You are on page 1of 1

Watak dan Perwatakan

Watak utama dalam artikel What You Dont Know Can Hurt You ialah
John, iaitu pengarangnya John Mccullum. John merupakan guru bagi kelas
Richard dan Chris dan dia berkulit putih. John merupakan seorang guru yang
bersemangat tinggi kerana walaupun kelasnya bising dan nakal, namun dia juga
ingin mengajar dan memupuk minat mereka dengan mengadakan aktiviti
berkumpulan yang menarik. Selain itu, John juga tidak mengikut jejak guru
penasihatnya yang hanya memberi tugasan individu yang bosan sahaja.
Kelemahan John ialah tidak mengambil berat tentang keadaan murid, contohnya
dia tidak tahu keadaan

dan latar belakang Richard lalu menghukumkannya.

Selain itu, John merupakan seorang yang mudah marah. Hal ini boleh dilihat
apabila Richard bersikap kurang ajar terhadapnya dan John lalu memberi
rujukan disiplin kepada Richard.
Richard juga merupakan watak utama dalam artikel ini. Richard berkulit
hitam, lemah dalam akademik dan berasal daripada keluarga yang miskin.
Richard mempunyai masalah pembelajaran dan pernah menerima pendidikan
khas dua tahun yang lalu. Richard merupakan murid kelas yang diajar oleh John.
Semasa dalam pengajaran dan pembelajaran John, Richard bergaduh dengan
Chris. Richard menjadi agresif dan pemberontak selepas tindakan John yang
memberi rujukan disiplin kepadanya. Selain itu, Richard bersikap tidak sopan
terhadap gurunya, John. Contohnya dia memanggil John Stupid, Peanut head,
dan juga berkata Dont be looking at me, boy! terhadap John.
Terdapat watak yang lain dalam artikel seperti Mr. Robertson dan Chris.
Mr. Robertson merupakan seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Dia
bersikap

lalai

dan

tidak

mematuhi

masa

kerana

tidak

menjalankan

tanggungjawabnya mengawasi Richard. Hal ini telah menimbulkan rasa kecewa


John terhadapnya. Seterusnya, Chris seorang murid dalam kelas John. Chris
berkulit putih, pandai dan berasal daripada keluarga yang kaya. Chris bergaduh
dengan John semasa kelas pembelajaran dan pengajaran John.

You might also like