You are on page 1of 3

CED 520 Sports First Aid

Assignment 3
Keselamatan adalah satu keadaan yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung
daripada sebarang masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi,
pelajaran dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang
tidak diingini berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya
sebarang kes kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan
sekolah seperti di stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah, asrama, bilik mandi,
tandas, padang dan dapur.
Bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkahlangkah pencegahan perlu dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi
kebaikan bersama semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur keselamatan
mengenai tatacara penggunaan sesuatu empat perlu disebarkan dan disampaikan dalam
bentuk risalah atau poster. Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am,
tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur ini,
pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan mempunyai komitmen dalam memberi
kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif bagi
membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Kesimpulannya, keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita
berada sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian
penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu tempat di mana
terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini
kerana sekolah akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan
dan membangunkan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara penggunaan
sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah
memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan
kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menyebarkan
tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak dan juga
media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan murid, guru
dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di
kawasan sekolah.

Ced 520 Sports First Aid


Assignment 4
Bantuan kecemasan atau pertolongan cemas ialah bantuan awal yang diberikan
kepada orang yang sakit atau mangsa kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau pakar
yang berkelayakan. Pertolongan cemas yang biasa diperlukan oleh mangsa ialah menahan
pendarahan, membalut luka, mengurangkan kesan kesakitan akibat patah tulang,
memulihkan pernafasan, mengelak kesan keracunan, gigitan binatang bisa, tercekek dan
melecur.
Selain disebabkan kes kemalangan, kecemasan juga melibatkan golongan yang
mengidap penyakit berbahaya seperti lemah jantung, lelah, alahan dan sawan babi.
Pengidap penyakit berkenaan sering berdepan dengan keadaan di mana mereka
menghadapi saat kritikal yang memerlukan bantuan kecemasan. Tanpa bantuan
kecemasan, terutama dalam kes berkaitan pernafasan, boleh menyebabkan mereka
meninggal dunia. Memberi pertolongan cemas memerlukan tindakan dan kaedah yang
betul. Tanpa pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas, bantuan kecemasan yang
diberikan mungkin menyebabkan kesan tidak seperti diharapkan.
Seringkali berlaku kes pengendalian pertolongan cemas yang diberikan kepada
mangsa tidak sesuai dan tidak selamat. Dalam kes tertentu, bantuan yang diberikan bukan
dapat melegakan penderitaan mangsa. Sebaliknya tindakan menyebabkan keadaan lebih
serius. Dalam kes tertentu, penyelamat turut menjadi mangsa. Kes seperti menyelamat turut
terperangkap dalam kebakaran. Banyak kes penyelamat turut mati lemas. Kejadian itu
berlaku antara lain berpunca penyelamat tidak mengetahui asas menyelamat dan
pertolongan cemas.
Pengetahuan pertolongan cemas amat berguna. Pengetahuan mengikut kaedahkaedah asas sudah memadai berbanding tiada langsung. Pertolongan cemas yang
diberikan kepada mangsa mungkin dapat menyelamatkan nyawa mangsa. Satu tindakan
mudah penting untuk membantu masalah berkaitan sistem pernafasan dan pendarahan.
Bantuan pernafasan yang betul penting bagi memulihkan pernafasan mangsa. Bantuan
pernafasan memerlukan tindakan pantas dalam tempoh beberapa minit. Jika tiada
seseorang yang tahu melakukan bantuan pernafasan di tempat kejadian, sudah terlambat
untuk mendapat bantuan orang lain di tempat lain.

Justeru, pengetahuan pertolongan cemas amat penting dipelajari oleh setiap orang.
Paling tidak, dalam setiap keluarga atau kumpulan mesti terdapat salah seorang daripada
mereka

yang

mempunyai

kemahiran

asas

dalam

memberi

pertolongan

cemas.

Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes


kecemasan yang berlaku di rumah atau di tempat kerja. Kes kemalangan kecil tetap perlu
diberikan bantuan cemas mengikut tindakan yang betul. Ilmu pertolongan cemas boleh
dipelajari melalui latihan khas yang disediakan oleh pakar dalam bidang perubatan seperti
doktor dan para medik. Selain itu, latihan sedemikian juga dikendalikan oleh organisasi dan
pertubuhan untuk ahli-ahli mereka.
Tatacara Tindakan Apabila Berlaku Kemalangan
1.1

DI DALAM KAWASAN SEKOLAH

Apabila berlaku kemalangan, terus laporkan kepada guru-guru yang bertugas. Buat laporan
bertulis.

Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.

Sekiranya serius, pihak sekolah akan menghantar pelajar berkenaan ke hospital dan
laporkan kejadian tersebut kepada ibubapa murid/pesakit.

Sekiranya melibatkan kes polis, guru bertugas membantu buat aduan di Balai Polis.

Guru segera dapatkan laporan bertulis daripada pihak hospital dan polis untuk tujuan
tuntutan insurans.

Serahkan kedua-dua laporan kepada pihak pentadbir untuk urusan memohon


tuntutan insurans selanjutnya.

1.2

DI LUAR KAWASAN SEKOLAH.

Dapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan kemalangan.

Sekiranya serius, minta bantuan daripada orang yang berhampiran untuk


menghantar ke hospital.

Dapatkan maklumat ibu bapa, laporkan kemalangan kepada ibu bapa dan pihak
pentadbiran / pejabat sekolah untuk tindakan membuat laporan seterusnya kepada
polis.

Dapatkan laporan hospital dan pihak polis untuk diserahkan kepada pentadbiran
sekolah bagi urusan tuntutan insurans.

You might also like