You are on page 1of 1

1) Ekonomi merupakan satu sains sosial yang mengkaji tentang gelagat atau

perlakuan manusia menggunakan faktor pengeluaran ( sumber ekonomi ) yang


terhad untuk memaksimumkan kehendak manusia yang tidak terhad. Antara
contoh sumber ekonomi ialah buruh. Buruh ialah individu yang menawarkan tenaga
secara mental dan fizikal untuk menghasilkan output (contoh : buruh mahir, separuh
mahir, tak mahir). Tanah juga adalah merupakan sumber ekonomi yang mana ianya
merupakan sumber alam semulajadi yang merangkumi sumber di daratan, lautan dan
di dalam bumi (contoh : hutan, galian). Selain itu, modal juga merupakan sumber
ekonomi kerana modal merupakan barang yang dikeluarkan dan digunakan sebagai
input bagi mengeluarkan barangan lain (contoh: bangunan, mesin, jentera). Usahawan
iaitu individu yang mempunyai kemahiran mengabungkan sumber-sumber ekonomi
untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan juga adalah merupakan sumber
ekonomi. Menurut Abraham Maslow (ahli ekonomi), ekonomi adalah salah satu
bidang yang menyelesaikan masalah keperluan asas kehidupan manusia melalui
penggemblengan segala sumber ekonomi yang ada dengan berasaskan prinsip serta
teori tertentu dalam suatu sistem ekonomi yang dianggap efektif dan efisien.
2) Maksud pertumbuhan dari segi ekonomi ialah pertambahan di dalam pendapatan
sebenar negara. Pertumbuhan akan diukur dengan melihat kadar per kapita Keluaran
Dalam Negara Kasar ( KDNK ), pendapatan purata, pengagihan pendapatan juga
pertambahan dan bilangan rumah, sekolah,dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya, jika
bercakap soal pertumbuhan dari aspek ekonomi, ianya tidak akan dapat lari daripada
dikaitkan dengan keluaran dalam negara dan seterusnya akan memberi kesan terhadap
pendapatan negara. Kedua-dua aspek ini amat berkait rapat dengan maksud
pertumbuhan.
3) Pembangunan ialah sebagai satu proses pelbagai dimensi yang mana melibatkan

pembentukan serta penyesuaian semula sistem ekonomi dan sosial. Pembangunan


ekonomi bukan sahaja tertumpu kepada pertumbuhan tingkat pendapatan per kapita
semata-mata tetapi juga melibatkan pembangunan sumber tenaga manusia, kecekapan
penduduk dalam menyediakan barangan yang diperlukan, perubahan sikap dan
pertalian sosial, diikuti dengan peningkatan taraf hidup dan kebajikan. Pembangunan
juga bermatlamat menentukan usaha pembangunan yang berterusan dan tidak
memusnah dan memupuskan sumber asli.

You might also like