyarakat sentiasa
dinanti dan dialu-alukan (Pusat Dawah
Islamiah, 2004 : 37).
41

Wanita Islam dapat meningkatkan


keperibadian istimewa yang ada pada
mereka menjadi sayap penggerak yang
kuat, kreatif dan dinamik.
Wanita
Islam
harus
dapat
mengenalpasti,
menyakini
dan
memanfaatkan kekuatan diri mereka
demi
maslahat
ummah.
Ini
membuktikan bahawa Islam telah
memberikan hak untuk memanfaatkan
segala kelebihan yang dianugerahi dan
yang diperolehi untuk kepentingan

42

Walau bagaimanapun, untuk mencapai


kecemerlangan hakiki ia tidak dapat
berdiri dengan sendiri tanpa kerjasama
dengan
kaum
lelaki,
kerana
kedudukannya
tidak
menjamin
sepenuhnya kestabilan masyarakat dan
negara sama ada dalam aspek sosial,
politik,
ekonomi,
pendidikan
dan
sebagainya.
Kaum lelaki dan wanita saling bantu
membantu dan memperkuat antara satu
sama lain sepertimana dalam hadis
daripada Abu Musa Radiallahu Anhu,
43

beliau berkata bahawa Rasulullah Sallallahu


Alaihi Wassalam bersabda bermaksud :
Orang mukmin terhadap orang mukmin
yang lain bagaikan sebuah bangunan
yang
sebahagiannya
menguatkan
sebahagian yang lain.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

44

PENGLIBATAN WANITA DALAM


EKONOMI

Golongan wanita juga semakin aktif dalam


bidang ekonomi.
Jika ditelusuri penglibatan wanita dalam
bidang ekonomi memang sudah lama berlaku.
Penglibatan mereka bukan baru bermula di
zaman globalisasi ini malahan sejak zaman
kesultanan lagi.
Menurut Nordin Hussin et.al.(2012 : 56),
penglibatan
wanita
terutamanya
wanita
Melayu dalam aktiviti ekonomi telah bermula
sejak zaman kesultanan Melayu lagi.
45

Meskipun, wanita lebih mengutamakan


peranan domestiknya iaitu sebagai
pengurus rumah tangga, isteri dan ibu.
Namun di sisi lain, mereka juga turut
sama membantu suaminya atau
sebagai supporting role dalam mencari
nafkah.

Sebagai
misal
dalam
bidang
pertanian,
tugas
wanita
hanya
terbatas untuk menyemai, mengubah
dan menuai.
46

Hal ini selaras dengan sistem ekonomi


Melayu yang menjadikan keluarga sebagai
institusi yang penting dan unit pengeluaran
yakni mendapatkan sumber tenaga kerja.
Maka secara tidak langsung, isteri dan anakanak dewasa akan dijadikan sebagai tenaga
kerjanya.
Sebagai misal dalam tempoh sebelum tahun
1914, sebahagian wanita Brunei juga
berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Kegiatan ini berlaku di Kampong Air yang
dikenali sebagai Padian.

47

Golongan
padian
menggunakan
perahu kecil atau gubang untuk
menjual barang-barang keperluan
harian kepada pelanggan mereka.
Barang-barang
keperluan
sehariharian yang dijual seperti beras, ikan,
udang,
buah-buahan,
kuih-muih,
sagu, kayu api, barang perhiasaan,
logam, kain tenunan dan sebagainya
(Awang Haji Takong Amit, 1998 : 158).
48

Budaya berdagang secara padian ini


kemudiannya beransur berkurangan
menjelang tahun-tahun 1970an dan ini
kelihatannya pupus pada tahun-tahun
1980an. Hal ini berlaku kerana generasi
penerus aktiviti ini sudah tidak ada.
Selain terlibat dalam kegiatan padian,
wanita di Kampong Air juga terbabit
dalam aktiviti perdagangan kain tenun
atau kain jong sarat.
49

Sungguhpun harga kain ini agak


mahal tetapi ia mempunyai kualiti
dari segi buatan dan seninya
sehingga mendapat sanjungan dan
pujian dari masyarakat luar negeri.
Manakala
bagi
golongan
kaum
wanita yang tinggal di kawasan darat
seperti masyarakat kedayan, nasib
mereka
tidak
banyak
berbeza
dengan kaum wanita Kampong Air
sebelum tahun-tahun 1914.

50

Mereka membantu suami atau keluarga


mereka menambah sumber ekonomi
dengan menjual buah-buahan, ternakan
dan kraftangan seperti takiding dan bakul.
Bahkan mereka ini juga ikut berkebun
buah-buahan dan bertanam padi.
Di zaman sekarang, bagi menambah
pendapatan
dan
menjana
ekonomi
keluarga, banyak kaum wanita yang
sudah melibatkan diri atau bekerja di
sektor kerajaan mahupun swasta.
51

PENGLIBATAN WANITA DALAM BIDANG


PENDIDIKAN

Peranan wanita khususnya dalam


keluarga
dan
amnya
pada
masyarakat dan negara berkembang
sejajar
dengan
perkembangan
pendidikan.
Mereka menyumbangkan ke arah
perkembangan
dan
pembinaan
negara-bangsa menurut kebolehan
atau kepakaran masing-masing.
52

Dalam aspek pendidikan, dalam Jadual 1


menunjukkan adanya peningkatan jumlah
guru wanita sejak lima tahun kebelakangan
di semua peringkat pendidikan baik di
sekolah swasta mahupun kerajaan.
JADUAL 1
BILANGAN GURU WANITA
DI SEMUA PERINGKAT PENDIDIKAN
(SWASTA / KERAJAAN)
Tahun / Jenis
2007
2007-2011
2008
2009
2010

Sekolah Kerajaan

4,554

4,757

4,945

5,436

2011
5,793

Sekolah Swasta

1,569

1,601

1,645

1,649

1,753

6,123

6,358

6,590

7,085

7,546

Jumlah keseluruhan

Sumber :Brunei Statistical Year Book (2011 : 180-181), Jabatan


Perdana Menteri : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

53

RAJAH 1
BILANGAN PENUNTUT WANITA DI UNIVERSITI
KERAJAAN / SWASTA
DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
2007-2011
3,868
3,824
4,000
3,682
3,500
3,000

2,953
2,562

2,500
KERAJAAN
SWASTA

2,000
1,500

54

1,000
500
0

357
16

23

26

44

2007

2008

2009

2010

2011

Sumber :Brunei Statistical Year Book (2011 : 182 - 183), Jabatan


Perdana Menteri : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

JADUAL 2
PEKERJA KERAJAAN WANITA
MENGIKUT BAHAGIAN
2007-2011

Tahun / Jenis
Bahagian I
Bahagian II
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V

Jumlah keseluruhan

2007

2008

2009

2010

2011

242

266

286

301

273

4,531 4,860 5,00


9
5,841 5,940 6,29
4
5,932 6,102 6,22
5
5,370 5,522 5,43
2
21,916 22,690 23,246

5,322 5,776
6,484 6,658
6,371 6,533
5,428 5,668
23,906

24,908

Sumber :Brunei Statistical Year Book (2011 : 180-181), Jabatan


Perdana Menteri : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi

55

CABARAN YANG DIHADAPI WANITA BEKERJAYA

Datin Dr. Hajah Masnon Haji Ibrahim (2011 :


96) menasihatkan para wanita perlu tabah
dalam
menjalankan
apa
jua
bentuk
tanggungjawab. Ini kerana, wanita dihadapkan
dengan segala macam bentuk cabaran.
Cabaran itu bukanlah semata-mata kerana
pemodenan dunia atau kemajuan teknologi
terkini yang ada pada hari ini, tetapi cabaran
sebenar adalah bagaimana seseorang wanita
itu dapat menjalankan tanggungjawab itu
sendiri tidak kira , bila dan di mana.
56

Cabaran yang mungkin wujud ialah


sejauhmana isteri muslimah itu
mahu
mentaati
suaminya
dan
memelihara ketaatan itu sedangkan
dia
berhadapan
dengan
tanggungjawabnya yang lain sebagai
pekerja yang memerlukannya di luar
rumah .
Perjuangan wanita itu perlu didasari
oleh agama, kerana agamalah yang
meletakkan mereka ditempat tinggi
lagi
mulia
di
sisi
keluarga,

57

Agama mesti berada di tempat yang


pertama dalam senarai keutamaan.
Selain
itu,
keredaan
dan
pengorbanan
suami
sebagai
pemimpin keluarga itu perlu diambil
kira.
Para
muslimah
memerlukan
keseimbangan dalam melaksanakan
tanggungjawab
mereka.
Sebagaimana dalam Firman Allah
Subhanahu Wataala dalam Surah At

58

Sesungguhnya harta benda kamu dan anakanak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di
sisi Allah jualah pahala Yang besar.
Surah At Taghabun, 64 : 15

Firman di atas mengingatkan para wanita


Islam atau muslimah untuk tidak lalai
meskipun seorang wanita mempunyai
pekerjaan atau tanggungjawab lain,
namun ia juga perlu bijak untuk memberi
perkhidmatan
sebagai
isteri
dan
pengurusan rumah tangga yang cekap
dan berkesan untuk tugas sebagai ibu

59

Maka dari itu, Datin Dr Hajah Masnon Haji


Ibrahim (2011 : 97) menyarankan agar
para wanita Islam sama-sama menilai
dan memuhasabah diri.
Hendaklah mereka menjadikan cabaran
yang dihadapi itu sebagai ibadah untuk
untuk
mengharap
keredhaan
Allah
Subhanahu
Wataala.
Jadikan
ianya
sebagai satu bentuk motivasi diri yang
memerlukan mujahadah dan iltizam demi
mendapatkan
keharmonian
rumahtangga.
60

KESIMPULAN

61

You might also like