You are on page 1of 18

Bahagian A

A.1 Baharu-baharu ini terjadi beberapa kejadian konflik budaya di sekolahsekolah dan telah digembar-gemburkan oleh media massa.
Berdasarkan salah satu isu yang tersebut di atas, huraikan bagaimana
seseorang guru itu boleh mewujudkan pemahaman dan meningkatkan
perhubungan dalam kalangan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang sosiobudaya.

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal
menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus
melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan
2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan
budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama
gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak
dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan
yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Perubahan pucuk pimpinan negara pada tahun 2009 telah menjadikan
perpaduan sebagai perkara utama kepimpinan negara. Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Hj Abd Razak melancarkan 1Malaysia sebagai usaha untuk
mengeratkan hubungan kaum di Malaysia. Menurut beliau. 1Malaysia adalah
satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat


Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru
yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini,
sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang
sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke
arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat
dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan
membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia
diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan
masyarakat. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain
seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

Definisi sosiobudaya

Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya,


terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang
dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurut ensiklopedia bebas
http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan (daripada perkataan
Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang
bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal hal
berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu
Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua
dua perkataan ini dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran,
usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat


ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan
fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).
Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan
dalam laman web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistemsosio-budaya-islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosiobudaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat
berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan
meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.
Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan
pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur struktur
kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang
membentuk ciri ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini

dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu


konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang undang, adat resam dan lain
lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan
sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga
merangkumi skop yang lebih besar.

Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan bilik darjah dan


proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri


kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di
peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan
sekolah. Kegagalan guru, murid serta sekolah dalam menghadapi
kepelbagaian sosial ini akan menggagalkan konsep 1Malaysia yang
dicanangkan oleh pucuk pimpinan negara. Hal ini kerana, sekolah merupakan
tunjang atau umbi kepada 1Malaysia di mana penerapan nilai-nilai murni dan
aspirasi seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia akan bermula di
peringkat sekolah.

1. Guru.

Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah
yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu,
guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya
daripada pelbagai kelas sosial dan kaum.

Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan


cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala
menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa
ataupun jenis bangsa seseorang.

Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal
daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan
semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas
sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan
kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan
kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas
sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat.
Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan
mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada
perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang
lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman
murid-murid.

Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang


berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada
sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid
beragama budha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama
dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan
pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid
sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh
menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan
sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan
pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri
murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur
kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilainilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia.

Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia


yang bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi
kaum agar murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka
dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan
daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan yang dianuti
oleh murid-murid. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran
perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama,nilai dan kepercayaan
mereka.

Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku
pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan


bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid
di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.

2. Murid.

Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Muridmurid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya,
agama dan persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio
budaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang
berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda
dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama,
budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan
proses pembelajaran.

Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam


kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda
ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses
pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu
ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah
faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut
membantu murid mencapai kematangan sosial.

Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di


dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak
pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang
sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada
murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama,
batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak
bertentangan dengan tuntutan agama.

Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal
demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses
sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat
dilaksanakan.

Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap
percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya
untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat
kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara
tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin.

Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan


masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku
seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh
dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi
dan bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku
yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal
dan di ubah sikapnya.

3. Sekolah

Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang


boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan
sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan
untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu,
aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi
kepelbagaian sosio-budaya ini.

Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai


dalam masyarakat.Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang
baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murid juga harus sentiasa
diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara
setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak
sekolah.

Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan


tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan
(RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian
Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa
mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak
berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral
ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di
kalangan murid.

Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan


murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing
antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang
seragam.

Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak


peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu
generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu,
penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk
sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan
mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.

4. Kurikulum Tersirat

Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik


merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk
dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan
kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di
sekolah.

Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di


kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan
sebagai kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui
aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan
sebagainya.

Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah


sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah.
Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah
laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di
antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek
dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi
kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup
murid

Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai


konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada
hal-hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas
mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada
pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu
memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat
sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial
berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.

Memperkasakan sekolah Wawasan. Sistem pendidikan pelbagai aliran


menyebabkan ramai ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah mengikut
kaum masing-masing. Usaha untuk memupuk perpaduan hendaklah dimulai
dari awal dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang
sama. Maka usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah
kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang
lebih kukuh ke arah menyatu padukan rakyat berbilang kaum dinegara ini

Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Perpaduan

Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang


menjadi tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakanrakan dan remaja pelbagai kaum. Awalnya disekolah jugalah mereka belajar
dan mula tahu mengenai adat resam, budaya dan agama rakan-rakan
daripada kaum lain. Namun persahabatan terjalin mesra dalam pergaulan
mereka tanpa berasa harus ada pengasingan atau peminggiran atas dasar
kelainan itu.

Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam


persekolahan ini membina perspektif unit dalam diri kanak-kanak dan remaja
sehinggalah dewasa apabila mereka mudah menerima serta mesra dalam
pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain.
Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia
bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat
memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Untuk itu, pihak sekolah perlu
mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk
sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Antara langkahlangkah yang boleh diambil ialah

Aktiviti kurikulum yang seragam


Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu
pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk
semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan
dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata
pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran
dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat
mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolongmenolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku
yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah
rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan
lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik
negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan
pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan
merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara
yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita.
Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang?
Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin
keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hanya sistem
pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat
perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.
Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum
yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai
bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi
pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan
disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan
profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan

tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, untuk semua
peringkat persekolahan.

Aktiviti kokurikulum.
Menurut http://suhaizlah.wordpress.com/2011/06/14/ antara-langkah-langkah
ke--menwujudkan-perpaduan-di-kalangan-pelajar/ Kokurikulum merupakan
satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang.
Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan
pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut
menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum
membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik
darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan
hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat.
Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara
langsung menuju ke arah integrasi nasional.
Aktiviti kokurikulum juga menekankan pemupukan dan perkembangan diri
individu melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum
yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran,
ceramah dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam
kalangan pelajar pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus
dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan
dan badan beruniform. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat
berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia.

Aktiviti sukan
Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah.
Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk
perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah
mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara
pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam
sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan
bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang
majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar.

Program Anak Angkat


Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk
sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada
pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara
atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan
oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang
pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat.
Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan
penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi
nasional.

Program integrasi di sekolah.


Mantan Perdana Menteri malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad
Badawi pada masa pemerintahannya mahukan program integrasi di sekolah
diteruskan bagi membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar
pelbagai kaum ditingkatkan. Beliau berkata langkah ini perlu kerana melalui
program tersebut akan membawa kebaikan kerana wujudnya perasaan saling
hormat-menghormati antara kaum dapat dipereratkan. Antara kata-kata
beliau semasa sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan
Pemimpin Persatuan Guru dan Sekolah (PIBG) Parlimen Kepala Batas di
Penang Golf Resort
Kita nak kebaikan supaya setiap kemajuan negara dapat dinikmati semua
kaum dan ia setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan
menguntungkan semua pihak. Kalau kita tidak berusaha untuk memberi
kesempatan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum seperti sukan, debat, kegiatan alam sekitar dan landskap,
hubungan antara mereka akan terpisahdan bersendirian menjadikan
intergrasi sukar untuk dilaksanakan.
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=207%3Aperlu-program-intergrasi-disekolah&lang=en

Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah.


Prinsip Rukun Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan
modal insan dari generasi ke generasi bagi memastikan prinsip itu kekal
diterima dan menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini. Hal

demikian kerana ideologi yang terkandung di dalam Rukun Negara amat


holistik dan mencakupi nilai-nilai bersama yang diamalkan oleh masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia. "Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri
generasi muda amat penting sekali untuk pembangunan sahsiah golongan
tersebut.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap dalam
Majlis Tokoh Negara: Kolokium Sekretariat Rukun Negara anjuran Taylors
Universiti berkata
Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting
sekali untuk pembangunan sahsiah golongan tersebut
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121217/dn_03/RukunNegara-perlu-kekal-jadi-teras-perpaduan-rakyat-pelbagai-kaum
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000
di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi
selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya
Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.
Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di
Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang
teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan
kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun
Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab
Rukun Negara di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan
warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun
Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat
dipertingkat dan diperkukuhkan..
http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia

Sekolah Penyayang
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep
Sekolahku Syurgaku dan Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi
dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan
Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada
sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati
orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang
dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986.
Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan
kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005.
KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara
murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan
antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka
akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan
adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan
peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan
terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat
tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula ke arah
merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup
bersatu padu dan harmoni.

RIMUP diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang
menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam
pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi penekanan
kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat
melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi
unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara
kolektif dan bersepadu. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Hj. Mohd Anuar Abdul
Hamid berkata, menerusi RIMUP, progran yang berkonsepkan perpaduan dan
amalan nilai-nilai murni didedahkan kepada peserta.
http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?
option=com_content&view=article&id=578:rancangan-integrasi-murid-untukperpaduan&catid=47:fokus

Antara contoh aktiviti yang boleh dianjurkan ialah Program Perkhemahan


Padu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia, Program
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia. Setiap aktiviti yang
dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolongmenolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.
Ia juga bagi melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai
kaum di sekolah.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan


Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati
hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat
sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan
Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan
Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG,
Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan
Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah
seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik,
pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik
darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran,
melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik
kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang
dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina
keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang
merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan
cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah


Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempattempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu
Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim
dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang
upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa
lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong,
persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan
sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan
memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa,
mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum
dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah


Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan
beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan
sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah
untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-

peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula wujud apabila


menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk
mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama
lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini
wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang
dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan
berbeza.
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian
kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak
seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang
dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian,
kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan
yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar.
Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai
keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang
aman dan damai.

Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah


Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan
menengah atas ialah memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan
negara serta berbangga menjadi warganegara Malaysia. Kandungan
kurikulum yang disediakan, memberikan fokus kepada pemahaman yang
menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima
ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun.
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada
pemerolehan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan pemupukan nilainilai. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan
satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam rentetan
peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan
dengan sejarah negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar
untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah
Malaysia (PPK 2002). Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan
bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan
dan persefahaman antara bangsa (PPK 2002) kerana tujuan pendidikan
Sejarah itu adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan
bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan perasaan bangga
sebagai rakyat Malaysia.

Persekitaran pendidikan

Menurut Zaidi Ahmad (2010) persekitaran pendidikan di malaysia


menyediakan ruang fizikal untuk pelajar pelbagai etnik berinteraksi. Di semua
pusat pendidikan, penyertaan pelajar pelbagai etnik dalam semua aktiviti
adalah tinggi. Aktiviti yang berstruktur yang diamalkan disemua institusi
pendidikan di Malaysia akan melibatkan pelajar secara menyeluruh dan
berkenalan. Guru atau tenaga pengajar akan menjadi pusat tumpuan dan
menggerakkan aktiviti dan tugasan yang perlu dilaksanakan. Polo interaksi
sosial begini akan melibatkan interaksi dan pelajar akan memilih sahabat
walaupun daripada kumpulan etnik yang berbeza.
Semasa melaksanakan aktiviti seseorang pelajar, dapat mengenalpasti
kriteria pelajar lain dan situasi ini dapat membantunya memilih seorang
sahabat. Dalam situasi ini, pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar dalam
kumpulan etnik yang berlainan dapat diadakan jika murid ini ditempatkan
dalam satu persekitaran yang multietnik, jadi persekitaran pembelajaran di
Malaysia menepati kriteria ini. Teori polo interaksi sosial dapat diaplikasikan
dalam keadaan ini yang mana peluang disediakan untuk berinteraksi sosial.
Pelajar mengenali antara satu sama lain walaupun daripada etnik yang
berlainan. Apabila berinteraksi, minat dan sifat dapat dikenalpasti yang
selanjutnya membuka ruang untuk perkongsian merentasi etnik.

KESIMPULAN
Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat
Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan
masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman
dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal
kemerdekaan lagi.
Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn
etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini
adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan
kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa
dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan
masyarakat.
Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan
masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn
peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13
Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi
menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang
2020.

Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di


negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang
lebih aman, maju, selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua
pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan
amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di nagara Malaysia

Penerimaan dan layanan adil. Guru tidak seharusnya melayani pelakjar


sebagai satu kelompok individu, kelimpok kelas social atau kelompok
menikkut kaum etnik. Tidak harus menggunakan maklumat latar belakang
pelajar untuk mengesahkan generalisasi.Guru menggunakan makluamt latar
belakang keluarga pelajar untuk memahami tingkah laku dan luahan
perasaan pelajar yang dipengaruhi oleh peserkitaran.
Strategi Pembelajaran Koperatif. Kesaksamaan pendidikan bergantung pada
perekitran temapt tinggal pelaar. Faktor status sisaoekonomi kelaurga dan
gaya pembelaran pelaar. Pelaar dalamkumpulan hereronenous dapat
berkongsi pengetahuan dan pengalaman, nbelajar bersama-sama saling
membantu dan berinteraksi untuk memeastkan pencapaian kumpulan. Saling
belajar dan mengenali budtyya secara tidak langsung dan mengeratkan
hubungan.
Penguruan bilik darja dan pengurusan hunbungan. Kawalan tngkah laku
dianjurkan melali peraturan dan rutin bilik dajah. Pematuhan peraturan.
Kajian sisiometri untuk melihat hubungan antar plajar di dalam bilik darjah.
Maklumat yang dikumpulkan hendaklah dipindahkan ke dalam bentuk sosiol
gram. Kajian ini dala dignakan untk membina hubungan dan penerimaan
antara pelajar.
Maklumat:
Pilihan ramai = bintang
Saling memilih = pasangan saling.
Saling memilih dalam lingkungan bertiga / empat = klik
A pilih B, B pilih C = rantaian
X dipilih = singkiran
Tidak dipilih langsng = pengasing

Bahagian B
B.1 PIPP & PPPM telah mengesan masalah-masalah dalam peluang
pendidikan yang dihadapai oleh kumpulan indigenous and minoritu
Adalah wajar untuk kita menangani isu ini dan mengurangkan ketaksamaan
peluang pendidikan dan meningkatkan kualiti pendidikan kepada golongan
tersebut.

B.2 Nyatakan masalah-masalah yang dihadapai oleh kumpulan tersebut dan


bincangkan setakat mana usaha-usaha yang telah dilakukan untuk
membantu kedua-dua kumpulan tersebut untuk mencapai peluang yang lebih
besar dan kesamaan peluang pendidikan.

You might also like