You are on page 1of 7

Pengenalan

Bilik darjah seharusnya tempat yang paling seronok bagi murid-murid. Bilik darjah
secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu ruang di mana murid-murid akan
menjalani rutin belajar atau menerima seberapa banyak input yang berguna sebagai
persediaan menjadi insan yang cemerlang. Di sini juga, kebanyakan pembelajaran berlaku
secara formal. Namun, tidak dinafikan juga pembelajaran secara informal juga berlaku.
Menurut Kamus Dewan budaya pula dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau
peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan
berkelakuan). Budaya berasal daripada dua perkataan iaitu budi dan daya di mana bu
membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan
dimuliakan. daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang
seumpamanya.
Jika diretropektif kembali sejarah di Malaysia, semasa penjajahan British ke Tanah
Melayu, corak pemerintahan British telah mewujudkan kepelbagaian kaum di Malaysia.
Sistem pemerintahan british iaitu pecah dan perintah telah mewujudkan satu jurang dari
aspek perpaduan serta pendidikan.
Justeru, kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kesan kepada sistem
pendidikan. Hal ini memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan
pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan juga kaum.
Memetik kata-kata Roland Meighan (1986), kelas sosial menggambarkan perbezaan cara
hidup atau pendapatan di dalam satu bangsa yang sama. Justeru, dalam mewujudkan satu
sesi pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu mempersiapkan diri dengan
pemahaman kepelbagaian budaya.
Namun begitu, dalam setiap perkara tentulah ada kesan positif dan negatifnya. Begitu
juga dengan implikasi kelas mesra budaya ini. Terdapat kesan positif dan negatif sama ada
kelas mesra budaya ini berjaya dan tidak berjaya dilaksanakan.

Implikasi positif da negatif kepada murid, sekolah dan masyarakat jika kelas mesra
budaya berjaya da tidak berjaya dilaksanakan

Sekiranya kelas mesra budaya ini berjaya dilaksanakan oleh guru, kesan positif
terhadap murid ialah mereka dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Di samping itu,
murid juga sikap hormat-menghormati dapat ditanam dalam diri mereka. Tambahan pula,
sikap saling menghormati antara satu sama lain berupaya menyemai semangat saling
mempercayai dalam jiwa murid dan secara tidak langsung semangat perpaduan dapat
dijalankan seterusnya membentuk individu yang toleran ke arah pemacu pembangunan
negara.
Namun begitu, jika dilihat dari aspek negatif, impak ini mungkin akan timbul bagi
sebahagian individu atau murid yang mempunyai semangat perkauman yang tinggi. Sebagai
contoh, mengikut pengalaman saya di sekolah semasa menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS), ramai daripada murid sudah terlalu biasa bercakap
menggunakan dialek tempat tempat tinggalnya dan sukar untuknya mengubah gaya
percakapan tersebut malah langsung tidak mempunyai hasrat untuk menggunakan bahasa
standard. Oleh itu, sekiranya murid tersebut keluar ke dunia sebenar apatah lagi di bandarbandar besar, kemungkinan murid tersebut akan mengalami masalah komunikasi dan
menyebabkan keyakinan dirinya menurun. Murid sepatutnya perlu berusaha untuk
menggunakan bahasa yang betul semasa berinteraksi. Hal ini demikian kerana penggunaan
dan pengamalan bahasa standard akan menambah tahap penguasaan murid selain
daripada mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Di samping itu, kemahiran
komunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang dalam
kalangan murid.
Di tahap sekolah pula, kelas mesra budaya ini sudah semestinya memberi kesan
positif lebih-lebih lagi jika sekolah tersebut mempunyai pelajar yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Malah Sekolah Wawasan juga telah ditubuhkan bagi mewujudkan perpaduan dalam
kalangan murid di sekolah. Tambahan pula, Perdana Menteri kita telah meuar-uarkan
mengenai konsep 1 Malaysia. Oleh itu, kelas mesra budaya ini memberikan impak yang
amat positif pada sekolah.
Sebaliknya, jika sekolah tersebut tidak dapat menyediakan persekitaran yang
kondusif, maka kelas mesra budaya ini tidak dapat direalisasikan tambahan pula jika guru
tersebut tidak dapat memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut. Oleh itu,
kemungkinan besar murid juga akan hilang minat serta tumpuan untuk belajar dan boleh
menyebabkan prestasi sekolah menurun.
Bagi masyarakat, sekiranya kelas mesra budaya ini berjaya dilaksanakan, sudah
tentu semua murid tidak mempunyai masalah untuk bergaul dan berkomunikasi dengan
mereka. Selain melahirkan insan yang bijak, meghormati orang lain dan berfikiran

kehadapan bagi membantu keluarga dan masyarakat meningkatkan taraf kehidupan ke arah
yang lebih baik.

Malangnya, kemungkinan besar juga, individu yang lahir daripada kelompok kelas
mesra budaya ini hanya pandai bergaul dengan rakan sekelas tetapi tidak dengan
masyarakat luar. Keadaan akan menjadi lebih teruk dan mewujudkan suasana negatif jika
ada yang merasakan diri mereka terlalu bijak dan tidak layak bergaul dengan masyarakat
biasa. Namun, jika kelas mesra budaya ini tidak dijalankan, kelas akan menjadi terlalu
suram, murid akan menjadi terlalu pasif. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru agar
mewujudkan suasana kelas mesra budaya ini mengikut kesesuaian dan keperluan murid di
samping mendidik mereka dengan nilai-nilai yang positif. Tambahan pula, menurut Amir
Hassan (2006) menegaskan usaha guru yang mempunyai kecekapan tinggi dalam
pengajaran dan pembelajaran menunjukkan tahap pencapaian murid lebih tinggi berbanding
guru yang mempunyai kecekapan rendah.

Langkah dan tindakan guru semasa pengajaran dan pembelajaran

Justeru, pelbagai langkah dan tindakan yang boleh diambil oleh guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan kelas mesra budaya ini. Terdapat pelbagai
aspek yang perlu diberi perhatian, antaranya termasuklah aspek gaya pembelajaran murid,
cara dan kepimpinan guru dalam mengelolakan bilik darjah serta keberkesanan guru dalam
mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.

Guru memainkan peranan utama untuk menyediakan pengajaran pendidikan dalam


pelbagai budaya. Pengajaran Pendidikan Pelbagai Budaya di sini bermaksud guru
menyediakan satu rancangan pengajaran yang lengkap dengan mengkaji terlebih dahulu
latar belakang, budaya, adat resam, serta keperluan-keperluan lain bagi murid-murid yang
diajarkannya. Guru tidak boleh mengenepikan mana-mana murid yang sememangnya terdiri
daripada kepelbagaian kaum.

Menurut Dunn dan Dunn (1978), gaya pembelajaran sebagai kecenderungan


seseorang individu menumpukan perhatian, memproses maklumat dan mengekalkan
maklumat-maklumat yang diterima. Maka, sekiranya guru tidak menyesuaikan gaya
pembelajaran yang sesuai untuk murid-muridnya yang pelbagai budaya, maka konteks
penyampaian maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Guru tidak boleh
mengelompokkan murid mengikut kaum mereka sahaja. Misalnya, jika seseorang guru itu
ingin menggunakan kaedah pengajaran secara perbincangan berkumpulan, maka konsep
kumpulan heteragenous perlu dibina. Hal ini bermaksud, guru perlu membina kumpulan
perbincangan yang terdiri daripada murid yang berlainan kaum dan jantina supaya peluang
untuk berinteraksi terbuka luas.
Bukan setakat itu sahaja, guru juga perlu memastikan bahawa dalam setiap
kumpulan itu terdiri daripada murid yang berbeza standard pencapaiannya. Guru tidak boleh
membezakan murid pandai dan kurang pandai. Sekiranya guru ditempatkan dalam satu
situasi dimana kelasnya terdiri dari murid dari kawasan bandar dan luar bandar, atau terdiri
dari golongan murid dari kelas atasan atau bawahan, guru perlu faham bahawa setiap murid
itu berbeza tahap kecemerlangan serta sosio ekonominya dan ini menyebabkan mereka
mempunyai budaya belajar yang pelbagai. Oleh itu penggabungan mereka dalam satu
kumpulan perbincangan mampu mencipta satu budaya pembelajaran yang berkesan dan
mereka akan termotivasi dengan sendirinya apabila saling memahami antara satu sama lain.
Tambahan pula, Mengikut Ormrod (2008), peneguhan ekstrinsik amat berguna jika pelajar
tidak mempunyai keinginan untuk bertingkah laku sedemikian bagi mewujudkan suasana
bilik darjah yang teratur dan produktif. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid
haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra
sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu.
Horward Gardner (1983) telah mengemukakan konsep Kecerdasan Pelbagai iaitu
semua insan mempunyai aspek kecerdasan (kognitif) yang tertentu. Perbezaan individu ini
juga telah mempengaruhi gaya belajar para pelajar. Oleh itu, gaya belajar murid yang
berbeza ini memerlukan guru bijak memilih teori pengajaran, pendekatan, serta strategi
pengajaran yang sesuai. Misalnya menggunakan pendekatan konstruktivisme di mana murid
perlu membentuk atau membina sendiri ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sedia
ada mereka. Dalam konteks ini, guru sendiri perlu menyelidik latar belakang serta
pengalaman kehidupan murid. Tamsilnya, jika kelompok murid yang diajar adalah murid dari
perkampungan orang asli, maka guru perlu memberikan ilmu yang berkaitan dengan budaya
yang mereka ketahui, bukan memberi contoh-contoh yang di luar daripada pengetahuan
meraka.

Meninjau pula aspek sosio ekonomi, Bloom, (1964); Coleman,(1966); Jencks, (1971)
dalam satu kajian awal mengenai keberkesanan sekolah mendapati latar belakang sosio
ekonomi keluarga amat mempengaruhi pencapaian akademik murid. Dalam konteks ini, guru
tidak bolehlah mengadakan aktiviti yang boleh menimbulkan perasaan tidak selesa
dikalangan murid yang bukan dari keluarga berada.
Sebagai contoh, jika topik pembelajaran memerlukan murid untuk menunjukkan
barang maujud seperti baju raya mereka, hal ini akan mewujudkan perasaan malu bagi
murid yang datang dari latar belakang keluarga yang miskin. Jadi guru perlu bijak memilih
aktiviti yang tidak menyentuh aspek perbezaan sosio ekonomi.
Umum mengetahui setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang
berbeza. Maka hal ini tidak boleh dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah
berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid.
Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Hal ini secara langsung
membenihkan semangat perpaduan dan kefahaman interaksi sesama murid dapat
diwujudkan.
Bagi aspek komunikasi diantara guru dengan murid pula, guru sendiri perlu
menggunakan bahasa yang standard debagai bahasa pengantaraan ilmu. Murid juga
digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Guru
haruslah melarang murid dari menggunakan dialek mengikut kaum mereka. Murid mesti
diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul.
Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti
yang bercorak kearah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa
murid sentiasa bertambah. Murid dapat meningkatkan perbendaharaan kata yang tepat
melalui konteks interaksi sosial murid dengan rakan dan murid dengan guru. Di sini, guru
perlu bijak dalam menimbulkan sesuatu konflik atau permasalahan yang ingin dibincangkan
agar ia tidak menganggu atau menyentuh sensitiviti setiap kaum yang pelbagai. Contohnya,
dalam Pendidikan Moral, guru tidak boleh membanding beza nilai-nilai yang dipegang oleh
sesuatu kaum dan pegangan agama murid. Perkataan-perkataan yang kurang senang oleh
sesuatu kaum itu tidak boleh digunakan oleh guru. Jika guru membuat sesi soal jawab, guru
harus memberi penuh penumpuan serta melayan sebarang pertanyaan murid sama rata dan
adil. Suasana pembelajaran berkesan akan dapat dikecapi jika guru bijak melayan muridmurid walaupun dalam suasana kepelbagaian budaya.
Pendidikan pelbagai budaya ini adalah penting untuk memahami matlamat akademik
dan tuntutan sosial murid-murid yang berlainan budaya. Dari itu, peranan guru ini amat besar
untuk menyediakan pengajaran pelbagai budaya untuk membentuk masa depan negara

kerana ia mampu menjadikan pelajar saling mesra antara satu sama lain serta bertoleransi
dan menghormati antara mereka.
Sebenarnya, terdapat pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian, bukan hanya
aspek gaya pembelajaran murid, tetapi cara dan kepimpinan guru dalam mengelolakan bilik
darjah serta keberkesanan guru dalam mewujudkan komunikasi yang berkesan dalam
menyampaikan ilmu pengetahuan juga adalah sangat penting. Untuk memimpin atau
mengelolakan kelas, faktor perbezaan jantina, sosio ekonomi, kelas sosial, kumpulan
minoriti, kumpulan bekeperluan khas dan banyak lagi perlu diberikan tumpuan yang serius.
Seseorang guru hendaklah berupaya mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif. Menurut Ainon dan Abdullah (2005), keberkesanan sesuatu pengajaran amat
bergantung kepada kualiti seseorang guru. Guru yang komited dan beriltizam akan
menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keberkesanan guru dalam
mengelolakan bilik darjah bergantung kepada kepimpinan guru itu sendiri.
Jika guru menggunakan kaedah pimpinan autokratik, maka pembelajaran satu hala
sahaja yang terjadi. Dalam konteks kepelbagaian budaya dalam satu bilik darjah,maka guru
seharusnya lebih memimpin kelas menggunakan kaedah demokrasi. Guru perlu memberi
peluang kepada murid untuk mengemukakan pendapat mengikut keselesaan gaya
pembelajaran mereka. Hal ini demikian, murid sendiri memahami budaya yang mereka ada.
Jika guru tidak mengetahui tentang budaya atau adat resam seseorang murid, guru haruslah
memberi peluang kepada murid untuk memberikan pendapat mereka mengenai budaya atau
adat resam mereka. Guru haruslah menerima dan mengubah corak pembelajaran sesuai
dengan keperluan murid itu sendiri.
Faktor kepelbagaian sosio-budaya di dalam kelas memberikan impak kepada guru
untuk memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dapat diterima
oleh semua murid.Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan
tahap dan keperluan murid. Guru perlu tahu dan analisis setiap muridnya. Guru tidak boleh
terlepas pandang kepada murid yang bekeperluan khas. Murid jenis ini lebih baik harus
diberi lebih perhatian dan seeloknya dihantar ke kelas pendidikan khas. Hal ini kerana,
dikhuatiri murid itu tidak diberi perhatian dan dia akan bosan dengan sesi pengajaran yang
dijalankan oleh guru. Sekiranya tidak terdapat kelas pendidikan khas disesebuah sekolah itu,
maka guru

harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra dengan adanya

komunikasi personal diantara guru dan murid itu. Perhatian lebih perlulah diberikan kepada
murid itu.
Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak
terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-masing dengan
cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya, guru perlu

menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman bukan


hanya pada murid yang disukainya sahaja, tetapi kepada semua murid. Guru juga hendaklah
memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada
sebelumnya.
Dari aspek psikologi, kanak-kanak biasanya suka akan budaya belajar yang ceria,
menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, dan kreatif.
Menurut Ewell (1997), maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar
berada dalam persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu
daripada guru secara peribadi. Justeru, guru harus mampu untuk membentuk budaya bilik
darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra antara
murid dan guru. Guru harus tekankan kepada murid agar bergaul baik dengan rakan sebaya
mereka. Murid perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, dan
secara tidak langsung, disiplin yang terkawal di dalam kelas dapat diwujudkan. Jadi
seseorang guru perlu meneliti perbezaan sosio budaya terutamanya dalam bilik darjah.

You might also like