You are on page 1of 1

refleksi

Sebaik sahaja mendapat tajuk tugasan, saya berasa amat risau kerana
nampaknya susah tajuk tugasan ini.tugasan ini telah dibahagi kepada tiga sub
tugasan, iaitu tugasan 1 secara berkumpulan, tajuk 2 secara individu, dan tugasan
3 pula perlu minta bantuan guru panitia matematik memberi penilaian terhadap
RPH dan sebagai penyelia pengajaran saya.
Dalam sepanjang tempoh saya membuat tugasan, saya telah banyak
mencari maklumat berkaitan sama ada melalui internet, buku-buku rujukan, atau
minta bantuan rakan sebaya .
Pada pendapat saya, satu pendekatan yang lebih komprehansif perlu
dilakukan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid supaya mereka
memperolehi keputusan yang cemerlang.
Guru harus merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
mengikut prinsip-prinsip, berdasarkan kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran,
huraian sukatan pelajaran,mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan
kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu.pendekatan, kaedah dan teknik
dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif.
Dengan bantuan pelbagai pihak, akhirnya tugasan saya dapat siapkan
dengan sempurna. Saya telah mendapat banyak ilmu baru sepanjang masa ini.
Saya akan mengamalkan ilmu yang diperolehi sepanjang masa ini ke dalam
pengajaran dan pembelajaran saya pada masa yang akan datang.
Akhirnya, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak memberi bantuan kepada
saya, terutamanya pensyarah saya.
Sekian, terima kasih.

You might also like