You are on page 1of 2

Darah manusia

Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk
hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan,
dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari
jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.
Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua
apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan (respiratory
protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung.
Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paruparu untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan
oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian
kembali ke jantung melalui vena.
Lihat sistem kitaran untuk gambaran terperinci mengenai kitaran ini.
Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati
untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.

Komposisi
Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel (corpuscle); yang membentuk 45% bahagian
daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk
medium cecair darah.[1] Korpuskel adalah:

sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyai nukleus
sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Korpuskel
mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga
bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
Platelet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem
imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.

Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi :

albumin
bahan pembekuan darah

immunoglobin (antibodi)

hormon

pelbagai jenis protein

pelbagai garam

Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian
dengan rekabentuk pembuluh darah.

Kesihatan
Beberapa masalah kesihatan berkait dengan darah.
Luka boleh menyebabkan kehilangan darah teruk. The thrombocytes menyebabkan darah
membeku, menghalang luka kecil, tetapi luka besar perlu dirawat dengan segera untuk
menghalang exsanguination. Kerosakan pada organ dalaman boleh menyebabkan luka dalaman
yang teruk atau hemorrhage.
hemofilia merupakan kecacatan genetik yang menyebabkan kegagalan berfungsi "disfungsi"
dalam mekanisma pembekuan darah seseorang. Ini menjadikan luka kecil mampu berubah
mengancam nyawa, tetapi biasanya menyebabkan hemarthrosis, atau pendarahan pada sendi,
yang boleh melumpuhkan.
Leukemia merupakan kumpulan barah tisu pembentuk darah.
Pendarahan teruk, sama ada melalui kemalangan atau tidak (seperti semasa pembedahan), dan
juga sesetengah penyakit darah seperti anemia dan thalassemia, memerlukan pemindahan darah.
Beberapa buah negara mempunyai bank darah untuk memenuhi permintaan untuk pemindahan
darah. Penerima darah perlu mempunyai jenis darah serasi dengan penderma.
Darah merupakan cara "vektor" penjangkitan. Salah satu contoh penyakit bawaan darah yang
diketahui ramai adalah AIDS, yang mana virus HIV, dipindahkan melalui sentuhan antara darah
dengan darah, air mani "sperma", atau cecair badan orang yang dijangkiti. Disebabkan oleh
jangkitan melalui darah, objek berdarah dianggap ancaman bio "biohazard".
Tekanan darah merupakan alat diagnostik yang penting.

You might also like