You are on page 1of 20

Laporan Aktiviti

PESTA HARI TERBUKA


KOLEJ TUANKU CANSELOR 2013
(SYOK 13)
Tarikh :
17 Oktober 2012 - 20 Oktober 2013

Tempat :
Sekitar Kawasan Kolej Tuanku Canselor,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Anjuran :
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

1. MATLAMAT PROGRAM
Mengeratkan

hubungan

silaturrahim

dan memupuk

semangat

kekitaan antara warga Kolej Tuanku Canselor tanpa mengira bangsa


dan agama. Selain itu, program ini bertujuan untuk menyerlahkan
lagi bakat-bakat baru yang terdapat dalam kalangan mahasiswa.
Disamping itu, suasana harmoni dan aman dapat diwujudkan di
kolej ini.

2.

OBJEKTIF PROGRAM
i.

Memupuk semangat kekeluargaan dan merapatkan jurang

ii.

antara warga kolej Tuanku Canselor.


Menerapkan semangat kerjasama antara mahasiswa baru dan

iii.

lama dalam Kolej Tuanku Canselor.


Mencungkil dan menggilap bakat-bakat terpendam dalam

iv.

kalangan warga kolej.


Mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan warga kolej
tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SKUDAI, JOHOR

LAPORAN AKTIVITI
PESTA HARI TERBUKA KOLEJ TUANKU CANSELOR 2013
(SYOK 13)

17 OKTOBER 2013 (KHAMIS)


Pesta Hari Terbuka Kolej Tuanku Canselor telah dimeriahkan dengan
kehadiran penggerai yang telah mengadakan jualan sepanjang pesta ini
berlangsung. Antara barangan dan makanan yang dijual adalah aksesori
wanita, masakan panas, burger bakar dan banyak lagi. Sepanjang
program ini juga terdapat booth pameran oleh Aqsa Syarif. Mereka semua
telah beroperasi selama 4 hari bermula dari 17 Oktober 2013 sehinggalah
20 Oktober 2013.
Pada waktu petang, solat maghrib secara berjemaah antara ahli
jawatankuasa pelaksana dan tetamu jemputan iaitu pelajar-pelajar dari
asrama anak yatim Ar-Rayyan telah dijalankan. Solat berjemaah tersebut
diteruskan untuk solat sunat dan juga solat isyak. Kemudian, majlis
perasmian pembukaan dijalankan tepat pada pukul 8.30 malam oleh Dr.
Muhamad Hafis Izran bin Ishak selaku pengetua Kolej Tuanku Canselor.
Seterusnya, majlis makan malam berlangsung serentak dengan sebuah
forum aidil adha yang bertajuk Perkaitan Qurban dan Ummah. Para
panel yang menyertai forum ini terdiri daripada pegawai agama Pusat
Islam UTM iaitu Ustaz Azhari bin Mustapha dan juga pelajar postgraduate
dari fakulti kejuruteraan mekanikal iaitu Mohd Hafiz bin Mahyuddin. Majlis
makan malam dan forum ini dihadiri lebih 100 orang termasuk 80 orang
pelajar dari asrama Ar-Rayyan. Setelah forum tersebut selesai dijalankan,
terdapat satu persembahan khas oleh Aqsa Syarif berkenaan dengan
qurban dan jihad yang bertajuk KTC with R4BIA.

18 OKTOBER 2013 (JUMAAT)


Bermula seawal 10.00 pagi, gerai-gerai jualan dan pameran telah pun
dibuka. Terdapat dua aktiviti yang telah dijalankan pada waktu pagi iaitu
School Attack, Campus Tour dan pertandingan kolaj Syok13.
Aktiviti School Attack, Campus Tour merupakan satu aktiviti yang
dijalankan untuk pelajar-pelajar sekolah yang dijemput untuk menghadiri
program Syok13. Pelajar-pelajar sekolah ini akan dibawa bersiar-siar oleh
ahli jwatankuasa pelaksana Syok13 ke sekitar UTM bagi tujuan untuk
memperkenalkan UTM kepada pelajar sekolah. Antara tempat-tempat
yang dikunjungi pelajar-pelajar tersebut sewaktu aktiviti ini berlansung
adalah Pusat Equin, Taman Rusa, sekitar kawasan KTC yang terdapat
aktiviti Syok13 dan banyak lagi.
Kemudian, terdapat empat aktiviti yang dijalankan pada waktu
petang iaitu Kursus dan Teknik Jahitan Manik, Counter Strike SYOK Open,
Majlis Pembukaan Pesta Layang-layang KTC dan Demonstrasi Birdieball
Game.
Kursus dan Teknik Jahitan Manik bermula pada pukul 2.00 petang
dengan penyertaan tidak melebihi 10 orang mahasiswa. Dalam kursus
tersebut, pengenalan jenis dan asas jahitan manik telah diterangkan dan
peserta perlu mencuba untuk menjahit manik yang dibekalkan mengikut
kreativiti masing-masing. Kursus ini diadakan di bilik seminar, S01, KTC.
Selain itu, aktiviti Counter Strike SYOK dilansungkan di bilik computer,
S01, KTC bermula pukul 2.30 petang. Penyertaan bagi aktiviti ini sangat
memuaskan dengan penyertaan yang ramai dari mahasiswa lelaki.
Pada pukul 5.00 petang, majlis pembukaan pesta layang-layang
dilansungkan serentak dengan demonstrasi Birdieball Game di padang
Pusat Equin, KTC. Kedua-dua aktiviti ini berlangsung secara berterusan
selama 3 hari. Melalui pesta layang-layang, para peserta berpeluang
bermain layang-layang memandangkan remaja sekarang susah untuk
bermain permainan tradisional seperti layang-layang. Disamping itu,

peserta juga boleh merasai permainan golf dengan bermain birdieball


walaupun ada sedikit perbezaaan antara peralatan golf dan birdieball.

Pada waktu malam pula telah diadakan KTC Star Night yang
bermula pada pukul 9 malam. Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk
mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri mahasiswa terutama
warga KTC samada dalam nyanyian, lakonan ataupun bakat seni yang lain.
KTC Star Night telah disertai oleh 6 orang peserta dan diisi dengan dua
buah persembahan. Sejurus selepas KTC Star Night selesai dijalankan,
aktiviti SYOK13 Movie Night pula dijalankan. Aktiviti ini dijalankan di
perkarangan S01 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin
menonton cerita yang ditayangkan. Cerita yang menjadi pilihan pada
malam tersebut adalah cerita The Conjuring.

19 OKTOBER 2013 (SABTU)


Seperti hari sebelumnya, para penggerai masih lagi meneruskan aktiviti
jualan seperti biasa. Mereka ternyata sangat berpuas hati dengan hasil
jualan kerana pihak urusetia banyak membantu dengan menggunakan
sistem kupon sebagai sistem pembelian makanan atau barangan oleh
pihak urusetia. Hal ini dilakukan bagi membantu penggerai melariskan
barangan atau makanan yang dijual.
Seawal jam 8.30 pagi, aktivti Konvoi SYOK13 dan Autoshow WPC
beserta SYOK13 Cycles Go Round telah dijalankan. Konvoi SYOK13 ini
telah disertai oleh 30 buah kereta proton waja dan satu pasukan
berbasikal KTC. Pasukan-pasukan konvoi ini juga telah diiringi oleh
beberapa orang pegawai dari Bahagian Keselamatan UTM. Konvoi ini
bermula dari S01 ke sekitar UTM dan berakhir di S01 KTC. Sebanyak 15
buah kereta telah dipamerkan sempena autoshow yang dijalankan.
Kemudian,
Competition

pada

telah

pukul

dijalankan.

10.30

pagi,

Aktiviti

ini

aktiviti
ialah

Breakfast
satu

Menu

pertandingan

penyediaan sarapan dengan menggunakan bahan-bahan masakan yang


telah dibekalkan oleh pihak urusetia. Pertandingan ini telah disertai oleh 3
orang peserta perempuan dan 3 orang peserta lelaki.
Bagi sesi petang terdapat banyak aktiviti yang dijalankan seperti
Kejohanan Catur Bistari SYOK13, DOTA SYOK Open, Liga FIFA SYOK, 3x3
Street Soccer Challenge, Birdieball Single Shot Game dan Pesta Layanglayang.
Bagi Kejohanan Catur Bistari SYOK13, aktiviti ini telah disertai oleh
3 kumpulan yang mana satu kumpulan terdiri daripada 2 orang peserta.
Aktiviti bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 4.30
petang bertempat di bilik seminar, S01, KTC.

Manakala pertandingan

DOTA SYOK Open dan Liga FIFA SYOK telah berlansung di blik
computer dan telah mendapat sambutan hangat dari warga kolej,
khususnya mahasiswa lelaki. Ramai di antara mereka yang memberikan
maklum

balas

yang

positif

dengan

menyatakan

bahawa

melalui

pertandingan yang telah diadakan ini, mereka dapat mengenali rakanrakan yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama, selain
dapat meluangkan masa seketika untuk melepaskan diri dari tekanan
pelajaran.
Pada waktu petang, pertandingan 3x3 Street Soccer Challenge
telah diadakan. Pada hari tersebut, pertandingan ini diadakan sehingga ke
peringkat separuh akhir. Pertandingan ini telah disertai oleh 5 buah
pasukan yang terdiri dari pelbagai latar belakang individu yang berbeza
seperti tahun pengajian dan bangsa. Oleh itu, ternyatalah bahawa
pertandingan sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara
mereka, bahkan dapat memupuk semangat kesatuan yang tinggi. Selain
itu, seperti hari-hari yang sebelum, permainan birdieball dan pesta
layang-layang dijalankan di padang equin sepanjang hari.
Pada waktu malamnya pula diadakan pertandingan FIFA Games
peringkat akhir secara langsung di hadapan orang ramai menggunakan
layar putih dan projector. Pemenang pertandingan ini telah bermain

perlawanan persahabatan FIFA Games bersama pengetua Kolej Tuanku


Canselor, Dr. Muhamad Hafis Izran bin Ishak. Selain itu, SYOK13 Movie
Night

juga

perlawanan

telah
FIFA

dijalankan
sehingga

di

pukul

bawah
12

khemah

tengah

serentak

malam.

dengan

Cerita

yang

ditayangkan pada malam tersebut adalah serita Lagenda Budak Hostel


dan KL Zombie. Sesetengah pengunjung lebih memilih untuk menonton
perlawanan FIFA Games dan ada sesetengah pengunjung lebih memilih
untuk menontong tayangan cerita.

20 OKTOBER 2013 (AHAD)


Seperti hari-hari yang sebelumnya, gerai-gerai jualan dan pameran masih
dijalankan bermula awal pagi hingga ke malam. Pada waktu pagi, terdapat
dua aktiviti yang dijalankan iaitu Explore FKE-KTC Runningman dan
Make Up Her.
Explorace FKE-KTC Runningman ialah satu aktiviti berpasukan
yang diadaptasi dari rancangan televisyen popular di Korea dan telah
diubah intipatinya untuk menepati aktiviti yang dijalankan. Aktiviti ini
diadakan di sekitar KTC dan FKE memandangkan aktiviti ini adalah hasil
kerjasama urusetia SYOK13 dengan pihak JURUTEK selaku organisasi
jawatankuasa FKE. Tiga kumpulan telah mengambil bahagian dalam
aktiviti ini. Explorace FKE-KTC Runningman ternyata dapat memupuk
kerjasama dan semangat berkumpulan. Selain itu, aktiviti ini dapat
menguji minda para peserta untuk berfikir dengan lebih jauh dan kreatif
bagi menyelesaikan misi yang diberi.
Manakala bagi pertandingan Make Up Her pula diadakan di bilik
seminar, KTC. Pertandingan ini telah disertai oleh 10 orang iaitu 5
pasangan. Setiap pasangan terdiri daripada seorang jurusolek dan
seorang yang disolek. Peserta-peserta akan mengunakan alatan solek
yang telah dibekalkan oleh pihak urusetia. Di akhir pertandingan ini, para
peserta kelihatan sangat cantik apabila dikenakan solekan.
Bagi sesi petang pula, aktiviti bermula pada pukul 2 petang. Aktiviti
yang dijalankan adalah pesta permainan tradisional. Pelbagai jenis
permainan tradisional disediakan dan terbuka kepada semua pengunjung
yang ingin bermain permainan-permainan tersebut. Antara permainanpermainan yang terdapat sewaktu aktiviti ini diadakan ialah batu
seremban, congkak, carrom, catur, dam haji dan banyak lagi.
Pada pukul 5 petang pula telah diadakan perlawanan 3x3 Street
Soccer peringkat akhir. Selesai perlawanan 3x3 Street Soccer, satu
persembahan tarian perang oleh kor suksis telah diadakan di perkarangan
S01. Ahli suksis yang terlibat dalam persembahan tarian perang tersebut

lebih kurang 30 orang. Tarian perang yang dipersembahkan sangat


menarik perhatian dan membuatkan ramai pengunjung berhenti dan
menyaksikannya. Selain itu, seperti hari-hari yang sebelumnya juga, pesta
layang-layang dan permainan Birdieball telah dijalankan bermula dari
waktu pagi sampai ke waktu petang.
Pada waktu malam pula telah diadakan majlis perasmian penutup
SYOK13. Majlis penutup tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr.
Abdullah Sani bin Ahmad selaku pengerusi Majlis Pengetua-pengetua Kolej
Kediaman UTM. Majlis tersebut bermula tepat pada pukul 9 malam. Dalam
majlis ini juga terdapat sesi penyampaian hadiah kepada pemenangpemenang pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang
program Syok13 seperti KTC Star Night, DOTA SYOK13, FIFA SYOK13 dan
banyak lagi. Majlis pada malam tersebut ditutup dengan jamuan makan
kepada semua tetamu khas.
Secara keseluruhannya, program ini ternyata sangat bertepatan
dengan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang holistik, yang
tidak hanya berpandukan aktiviti akademik semata-mata, malahan
mampu juga membina sahsiah dan budi pekerti mahasiswa. Hal ini dapat
dilihat melalui maklum balas positif yang telah diterima dari pihak ibu
bapa, jemputan luar dan mahasiswa

yang mengharapkan agar aktiviti

sebegini dapat diteruskan lagi dengan jayanya pada masa hadapan.


Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jatankuasa
pelaksana Syok13 ini yang telah bertungkus lumus untuk menjayakannya
walaupun menghadapi pelbagai kekangan pada awal program mahupun
setelah tamat program. Selain itu, adalah sangat diharapkan agar
program

sebegini

dapat

membantu

para

mahasiswa,

khususnya

mahasiswa Tahun 1 untuk belajar mengendalikan bebanan tugas dan


menyelesaikannya dengan cemerlang.

3. LAMPIRAN
i) Senarai nama jawatankuasa pelaksana Syok13
JAWATAN
PENGARAH
TP PENGURUSAN
TP TEKNIKAL
TP AKTIVITI
BENDAHARI
SETIAUSAHA
TIMB. SETIAUSAHA
K/U DOKUMENTASI
K/U PROTOKOL
K/U PUBLISITI & MULTIMEDIA
K/U PENYERTAAN & JEMPUTAN
K/U HADIAH & CENDERAMATA
K/U MAKANAN
K/U KEBAJIKAN & KESELAMATAN
K/U PERALATAN DAN LOGISTIK
K/U HIASAN
K/U RUANG
K/U PENGANGKUTAN
K/U TTK (RUNNER)
K/U GERAI & PAMERAN
PIC GERAI SISWA SYOK
PIC MALAM R4BIA
PIC CARWASH
K/U KEROHANIAN
PIC MAJLIS MAKAN MALAM MESRA ARRAYYAN
PIC SCHOOL ATTACK, CAMPUS TOUR
K/U PERMAINAN & AKTIVITI
PIC PESTA LAYANG-LAYANG
PIC MULTIMEDIA GAMES
PIC INDOOR GAMES
PIC OUTDOOR GAMES
PIC TAYANGAN MALAM
PIC KTC RUNNING MAN
K/U PERSEMBAHAN
PIC FORUM RAYA HAJI
PIC KTC STAR NIGHT
PIC GIMIK PERASMIAN

NAMA
MUHAMMAD NAQIUDDIN BIN NAZALI
MUHAMMAD HAZEEM AB JALIL
AHMAD ARHAM BIN AZMI
RUSAIMI AMIRA BINTI RUSLAN
NUR ATIQAH ADLINA BINTI RAZALI
NIK NOOR NADIAH BINTI NIK MOHAMED
NUR AFIQAH BINTI MOHAINI
MUHAMMAD SYARAFI BIN MAHMOOD
NUR AMELIA ATTIQAH BINTI KHAWARY
SYAHMI AFIQ AQMAL BIN AINI
NURATIQA BINTI KAMARUDIN
MUHAMMAD AFIQ BIN ABDUL AZIZ
NOR SHAHYRA BINTI AZIZ
MUHAMMAD FIKRY BIN ZAINUDDIN
ILI SYAFIQAH BINTI EMBONG
AZRIN SAZWANI BINTI ROSLEE
MUHAMMAD KHAIRIE IDHAM BIN ABD RAHMAN
UMI FAZIERA BINTI ZAINUDDIN
NUR ZURINA BT MOHD JASMI
NUR AISYAH BINTI MOHD LANI
MOHD NAQUIB BIN MORSIN
NUR SYAFIQAH BINTI MOHD SAID
NURSHAFINA BINTI SHAFIE
MUHAMMAD WAFI BIN MUHAMAD RAZAK
FARAH B ABDUL MUTALLIB
NUR AMALINA BINTI RASHID
NUR SYAZWANI BINTI SEH
MUHD SAUFI BIN ZAMIL
MOHD FADHLI BIN MOHAMED JOHARI
NURUL INSHIRAH BT MOHD RAZALI
SITI ZAREEN NAQIYAH BT ZOOL AMBIA
MOHD FARIS B BAHARUDDIN
NORASMAWANI BT MOHD NAPIAH
NUR AISYAH BINTI SUHADI
MUHD AIMAN B MUHD HAZIS
NUR AFIQAH DAYINI BT ABD RAHMAN
MOHD HAFFIS BIN MAHMOOD

ii) Gambar program

Gambar 1 : Majlis
Makan Malam Mesra
Ar-Rayyan

Gambar 2 :
Forum Aidil
Adha dan
Persembaha
n KTC with
R4BIA

Gambar
3 : KTC
Star
Night

Gambar 4 : Gerai Jualan

Gambar 5 :
Multimedia
Games

Gambar 6 :
Birdieball
Games

Gambar 7 :
Carwash

Gambar
8:
Breakfast
Competiti
on

Gambar 9 : Konvoi SYOK13

Gambar 10 : Autoshow
SYOK13

Gambar 11 :
Permainan
Tradisional

Gambar 12 :
Tarian Perang
Kor Suksis

Gambar
13 : 3x3
Street
Soccer

Gambar 14 : Flashmob
R4BIA

Gambar 15 : Majlis
Perasmian Penutup dan
Penyampaian Hadiah

You might also like