You are on page 1of 12

PENGHARGAAN

Alhamdulillah ~
B

ersyukur kehadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa dan tenaga yang
dianugerahkan kepada kami , disamping berkat kerja keras dari kami bertiga , tugasan ini dapat
kami siapkan dengan jayanya .
Pertama sekali , kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
kami iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Ismail atas tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya , kami dapat
menyiapkan tugasan ini dengan sukses .
Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang memberi pemudah cara serta modal bagi kami
menyiapkan tugasan yang diberi , disamping memberi sokongan moral yang tidak terhingga .
Serta penulis-penulis blog yang menjadi rujukan kepada kami .
Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi pandangan
dan berkongsi idea-idea bernas tentang tajuk ini . Juga kepada ahli kumpulan yang memberi
kerjasama dan saling bantu-membantu bagi menyiapkan tugasan ini .
Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W , kami juga berterima kasih dan bersyukur diatas
peluang menjadi umat yang sangat baginda sayangi . Terima kasih atas setiap pengorbanan dan
perjuangan yang telah baginda lakukan bagi mengembangkan agama suci ini dan membawa
ketamadunan yang banyak mempengaruhi kehidupan zaman dahulu sehingga kini .
Akhir madah , kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini . Terima kasih .

PENGENALAN

ebelum kemunculan tamadun yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, masyarakat


Mekah mengamalkan kehidupan jahiliah seperti amalan menyembah berhala,
merompak, judi, dan sebagainya. Tetapi semuanya berubah apabila Rasulullah
membawa tamadun islam. Hal ini bermula selepas Nabi Muhammad s.a.w diangkat

sebagai Rasul, kehidupan masyarakat berubah dari kegelapan kepada kehidupan yang lebih
bercahaya . Selama 13 tahun baginda Rasulullah s.a.w menempuh pelbagai mehna dan tribulasi,
baginda berjaya mengubah budaya, cara hidup, akidah, keagamaan dan lain-lain.
Kemuculan tamadun ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu :

Islam merubah tamadun jahiliah


Kemunculan tamadun islam di zaman Makkiyyah
Kemunculan tamadun islam di zaman Madaniyyah
*( penerangan di halaman 3-11 )

BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W


Nama
Tarikh Lahir
Tempat Lahir
Keturunan
Nama Bapa
Nama Ibu

: Muhammad bin Abdullah


: 12 Rabiul Awal Tahun Gajah / 20 April 571 masihi
: Kota Mekah
: Bani Quraisy
: Abdullah bin Abdul Mutalib
(meninggal dunia di Yathrib ketika perjalanan dari Syam ke Mekah)
: Siti Aminah binti Wahab
(meninggal dunia kerana jatuh sakit setelah menziarahi kubur bapa Rasulullah

ketika baginda berumur 5/6 tahun)


Gelaran
: Al-Siddiq Al-Amin (yang benar lagi dipercayai)
Umur Diangkat menjadi Rasul : 40 tahun
Tarikh Wafat : Isnin 12 Rabiul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 masihi pada umur 63 tahun
Kubur
: Madinah Al-Munawarah

TAMADUN ISLAM ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW


Sifat dan ciri Islam sebagai agama yang universal telah merubah dan mewarnai sejarah
dunia selain membawa revolusi (perubahan secara besar-besaran) di Tanah Arab serta tanda
bermulanya Zaman Pertengahan bagi Dunia Eropah.

Islam Merubah Jahiliyah


2

Zaman Jahiliyyah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba pada 3 abad sebelum
kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.. Zaman ini berakhir apabila turunnya wahyu kepada Nabi
Muhammad SAW pada 610Masihi. Dari segi bahasa jahil bermaksud bodoh, tidak mengetahui
atau tidak berilmu. Dari segi istilah, jahiliyyah bermaksud tidak menerima kebenaran dan tidak
mengikut ajaran nabi dan rasul sebelumnya. Masyarakat Arab di zaman ini mengalami zaman
kegelapan kerana mereka menyembah patung,berhala dan tidak mengikut ajaran Allah. Ketika
itu, kehidupan masyarakat kucar-kacir dan akhlak mereka seburuk-buruk akhlak seperti kejam,
angkuh, degil . Zaman ini juga merupakan zaman dimana tiada petunjuk dan pebimbing seperti
nabi, rasul ataupun kitab.

Rasulullah S.A.W. dan para sahabat menyusun umat Islam di Mekah dengan kemas dan
rapi dan mendidik mereka dengan keimanan yang mantap dan ilmu-ilmu Islam. Mereka
mendedahkan Ayat-ayat Makiyyah yang membina keimanan manusia ke arah keesaan Allah
SWT dan menolak penyembahan kepada berhala. Mendidik manusia kepada kepentingan hidup
bermaufakat untuk menegakkan kebenaran dan juga memberi kekuatan kepada umat Islam
Mekah mempertahankan diri daripada ancaman Quraisy Mekah. Mereka yakin Islam adalah
alternatif unggul yang memberi tempat untuk semua golongan tanpa mengira puak atau kabilah.
Sikap dan akhlak mulia Rasulullah S.A.W. dan para sahabat, kesucian dan fitrah agama Islam
juga menjadi faktor penerimaan Islam di kalangan masyarakat Arab dan masyarakat lain.

Kemunculan Tamadun Islam Di Zaman Makkiyyah


Period mekah merupakan zaman ujian untuk menempa dan memupuk jiwa supaya tegas, kukuh
dan tahan lasak.
Kemunculan Tamadun Islam bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW pada
tahun 570 Masehi. Baginda lahir ditengah masyarakat yang mengalami krisis akhlak. Zaman ini
juga merupakan zaman pembetulan akidah dan pemulihan akhlak dan bermulanya era pembinaan
tamadun Islam. Bertapak dan berkembang ketika baginda menerima wahyu pertama. Perkara

utama yang dibincangkan ialah akidah kerana ia merupakan asas dalam Islam. Dalam tempoh 13
tahun Rasulullah S.A.W berdakwah di Mekah berlandaskan tauhid iaitu mengesakan Allah
S.W.T dan menentang segala bentuk syirik, khurafat dan tahyul. Semasa di Mekah, Rasulullah
S.A.W lebih menumpukan kepada penyediaan individu yang mantap dan kuat dalam
menandingi kegilaan puak pelampau kafir dan musyrik kerana mereka menghalang penyebaran
dakwah Islam.
Sabda Nabi SAW:
Bahawasanya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak
Firman Allah SWT:
Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam
Antara perkara-perkara yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ketika di Mekah:
a. Pembinaan Akidah
Semasa zaman jahiliyyah, sebahagian masyarakat Arab menyembah berhala yang
membawa konsep berbilang Tuhan, namun Rasulullah telah membawa perubahan dalam
kepercayaan mereka kepada kepercayaan yang betul iaitu akidah mentauhid serta mengesakan
Allah S.W.T dan menolak sebarang penyekutuaan terhadap Allah S.W.T. Perubahan ini sukar
untuk ditanam dalam masyarakat Arab kerana sejak dahulu lagi mereka menyembah bermacammacam berhala.

b. Membanteras maksiat dan kejahilan


Sebelum kedatangan Islam, .masyarakat Arab mempunyai akhlak yang buruk. Mereka
melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti minum arak, berjudi, berzina, membunuh anak
perempuan. Malah, mereka menganggap lelaki yang minum arak sehingga mabuk ialah lelaki
sempurna. Rasulullah S.A.W bertungkus-lumus untuk memperbaiki akhlak masyarakat Arab
supaya selaras dengan ajaran islam. Antara kaedah yang baginda lakukan adalah mengajak
mereka berakhlak mulia, menyemai kasih sayang terhadap anak perempuan dan seluruh
4

makhluk, tidak berjudi, tidak berzina, dan tidak minum arak serta mengamalkan amar makruf
nahi mungkar seperti di dalam Surah Al-Imran ayat 110.

Daripada Jarir bin Abdullah R.A. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang
mempunyai sifat kasih sayang, nescaya mereka itu akan dikasihi Allah. Oleh itu
kasihanilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh Yang ada
di langit. (Muttafaqun alaih)
c. Membanteras perhambaan dan kasta
Dalam Islam, semua manusia mempunyai taraf yang sama yang membezakan mereka
adalah iman dan taqwa. Allah bersabda dalam surah Al-Hujurat ayat 13, Wahai manusia!
Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan,
kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.
Sesungguhnya, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.
Pada zaman jahiliyyah, manusia ibarat barang dagangan. Khususnya dalam kalangan
orang kaya dan orang miskin.Mereka memperoleh hamba melalui beberapa cara iaitu melalui
pemerdagangan, peperangan dan penculikkan. Hamba pula dilayan kasar, tidak diupah, dan
bekerja semaksimum mungkin. Kaedah ini salah kerana dilarang sama sekali di dalam Islam.
Rasulullah juga bertindak menghapuskan sistem perhambaan beransur-ansur membudayakan
sinar Islam.
d. Pemulihan akhlak
Akibat kejahilan akidah & ilmu pengetahuan, masyarakat Arab telah merosakkan akhlak
mereka sendiri dengan menjadi zalim dan perilaku di luar batasan manusia. Nabi Muhammad
SAW berjaya merubah masyarakat Arab daripada biadab kepada lebih beradab dengan
menunjukkan budi pekerti yang mulia sejak kecil dan merealisasikan sifat-sifat mulia dalam
pergaulan. Pembentukkan akhlak mulia adalah teras dan matlamat perjuangan Rasulullah ke arah
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Akhlak bermaksud tingkah laku yang menjadi tabiat
5

bagi menunjukkan zahir dan batin seseorang. Akhlak baik masyarakat Jahiliyyah antaranya
menghormati tetamu walaupun musuh, tepati masa, pegang janji dan berani. Rasulullah telah
mengubah akhlak masyarakat Jahiliyyah kepada akhlak yang mencerminkan Islam.
Contoh akhlak Rasulullah :
a.

Memberi salam terlebih dahulu ketika bertemu dengan orang

b.

Gemar panggil sahabat dengan gelaran yang baik2x.

c.

Sering senyum dihadapan sahabat.

d.

Saling tolong-menolong.

e. Pembelaan kaum wanita


Wanita di Zaman Jahiliyyah bernasib malang kerana dipandang rendah dan hina yang
berpunca daripada kemiskinan lalu dijadikan sebagai hadiah pertaruhan. Dengan munculnya
Islam, ia mengubah tradisi tersebut. Islam mengiktiraf kejadian lelaki dan wanita sama sebagai
makhluk mulia. Lelaki dan wanita sama taraf di sisi Islam yang membezakan mereka adalah hak,
tugas dan tanggungjawab kerana fizikal berbeza. Dakwah Rasulullah SAW menyebabkan wanita
berpeluang mencari ilmu, pendidikan, mengemukakan pendapat dan dihargai.

f. Pendidikan
Pendidikan adalah asas utama dalam ketamadunan Islam dan ia amat dititikberatkan oleh
Rasulullah SAW. Pada awalnya tempat berkumpul berpusat di rumah para sahabat seperti rumah
Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Kurikulum yang ditekankan adalah akidah, syariah dan akhlak
dan mereka banyak melakukan aktiviti seperti membaca, menghafal dan menulis.

Kemunculan Tamadun Islam Zaman Madaniyyah


Period Madinah adalah zaman untuk membina komuniti tepat dan baru menepati acuan baldatun
toyyibatun warabbun ghaffar ( negeri yang baik dan mendapat pengampunan Allah S.W.T )
Pada tahun 622M, baginda S.A.W diperintahkan berhijrah ke Yathrib kerana mendapat
tentangan hebat daripada fizikal dan mental golongan kafir Quraisy di Mekah. Sejak
penghijrahan ini, Yathrib dikenali sebagai Madinah. Di Madinah, usaha dakwah Rasulullah
7

S.A.W. terbahagi kepada dua iaitu membina dan menyusun masyarakat serta Negara Islam dan
memelihara serta mempertahankan masyarakat dan Negara Islam Madinah.
Dari sudut zahir, hijrah bermaksud pindah dari sesuatu tempat ke tempat lain. Dari sudut
makna tersirat, hijrah bermaksud tinggalkan adat resam dan kebiasaan yang karut dan mungkar.
Makna lain bagi hijrah ialah perpindahan atau perubahan negatif kepada positif. Dari sudut
sejarah Islam pula, hijrah bermaksud perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Makkah ke
Madinah untuk menyelamatkan akidah dan nyawa dari ancaman kafir Quraisy.
Hijrah bukan semata-mata berlaku secara fizikal tetapi berlaku dalam diri individu
muslim yang bersama Rasulullah S.A.W. ke Madinah, tetapi sistem kepercayaan, pemikiran dan
amalan mereka yang bersifat jahiliyyah diubah menurut Islam. Sebelum berhijrah, Baginda dan
para sahabat telah ditekan dan dizalimi secara mental dan fizikal. Antaranya, Rasulullah S.A.W
ditawarkan harta, takhta dan wanita namun baginda tolak kerana semua itu bukan matlamat
hidup yang membawa kebahagiaan abadi. Kota Madinah merupakan kota yang membentuk
masyarakat Islam. Kota Makkah pula ialah pembentukan peribadi muslim melalui proses dakwah
dan tarbiyah.

Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika di Madinah:


a. Membina masjid
Masjid merupakan tempat sujud iaitu tempat umat Islam menunaikan solat, zikir kepada
Allah dan hal-hal berhubung Islamiyah. Masjid pertama yang didirikan oleh Baginda dan umat
Islam ialah Masjid Quba yang terletak kira-kira 2 batu dari masjid Nabawi. Masjid Quba dibina
dalam peristiwa hijrah semasa perjalanan dari Mekah ke Madinah. Masjid Quba juga merupakan
8

masjid yang ke empat paling suci dalam kalangan umat Islam selepas Masjid al-Haram
(Makkah), Masjid Nabawi (Madinah) dan Masjid al-Aqsa (Palestin).
Selepas sampai di Madinah, Rasulullah S.A.W membina masjid di pusat bandar Madinah
iaitu masjid Nabawi. Masjid ini adalah jantung Kota Madinah dan telah dibina di atas tanah
kepunyaan dua orang anak yatim yang bernama Shal dan Suhail bin Amr. Dengan adanya masjid
yang berfungsi juga sebagai tempat menimba ilmu, masyarakat Madinah berpeluang belajar
agama dengan lebih luas dan mendalam. Rasulullah S.A.W juga berjaya mengubah kehidupan
masyarakat Arab Madinah sehingga dapat bersaing dengan orang Yahudi. Madinah muncul
sebagai pusat pendidikan dan pengajian terpenting dalam dunia Islam.
Fungsi masjid ialah mengadakan perjanjian, merawat pesakit, pengisytiharan perlantikan
khalifah, kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, Baitulmal, dan tempat
wahyu disampaikan kepada para sahabat. Sekitar masjid adalah tempat tinggal orang fakir
miskin. Oleh kerana keadaan yang hiruk pikuk sehingga mengganggu para jemaah mendirikan
solat, Saidina Umar al-Khatab telah memisahkan urusan ibadah dan keduniaan. Namun masjid
tetap menjadi pusat Nabi Muhammad menggerakkan pentadbiran negara. Ini kerana Islam tidak
wujud sekularisme (aliran yang memisahkan agama dan dunia). Kesimpulan, sistem dan
peradaban Islam ialah meluaskan roh persaudaraan dan ikatan mahabbah (kasih sayang) sesama
Islam melalui institusi masjid.

b. Memperkukuhkan Persaudaraan
Baginda telah menyatukan dan mempersaudarakan golongan yang telah lama bertelagah
di Madinah iaitu golongan Ansar (kaum Bani Aus dan Bani Khazraj). Penyatuan mereka
dilakukan dengan penuh nilai kasih sayang persaudaraan dan semangat tolong menolong. Kota
Madinah didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Islam, Yahudi, Nasrani dan
orang arab yang tidak beragama. Berbilang kaum pula ialah Bani Quraisy, Bani Qainuqa, Bani

Nadhir, Bani Quraizah dan lain-lain. Selepas kedatangan Islam, elemen-elemen jahiliyyah seperti
Assobiyah telah dihapuskan.
Usaha kedua Rasulullah, Baginda berjaya mempersaudarakan golongan Ansar dan
Muhajirin. Muhajirin ialah kumpulan yang datang berhijrah bersama-sama Rasulullah dari
Makkah ke Madinah manakala Ansar pula golongan yang tinggal di Madinah yang sanggup
mengorbankan segala kemewahan demi membantu hijrah Rasulullah. Setelah persaudaraan
Ansar dan Muhajirin kukuh, Baginda menjadikan ikatan persahabatan dan kerjasama dengan
golongan bukan Islam iaitu yahudi ( penduduk Madinah ). Bagi mengukuhkan perpaduan
ummah sesama para penduduk Madinah serta melakukan semangat kekitaan dan
kebertanggungjawaban antara satu sama lain, Rasulullah menukarkan Yathrib kepada Madinah
al-Munawarah yang bermaksud kota yang dicahayai oleh keimanan.
c. Membentuk Piagam Madinah
Nabi Muhammad S.A.W menggubal satu perlembagaan sebagai asas pegangan perjanjian
antara umat Islam dengan orang bukan Islam khususnya orang Yahudi. Perlembagaan ini
dirangka mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat madinah.
Perjanjian ini dinamakan perlembagaan Madinah atau piagam Madinah atau Sahifah Madinah
atau Dustur al-Madinah. Ia merangkumi 47 fasal. 23 fasal tentang hubungan umat Islam sesama
Islam (Ansar dan Muhajirin) dan 24 fasal membicarakan hubungan umat Islam dengan bukan
umat Islam(Yahudi). Para penulis sejarah memperakui bahawa naskah tersebut adalah satu
dokumen politik yang paling lengkap dan paling tua dalam sejarah.
Perlembagaan Madinah ialah perlembagaan bertulis yang pertama di Madinah. Kesan
perlembagaan ini berjaya mewujudkan kesan positif dalam politik di mana Baginda mewujudkan
perlembagaan berbentuk ummah. Di atas prinsip ummah, Baginda melancarkan perubahan
revolusioner iaitu Baginda merombak semua prinsip suku-suku bangsa yang lama. Dari sudut
sosial, kesannya memberi persamaan hak dan kemuliaan dalam kalangan umat serta melindungi
mereka tanpa melakukan kezaliman, penindasan dan permusuhan.

10

d. Mendirikan Pasar
Untuk meningkat dan mengukuhkan ekonomi masyarakat Madinah, Rasulullah
menggalakkan mereka mengoptimumkan penggunaan tanah untuk pertanian dan melibatkan diri
dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Justeru, Rasulullah mewujudkan sebuah Pasar di
madinah untuk melatih umat Islam berniaga. Segala aktiviti perniagaan yang mendatangkan
kerugian dan mengelirukan seperti penipuan, monopoli dan spekulasi di haramkan. Sebelum
kedatangn Islam, wujud sistem ekonomi berbentuk Pasar di Madinah tetapi dimonopoli orang
yahudi seperti Pasar Zabalah, Pasar al-Jasar, Pasar Safasir dan Pasar Zakak tapi yang maju hanya
Pasar al-Jasar yang dikuasai oleh Yahudi Bani Qainuqa.
Baginda telah membina Pasar bersebelahan dengan pasar yahudi namun ditentang kerana
mengganggu sumber ekonomi mereka. Kemudian baginda memindahkan tapak pasar tersebut di
tengah-tengah bandar Madinah. Rasulullah juga memperkenalkan konsep pasar secara terbuka.
Di tapak-tapak pasar tidak dibenarkan membangunkan sebarang binaan atau bangunan, bebas
dari sebarang cukai dan melarang memonopoli tempat perniagaan, menipu dan menaikkan harga
sesuka hati. Pada zaman Rasulullah, masyarakat Madinah telah muncul sebagai masyarakat yang
kukuh ekonominya dan mantap kerohanian, muncul golongan korporat sehingga mewujudkan
masyarakat harmoni.

KESIMPULAN
Kesimpulan kepada kemunculan tamadun zaman Nabi Muhammad s.a.w adalah seperti berikut :

Kemunculan agama Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada
kehidupan yang teratur secara beransur-ansur .

11

Nilai-nilai murni telah disemaikan dalam kehidupan . Tamadun Islam bukan sahaja
memberi rahmat di Semenanjung Taman Arab tetapi mempengaruhi negara-negara lain di
dunia .

Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang pemimpin yang berkaliber menjayakan


perkembangan tamadun Islam di Mekah.

Setiap amalan dan gaya hidup itu boleh diubah dengan adanya sesuatu yang baru yang
dibawa oleh seorang yang berkaliber , hebat , dan penuh dengan ciri-ciri kepimpinan .

Nabi Muhammad hebat !

RUJUKAN

http://www.slideshare.net/ajaknordin/bab-2-33531364
http://ctu151.blogspot.com/2009/04/kerajaan-islam.html
https://sejarahtamadunislam.wordpress.com/zaman-nabi-muhammad-s-a-w/
Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mustafa Hj. Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media
Indah.

12

You might also like