You are on page 1of 6

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEMESTER 7 AMBILAN JUN 2011

BINA INSAN GURU


PERINGKAT 3 / 2014
KERTAS KERJA PROJEK MURAL SEKOLAH ANJURAN GURU PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU UNIT MATEMATIK DAN SEKOLAH KEBANGSAAN
KEDAIK, MUADZAM SHAH, ROMPIN, PAHANG
TARIKH :
28 HINGGA 29 OGOS 2014
TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAIK MUADZAM SHAH, ROMPIN, PAHANG

1. TAJUK:

Melukis Mural di Bilik Pemulihan


2. DIKEMUKAKAN OLEH:
Guru Program Pensiswazahan Guru Ambil Jun 2011 Semester 7 ( Unit Matematik )
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar
Seremban, Negeri Sembilan
3. PENGENALAN:
Sekolah merupakan pusat bagi murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan. Sekolah
yang baik ialah sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, dimana sekolah yang mereka
berada selamat, ceria dan sesuai dengan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mewujudkan sekolah yang kondusif, pihak sekolah perlu mewujudkan suasana ceria
di sekolah. Pelbagai projek boleh dijalankan untuk menceriakan kawasan sekolah antaranya
ialah ; aktiviti membuat mural, menghasilkan taman mini atau taman Sains, menceriakan
bilik darjah dan sebagainya.
Menyedari kepentingan keceriaan di sekolah, guru Program Pensiswazah Guru telah
bersepakat untuk membuat mural di bilik pemulihan khususnya untuk murid Sekolah
Kebangsaan Kedaik.
4. RASIONAL
Projek keceriaan sekolah bermatlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai
persekitaran yang bersih, ceria dan cantik untuk pelajar iaitu selaras dengan misi sekolah
iaitu mewujudkan prasarana sekolah yang paling selamat,kondusif dan ceria.

5. OBJEKTIF

Projek ini dijalankan berdasarkan beberapa tujuan iaitu :


5.1.

Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik dan dijadikan sumber
perhatian terutamanya untuk murid pemulihan dan juga tetamu yang mengunjungi
sekolah.

5.2

Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.

5.3

Menunjukkan inisiatif kea rah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara


berterusan.

5.4

Menjalinkan kerjasama di antara pihak sekolah, murid dan guru Program


Pensiswazahan Guru.

6. TARIKH PELAKSANAAN
28 Ogos 2014 dan 29 Ogos 2014 ( Majlis Penutup )
7. JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penasihat

: En. Abdul Aziz Bin A. Hamid ( GB SK Kedaik )

Pengerusi

: En. Rosli Bin Omar ( Pemangku GPK1 SK Kedaik )

Naib pengerusi

: Pn. Cik Farah Ezreen Bte Dato' (PK HEM)

Ketua Projek

: En. Helmizai a/l Ngel

Pen. Ketua Projek

: En. Rahim Bin Muhammad Fadzil

Setiausaha

: En. Afandi Bin Maelah

Bendahari

: En. Mohammad Sani Bin Zakaria

8. PERANCANGAN PROJEK

Bi

Aktiviti

l.
1

Perbincangan bersama guru PPG


untuk

2
3

merancang

Bahan

projek

bakal dilaksanakan.
Pembinaan Kertas Kerja.
Perbincangan
bersama

Tindakan
Guru PPG

yang

pihak

Kertas Kerja
Kertas Cadangan

pentadbir sekolah untuk khidmat


4

nasihat dan mendapat kelulusan.


Projek dimulakan

Refleksi dan Dokumentasi

Setiausaha
Ketua Projek
Guru Besar

Bahan dan alatan

Guru PPG

melukis mural
Kertas Dokumentasi

Guru PPG

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bi
l
1
2

Perkara
Cat pelaka
Berus cat

Unit/ Bilangan
Anggaran harga seunit
6
RM 10.00
6
RM 2.00
JUMLAH KESELURUHAN

Jumlah
RM60.00
RM12.00
RM72.00

10. PENUTUP
Perancangan kertas cadangan ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan
dikendalikan oleh guru PPG IPG Kampus Raja Melewar. Kami berharapkan apa yang
dirancang ini dapat diterjemah dan dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga

projek keceriaan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri murid pemulihan disamping
mengindahkan lagi bilik darjah sekolah. Oleh itu, kerjasama dari semua pihak amat kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh :

( En. Afandi Bin Maelah )


Setiausaha Projek

Disemak oleh :

.
( En. Helmizai a/l Ngel )
Ketua Projek

Disahkan oleh :

..

( En. Rosli Bin Omar )


Pemangku Guru Penolong Kanan 1
Sekolah Kebangsaan Kedaik.

Diluluskankan oleh :

...............................................
( En. Abdul Aziz Bin A. Hamid )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kedaik.

You might also like