You are on page 1of 1

Hari Wesak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Wesak (Tulisan Jawi: ) merupakan hari terpenting bagi penganut


agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan
Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau
Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha diThailand, dan Wesak di Sri
Lanka.
Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk
memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha
seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut
juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha)
untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam
pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan
ketidakpuasan duniawi.

Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru


Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.

Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran


Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.

Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong


sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai
sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari
Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada
para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati
tiga peristiwa penting, iaitu:
1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya
pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

You might also like