You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

M/S

PENGENALAN

PERNYATAAN MASALAH

PENCARIAN LITERATURE

PENEMUAN

5-6

PERBINCANGAN

CADANGAN DAN PENYELESAIAN

HUBUNG KAIT DENGAN DIABETIS

SELEPAS MENGANDUNG
8

RUMUSAN

10

LAMPIRAN

11

10

RUJUKAN

12

PENGENALAN
Gestational Diabetes Mellitus merupakan suatu penyakit dimana perempuan yang tidak
pernah mengalami masalah diabetis tetapi mengalami kadar glukosa yang tinggi semasa
1

mengandung. Sehingga sekarang masih lagi tidak diketahui punca kepada masalah ini.
Sesetengah pakar kesihatan berpendapat, masalah ini berpunca daripada hormon ynag dihasilkan
pada plasenta.
Plasenta membantu dalam perkembangan janin, tetapi hormon ini juga menyekat
tindakan insulin di dalam badan ibu mengandung. Masalah ini dikenali sebagai keadaan insulin
menjadi resistan. Ini akan menyebabkan badan ibu mengandung tersebut sukar untuk
menggunakan insulin bagi mengawal kadar glukosa badannya.
Ibu tersebut mungkin memerlukan tiga kali ganda kadar insulin yang sedia ada di dalam
badannya untuk mengawal kadar glukosa di dalam badannya. Ia amat merbahaya kepada bayi
perlu dikawal bagi memastikan bayi dalam keadaan stabil.

PERNYATAAN MASALAH
Masalah Gestational Diebetes Mellitus biasanya berlaku apabila sistem badan tidak
mampu untuk menghasilkan dan menggunakan semua insulin di dalam badan. Tanpa insulin
2

yang cukup, glukosa yang berlebihan di dalam badan akan ditukarkan kepada tenaga. Glukosa
tersebut akan berada di dalam darah dan menyebabkan kandungan glukosa yang tinggi di dalam
darah, yang dipanggil hyperglycemia. Masalah ini berlaku kepada ibu mengandung semasa lewat
kehamilan, iaitu ketika janin telah sempurna terbentuk.
Masalah ini jarang memberi kesan kepada kelahiran, tetapi dapat dilihat kesannya kepada
bayi selepas lahir terutamanya bagi ibu-ibu yang telah mengalami masalah diabetis sebelum
mengandung lagi. Walaubagaimanapun, masalah ini akan memberi kesan buruk kepada bayi
anda jika tidak dirawat secara awal. GDM akan menyebabkan pancreas bekerja secara
berlebihan, tetapi kadar glukosa di dalam badan tidak juga berkurangan. Malahan, insulin tidak
melalui plasenta tetapi glukosa dan bahan nutrient lain akan melalui palsenta dan seterusnya
menyebabkan

bayi di dalam kandungan menerima kadar glukosa yang banyak. Ini akan

menyebabkan pancreas bayi tersebut menghasilkan lebih insulin untuk mengawal kadar glukosa
yang diterimanya.
Tenaga yang berlebihan yang diterima oleh bayi tersebut akan disimpan di dalam
badannya sebagai lemak. Bayi tersebut akan mengalami kadar glukosa yang sangat rendah di
dalam darah dan berisiko tinggi mengalami masalah sukar bernafas ketika lahir. Bayi ini juga
berisiko tinggi akan mengalami masalah obesiti apabila dewasa dan lahir dalam keadaan
makrosomia.

PENCARIAN LITERATURE
Dalam memonitor maternal, dan komplikasi perinatal berkaitan Gestational Diabetes
mellitus beberapa bahan dan kaedah digunakan. Mengikut kajian yang dijalankan di Zekai Tahir
3

Burak Womens Hospital, diantara Januari dan Jun 2009, sebanyak 481 pesakit Mild Gestational
Hyperglycemia (MGH) dan 212 pesakit Gestational Diabetes Mellitus (GDM) telah dikaji.
Antara komplikasi yang dialami oleh pesakit-pesakit ini adalah macrosomic baby, pregnancy
induced hypertension (PIH), kelahiran melalui kaedah ceaserean, kelahiran pretem dan
hyperglycemia neonatal. Purata bagi bagi kelahiran dengan risiko shoulder dystocia juga amat
tinggi. Konklusinya, risiko yang dialami oleh pesakit GDM dan MGH adalah, kelahiran secara
ceaserean, kelahiran pretem, PIH dan macrosomi baby dan large gestational age (LGA).
OLEH : Kaymak O, Iskender CT, Ustunyurt E, Yldz Y, Doganay M, Danisman N.
( Division of Gynecology, and Department of Obstetrics and Gynecology, Zekai Tahir Burak
Women's Hospital, Ankara, Turkey. )

PENEMUAN
Biodata pesakit

Klinik

: Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Ampangan

Nama

: Aini Maimon Binti Ramli

Umur

: 33 Tahun

No. Kad Pengenalan

: 811224-02-6482

Pekerjaan

: Suri Rumah

LMP(last menstrual period)

: 23 Jun 2014

EDD( estimate date of delivery)

: 30 Dec 2014

LMP(last Menstrual Period )

: 23 jun 2014

EDD(estimate date of delivery) 30 Dec 2014


Kehamilan

: gravida 1para 0

C/O

: sakit kepala, kerap kencing, cepat rasa lapar dan


penglihatan semakin kabur.

Sejarah keluarga

: tiada masalah kesihatan

FBC

URINANALISIS

1.
2.
3.
4.

WBC : 13.2 10/Ul


HGB : 11.9 Lg/Dl
PLT : 354 10/Ul
RBC : 4.08

1. Ph : 6
2.GLUCOSE : 300
3. KETONE : NEG
4. LEUKOSITE : NEG

5. PROTEIN : NEG
6. ERYTROSITE : NEG

Keputusan ujian MGTT.....


Fasting : 7.1 (normal 6.1)
Selepas 2 jam : 9.0(normal 7.8)

Kadar glukosa pesakit tetap tinggi walaupun dalam keadaan berpusasa. Berat badan
pesakit juga bertambah tidak mengikut tempoh gestasi dan pesakit selalu kerap kencing.
Pesakit tidak mempunyai masalah diabetes ketika tidak mengandung. Simptom dan
tanda-tanda yang dialami oleh pesakit, menunjukkan simptom yang biasa dialami oleh
pesakit diabetes.
Diagnosis : gestational diabetes mellitus

PERBINCANGAN
Gestational Diabetes Mellitus(GDM) adalah masalah ketidaktoleransi kadar glokosa
badan yang dikesan apabila seseorang itu mengandung. GDM dikesan melalui kaedah
penyaringan kepada wanita mengandung bagi mengesan masalah berisiko ketika mengandung
dengan cara ujian untuk mengesan keabnormalan toleransi glukosa. GDM muncul dengan
6

keputusan yang sama dengan abnormal genetic yang bercirikan dengan cirri-ciri yang sama
seperti diabetis yang lain. Wanita yang mengandung akan berisiko tinggi mengalami masalah
diabetis walaupun ketika tidak mengandung. Oleh itu, GDM memberikan peluang yang unik
untuk kita mengkaji pathogenesis awal diabetis dan membantu dalam merancang intervensi
untuk mencegah penyakit ini.
Gestational diabetes kebiasaanya hilang selepas mengandung. Jika sekali

pernah

mengalami masalah ini, kemungkinan besar anda akan mengalami masalah ini lagi pada
kehamilan yang akan datang. Bagi sesetengah wanita mengandung, terlalu sukar untuk dikesan
sama ada wanita tersebut mengalami diabetis type 1 atau type 2, atau juga mengalami diabetis
ketika mengandung. Wanita-wanita ini perlu meneruskan rawatan diabetis walaupun selepas
mengandung. Ramai wanita yang mengalami gestational diabetes akan mengalami diabetis type
2 selepas mengandung. Gestational diabetes dan diabetes type 2 adalah jenis yang menyebabkan
insulin menjadi resisten. Gaya hidup yang sihat, dapat membantu masalah diabetis selepas
mengalami gestational diabetis.

CADANGAN DAN PENYELESAIAN


1. Nasihat mengenai pemakanan : perlu mengambil makanan yang rendah karbohidrat dan
tinggi fibre
2. Mengikut jadual temujanji untuk ke pusat rawatan bagi memantau kadar glukosa dengan
kaedah MGTT, menerima suntikan insulin dan pemeriksaan oleh doktor .

3. Memantau keadaan fetus dan mengesan lain-lain komplikasi sebagai persediaan sebelum
bersalin
4. Bersalin di pusat kesihatan yang mempunyai peralatan mencukupi bagi menyambut
kelahiran bayi anda contohnya di hospital
5. Meneruskan rawatan yang sama selepas bersalin bagi mencegah daripada menagalami
diabetis

HUBUNG KAIT DENGAN DIABETIS SELEPAS MENGANDUNG


Jika kadar glukosa tidak menunjukkan kadar kebiasaan pada kes diabetis, GDM akan
menunjukkan keadaan intoleransi glukosa yang tebatas dalam kehamilan. Ianya dalam keadaan
kronik tetapi stabil, atau menunjukkan keadaan progersif

ke arah diabetis. Kajian telah

membuktikan hanya 10% wanita mengalami diabetis selepas GDM dan 80% tidak mengalami
diabetis selepas mengandung.
8

Kebanyakan kajian yang dijalankan gagal membuktikan apakah faktor

risiko

pembentukan ke arah diabetis selepas mengalami GDM. Secara umumnya, kajian yang
dijalankan membuktikan bahawa faktor seperti obesiti, berlebihan berat badan dan pertambahan
umur adalah faktor yang lebih menunjukkan ke arah diabetis jenis kedua selepas mengalami
GDM. Hasil daripada semua kajian yang dijalankan menyatakan faktor berlakunya diabetis
selepas GDM adalah berpunca daripada kerosakan sel dan insulin yang resisten.

RUMUSAN
Secara konklusinya, Gestational Diabetes Mellitus adalah satu keadaan yang boleh
membahayakan kandungan. Masalah ini berpunca daripada keadaan insulin yang menjadi
resistan akibat daripada hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Bayi di dalam kandungan akan
memerima kadar glukosa yang sangat tinggi daripada ibu melalui plasenta.

Glukosa yang diterima oleh bayi tersebut akan disimpan sebagai lemak kerana ianya
tidak diperlukan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bayi tersebut akan lahir dalam keadaan
makrosomia. Pancreas bayi tersebut juga akan bekerja secara berlebihan untuk mengawal kadar
glukosa yang diterimanya. Bayi tersebut kemungkinan lahir dengan masalah kesukaran bernafas
dan masalah buah pinggang .
Rawatan awal mesti dilakukan kepada ibu-ibu yang mengandung dan mengalami
masalah ini. Rawatan yang biasa dilakukan adalah dengan memngambil makanan yang sesuai
dan rendah kadar glukosa serta suntikan insulin setiap hari, disamping pemeriksaan kadar
glukosa ibu tersebut secara berterusan.

LAMPIRAN

10

RUJUKAN

11

Duncan, M. On puerperal diabetes. Trans. Obstet. Soc. Lond. 1882. 24:256-285

Carrington, ER, Shuman, CR, Reardon, HS. Evaluation of the prediabetic state during
pregnancy. Obstet. Gynecol. 1957. 9:664-669.

The incidence of type 2 diabetes with lifestyle intervention or metformin N. Engl. J. Med.
2002. 346:393-403.

Oxford Handbook of Clinical Medicine : seventh edition

12

You might also like