You are on page 1of 5

HURAIKAN PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM ADAT RESAM KAUM-KAUM

YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

SARASWATHY A/P SHELVADORA


PPG PK UMUM
Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup. Ianya
mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim
sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami
khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah
budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia
adalah konsep yang saling bergantung dan sama. Adat seperti yang didefinisikan tadi
ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya
iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan
tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya
kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu
budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat
sesuatu masyarakat itu.
Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Corak dan cara hidup
sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui
kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan
masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek
persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang dikenali sebagai
masyarakat Malaysia. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup yang
menjadi kepunyaan bersama.
Persamaan adat resam kaum - kaum di Malaysia boleh dilihat dari segi
perkahwinan, kelahiran, kematian, pantang larang, sambutan perayaan dan sebagainya
. Kebiasaanya perkahwinan kaum Melayu dan India mempunyai persamaan. Ini dapat
dilihat, sebelum perkahwinan, akan diadakan adat merisik, kunjungi rumah bakal
pengantin untuk melihat bakal isteri. Selepas itu, diadakan adat berinai dan juga adat

bersanding yang mempunyai persamaan dengan kaum India. Adat perkahwinan orang
melayu hampir sama dgn org india ttp cuma bezanya dr segi pemberian mas kahwin
orang melayu lelaki beri kepada perempuan ttp org india pemberian dowri dilakukan
pihak perempuan kepada pihak lelaki. Adat perkahwinan org Melayu, Cina dan India
akan mengadakan kenduri makan utk ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan.
Tujuan adalah mendapat doa dan semoga bahagia drpd semua pihak.
Selain itu, persamaan adat resam kaum - kaum di Malaysia juga boleh dilihat dari segi
kelahiran. Semasa mengandung, Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat
Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali
sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak
sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia
dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin
menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam

perut.

Begitu

juga

dengan

orang

india.

Adat Valaikaappu akan dijalankan. Adat Valaikaappu

Semasa

mengandung,

adalah adat yang dilakukan

ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan.
Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali
sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud
perlindungan. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan
daripada kesukaran semasa bersalin.
Ekoran daripada itu, dalam masyarakat Melayu, Cina dan India, wanita yang
telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya
wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit
sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari
dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut
kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara
makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh
anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang
mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh

menyebabkan bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi


dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam atau
susu.
Dalam adat kematian dan pengurusan jenazah juga ada banyak persamaan antara
kaum-kaum di Malaysia. Adat ini dilakukan setelah sanak saudara kaum kerabat
berkumpul di rumah si mati untuk menyelenggarakan pengebumiannya. Jenazah si mati
tidak boleh ditangguh pengurusannya lebih-lebih lagi sengaja dilewatkan sebagai
memenuhi kehendak seseorang. Dalam menguruskan jenazah dalam adat Melayu dan
india, mereka akan memandikan mayat , kedua mengapankan mayat, ketiga
menyembahyangkan mayat, keempat menghantar mayat, kelima menguburkan mayat
mayat . Ia akan diuruskan mengikut tertib. Antara peralatan yang digunakan semasa
kematian ialah kain putih, kapas, serbuk cendana, kapur barus, dan air mawar. Selain itu,
semasa jenazah dibawa masuk ke dalam rumah peralatan di rumah akan ditutupi dengan
kain. Adat selepas kematian bagi org Melayu dan Cina juga ada persamaan, iaitu waris si
mati mengadakan kenduri arwah.
Sebagai warganegara Malaysia yang amat kaya dengan semangat patriotism,
perpaduan kaum dapat diperkukuhkan lagi dengan pelbagai sambutan perayaan tradisi
pelbagai kaum ini. Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum seperti hari raya Aidilfitri,
Deepavalli, Tahun Baru Cina dan Krismas. Melalui sambutan perayaan pelbagai kaum
ini kita dapat memahami dan menghargai amalan budaya setiap kaum di Malaysia. Di
samping itu juga turut mengukuhkan lagi persefahaman dan semangat permuafakatan
dalam kalangan kaum di Malaysia. Sikap saling menghormati budaya tradisi masingmasing dapat ditanam dalam diri mereka. Melalui sambutan perayaan tradisi pelbagai
kaum jelas mempamerkan sikap bersyukur sebagai warganegara Malaysia kerana kita
dapat menyambutnya tanpa perasaan ragu-ragu akan keselamatan diri kerana Negara
berada dalam suasana aman dan harmoni. Ekoran itu juga , ianya turut menyemai rasa
cinta akan bangsa dan Negara kerana rasa bangga kita lahir sebagai rakyat di bumi
bertuah ini. Walau masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai budaya dan perayaan
tradisi masing-masing, namun rasa komitmen dan sikap bertolak-ansur dan bertoleransi
yang wujud dalam diri setiap warga Malaysia untuk memperkukuh dan mengekalkan

perpaduan yang sedia ada. Sikap saling hormat-menghormati semasa merayakan


perayaan tradisi ini ketara dalam setiap sambutan pelbagai kaum di Negara kita. Malah
wujudnya suasana muhibbah atau semangat bermasyarakat apabila masing-masing
tanpa mengira kaum menyambut dan meraikan suasana perayaan tradisi ini.
Sikap berakhlak dan bepekerti mulia juga dapat kita lihat kerana masing-masing tanpa
rasa kekok membuat rumah terbuka dan mengunjungi rumah rakan taulan yang
berlainan bangsa semasa perayaan menunjukkan rakyat Malaysia kaya dengan nilai
patriotisme demi mempertahankan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
pelbagai bangsa ini terus kukuh dan kekal.

Kesimpulannya, adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk mengenali dan


mempelajari mengenai kepelbagaian budaya dalam Negara kita. Dalam hal ini apa
yang penting ialah , setiap rakyat perlu memahami serta menerima kepelbagaian
budaya ini secara hati terbuka. Kesudian setiap rakyat akan sentiasa mengamankan
negara kita. Selain itu, sistem pendidikan merupakan titik permulaan kepada
pemahaman kepelbagaian budaya. Oleh itu ianya penting dalam pendidikan untuk
diajar dengan betul mengena kepelbagaian budaya. Pedagogi yang relevan disarankan
supaya dapat menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam
sekolah. Sekiranya pemilihan strategi serta kaedah penyampaian adalah sesuai maka

pembelajaran akan menjadi lebih bermakna kepada murid. Ini akan meningkatkan
pemahaman murid dan seterusnya membuka jalan ke arah perpaduan.
ESEI TAJUK 2 : E-MAIL PADA 13/9/2012 PADA JAM 10.06 PM PADA PUAN
ANISAH

You might also like