You are on page 1of 7

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan
1.1.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, pengenalan terhadap Latihan Industri dan latar belakang mengenai
syarikat yang saya telah menjalankan Latihan Industri dari 17 Julai 2012 hingga 1
November 2013. Saya LISA EE SWEE KIM akan memperkenalkan dan menerangkan
secara lanjut dan terperinci dalam latihan yang telah saya menjalankan.

Latihan

Industri

merupakan

satu

komponen

utama

dalam

kurikulum

pembelajaran di Politeknik seluruh Malaysia sebelum layak dipertimbangkan untuk


penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).

Pelajar-pelajar bagi kursus Sijil mahupun kursus Diploma dikehendaki

mengikuti Latihan Industri dengan tujuan mendedahkan ke alam pekerjaan yang sebenar
di mana berbeza dengan suasana di Politeknik.

Pelajar-pelajar yang mengambil kursus Sijil diwajibkan menjalani Latihan


Industrinya pada semester tiga, manakala bagi pelajar-pelajar yang mengikuti kursus
Diploma pula diwajibkan menjalani Latihan Industrinya pada semester empat. Tempoh
bagi Latihan Industri adalah selama 5 bulan atau satu semester. Pihak Unit
Latihan Dan Perhubungan Industri Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) akan
menempatkan pelajar-pelajar yang akan menjalankan Latihan Industri di tempat Latihan
Industri yang bersesuaian dengan kursus yang diambil oleh setiap pelajar.

Selama 5 bulan ini, setiap pelajar berpeluang untuk memperolehi pelbagai


pengetahuan dan pengalaman daripada Latihan Industri serta dapat memberi gambaran
sebenar dan pendedahan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar yang akan
mereka lalui selepas tamat pengajian di Politeknik.

Di samping itu, ia dapat

mempraktikkan dan memperkukuhkan persefahaman pelajar terhadap pengajian yang


diikuti.

Selain itu, para pelajar perlu mematuhi arahan dan peraturan yang telah

ditetapkan oleh pihak Politeknik.Bagi pelajar yang tidak mengikuti arahan dan
melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan,pelajar tersebut akan digagal
dalam menjalani Latihan Industri dan perlu mengulang semula Latihan Industri sebelum
dibenarkan bagi meneruskan semester yang akan datang.

Setiap pelajar perlu membuat catatan aktiviti harian dalam buku laporan harian
atau Reflective Journal.Disamping itu, setiap pelajar juga diwajibkan menyiapkan
sebuah Buku Laporan Latihan Indusri yang lengkap dengan piawaian yang telah
ditetapkan oleh PSAS.Sebaik sahaja tamat Latihan Industri.Laporan tersebut perlulah
berdasarkan kerja atau tugas yang dijalankan semasa Latihan Industri.

Sebelum pelajar menamatkan Latihan Industri setiap pelajar harus meminta atau
mendapatkan surat pengesahan tamat latihan daripada firma yang berkaitan sebagai
bukti untuk menyokong pelajar tersebut yang telah menjalani dan menamatkan Latihan
Industri, setiap pelajar akan diarahkan untuk membuat atau menyiapkan buku Laporan
Industri mengikut piawai Unit Latihan dan Perhubungan Industri di jabatan masingmasing.

1.1.2 Objektif Latihan Industri


Latihan Industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap
pelajar sebelum mereka layak dipertimbangkan untuk penganugerahan Sijil atau
Diploma. Setiap pelajar perlu lulus dalam Latihan Industri sebelum dibenarkan
memasuki semester yang berikutnya. Di antaranya, objektif-objektif utama Latihan
Industri adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung dengan
sausana pekerjaan sebenar, etika kerja serta pendedahan kepada teknologi terkini yang
digunakan oleh pihak industry.

Selain itu, objektif Latihan Industri juga adalah menanam semangat kerja
berpasukan dan perhubungan baik antara rakan semasa bekerja, membina personality
indivdu yang amanah, berkeyakinan dan bertanggungjawab, membolehkan pelajar
berkomunikasi secara berkesan, mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik,
membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari di kelas dengan aspekaspek praktikal dan sebaliknya, dan membantu pelajar menguasai kemahiran bidang
kursus dengan mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari di politeknik.

Di samping itu, objektif-objektif yang seterusnya ialah untuk mengamalkan


displin diri dan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri seperti larangan
merokok dalam kawasan syarikat, menanam dan meningkatkan sifat amanah dan sikap
tanggungjawab yang terdapat pada pelajar, membina dan mengukuhkan keyakinan diri
pelajar dalam alam pekerjaan sebenar supaya mudah untuk menjayakan sesuatu tugas
yang diberikan dan mengatasi masalah yang dihadapi semasa bekerja.

Bukan itu sahaja, objektif Latihan Industri ialah untuk menyediakan satu laporan
latihan tentang kerja atau tugas yang pernah dilakukan, pengalaman dan pengetahuan
yang diperolehi sewaktu tempoh latihan, menonjolkan daya kepimpinan dan

kewibawaan seseorang pelajar, membolehkan semua kemahiran yang telah para pelajar
dapat digunapakai/ditebus guna, di samping menimba pengalaman baru di industry,
untuk membolehkan para pelajar mengenali melalui penglibatan secara langsung dalam
berbagai aspek seperti konsep reka bentuk, perancangan, dan sebagainya, memberi
pendedahan serta pengalaman kepada para pelajar menulis atau membuat laporan
teknikal yang lengkap dan teratur, dan juga mengukurkan keyakinan diri pelajar.

1.1.3 Objektif Laporan Latihan Industri


Laporan industri ini merupakan satu kewajipan para pelajar dalam mengakhirkan
sesuatu latihan industri.

Setiap pelajar bertanggungjawab untuk membuat dan

menghantar sebuah buku laporan industri kepada Unit Jabatan Latihan sebagai bukti
serta setaraf lulus Sijil atau Diploma.

Objektif utama Laporan Latihan Industri ini adalah untuk melatih seseorang
pelajar mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang latihan industri
dan cara-cara mengumpul serta menyimpan maklumat-maklumat penting dengan tepat.

Selain itu, objektif-objektif Laporan Latihan Industri ialah menjadikan bukti


bahawa seseorang pelajar tersebut telah menjalani latihan industri dan laporan yang
disediakan merupakan hasil usahanya sendiri dengan bantuan lampiran-lampiran yang
disertakan, dijadikan panduan untuk menilai pencapaian seseorang pelajar, sebagai
bahan rujukan kepada pelajar-pelajar samada dalam pelajaran atau pekerjaannya pada
masa depan, melaporkan bentuk gerak kerja yang dijalankan sepanjang latihan industry,
memberi peluang kepada pelajar untuk memberi sebarang pendapat, kesimpulan serta
cadangan terhadap latihan yang dijalani.

1.1.4 Kepentingan Latihan Industri


Sebagai seorang penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah , 80% daripada yang
dipelajari adalah dalam bentuk teori sahaja. Maka, ia akan menyebabkan pelajar tersebut
hanya memahami bidang kerjayanya secara teori sahaja

Kepentingan Latihan Industri adalah memupuk setiap pelajar untuk


menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan yang sebenar agar setiap pelajar berdisplin,
dan memperluaskan pengalaman, pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar. Oleh
itu, persediaan awal dalam menghadapi alam pekerjaan yang sebenar untuk
menggalakkan pergaulan dan mempelajari cara-cara dan teknik-teknik berkomunikasi
serta berinteraksi dengan golongan masyarakat yang berasal dari pelbagai kaum dan
bangsa.
Selain itu, kepentingan lain ialah dapat menilai kebolehan diri pelajar dalam
pekerjaan, malah dapat meningkatkan mutu semangat kerja berpasukan semasa kerja,
dan mengukuhkan keyakinan serta jati diri semasa menceburi alam pekerjaan yang
semakin mencabar.

Di samping itu, kepentingan Latihan Industri adalah pelajar hendaklah menurut


segala arahan dan nasihat yang diberikan oleh penyelia atau pegawai latihan atau pekerja
yang

bertanggungjawab

mengendali

latihan

industri

dan

mempelajari

cara

berkomunikasi dan pergaulan sesama pihak pengurusan, tenaga kerja mahir dan separa
mahir di organisasi terbabit, dan melatih diri sebagai seorang pekerja yang mahir, kretif,
inovatif, berdaya saing serta berdedikasi.

1.1.5 Skop Latihan Industri


Politeknik sentiasa memastikan setiap pelajar mendapat pengalaman bekerja
yang baik semasa menjalani latihan industri pada firma yang ditempatkan selama dua
puluh minggu.

Dengan pengalaman pada dalam tempoh masa yang diberi, pelajar tersebut
dapat memotivasikan dirinya dalam alam pekerjaan sebenar serta memperkembangkan
lagi pemikiran setiap pelajar yang masih belum mengetahui oleh pelajar tersebut.

Skop Latihan Industri meliputi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh setiap


firma yang perlu dipatuhi. Kerja dan tanggungjawab yang diberikan perlu dilaksanakan
dalam tempoh masa yang ditetapkan semasa menjalankan latihan industri. Antaranya
adalah:

i.

Displin
Setiap pelajar dikehendaki menjaga nama baik Politeknik dan Firma iaitu
tempatsemasa menjalani latihan industri. Setiap pelajar perlulah sentiasa membuat
perbincangan dengan pengawai penyelia mengenai sebarang masalah yang timbul
semasa menjalani latihan industri dengan cara yang baik untuk menunjukkan
kematangan dan komunikasi dengan orang lain. Setiap pelajar hendaklah berusaha
bersungguh-sungguh, dan sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya, saling hormatmenghormati serta belajar memahami perasaan orang lain dan pekerja-pekerja lain di
firma.

ii.

Peranan dan Tanggungjawab


Setiap pelajar yang menjalani latihan industri

diberi tanggungjawab untuk

dipikul bertujuan untuk menguji daya kepimpinan dan daya pembelajarannya.


Tugas dan peranan penting telah diberi akan meliputi kerja-kerja yang perlu lakukan
sepanjang latihan industri adalah seperti melakukan kerja-kerja pemasangan penghawa
dingin,membaiki kenderaan yang rosak dan sebagainya.

iii.

Penyediaan Laporan yang lengkap

Skop Latihan Industri juga merangkumi kerja untuk menyediakan laporan, iaitu
Laporan Harian dan Laporan Latihan Industri. Ia meliputi laporan tentang tugasan,
tanggungjawab, pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dan perlu dicatat dan
kemudiannya akan dikemukakan kepada pihak Politeknik setelah tamat latihan industri.

You might also like