Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri majlis pada hari yang mulia ini . Ya Allah , Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaanMu Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui , Hidupkanlah kami guru- guru dengan sifat kasih sayang dan hapuskan sifat benci dan sakit hati dikalangan kami, agar guru- guru kami mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah ini. semoga anak didik kami mengikuti jejak langkah kami,menghormati serta mengasihi orang- orang disekelilingnya. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin , rimbunkan kami guru- guru dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar dengan anak didik kami. Buahkan kami dengan kejayaan dikalangan anak didik kami hasil dari kasih sayang anugerah dariMu. Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.