You are on page 1of 7

LAPORAN KURSUS

DSKP REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5


1.0 MAKLUMAT
1.1

TajukKursus : DSKP TAHUN 5

1.2

Mata Pelajaran

1.3

Tarikh

1.4

Tempat

1.5

Nama Fasilitator: Pn Asmaliza binti Mohd

1.6

ObjektifKursus
mata pelajaran

: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

: 11 November 2014
: Bilik Mesyuarat, SK Batu 48, Dungun

: Memberi pendedahan tentang DSKP tahun 5 bagi

RBT kepada semua guru yang mengajar mata pelajaran KH


di sekolah.
1.7

SenaraiPeserta

: 1. En. Arissie b. Ismail

2. Pn. Faizah bt Hitam


3.Pn. Norazrina bt Mohamad
4. En.Mohd Noor b. Yusof
5. Pn. Siti Sara bt Ismail
6. Pn. Norhamiah bt Ab. Hamid
1.8

JadualKursus :Seperti Berikut


MASA
2.00 2.15
2.15 2.45
2.45 3.15
3.15 3.45
3.45 4.15
4.15

TOPIK
ASAS TEKNOLOGI
PENGHASILAN PROJEK
TEKNOLOGI PERTANIAN
SAINS RUMAH TANGGA
MODUL P DAN P /CARA MENULIS
RPH/SIMULASI PROJEK YANG DIJALANKAN
DI PERINGKAT DAERAH/ TUNJUK GAMBAR
TAMAT

2.0 POST -MORTEM


2.1 PENILAIAN SECARA KESELURUHAN
Secara keseluruhan kursus ini mencapai objektif yang di tetapkan iaitu ia
dapat member pendedahan yang lebih terperinci kepada semua guru
yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup terutama guru yang
masih baru dalam bidang KH atau RBT. Kursus ini juga member peluang
kepada semua guru dapat bertanya secara lebih dekat tentang silibus
dalam DSKP yang perlu mereka habiskan dalam masa 18 minggu. Ia juga
member pengetahuan baru , idea serta teknik p dan p yang boleh mereka
lakukan dalam kelas pada masa akan datang.
2.1.1 KEKUATAN KURSUS
Kursus ini dapat member pendedahan awal tentang silibus dalam
DSKP kepada semua guru yang akan mengajar RBT pada masa akan
datang. Ia juga memudahkan guru yang mengajar RBT Tahun 5
pada tahun hadapan memandangkan semua silibus telah
diterangkan bersama-sama modul P dan P mengikut topik. Kursus
ini juga member pendedahan kepada guru cara member dan
merekodkan Tahap penguasaan(TP) kepada murid berdasarkan
topik yang telah diajar.
2.1.2 KELEMAHAN KURSUS/ISU
Antara isu yang hangat semasa kursus ini dijalankan iaitu tempoh
masa menghabiskan silibus iaitu selama 18 minggu yang di anggap
terlalu pendek dan terhad dan juga cara perlaksanaan mata
pelajaran ini dan TMK. Walaubagaimanapun, ia dapat di atasi
dengan penerangan dan cara perlaksanaan tahun semasa yang
boleh dianggap berjaya.
Selain daripada itu, bahan kursus juga tidak dapat disediakan
memandangkan bahan projek belum lagi di perolehi oleh pihak
yang biasa membekalkan bahan p dan p di sekolah seperti projek
litar eletrik. Namun begitu, fasilitator telah menyakinkan semua
guru yang hadir dalam kursus ini bahawa semua guru boleh
menjalankan p dan p dengan baik memandangkan ia merupakan
kesinambungan daripada litar yang dibuat dalam mata pelajaran
Dunia Sains Dan Teknologi serta guru yang di pilih menghadiri
kursus LADAP di sekolah merupakan semua guru Sains.
2.1.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah menyediakan


kursus secara berterusan diperingkat daerah bagi memantapkan
semua guru yang mengajar matapelajaran ini. Selain daripada itu
pihak pejabat pendidikan juga hendaklah mengadakan kursus p dan
p kepada guru dengan bimbingan JU yang telah dilantik bagi
memberi idea dan pengetahuan baru kepada guru matapelajaran ini
khususnya.

3.0

LAMPIRAN

Disediakan Oleh,

Di sahkan oleh,

(ASMALIZA BINTI MOHD)


Ketua Panitia RBT,

(MOHD SAPIEN B. AWANG)


Penolong Kanan Pentadbiran,

Sekolah Kebangsaan Batu 48,


48,
Dungun, Terengganu.

Sekolah Kebangsaan Batu


Dungun, Terengganu.

You might also like