You are on page 1of 1

Refleksi

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan setiap kaum mempunyai


pantang larang masing-masing. Hampir semua kaum mempunyai pantang
larang kepada wanita mengandung, pantang larang semasa upacara
kematian, upacara perkahwinan, adat makan dan juga pantang larang
semasa menyambut perayaan seperti Hari Deepavali dan Hari Tahun Baru
Cina.
Setelah mendengar pembentangan dan penerangan rakan-rakan, saya
telah mempelajari dan menerima banyak ilmu baru tentang pantang larang
yang terdapat dalam kalangan bangsa Malaysia. Pada masa yang sama, sata
telah menyedari bahawa terdapatnya persamaan pantang larang antara
kaum. Sebagai contoh, orang Melayu, orang India tidak dibenarkan bersiul
pada waktu malam.
Bagi saya, pantang larang merupakan satu simbol yang dapat
membezakan sesuatu kaum dengan kaum lain. Tetapi sebenarnya pantang
larang akan mendatangkan kebaikan ataupun kelemahan? Adakah kita perlu
mematuhi semua pantang larang tersebut? Pada pendapat saya, saya akan
mengikuti dan mematuhi pantang larang tersebut kerana tiada salah jika saya
mengikutinya. Tetapi, saya cuma ingin memperingatkan semua jangan terlalu
percaya yang karut.
Sebagai seorang bakal pendidik, kita perlu mengetahui budaya anakanak murid kita kerana mereka berkemungkinan terdiri daripada pelbagai
kaum yang mengamalkan cara hidup yang berbeza. Kita perlu mengetahui
dan menghormati pantang larang orang lain.

You might also like