You are on page 1of 3

ISL MINGGU 15

Senaraikan Kemudahan Makmal Matematik dan Fungsinya.


Papan putih

Papan putih merupakan satu kemudahan asas yang perlu ada dalam sesuatu makmal
Matematik. Guru sering menggunakan papan putih untuk menulis segala yang diajar
seperti langkah-langkah untuk menyelesaikan sesuatu soalan Matematik.

Papan interaktif

Kemudahan berteknologi ini dapat memudahkan guru untuk menjalankan sesi PdP.
Apabila projector memancarkan imej pada skrin komputer ke papan putih interaktif ini,
guru hanya perlu menulis atau menyentuh skrin papan putih interaktif untuk mengubah
apa-apa sahaja yang terdapat dalam komputer.

Pembesar suara

Pembesar suara ini berfungsi untuk memastikan bahawa murid-murid dapat


mendengar dengan jelas semasa pengajaran yang melibatkan audio.

Papan kenyataan

Memaparkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Matematik.


Memaparkan hasil kerja murid.
Memaparkan peraturan-peraturan makmal Matematik.

Komputer

Memudahkan murid mencari maklumat dari Internet.


Berkomunikasi dengan luaran melalui email, video konferens.
Menjalankan E-pembelajaran.
Meningkatkan kemahiran murid dalam bidang ICT.

Mesin pencetak

Membolehkan guru atau murid mencetak sumber bahan.


Memudahkan guru untuk memperbanyakkan sumber bahan.
Mencetak hasil kerja ICT murid.

ISL MINGGU 15
Rak

Disediakan untuk menyimpan atau mempamerkan bahan-bahan yang telah disediakan


untuk menggunakan semasa proses PdP. Hasilan murid juga boleh dipamerkan.

Almari

Disediakan untuk menyimpan barang. Barang yang lebih senang rosak akan disimpan
dalam almari.

Projektor

Memaparkan gambaran yang telah disediakan oleh guru dalam komputer ke atas
papan putih supaya seluruh kelas boleh nampak.

Visualiser

Memaparkan dan membesarkan objek kepada skrin besar


Menunjukkan kemahiran pratikal dengan jelas

Televisyen

Menyiarkan rancangan televisyen berkaitan dengan Matematik.

Meja heksagon

Membincangkan aktiviti kumpulan.


Menjalankan aktiviti penerokaan yang melibatkan pengolahan bahan-bahan konkrit
dan manipulatif.

Pemadam api

Memadam api jika berlaku kebakaran.

Tong sampah

Membuang sampah-sarap.

ISL MINGGU 15

You might also like