You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN
Reka Bentuk dan Teknologi merupakan mata pelajaran yang baharu dalam
diajar dalam KSSR. Mata pelajaran ini telah memberikan tumpuan untuk
menyediakan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang
membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan
vokasional di peringkat menengah.
Reka Bentuk dan Teknologi telah digubal dengan menekankan pada
standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketuai, difahami dan
dikuasai oleh murid bertahun 4, 5 dan 6. Pendedahan awal tentang kemahiran asas
dalam bidang Teknikal, Teknologi Pertanian, Sains Rumah Tangga dan elemen
merentas sepeti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi
serta Asas Keusahawan telah memberi kesan yang positif kepada murid-murid.
Dalam tugasan ini, kami diminta untuk membina satu Rancangan
Pengajaran Harian berdasarkan buku teks Sekolah Kebangsaan. Saya telah
memilih Unit 4: Penghasilan Projek untuk menghasilkan bahan bukan logam
dengan elektrik. Dalam tugasan ini, saya tidak mengikut sepenuh isi yang terdapat
dalam buku teks. Saya telah mengubahsuaikan dengan mengajar bagaimana
membina bahan bukan logam yang lebih mudah. Hal ini kerana bahan bukan logam
dalam buku teks perlu dibina selama beberapa minggu.

You might also like