You are on page 1of 1

Tutorial M10

Salah satu perisian yang disediakan dalam cakera padat ini ialah quiz. Perisian
ini yang direka memang kreatif dan dapat menarik minat murid untuk menyelesaikan
soalan Matematik. Quiz yang disediakan mengandungi dua bahagian. Dalam bahagian
quiz 1, murid dikehendaki menyelesaikan 10 soalan. Walaupun murid memberi jawapan
yang salah, tetapi mereka tetap boleh melangkah ke seterusnya bagi menjawab soalan
lain yang disediakan. Setelah mereka menjawab semua soalan, maka jumlah jawapan
yang betul dan salah serta masa yang telah digunakan oleh murid akan ditunjukkan.
Melalui ini, murid boleh menguji ketahap diri sendiri di samping memperbaiki kelemahan
diri dalam penyelesaian soalan.
Dalam bahagian quiz 2, untuk membantu seekor monyet mendapat buah pisang,
maka murid hendak menjawab soalan dengan betul sebelum melangkah ke seterusnya.
Sekiranya murid tidak dapat memberi jawapan yang betul, maka mereka akan dianggap
gagal untuk membantu monyet itu mendapat buah pisang. Quiz ini lebih mencabar dan
dapat mencungkil pemikiran murid untuk menyelesaikan soalan Matematik.
Sebenarnya, quiz yang disediakan berbentuk permainan. Dengan cara ini, murid tidak
mudah berasa bosan maka dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar
Matematik.
Jadi, guru boleh memberi peluang kepada semua murid agar mereka melibatkan
diri secara aktif dalam penyelesaian soalan Matematik. Malahan, guru boleh meminjam
cakera padat ini kepada murid supaya mereka boleh belajar sendiri di dalam rumah. Hal
ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap murid yang mencintai ilmu Matematik.

You might also like