You are on page 1of 6

WAJ3121 ISL TAJUK 2

ACARA TREK
2.1

LARI PECUT

Sejarah Lari Pecut


Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang
pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan
pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular.
Acara stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192
meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara ulang alik
yang dinamakan dialos berjarak 384 meter (192 meter x 2 meter) diadakan.
Pada zaman Olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu
marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlit menggunakan
blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza-beza. Pagar permulaan yang dinamakan
husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari pecut pada abad ke-19
terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan
penjagaan masa yang tepat. Pelbagai cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah
mengenai cara mana yang patut digunakan. Walau bagaimanapun persetujuan dibuat untuk
menjadikan cara permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh
semua pihak.
Pada tahun 1880-an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu
larian. Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlit berlari 20 meter pertama
dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian
wujud gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start.
Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja, pertandingan
pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100
meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada
tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod
pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928 dalam acara 200
meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus
tanpa selekoh.
Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara
200 meter diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat
adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9 saat. Dalam acara 400 meter,
Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh

WAJ3121 ISL TAJUK 2


Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah
mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50 saat
oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita
Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
Pengenalan Lari Pecut
Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian
anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat
( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk
membuat larian sepantas mungkin. Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti berikut:
a)Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.
b)Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.
c)Tangan digerakkan dengan pantas.
d)Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan ).
Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama untuk menempa
kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan dengan acaraacara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan
angin, permukaan balapan, jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan
mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan
menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak
mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas
seseorang perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah
kebolehan semula jadi. Latihan yang teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang
menjadi pelari yang baik menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor
yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa
berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi, kelenturan yang
tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah pula
ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya
mempunyai jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan dengan
latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.
Teknik Mula Lari Pecut

WAJ3121 ISL TAJUK 2

Ada 2 teknik iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.


Gaya Berdiri
i) Persediaan
Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan'
diberi.
ii) Ke garisan
Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan
mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan
mengimbangkan badan
Bengkokkan kaki hadapan

dan

berat

badan

lebih

pada

kaki

hadapan.

condongkan badan.
Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki
hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.
iii) 'sedia'

Condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan


Bengkokkan lebih lutut kaki hadapan
Kaki belakang tolak ke tanah.
Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan

wisel.
iv) 'Bang' atau 'mula'
Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.
Gaya Dekam
Terbahagi kepada 3 iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan gaya panjang.
Fasa-Fasa Dan Teknik-Teknik Larian
i) Fasa permulaan

WAJ3121 ISL TAJUK 2


ii) Fasa larian
a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
iii) Fasa penamat
Fasa Permulaan
Terbahagi kepada 3 iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.
Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
2. Gaya sederhana
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.
b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
Memulakan Larian dengan Blok
Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :
1. Gaya peluru
blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua
tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan
blok hadapan.
2. Gaya sederhana
gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3. Gaya panjang
blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Fasa Larian
a. Fasa Pecutan
1. Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengambil tempatnya di blok permulaan.
2. Kedudukan tangan
Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk
dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di
belakang garis mula.
3. Kedudukan kepala dan leher

WAJ3121 ISL TAJUK 2


Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan
dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan
badan dicondong ke hadapan.
4. Pergerakan tangan dan kaki
Selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan
pergerakan kuat tangan dan kaki.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.
Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara
30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.
Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
b. Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan
Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.
Pecutan berlaku pada awal larian
95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya aka ditentukan oleh
tahap daya tahan ototnya.

c. Larian di selekoh
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'
Pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit untuk memastikan larian selekoh berkesan
untuk mengimbangi kuasa 'centrifugal'
Tangan kiri dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.
Fasa Penamat
Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter
lebih dari jarak lariannya.
Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.
Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke
hadapan.
Latihan Ansur Maju

WAJ3121 ISL TAJUK 2


Latihan ansur maju terbahagi kepada latihan mendorong, larian teknik pecut, latihan kekuatan
kaki dan latihan pecutan.
a) Latihan mendorong

Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan


Berlari mengutip pundi saga/ kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan
Larian bayang-bayang: secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi berlari

untuk mengelakkan diri disentuh


Lari berganti- ganti ulang-alik: larian 20 meter berkumpulan

b) Larian teknik pecut

Berlari dengan melangkah panjang


Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut
Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

Berlari menyepak ke belakang.


Berlari dengan lutut tinggi dan memecut
Latihan pergerakan tangan ; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90 darjah di
siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.

c) Latihan kekuatan Kaki dan latihan pecutan

Melonjak untuk jarak.


Melangkah panjang ( bounding )
Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
Melompat, memusing, mendekam, dan memecut.
Berpasangan : Berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

RUJUKAN
Arivalagan

Raja

Manickam.

(2001).

Sejarah.

Diambil

dari

http://laripecut.blogspot.com/p/sejarah-lari-pecut.html pada 26 Januari 2015.


Hassan

Ibrahim.

(2013).

Latihan

Lari

Pecut.

Diambil

dari

http://www.slideshare.net/hassannordinibrahim/latihan-lari-pecut pada 26 Januari 2015.


Saiful Azhar. (2012). Larian Pecut-Pengenalan Acara Lari Pecut. Diambil dari http://saifulazhar.blogspot.com/2011/12/larian-pecut-pengenalan-acara-lari.html pada 26 Januari
2015.
Zati

DeNan.

(2012).

Larian

Pecut.

Diambil

dari

notapismppj.blogspot.com/2012/06/larin-pecut.html pada 26 Januari 2015.

http://nota-

You might also like