You are on page 1of 2

Model Tekanan Guru ( Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1995)

Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina berpandukan
kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru.Lima sumber yang
dimaksudkan ialah beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber
pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurangbaik.

BEBAN KERJA
Persekitaran kerja merupakan pengaruhan guru dalam menjalankan tugas harian
mereka antaranya ialah keadaan persekitaran kelas, kemudahan alat bantu mengajar
dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan guru dan
pelajar.Selain itu, guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran
yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka,umpamanya mengisi borang, mengutip
yuran, mengemas kini kedatangan pelajar,menyediakan laporan prestasi, menyediakan
soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan , pelbagai lagi bagi memajukan
pelajar, membuat rancangan mengajar, menyediakan bahan bantu mengajar,
menghabiskan silibus, mengemaskini jadual kedatangan pelajar, mengganti guru yang
tidak hadir, mengendalikan aktiviti ko-kurikulum, menggubal soalan dan pelbagai tugas
lain.

KERENAH MURID
Seseorang guru terpaksa mengajar dan berhadapan dengan pelbagai ragam
murid. Sikap negative murid kepada palajaran adalah pemboleh ubah yang sangat
menekan dalam sampel kajiannya. Sikap-sikap negative murid adalah seperti : suka
ponteng sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah, suka buat bising di dalam kelas ,
pelajar yang kurang sopan, dan dan tidak bermotivasi.
PENGIKTIRAFAN PROFESSIONAL
Guru-guru adalah domain utama yang diamanahkan dalam proses penerapan
dan penyampai ilmu kepada anak watan, sama ada rela atau tidak mereka dituntut
untuk membangunkan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta pembaharuan
yang berlakudari masa ke semasa. Situasi tersebut secara umumnya mengakibatkan
guru-guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang lebih mencabar,
lebih berat dan semakin kompleks.

SUMBER PENGAJARAN
Dalam kajian ini, kekurangan sumber bukan sahaja terhad kepada sumber
pengajaran, seperti, kurangnya peralatan dan kemudahan pembelajaran tetapi juga
melibatkan keperluan harian guru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah (kertas
dan mesin pencetak). Kemudahan bilik guru yang tidak selesa dan sempit juga turut
dikategorikan sebagai kekurangan sumber.

HUBUNGAN YANG KURANG BAIK


Dalam konteks kajian ini, hubungan boleh dibahagikan kepada dua, iaitu,
hubungan sesama rakan sekerja dan hubungan dengan ibu bapa pelajar. Rakan
sekerja adalah individu atau kumpulan yang mempunyai tugas yang hampir sama iaitu
merujuk kepada guru-guru di sekolah yang sama. Manakala, ibu bapa pelajar merujuk
kepada orang tua (emak, ayah atau penjaga) yang bertanggungjawab sepenuhnya ke
atas pelajar dan mempunyai pertalian keluarga.
KESIMPULAN
Dalam bab ini, telah diperjelaskan satu persatu perkara-perkara yang menjadi asas
dan hala tuju kajian ini. Penyelidik telah menetapkan beberapa matlamat yang ingin
dicapai di akhir kajian ini. Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan,
penyelidik seterusnya membentuk beberapa hipotesis. Pada masa yang sama, penyelidik
turut menyatakan kepentingan kajian dan batasan kajian. Di bahagian akhir bab ini,
definisi operasional bagi beberapa istilah penting telah dihuraikan bagi memberi
kefahaman yang mendalam.

You might also like