You are on page 1of 2

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)


PIAGAM PELANGGAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan
memastikan:
1. Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan selepas keputusan
peperiksaan awam diumumkan seperti keterangan berikut:
i.

Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke sekolah berasrama penuh


dimaklumkan dalam tempoh 27 hari bekerja, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) 30 hari bekerja dan Sekolah Seni Malaysia 45 hari bekerja;

ii.

Lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke sekolah vokasional / teknik / asrama


penuh / SMKA dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja; dan

iii.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi dimaklumkan dalam tempoh
30 hari bekerja.

iv.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam (6) dimaklumkan dalam
tempoh 30 hari bekerja.

Keputusan permohonan belajar semula/ pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh


15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari
pertama sesi persekolahan bermula.

Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari


bekerja sebelum tarikh melapor diri.

Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


(PPP) untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang diproses untuk
dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh 60
hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.

Surat tawaran biasiswa atau pinjaman kepada pegawai dalam perkhidmatan dan
mahasiswa dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan pihak
berkuasa melulus.

Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang


memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas
ditandatangani oleh Ketua Pendaftar.

Keputusan permohonan kemasukan mahasiswa ke Institusi Pengajian Tinggi Awam


(IPTA)/Politeknik/Kolej Komuniti/Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) diumumkan
mengikut keterangan seperti berikut :

i.
Bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/setaraf
(Asasi/Diploma/Diploma Lanjutan/Sijil Lanjutan/Sijil) diselesaikan minggu pertama
bulan Jun setiap tahun.
ii.
Bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/
setaraf (Ijazah Pertama) diselesaikan minggu pertama bulan Ogos setiap tahun.
1

Surat kelulusan mengendalikan kursus pengajian baharu/ tambahan dikeluarkan dalam


tempoh 30 hari bekerja setelah mendapat syor Malaysian Qualifications Agency (MQA)
kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Pengeluaran pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


baharu dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pembiayaan
yang sempurna diterima.

Surat keputusan bagi permohonan akreditasi program dikeluarkan daripada pembekal


pendidikan tinggi dalam tempoh tujuh (7) bulan selepas semua permohonan lengkap
diterima.

Keputusan permohonan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS)/ Skim Geran


PenyelidikanFundamental dikeluarkan dalam tempoh 45 hari bekerja dari tarikh tutup
permohonan.

You might also like