You are on page 1of 6

TAJUK 14

PERSEKITARAN DAN JARINGAN

PERSEKITARAN DAN JARINGAN


Persekitaran perniagaan

o Persekitaran luaran dan dalaman


o Perniagaan sebagai satu sistem
Konsep jaringan usahawan
Dimensi Jaringan
Faedah jaringan usahawan
Mengurus jaringan usahawan

Rujukan
Abu Bakar Hamed (2005) m/s 21-40
SUMBER KEUSAHAWANAN
Sumber merupakan input yang dapat digunakan oleh usahawan dalam proses pengeluaran
untuk menghasilkan sesuatu produk. Kualiti sumber yang dimiliki oleh usahawan akan mencipta
kelebihan saingan terhadap perniagaan usahawan.
1. Usahawan sendiri merupakan sumber utama perniagaan kerana memiliki dan
menyumbangkan sikap, tenaga, idea, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman
dalam menjayakan aktiviti perniagaan.
Usahawan juga perlu mencari idea, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dari
persekitaran samada secara formal atau tidak. Adalah penting bagi usahawan
berinteraksi dengan persekitaran untuk melaksanakan aktiviti perniagaan dengan
menggunakan sumber kekuatan diri yang dimiliki.
2. Sumber Kewangan. Usahawan biasanya memulakan perniagaan dengan modal sendiri
atau meminjam dari keluarga dan rakan. Jarang pihak institusi kewangan memberi
pinjam kepada syarikat baru. Apabila perniagan telah berkembang barulah institusi
kewangan sanggup membayai operasi perniagaan
3. Sumber fizikal seperti bangunan, peralatan, mesin dan bahan mentah. Usahawan
berinteraksi dengan interaksi kerajaan untuk mendapatkan banguna untuk dijadikan
kilang, berinteraksi dengan pembekal untuk mendapatkan teknologi moden dalam
proses pengeluaran dan sebagainya
4. Sumber manusia digunakan bagi aktiviti pengeluaran dan pemasaran serta pengurusan
organisasi
5. Sumber reputasi merupakan persepsi pihak persekitaran (pelanggan, pembekal,bank,
kerajaan) terhadap syarikat atau usahawan. Usahawan harus membina imej syarikat
yang baik agar pelanggan lebih setia.
6. Sumber organisasi merujuk kepada struktur organisasi, sistem dalam organisasi (sistem
ganjaran, penilaian, motivasi, pampasan, ) corak pengurusan, gaya kepimpinan dan

sebagainya. Jika sumber organisasi diurus dengan


memberi kelebihan kepada syarikat

baik dan cekap maka ia dapat

PERSEKITARAN PERNIAGAN
Persekitaran Luaran
1. Persekitaran Mikro (Persekitaran luar khusus atau tugas)
Pelanggan- Pihak yang membeli barang dan perkhidmatan dari pelanggan. Mereka
merupakan kumpulan sasaran yang diperlukan oleh usahawan dalam aktiviti penjualan.
Pelanggan boleh terdiri orang perseorangan, syarikat perniagaan, agensi kerajaan,
pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan sebagainya. Usahawan
seharusnya menjaga dan menarik lebih banyak pelanggan
Pembekal- Pihak yang membekal input seperti bahan mentah, peralatan, tenaga kerja
dan input lain kepada perniagaan.
Pihak kerajaan- Pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap aktiviti perniagaan.
agensi kerajaan terlibat dalam pengeluaran lesen perniagaan, menggubal dasar dan
peraturan, menyediakan kemudahan asas perniagaan, menyediakan latihan dan
nasihat, menyediakan pembiayaan dan sebagainya
Pihak institusi kewangan- Seperti bank perdagangan, syarikat kewangan dan syarikat
insuran. Mereka membekalkan dana kepada organisasi perniqagaan
Pesaing- Merupakan perniagaan yang mengeluarkan atau menjual produk yang sama
atau produk pengganti, beroperasi dalam kawasan yang sama serta mempunyai
pelanggan yang sama
Pertubuhan bukan kerajaan- Seperti persatuan pengguna, persatuan perniagaan,
pertubuhan kebajikan, persatuan alam sekitar dan lain-lain. Kempen-kempen tertentu
terhadap barang yang dikeluarkan boleh mempengaruhi barang yang dijual. Oleh itu
usahawan harus sensitif kepada isu masyarakat seperti alam sekitar, kesihatan,
bebersihan, halal dan lain-lain.
2. Persekitaran makro (Persekitaran Luaran umum)
Faktor sosial- iaitu faktor demografi, ( umur, bangsa, jantina, pendidikan, pendapatan)
perubahan gaya hidup (makan di hotel, rerstoran, makanan segera, makanan barat)
dan nilai-nilai sosial masyarakat (penjagaan kesihatan, kecantikan, hak-hak pengguna,
hak-hak wanita)
Faktor ekonomi- seperti keluaran dan pendapatan negara, tabungan individu dan
kerajaan, pelaburan, kadar inflasi, kadar tukaran asing, dasar kewangan kerajaan
(menaikan cukai/ memberi subsidi)
Faktor politik- Kesetabilan politik
dan kesetabilan dasaar kerajaan mempengaruhi
perniagaan
Faktor teknologi- Berkait rapat dengan kemajuan sains dan perkembangan baru yang
berlku pada produk, pemprosesan, bahan, peralatan, serta pengurusan maklumat.
Persaingan akan menyebabkan penggunaan teknologi baru kerana penggunaan
teknologi baru dapat memberi kelebihan kepada pesaing

Persekitaran Dalaman
Diri usahawan- Kerja kuat, jujur, bersemangat, berwawasan, mempunyai sifat positif dan
lain-lain
Pekerja Pekerja bermotavasi, amanah boleh bekerja tanpa arahan berterusan dan
lain-lain
Rakan kongsi atau pemegang saham- Pertukaran pemilik saham akan menukar
lembaga pengarah dan memungkinkan pertukaran dasar perniagaan
PERNIAGAAN SEBAGAI SATU SISTEM
Perniagaan dikatakan sebagai satu sistem kerana aktivitinya mempengaruhi atau dipengaruhi
oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku di luar organisasi.
FAKTOR PERSEKITARAN DALAMAN DAN LUARAN

INPUT
Kilang
Bahan mentah
Mesin
Buruh
Dan lain-lain
Barang Siap

ISI RUMAH/PENGGUNA/
PELANGGAN
Gaji/ upah

PROSES
TRANSFORMASI INPUT
KEPADA OUTPUT

PENGUSAHA

OUTPUT
Pakaian
Kereta
Hospital
Hotel
Kolej

ISI RUMAH/PENGGUNA/
PELANGGAN
Harga
Sewa
Bil

KONSEP JARINGAN USAHAWAN


Jaringan usahawan merujuk kepada semua hubungan yang dibentuk dan dikekalkan oleh
seseorang usahaan dengan masyarakat sekeliling. Hubungan ini adalah untuk faedah
bersama. Hubungan antara usahawan dengan pihak dalam jaringan mereka adalah merentasi
hubungan kekeluargaan, rakan, perniagan, pihak kerajaan, serta pembiaya.
Keluarga dan rakan-: antuan modal, tenaga kerja, maklumat, sikongan lain
Agensi kerajaan-: bantuan memulakan perniagaan, modal, maklumat, latihan dan
sokongan lain
Pelanggan dan pembekal-: pasaran, pengalaman, kemahiran, kewangan dan bantuan
lain
Konsultan-: penasihatan, pengauditan dan perkhidamatan lain
3

Persatuan-persatuan-: penasihatan, maklumat jaringan, perundingan


Institusi latihan-: pengetahuan, kemahiran, penasihatan, kontek jaringan
Institusi kewangan-: modal, nasihat, maklumat, perkhidmatan lain
Firma besar-: kontek, bantuan teknologi, sokongan lain.

Jenis Jaringan Perniagan


1. Jaringan peribadi-: jaringan tidak formal yang melibatkan hubungan personal secara
langsung dan bersemuka antara usahawan dengan pihak tertentu termasuk ibubapa,
rakan, keluarga, ahli persatuan, kumpulan belia dan sebagainya. Hubungan peribadi
inimembentuk ikatan yang kuat. Pihak dalam jaringan ini biasanya menjadi sumber
pertama usahawan mendapat pelbagai bantuan
2. Jaringan Awam-: Jaringan awam merujuk kepada sumber awam. Usahawan
menggunakan sumber ini untuk meningkatkan pengetahuan, mendapatkan maklumat
serta pelbagai kontek kepada jaringan perniagaan. Sumber awam ini seperti majaklah,
surat khabar, buku, televisyen, radio, internet yang dapat dimanfaatkan oleh usahawan
untuk memanfatkan perniagaan mereka
3. Jaringan Perniagaan-: Merupakan hubungan usahawan yang pada amnya berasaskan
kepada aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Pihak yang terlibat adalah
pelanggan, pembekal, bank, akauntan, pihak kerajaan, persatuan perniagaan, dan
sebagainya.
Terdapat 4 ciri asas hubungan dalam jaringan perniagaan
I.
Sifat Kepentingn bersama
Terdapat lima sifat yang berkaitan dengan kepentingan bersama ini.
i.
Darjah kepentingan bersama. Jaringan mungkin berdasarkan
kepentingan ekonomi, teknikal, perancangan, sosial dan ikatan
perundangan. Contohnya seperti hubungan usahawan dengan
pembekal, usahawan dengan bank, dan sebagainya.
ii.
Hubungan semetrik iaitu hubungan antara usahawan dengan pihak
tertentu adalah seimbang. Jika sebelah pihak mendominasi hubungan ini
akan menyebabkan pihak lain berada dalam keadaan disadvantage.
Contoh hubungan dengan pembekal, bank hendaklah seimbang
iii.
Struktur kuasa yang saling bergantungan. Contohnya hubungan
usahawan dengan pembeli adalah saling memerlukan. Pembeli
memerlukan barang dari usahawan dan usahawan memerlukan pembeli
barang mereka
iv.
Penggantungan sumber-: Berkaitan dengan pertukaran antara bahan
mentah, mesin dan sebagainya antara dua pihak.
II.

Sifat jangkamasa panjang melibatkan,


i.
Ciri penerusan- Usahawan perlu meneruskan hubungan baik dengan
pihak tertentu bagi memajukan perniagaan secara berterusan
ii.
Kekuatan hubungan- Kekuatan hubungan mestilah dipertingkatkan dari
semasa ke semasa
iii.
Multipleksiti- Hubungan akan menjadi pelbagai hubungan merangkumi
hubungan sosial, rakan, kekeluargaan, penasihat, mentor dan
sebagainya.

III.

Proses tabie melibatkan


i.
Pertukaran dan interaksi. Interaksi hubungan antara usahawan dengan
pihak tertentu dalam perniagaan akan melibatkan kandungan proses
pertukaran hubungan yang berbeza. Pertukatan yang berlaku pada
permulan hubungan melibatkan urus niaga perniagaan seperti wang
dengan bahan mentah atau barang jualan. Pertukatan dalam
hubungan akan bertambah dari segi kontennya seperti pertukaran
maklumat, barangan, sosial, pengetahuan dan sebagainya.
ii.
Dinamik- Hubungan ini bukan sesuatu yang statik tetapi akan berubah
mengikut masa dan jenis fenomina yang berlaku dalam hubungan
iii.
Potensi kegunaan- Memandangkan hubungan jaringan usahawan
merupakan sesuatu yang bernilai bagi perniagaan, maka usahawan
perlu menggunakan potensi diri bagi mendapatkan sumber perniagaan
untuk terus memajukan perniagaan mereka

IV.

Hubungan bergantungan
Melibatkan konsep Embeddedness. Konsep ini membincangkan hubungan
peribadi, sosial dan perniagaan adalah bercampur dalam satu jangka tertentu
yang lama. Hubungan ini wujud dalam satu hubungan jaringan yang
kemudiannya akan bersambung dengan hubungan jaringan yang lain
seterusnya membentuk jaringan usahawan yang luas.

DIMENSI JARINGAN
Jaringan usahawan merupakan satu hubungan yang dinamik dan berubah-ubah mengikut
jangkamasa tertentu. Perubahan dapat dilihat dari beberapa dimensi seperti berikut;
1. Pertukaran. Kandungan hubungan akan berubah mengikut masa antara usahawan
dengan ahli jaringan seperti pembekal, pelanggan, pihak bank dan sebagainya.
Misalnya hubungan awal antara usahawan dengan pembekal melibatkan pembelian
barang. Setelah beberapa lama aktiviti pertukaran berjalan kandungan hubungan itu
akan bertambah dan menjadi semakin kompleks. Dari hubungan jual beli menjadi
oertukaran maklumat, idea, kewangan, sosial dan sebagainya
2. Hubungan pertukaran wajib. dan sukarela- Hubungan usahawan dengan pembekal
dan pelanggan dianggap wajib apabila usahawan mendapat barang mendapat
barang dan menjual barang kepada kumpulan ini. Hubungan usahawan dengan
agensi kerajaan atau persatuan perniagaan kadangkala bermula sebagai sukarela.
Bagi hubungan sukarela, apabila sesuatu tujuan timbul seperti keperluan kewangan
maka hubungan sukarela berubah menjadi wajib. Apabila tujuan berubah maka
hubungan juga berubah.
3. Hubungan lemah dan kuat. Pada peringkat awal hubungan usahawan dengan ahli
jaringannya adalah lemah. Lama kelaman apabila kedua-dua pihak telah memahami
kejujuran masing-masing maka hubungan menjadi kuat
4. Ringkas dan kepelbagaian. Hubungan pada peringkat awal adalah ringkas. Setelah
sekian lama ia berubah menjadi hubungan multipleksiti sebagai rakanniaga, penasihat,
mentor, rakan permainan, keluarga dan sebagainya
5. Kepercayan.Apabila kepercayaan telah wujud maka hubungan menjadi lebih kuat
6. Saiz jaringan- Setelah usahawan menjalankan perniagaan maka jaringannya menjadi
semakin luas. Pertambahan ahli jaringan berlaku dari semasa ke semasa.
5

FAEDAH JARINGAN USAHAWAN


Untuk mendapatkan peluang perniagaan
Membina reputasi dan kredibiliti diri
Sokongan kewangan, sumber maklumat, peluang pasaran,idea perniagaan, promosi
barang, maklumat pasaran,sokongan moral
Peluang mendapatkan perantara
MENGURUS JARINGAN USAHAWAN
1. Merancang hubungan dengan ahli jaringan
Menyenaraikan ahli jaringan dan cara untuk menghubungi mereka (no telefon,
jamuan). Dimana pertemua boleh dilakukan
2. Mewujudkan hubungan dengan ahli jaringan
Menggunakan sepenuhnya pertemua semasa bengkel, latihan, seminar, ekspo,
mesyuarat persatuan, perjumpan pejabat, kenduri dan sebagainya
3. Memupuk hubungan dengan ahli jaringan
Melakukan interaksi dengan lebih kerap, pertukaran sumber maklumat, peluang
perniagaan dan sebagainya
4. Mengekalkan hubungan dan mengelakan masalah.
Misalnya bayaran kepada pembekl meti bersih, janji ditepati, maklumat sebanar, elakan
insiden yang tidak baik.
LATIHAN
1. Huraikan sumber keusahawanan
2. Senaraikan unsur persekitaran luaran dan persekitaran dalaman perniagan
3. Terangkan bagaimana pengaruh unsur persekitaran umum dan tugas
mempengaruhi perniagaan.
4. Perniagaan sebagai satu sistem. Bincangkan
5. Huraikan manfaat huungan antara usahawan dengan komuniti
6. Huraikan jenis jaringan usahawan
7. Bincangkan dimensi jaringan usahawan
8. Terangkan teknik mengurus jaringan usahawan

dapat

You might also like