You are on page 1of 47

Isu Dan Masalah Dalam

Penilaian Projek

Diantara beberapa masalah dan isu dalam


penggunaan analisis kos faedah ialah
Isu berkaitan keadaan Risiko dan
Ketidakpastian (risk and uncertainty)
Kesan luaran dan barang
awam(externalities and public good)
Kesan keatas alam sekitar

Risiko dan Ketidakpastian dalam Penilaian


Projek
Apakah yang dimaksudkan dengan
Risiko (risk) merujuk kepada keadaan dimana
probabiliti (probability) berlakunya satu-satu
kesudahan (outcome) dari satu-satu peristiwa
(event) dapat ditentukan
Ketidakpastian (uncertainty) merujuk kepada
keadaan dimana probabiliti berlakunya satu-satu
kesudahan dari satu-satu peristiwa tidak dapat
ditentukan.

Mengapakah kita perlu mengambilkira isu


Risiko dan Ketidakpastian dalam Penilaian
projek
Apabila kita menilai Faedah dan kos dalam
Analisis Kos Faedah kita telah mengandaikan
bahawa aliran faedah dan kos di masa hadapan
dapat kita tentukan dengan tepat, tetapi dalam
keadaan sebenar andaian ini tidak dapat diterima
sepenuhnya.

Ini ialah kerana


1. Data atau maklumat untuk menganggarkan
faedah dan kos dimasa hadapan dengan
tepat mungkin tidak dapat diperolehi
2. Terdapat projek tertentu yang mana faedah
dan kos projek tersebut mengalami
perubahan besar dari satu tahun ketahun
yang lain.

Contohnya : Faedah dan Kos dari projek


kawalan banjir ( flood control project) yang
mana faedahnya akan bergantung kepada
samaada berlaku atau tidak banjir atau
jika berlaku samaada kecil atau besar
banjir yang berlaku pada satu-satu tahun

3. Kita mungkin hendak membandingkan


antara satu projek yang mana
kesudahannya (outcome) pasti dengan
satu projek lain yang mempunyai
ketidakpastian yang tinggi mengenai
kesudahannya

Punca berlakunya Risiko dan


Ketidakpastian
Antara lain terdapat 3 sebab utama
1. Perubahan dalam citarasa dan keutamaan
(changes in tastes and preferences)
2. Perubahan dalam teknologi
3. Reaksi individu-individu yang menerima
kesan dari pemilihan dan perlaksanaan
projek.

Bagaimana cara untuk mengambilkira risiko


dan ketidakpastian dalam penilaian projek

Terdapat beberapa cara antara lain ialah


1. Menggunakan usia atau hayat projek yang lebih
pendek bagi projek yang berisiko tinggi
Contoh, katakan usia projek adalah 30 tahun. Bagi
projek yang mempunyai risiko yang lebih tinggi
(high risk project) kita kira NPV,IRR dan B/C ratio
menggunakan usia projek cuma katakan untuk 20
tahun sahaja

2. Menambahkan premium risiko (risk premium)


keatas kadar diskaun sosial (social discount
rate)
dt = E
1
(1+i+j)n
dimana dt ialah faktor diskaun
i ialah kadar diskaun sosial
j ialah premium risiko

3. Analisis kepekaan (sensitivity analysis)


Asas analisis ini melibatkan perubahan
keatas varibel penting dalam penilaian
projek dan mengkaji apakah kesan
perubahan tersebut keatas NPV, IRR, dan
B/C ratio
I = ^ NPV atau IRR atau B/C ratio
%^X

dimana
I adalah indek kepekaan (sensitivity index)
X adalah varibel penting seperti harga
output dan input,kuantiti output dan input
dan kadar diskaun.
Indek kepekaan (I) mengukur perubahan
kepada NPV, IRR, B/C ratio disebabkan
oleh perubahan kepada varibel penting
tersebut.

Analisis kepekaan
Paling popular digunakan untuk
mengambilkira risiko dan ketidakpastian
dalam penilaian projek
Pada asasnya ia melihat samaada projek
berkenaan lebih sensitif atau kurang sensitif
yang diukur dari perubahan pada nilai NPV
,IRR, B/C ratio disebabkan apabila berlaku
perubahan kepada harga dan kuantiti output
dan input dan juga kadar diskaun.

Perubahan pada kadar diskaun adalah seperti


kaedah premium risiko
Perubahan harga umumnya dilihat dari segi
peningkatan harga input dan / atau
penurunan harga output.
Perubahan kuantiti umumnya dilihat dari segi
peningkatan kuantiti input yang digunakan
dan / atau penurunan kuantiti output

Cara yang mudah ialah dengan mengubah


peratus perubahan keatas faedah dan / atau
kos
contoh : ^NPV ? Apabila Faedah turun 10%
^NPV ? Apabila Kos naik 10%
^NPV ? Apabila Faedah turun 10%
dan Kos naik 10%
Analisis yang sama boleh dilihat keatas IRR
dan B/C ratio

Kesan luaran dan barang awam


Fokus analisis kos faedah sosial untuk kursus
ini berbeza dengan penilaian kewangan bagi
satu-satu projek dari segi ianya mencuba
untuk mengambilkira keseluruhan kos dan
faedah yang terakru kepada projek dan
masyarakat
Oleh itu adalah penting kita melihat kepada
kesan luaran dan barang awam dalam
analisis kos faedah sosial

Kesan luaran (externalities)

Ianya berlaku apabila terdapat keadaan berikut


1. Aktiviti ekonomi samaada pengeluaran
(production) atau penggunaan (consumption)
yang memberi kesan atau menjejaskan
pengeluaran atau tingkat utiliti pengeluar lain
atau pengguna
2. Kesan ini tidak diberi nilai / harga atau tidak
diberi pampasan

Kesan luaran teknologi (technological


externalities) berlaku apabila fungsi
pengeluaran pengeluar yang menerima kesan
atau utiliti pengguna yang terlibat berubah
Contoh : Dalam proses pengeluaran atau
perlaksanaan satu-satu projek, pencemaran
(pollution) atau kerosakan keatas alam sekitar
berlaku yang memberi kesan kepada pehak
ketiga samaada pengeluar lain atau
pengguna/masyarakat

Barang awam

Kebanyakkan projek-projek berkaitan alam


sekitar seperti projek-projek rekreasi
mewujudkan output dalam bentuk barang atau
perkhidmatan yang mempamirkan ciri-ciri barang
awam
Dua ciri penting barang awam
1. Tanpa pengasingan (non-excludability)
2. Tanpa saingan dalam penggunaan (non-rivalry in
consumption)

Tanpa pengasingan bermaksud apabila


barang atau perkhidmatan tersebut
ditawarkan kepada seseorang ianya juga
ditawarkan kepada individu individu lain
oleh kerana orang lain tidak boleh
diasingkan dari menikmati faedah tersebut

Tanpa saingan dalam penggunaan


bermaksud jika barang atau perkhidmatan
tersebut digunakan oleh seseorang
pengguna ianya tidak menghalang atau
mencegah pengguna lain dari menikmati
sama barang atau perkhidmatan tersebut.

Terdapatnya output projek tertentu yang


mana ianya mempamirkan ciri-ciri barang
awam menimbulkan masalah besar dalam
penilaian projek.
Output atau keluaran kebanyakkan projek
awam seperti projek-projek rekreasi dan
lain-lain adalah boleh dikategorikan
sebagai barang awam

Contoh : Projek taman tasek atau projek


rekreasi yang dibina oleh Majlis Tempatan
Masalah besar menilai projek ini ialah dari
segi mendapat keutamaan sebenar (true
preferences) bagi individu individu yang
akan menerima kesan samaada baik /
faedah atau buruk / kos dari
perlaksanaanprojek projek tersebut

Penilaian kesan alam sekitar (Environmental


Impact Assessment,EIA) dalam analisis projek
Beberapa keputusan terkini berkaitan projek dan
pemuliharaan alam sekitar
Laporan penilaian kesan kesan alam sekitar (EIA) diwajibkan
bagi pembangunan kawasan melebihi 20 hektar berbanding
sebelum ini iaitu seluas 50 hektar. Jika terdapat pecahan
kawasan kurang dari 20 hektar secara berturutan yang
hendak dimajukan maka laporan EIA diwajibkan bagi
keseluruhan kawasan tersebut

Semua kawasan pembangunan dengan keluasan


40 hingga80 hektar yang telah dibersihkan tetapi
tidak dimajukan hendaklah diserah semula kepada
kerajaan dan kerajaan akan membayar balik kos
yang ditanggung oleh pemilik tanah. Kawasan
berkenaan akan dibangunkan sebagai taman
rekreasi untuk penduduk setempat
Pokok-pokok bersaiz dengan diameter 15 hingga
20.32 cm (6 hingga 8 inci) tidak boleh ditebang.
Jabatan perhutanan dan agensi-agensi berkaitan
akan menandakan pokok-pokok yang tidak boleh
ditebang sekiranya kawasan itu hendak
dibangunkan.

Semua undang-undang dan peraturan berkaitan


alam sekitar dikuatkuasakan sepenuhnya dengan
serta-merta. Penguatkuasaan diketatkan dan
pehak berkuasa perlu mengambil tindakan yang
tegas. Ada kemungkinan pesalah-pesalah alam
sekitar akan dipenjarakan mandotari dan bukan
semata-mata mengenakan denda seperti yang
terdapat kini, tetapi ini akan diaktakan dan maseh
dalam proses.

Dasar Alam Sekitar Negara (National


Environmental Policy)
Dasar alam sekitar Malaysia pada
keseluruhannya mengambilkira faktor-faktor
berikut
1. Kesan pertambahan penduduk dan aktivitiaktiviti manusia dalam pembangunan
sumber,perindustrian dan penbandaran
keatas alam sekitar

2. Kepentingan kritikal untuk menjaga


kualitialam sekitar berbanding dengan
keperluan penduduk terutama dari segi
kapasiti pengeluaran bagi sumber tanah
negara dalam pertanian, perhutanan,
perikanan dan air
3. Keperluan untuk menjaga alam sekitar
yang sehat untuk penghidupan manusia

4. Keperluan untuk memulihara warisan asli


negara yang unik dan beraneka jenis yang
mana kesemuanya menyumbang kepada
kualiti hidup
5. Saling berkait antara faktor-faktor sosial,
budaya, ekonomi, biologi dan fizikal dalam
menentukan ekologi manusia.

Apakah definisi EIA


Penilain kesan alam sekitar EIA bagi projek ialah
sebagai satu proses untuk mengenalpasti dan
meramal kesan keatas kesihatan dan keselesaan
manusia dari projek-projek pembangunan dan
mentafsir serta menyebarkan maklumat mengenai
kesan tersebut.
EIA of projects is defined as a process designed to
identify and predict the impact on mans health and
well-being of development projects and to interpret
and communicate the information about the
impacts.

Polisi Negara mengenai EIA


Dalam penilaian kesemua projek projek
berkenaan satu taksiran mengenai kesan
keseluruhan projek-projek tersebut keatas
alam sekitar perlu dibuat. Kementerian dan
Jabatan serta Sektor Swasta adalah
diwajibkan sebelum memulakan perlaksanaan
projek-projek berkenaan, untuk
mengenalpasti kesemua kemungkinan kesen
alam sekitar danjuga cara-cara mengatasinya

Taksiran ini akan diambilkira dalam rekabentuk


akhir dan perlaksanaan projek-projek
tersebut, tetapi akan memikirkan bahawa
penggunaan kaedah kaedah penjagaan alam
sekitar ini selaras dengan kos pembangunan.

Prosedur Penilaian Kesan Alam Sekitar EIA

Prosedur EIA perlu melalui peringkat-peringkat


tertentu sebelum ianya dilulukan untuk
perlaksanaan
1. Penaksiran awal (preliminary assessment)
2. Penaksiran terperinci (detailednassessment)
3. Menilai semula (review)
(tunjukkan secara rajah)

Penaksiran awal mengandungi perkara perkara


berikut
1. Mengikuti garis panduan umum yang
dikeluarkan oleh panel penilai semula (review
panel)
2. Dimulakan diperingkat awal perancangan
projek
3. Sumber diperlukan sama seperti sumber yang
digunakan dalam kajian prakemungkinan
(prefeasibility study)

4. Menggunakan matrik sebagai kaedah


penaksiran
5. Data alam sekitar mungkin diperlukan
6. Satu laporan diperlukan

Penaksiran terperinci mengandungi perkara


perkara berikut
1. Garis panduan umum berserta syarat
syarat khusus bagi tiap tiap projek
dikeluarkan
2. Sumber yang diperlukan sama seperti
yang diginakanuntuk kajian kemungkinan
(feasibility study)

3. Kaedah penaksiran dipilih berdasarkan


jenis dan bentuk projek
4. Pengutipan data alam sekitar adalah
dimestikan
5. Satu laporan adalah diperlukan

Menilai semula (review) mengandungi


perkara perkara berikut
!. Menilai semula dijalankan oleh panel
bebas yang dilantik dan
bertanggungjawab secara langsung
kepada Menteri, Kementerian Alam
Sekitar

2. Pendapat dan pandangan akan dijemput


dari agensi agensi berkaitan alam sekitar
dan dari orang awam
3. Cadangan akan dihantar kepada pehak
berkuasa yang meluluskan cadangan
projek
4. Jangka masa maksima yang dibenarkan
diperingkat ini ialah dua bulan

Proses penting bagi EIA


terdapat 6 proses penting
1. Kenyataan mengenai perlunya satu satu
projek
i) penerangan mengapa projek berkenaan
dicadangkan, memberi fokus kepada objektif
atau tujuan projek
ii) satu kenyataan keperluan yang memfokuskan
kepada aspek sosial, budaya, ekonomi dan
faedah faedah lain yang timbul dari projek

2. Kenyataan mengenai alternatif projek


i) Mengambilkira kesan keatas alam
sekitar dari tiap tiap alternatif
ii) Penaksir perlu mengenalpasti lokasi
projek, rekabentuk dan menaksir tiap tiap
alternatif dari sudut teknikal,ekonomi dan
alam sekitar serta menerangkan sebab
sebab dalam memilih satu satu alternatif

3. Pengumpulan maklumat alam sekitar


i) Ini adalah penting bagi EIA untuk
menentukan sejauh mana kesan alam
sekitar ditanggung oleh masyarakat
ii) Penaksir perlu mendapat maklumat
yang diperlukan dari badan atau
organisasi yang berkaitan dengan alam
sekitar, universiti dan institusi
penyelidikkan

iii) Pengumpulan maklumat alam sekitar


mestilah bersesuaian dengan saiz projek.
4. Penglibatan orang awam / masyarakat
- Sebagai bantuan kepada perancangan
projek
- Membantu perancang projek dalam
i) Memantau keperluan masyarakat
serta memastikan arah aliran projek untuk
memenuhi keperluan tersebut

ii) Mengenalpasti kesan kebendaan dan


psikologi dari projek keatas masyarakat
iii) Mengukur dan mempromosikan
penerimaan masyarakat keatas projek
untuk mengelakkan kegagalan projek
iv) Memantau perubahan nilai dalam
masyarakat mengenai alam sekitar

5. Penilaian dalam EIA


i) Penilaian EIA merupakan sesuatu yang
perlu dijalankan oleh perancang projek
sebagai asas kepada pembuat keputusan
yang baik dan kepada pehak berkuasa
yang meluluskan projek
ii) Penilaian adalah penting di tiga
peringkat perancangan projek

a) Pemilihan alternatif projek dari sudut lokasi


dan rekabentuk yang dicadangkan
b) Pemilihan kaedah pengurangan dan
pencegahan kesan alam sekitar
c) Perbandingan antara ( trade-off) pemuliharaan
alam sekitar dan pembangunan
Dua kaedah yang boleh digunakan ialah analisis
kos faedah (BCA) dan analisis keberkesanan
kos (AKK)

6. Pengawasan kesan alam sekitar (monitoring


environmental impacts)
i) Sebagai kawalan keatas pengurusan alam
sekitar bagi projek dan untuk memastikan projek
berkenaan mematuhi syarat syarat yang
dikenakan semasa kelulusan diberi keatas projek
ii) Memberi maklumbalas (feedback) untuk
memperbaikki data mengenai kesan alam sekitar
sebagai asas terhadap perancangan projek
dimasa akan datang.

You might also like