You are on page 1of 1

Kosmo, 5 jun 2014

Pembangunan tidak terkawal punca banjir kilat


KUALA LUMPUR Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka)
tidak menolak kemungkinan pembangunan yang pesat di sekitar
kawasan kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
di Gombak menjadi faktor utama kawasan berkenaan dilanda banjir
kilat petang semalam. Timbalan Presiden Peka, Dr.
Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pembangunan yang padat
menyebabkan bilangan pokok besar yang merupakan ejen penyerapan
air di sekitar kawasan UIAM semakin berkurangan.
Menurut beliau, kesan pembangunan itu menyebabkan berlakunya
hakisan sehingga membuatkan sungaisungai menjadi
cetek dan ia tidak mampu menampung jumlah aliran air yang banyak.
"Ketiadaan pokokpokok besar ini menyebabkan air hujan mengalir
secara terus ke saliran seperti parit dan longkang serta
sungai lalu melimpah di daratan apabila ia melebihi kapasiti.
"Oleh itu, kita perlu mengelakkan penebangan pokok secara besarbesaran
apabila membangunkan sesebuah kawasan bagi mengelakkan
insiden banjir kilat di UIAM berulang," katanya ketika
dihubungi Kosmo! semalam. Abdul Razak ialah pensyarah di
Universiti Putra Malaysia. Sementara itu, seorang pakar
geologi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo turut sependapat
dengan Peka dan menegaskan, pembangunan pesat sekitar
Gombak menyebabkan sistem perparitan di situ tidak
dapat menampung taburan hujan yang tinggi. Tegas beliau, sistem perparitan
sedia ada di negara ini memang gaga! menampung kadar hujan yang tinggi
disebabkan pembangunan yang semakin pesat. Jelasnya, cara terbaik untuk
menangani kejadian banjir kilat termasuk di UIAM adalah dengan mengkaji
semula aspek saliran dan memperbanyakkan kawasan serapan hujan supaya
air meresap dalam tanah. "Hujan ekstrem bermaksud kadar
taburan hujan yang terlalu banyak disebabkan masalah fenomena
pemanasan global yang melanda dunia waktu ini," katanya.
Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu
(UMT) bagaimanapun menolak fenomena El Nino yang dijangka
melanda negara pada Jun sehingga Ogos ini sebagai punca banjir
kilat di UIAM. Katanya, fenomena itu lebih kepada cuaca panas dan kering

You might also like