You are on page 1of 21

Pengenalan Kepada

Komponen Elektronik

Perintang Tetap

Simbol

Mengawal arus elektrik dalam sesuatu litar.


Nilainya diukur dalam unit Ohm ().
Semakin tinggi nilai rintangan semakin rendah
arus yang mengalir melaluinya.
Nilai perintang ditandakan dengan kod warna.

Kod Warna Perintang


Warna
Hitam
Perang
Merah
Jingga
Kuning
Hijau
Biru
Unggu
Kelabu
putih

Mewakili
nombor
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Kod warna terdiri daripada


4 lajur
Lajur pertama
menunjukkan nilai pertama
Lajur kedua menunjukkan
nilai kedua
Lajur ketiga menunjukkan
bilangan kosong
Lajur keempat
menunjukkan nilai toleransi

Cara membaca kod warna


Kuning menunjukkan no.
4
Unggu menunjukkan no.
7
Perang menunjukkan bilang
kosong, iaitu 1
Emas menunjukkan 5%
toleransi
Jadi, nilai perintang di atas ialah 470 Ohm
Nilai toleransi ialah 470 Ohm X 5% = 23.5 Ohm
Jadi, nilai perintang boleh dari 446.5 Ohm hingga
493.5 Ohm

Perintang Boleh Laras


Simbo
l

Nilainya boleh dilaraskan antara 0


hingga nilai maksimumnya dengan
memutarkan spindelnya.

Perintang Peka Cahaya


Simbol

Juga dikenali sebagai L.D.R, iaitu Light


Dependent Resistor.
Nilai ringtangan bergantung kepada
cahaya yang diterimanya.
Semakin banyak cahaya yang
diterima, semakin kecil rintangannya.

Diod
A

K
Simbol

Komponen yang membenarkankan aliran arus


elektrik ke satu arah sahaja.
Boleh digunakan untuk menukar arus ulang alik
ke arus terus.
Kutub positif dikenali sebagai anod (A) manakala
kutub negatif dikenali sebagai katod (K)

Diod Pemancar Cahaya


(L.E.D)
A

K
Simbol

Diod pemancar cahaya adalah diod


yang boleh menyala apabila arus
elektrik mengalir melaluinya.
Ia selalu disebut L.E.D, iaitu singkatan
untuk Light Emitting Diode.

Transistor

Adalah komponen yang digunakan untuk


membesarkan arus atau sebagai suis.
Ia diperbuat daripada bahan positif dan
bahan negatif.
Ia mempunyai 3 kaki

Kaki pemungut (Collector) C


Kaki tapak (Base) B
Kaki pemancar (Emitter) - E

Simbol Transistor

Penerus Kawalan Silikon


(SCR)
Simbol

Penerus kawalan silikon atau SCR berfungsi


sebagai suis dan membenarkan arus elektrik
mengalir sehala sahaja seperti diod.
Ia mempunyai 3 kaki, iaitu :

Get (G)
Anod (A)
Katod (K)

Litar Bersepadu (IC)


Simbol

Adalah satu litar yang lengkap dan ringkas di


dalam sebuah bekas kecil.
Ia juga dipanggil litar terkamil atau cip atau IC
(Integrated circuit)
Ia boleh mengandungi elemen komponen seperti
transistor, diod, perintang dan sebagainya

Kapasitor

Komponen yang berfungsi sebagai penyimpan


dan pembuang cas.
Unit sukatannya ialah farad (F). Ia biasanya
bernilai kecil dan disukat dalam mikrofarad (F).
Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan
lebih banyak tenaga elektrik. Ia juga mengambil
lebih masa untuk mengecas dan membuang
cas.
Terdapat dua jenis kapasitor, iaitu jenis
berkutub dan jenis tidak berkutub.

Simbol Kapasitor

Buzer

Simbol

Komponen yang menukar tenaga


elektrik ke tenaga bunyi yang
bergetaran.

Geganti
Simbol

Adalah sejenis suis automatik yang


dikendalikan oleh arus elektrik

Litar Elektronik

Litar elektronik adalah sambungan


komponen-komponen elektronik
secara sistematik supaya arus elektrik
dapat mengalir dengan sempurna.
Untuk membuat satu litar elektronik,
kita merujuk kepada lukisan kerja litar
itu.

Jenis-jenis lukisan litar

Terdiri daripada lukisan skematik dan


lukisan bergambar.
Lukisan skematik menunjukkan setiap
sambungan dan semua komponen
dalam simbol. (2 dimensi)
Lukisan bergambar pula menunjukkan
setiap sambungan dan komponen
elektronik dilukiskan. (3 dimensi)

Jenis Lukisan Litar

Lukisan Skematik

+
Lukisan
Bergambar

You might also like