You are on page 1of 11

Tajuk : Pengukuran panjang

Tujuan :
Untuk mendapat dan membandingkan ukuran dengan menggunakan pelbagai jenis alat
pengukur.
Pengenalan :
Aktiviti pengukuran sangat penting dalam kehidupan seharian manusia.Kita
biasa menggunakan kuantiti fizik (physical quantity) untuk mengukur. Dalam aspek fizik,
kuantiti fizik didefinisikan sebagai kuantiti yang boleh diukur.
Semua ukuran dalam sains merupakan anggaran nilai yang sebenar. Apabila
menggunakan satu alat pengukur untuk mendapatkan suatu anggaran yang
munasabah, beberapa bacaan akan diambil.
Beberapa bacaan akan diambil untuk mengelakkan kesilapan semasa membaca
skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan benda yang diukur. Dalam
mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri yang perlu diperhatikan
iaitu kepersisan, ketepatan dan kepekaan.
Bahan dan radas:
Pembaris meter, angkup vernier, tolok skru micrometer, neraca tuas, neraca elektronik,
dawai kuprum, sebatang pensel, sehelai rambut, sudu, pasir.
Prosedur :
Aktiviti 1: Mengukur panjang
1. Pembaris meter, angkup vernier dan tolok skru micrometer digunakan untuk
mengukur diameter pensil, dawai kuprum dan sehelai rambut.
2. Ukuran diulangi.
3. Keputusan dijadualkan.
Aktiviti 2: Menyukat jisim
1. Jisim sebatang pensel dan satu sudu teh pasir disukat dengan menggunakan
neraca tuas dan neraca elektronik.
2. Ukuran diulangi.
3. Keputusan dijadualkan.
Pemerhatian :
Aktiviti 1.1: Mengukur panjang

a. Pembaris meter
Panjang/cm
Bahan
Pensel
Dawai
kuprum
Rambut

Purata/cm
1
17.3

2
17.3

3
17.3

17.3

7.5

7.4

7.5

7.47

6.8

6.8

6.8

6.8

Aktiviti 1.2: Mengukur diameter


a. Pembaris meter
Diameter/cm
Bahan
Pensel
Dawai
kuprum
Rambut

Purata/cm
1
0.7

2
0.7

3
0.7

0.7

0.1

0.1

0.1

0.1

0.1

0.1

0.1

0.1

b. Angkup vernier
[Tiada ralat sifar]
Diameter/cm
Bahan
Pensel
Dawai
kuprum
Rambut

Purata/cm
1
0.75

2
0.75

3
0.75

0.75

0.08

0.08

0.08

0.08

0.01

0.01

0.01

0.01

c. Tolok skru micrometer


[Tiada ralat sifar]
Diameter/cm
Bahan

Purata/cm

Pensel

1
0.770

2
0.770

3
0.770

0.770

Dawai

0.075

0.075

0.075

0.075

kuprum
Rambut

0.010

0.010

0.010

0.010

Aktiviti 2 : Menyukat jisim


a. Neraca tuas
Jisim/g

Bahan

Purata/g

Pensel

1
5.0

2
5.0

3
5.0

5.0

Pasir

5.0

5.0

5.0

5.0

b. Neraca elektronik
Jisim/g

Bahan

Purata/g

Pensel

1
5.16

2
5.16

3
5.16

5.16

Pasir

4.12

4.12

4.12

4.12

Perbincangan :
Setiap alat pengukuran yang digunakan dalam aktiviti ini telah menunjukkan perbezaan
dari segi kejituan dan kepersisan dalam mendapatkan ukuran. Keadaan ini boleh
disahkan daripada perbezaan antara titik perpuluhan dan unit yang didapati semasa
aktiviti dijalankan. Selain itu, perkara yang perlu diambil berat semasa menjalankan
kedua-dua aktiviti ini ialah ralat sifar yang terdapat pada alat pengukur. Ini adalah
disebabkan oleh kemungkinan besar alat pengukur yang digunakan dalam aktiviti ini
mempunyai ralat sifar positif atau ralat sifar negatif dan keadaan ini akan menjejaskan
bacaan ukuran yang diperolehi dalam aktiviti. Bacaan ukuran yang diperolehi pada akhir
aktiviti akan tidak tepat sekiranya terdapat ralat sifar yang tidak diperasan semasa
menjalankan aktiviti. Oleh itu, sekiranya terdapat ralar sifar, Kita perlu membuat operasi

penambahan atau penolakan untuk mendapatkan bacaan ukuran yang sebenar.


Kemudian, Ralat paralaks juga merupakan salah satu daripada ralat yang mungkin akan
berlaku ketika mengambil bacaan ukuran. Jadi kita perlu memastikan bahawa kita
menggunakan cara yang betul dalam mengambil ukuran.

Soalan :
1. Daripada ketiga-tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang, yang
manakah paling persis? Yang paling jitu? (4 markah)
Jawapan: Tolok skru micrometer
Ini adalah kerana nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan
sesuatu ukuran. Tolok skru mikrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat
berbanding pembaris meter dan angkup vernier. Maka, tolok skru mikrometer
merupakan alat pengukur yang paling persis.
Sesuatu ukuran akan menjadi lebih jitu sekirannya nilai ukuran adalah lebih hampir
dengan nilai sebenar. Tolok skru mikrometer mempunyai nilai ukuran yang lebih
dekat dengan nilai sebenar. Maka tolok skru mikrometer adalah alat pengukur yang
paling jitu. Kesimpulannya tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang
paling paling persis dan paling jitu.

2. Seorang pelajar mengukur ketebalan sesuatu objek menggunakan pembaris meter


dikatakan tidak realistik untuk mencatatkan bacaan sebagai 4.32 cm. Jelaskan?
(3 markah)
Jawapan:
Ini adalah kerana setiap peralatan pengukuran mempunyai senggatan skala terkecil
yang berbeza. Dalam pembaris meter unit terkecil ialah 0.1 cm atau 1 mm. Jadi
ketepatan atau kejituan pembaris adalah setengah daripada unit terkecilnya iaitu
0.05 cm atau 0.5 mm. Oleh itu mana-mana ukuran yang kurang atau lebih dari nilai
ketepatan, maka bacaannya akan dibundarkan kepada nilai yang paling hampir.
Maka jika mengukur dengan menggunakan pembaris meter kita hanya akan

mendapat bacaan yang mempunyai satu titik perpuluhan contohnya 4.3 cm. Jadi
adalah tidak realistik untuk mencatatkan bacaan sebagai 4.32 cm. Dengan itu,
ukuran tersebut tidak jitu.
3. Apakah instrumen yang paling sesuai untuk digunakan mengukur ketebalan sehelai
kertas? Terangkan. (4 markah)
Jawapan: Tolok skru micrometer
Ini adalah kerana tolok skru micrometer mempunyai senggatan skala yang terkecil
dalam ketiga-tiga alatan yang digunakan untuk mengukur ketebalan. Alatan
pengukur yang mempunyai skala yang semakin kecil akan mendapat bacaan yang
lebih tepat berbanding dengan alatan pengukur yang mempunyai skala yang besar.
Ketepatan tolok skru micrometer adalah sehingga 0.001 cm (0.01 mm). Jadi tolok
skru micrometer berupaya mengesan perubahan jarak yang sangat kecil sehingga
0.001 cm (0.01mm). Maka ia adalah instrumen yang paling sesuai digunakan untuk
mengukur ketebalan sehelai kertas yang mempunyai ketebalan yang sangat nipis.
4. Daripada kedua-dua alat pengukur yang digunakan untuk mengukur jisim, yang
manakah paling persis? Yang paling jitu? Terangkan. (6 markah)
Jawapan: Neraca elektronik
Hal ini adalah kerana ukuran bacaan yang diambil dengan menggunakan alatan ini
adalah konsisten berbanding neraca tuas. Selain itu, alat ini juga lebih jitu kerana
nilai ukuran adalah lebih menghampiri nilai sebenar objek.
5. Nama lain bagi neraca yang boleh digunakan untuk mengukur jisim dalam
kehidupan seharian. (2 markah)

Jawapan: Neraca tuas, neraca mampatan dan neraca jarum berskala.


6. Apakah yang telah anda belajar daripada kedua-dua aktiviti di atas? (6 markah)

Jawapan:
Melalui aktiviti yang dilakukan, saya telah mempelajari kaedah untuk mengambil
ukuran bacaan dengan tepat. Untuk mengelakkan berlakunya kesilapan dalam

mengambil ukuran bacaan, saya akan mengambil bacaan secara beberapa kali
untuk mendapatkan purata nilai bacaan. Ini adalah kerana dengan cara ini risiko
untuk berlaku kesilapan akan dikurangkan dan sekira berlakunya kesilapan dalam
mengambil bacaan saya dapat mengesan dengan segera. Tambahan lagi, saya
juga mempelajari cara untuk mengendalikan alatan pengukuran serta dapat
mengetahui sama terdapat ralat sifar pada alatan tersebut. Pada akhir aktiviti, saya
dapat mengetahui bahawa tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan
kepersisan yang paling baik dalam mengukur panjang sesuatu objek manakala
neraca elektronik mempunyai kejituan dan kepersisan yang paling baik dalam
menyukat jisim sesuatu objek.
Kesimpulan :
Tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang paling persis dan paling jitu jika
berbanding dengan pembaris meter dan angkup vernier. Ia mengandungi nilai bacaan
yang lebih rapat malah dapat memberi nilai ukuran yang sama atau hampir sama
dengan nilai sebenar. Manakala, neraca elektronik mempunyai kepersisan dan kejituan
yang lebih baik dalam menyukat jisim objek berbanding dengan neraca tuas. Ini adalah
kerana ia dapat mengesan perubahan jisim yang sangat kecil dan dapat memberikan
bacaan yang lebih hampir dengan nilai sebenar jisim sesuatu benda.

Lampiran :
Bahan dan alat aktiviti dengan menggunakan
pembaris meter.

Mengukur

panjang

dawai

kuprum

dengan

menggunakan pembaris meter.

Mengukur
panjang

pensil

dengan

menggunakan pembaris meter.

Mengukur panjang rambut dengan menggunakan


pembaris meter.

Mengukur diameter dawai


menggunakan angkup vernier.

kuprum

dengan

Mengukur diameter rambut dengan menggunakan angkup vernier.

Mengukur diameter dawai kuprum dengan menggunakan tolok skru


micrometer.

Mengukur diameter
micrometer.

rambut

dengan

menggunakan

tolok

skru

Mengukur diameter pensil dengan


menggunakan
tolok
skru
micrometer.

Mengukur diameter pensil dengan menggunakan angkup vernier.

Menyukat jisim pensil dengan menggunakan neraca elektronik.

Menyukat jisim pensil dengan menggunakan neraca


tuas.

Menyukat jisim satu sudu teh pasir dengan menggunakan neraca


elektronik.

Menyukat jisim satu sudu teh pasir dengan menggunakan neraca tuas.

Bibiografi
Erinson Bee. (3 Februari 2013). Alat-alat pengukuran, Diambil pada 16 Januari 2015,
dari http://www.slideshare.net/Wai_Bee/alatalat-pengukuran
Norajani. (16 September 2013). Pengukuran dalam kehidupan seharian, Diambil pada
17 Januari 2015, dari https://ml.scribd.com/doc/85491266/SCE-3105-Praktikal-1Ukuran-dalam-kehidupan-seharian
Steven Lee. (13 November 2013). Kepentingan unit piawai, Diambil pada
18 Januari 2015, dari http://catatankunurazyila.blogspot.com/2013/11/pbs-sainsb6kepentingan-unit-piawai.html

Foo S.T, Yee C.T, Chong G.C, Lee B.H (2009). Physics SPM. Selangor: Penerbitan
Oxford Fajar.

You might also like