You are on page 1of 14

1

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
1.0.

Pengenalan
Disleksia ialah gabungan dua perkataan greek iaitu dis bermaksud kesukaran dan

leksia bermaksud perkataan.

Membawa maksud kesukaran dalam berbahasa atau

kesukaran lalam perkataan bertulis. Disleksia disebabkan masalah persepsi dalam otak
yang menyebabkan sukar membaca dan menulis bahasa. Kementerian Pelajaran Malaysia
mendifinisikan pelajar disleksia sebagai pelajar yang mempunyai kecerdasan mental yang
selaras atau melebihi pelajar biasa.
Pelajar disleksia menghadapai masalah menguasaian membaca, menulis dan
mengeja. Pelajar disleksia juga berkemungkinan mengalami masalah emosi dan tingkah
laku kerana merasa teramat kecewa dengan kesukaran-kesukaran pembelajaran yang
dihadapinya.
Menurut kajian disleksia disebabkan faktor keturunan dan selebihnya berpunca
dari kemalangan ketika mengandung atau selepas dilahirkan. Jenis-jenis disleksia ada tiga
bahagian iaitu Disleksia visual iaitu penglihatan, Disleksia auditori atau Disleksia fonologi
iaitu pendengaran, dan Disleksia visual-auditori. Ketiga-tiga jenis disleksia ini layak untuk
diberi perkhidmatan pendidikan khas.

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
2.0.

Masalah-masalah penghidap Disleksia


2.1.

Masalah Fonologi

Pengkodan fonologi merujuk kepada hubungan sistematik antara huruf dengan bunyi.
Secara ringkasnya, kanak-kanak disleksia lazimnya mengalami kesukaran membezakan
antara 'paku' dengan 'pasu'. Mereka juga tidak dapat 'mendengar' rima akhir yang sama
antara perkataan. Umpamanya, apabila ditanya apakah perkataan yang bunyi akhirannya
sama dalam "Jack and Jill went up the hill", mereka akan menjawab, "Jack" dan "Jill".

Ini juga bermakna mereka keliru dan sukar membezakan harga sesuatu barang dalam
bahasa Inggeris, sama ada fifty cents atau pun fifteen cents. Kesukaran ini bukanlah
disebabkan oleh masalah pendengaran, sebaliknya berkait dengan pemprosesan maklumat
di dalam otak (Farrer, 1996).

Keprihatinan dan pengetahuan para guru berkaitan masalah kanak-kanak disleksia sangat
penting dalam usaha membantu mereka belajar. Umpamanya, kanak-kanak itu perlu diberi
tempat duduk yang paling hadapan di dalam bilik darjah. Dengan cara ini, guru dapat
memerhatikan kanak-kanak itu secara berterusan bagi memastikan arahan dapat diikuti
dengan jelas.
2.2.

Masalah Mengingat Perkataan

Secara umumnya, kanak-kanak disleksia mempunyai kecerdasan yang normal.


Kebanyakan mereka mempunyai IQ yang normal dan sebahagian daripada mereka
mempunyai kecerdasan luar biasa. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai masalah
dalam mencari semula perkataan. Ini bermaksud apabila mereka ditanyakan suatu soalan,
mereka tidak dapat menjawab secara spontan. Mereka juga sering didapati mengalami
kesukaran mengingati nama rakan-rakan, malah anggota keluarga dan merujuk individu itu
sebagai "kawan saya di sekolah" atau pun "budak lelaki itu". Ini juga bermaksud mereka
sukar mengingati fakta-fakta di sekolah apabila disoal oleh guru.

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
Seorang kanak-kanak disleksia mungkin dapat menghuraikan proses 'penyebaran'
dalam subjek sains dengan panjang lebar tetapi mengalami kepayahan menyenaraikan
contoh tumbuhan yang menggunakan angin sebagai mekanisma penyebaran. Selain itu,
kanak-kanak disleksia juga cenderung menjadi kaku dan membisu apabila ditanyakan
soalan.
2.3.

Masalah Penyusunan Bersiri

Kajian menunjukkan kanak-kanak disleksia sukar menyusun sesuatu secara bersiri,


seperti susunan bulan dalam setahun, susunan hari dalam seminggu, susunan huruf serta
nombor. Justeru, mereka menghadapi masalah menghafal sifir atau pun mengingat
susunannya. Apabila ditanya secara spontan, "Berapakah nilai 5x7?", mereka terpaksa
membaca sifir daripada awal sehingga sampai kepada nombor yang dikehendaki itu. Ini
bermakna penyelesaian satu masalah matematik yang mudah memerlukan jangka masa
yang lama serta banyak tenaga dan usaha. Masalah yang sama berlaku dalam operasi
pembahagian.
Selain itu, kanak-kanak disleksia juga menghadapi masalah menentukan waktu atau
pun membaca jam, serta membuat kira-kira yang berkaitan dengan waktu. Contohnya,
soalan seperti "45 minit sebelum pukul 1.15 tengahari adalah ..." sangat mencabar
keupayaan mereka.
Sebahagian kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dengan pengiraan yang
melibatkan wang, seperti mengira jumlah harga barang atau pun menentukan baki.
2.4.

Masalah Ingatan Jangka Pendek

Ingatan jangka pendek atau pun ingatan bekerja merujuk kepada stor di mana
maklumat yang sedang digunakan disimpan. Kanak-kanak disleksia didapati menghadapi
masalah memproses maklumat yang baru masuk dan pada masa yang sama mengambil
maklumat dari stor ingatan jangka panjang. Kesemua proses ini akan mengumpul maklumat
di stor ingatan jangka pendek bagi digunakan pada masa itu. Dalam erti kata lain, kanakkanak disleksia tidak berupaya mengingat arahan-arahan panjang yang diberikan oleh guru.
Umpamanya, dalam subjek lukisan, terdapat arahan seperti, "Lipat dua kad manila itu,
potong di garisan tengah dan seterusnya". Apabila arahan itu melibatkan lima langkah atau

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
pun lebih, lazimnya kanak-kanak disleksia teus hilang punca. Ini menyebabkan kanak-kanak
itu disangka tidak memberikan perhatian.

Di rumah umpamanya, apabila kanak-kanak itu disuruh, "Kamu naik ke tingkat atas, simpan
stoking dalam laci, panggil abang turun dan bawa turun buku matematik sekali," kanakkanak disleksia pastinya tertinggal atau pun terlupa sesuatu. Akibatnya mereka sering
dianggap sebagai degil atau pun tidak mendengar kata.
Masalah yang serupa juga timbul apabila kanak-kanak disleksia berhadapan dengan
soalan aneka pilihan. Bagi memilih jawapan yang tepat, kanak-kanak itu perlu 'memegang'
satu soalan dan empat pilihan jawapan dalam stor ingatan bekerjanya, dan ini menimbulkan
masalah kepada kanak-kanak itu. Sehubungan itu, mereka didapati lebih berupaya
menjawab dengan baik dalam soalan terbuka di mana mereka dapat berfikir dan menulis
jawapan yang dikehendaki.
2.5.

Masalah Kesedaran Sintaks

Kesedaran sintaks atau sensitiviti pada tatabahasa merujuk kepada kebolehan


memahami sintaks suatu bahasa. Masalah ini wujud pada kanak-kanak disleksia di mana
mereka sukar memahami peraturan berkaitan sintaks dalam bahasa. Umpamanya bahasa
Inggeris dan bahasa Malaysia mempunyai peraturan sintaks berbeza, di mana frasa "black
cat" dalam bahasa Inggeris disebut sebagai "kucing hitam" dalam bahasa Malaysia. Kanakkanak disleksia menghadapi masalah dengan bahasa keduanya apabila peraturan
sintaksnya berbeza daripada bahasa pertama.
3.0.

Ciri-ciri penghidap disleksia


Umur kanak-kanak pra-sekolah adalah sukar untuk mendapatkan diagnosis tertentu

disleksia sebelum kanak-kanak bermula sekolah, tetapi banyak individu disleksia


mempunyai sejarah kesukaran yang bermula sebelum tadika. Kanak-kanak yang
menunjukkan gejala-gejala ini
3.1.

Diperingkat awal sebelum persekolahan

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup
bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak
yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Para peneliti menemukan adanya disfungsi ini disebabkan oleh kondisi dari biokimia
otak yang tidak stabil dan juga dalam beberapa hal akibat bawaan keturunan dari
orang tua.
Lambat berbicara jika dibandingkan kebanyakan anak seusianya dan tidak dapat
mengucapkan kata-kata secara benar.
Lambat mengenali alfabet, angka, hari, minggu, bulan, warna, bentuk dan informasi
dasar lainnya, serta sulit dalam mengurutkan huruf-huruf dalam kata.
3.2.

Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

Lambat bertutur
Mengalami kesukaran sebutan atau rima
Sukar menulis nama sendiri
Payah mengenal bentuk atau warna
Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
.Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b'
dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga
habis.
Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri
tanpa memikirkan orang lain.
Sering berlaku di kalangan lelaki.
3.3.

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau


mengira
Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
15 dengan 51
was menjadi saw
b dengan d
Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok
Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah asal.
bacaan yang lambat atau tidak tepat, walaupun individu-individu ini boleh membaca
hingga ke satu tahap.

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
ejaan yang sangat tidak baik Sulit menyuarakan fonem dan memadukannya menjadi
sebuah kata.
Sulit mengeja secara benar, bahkan mungkin anak akan mengeja satu kata dengan
bermacam ucapan.
Sulit mengeja kata atau suku kata dengan benar. Anak bingung menghadapi huruf
yang memiliki kemiripan bentuk
Membaca satu kata dengan benar di suatu halaman, tetapi salah dihalaman
berikutnya.
Kesulitan memahami apa yang dibaca.
Sering terbalik dalam menuliskan kata
Rancu dengan kata-kata yang singkat, misalnya ke, dari, dan, jadi.
Bingung menentukan tangan mana yang dipake untuk menulis
Lupa mencantumkan huruf besar, serta lupa meletakan tanda-tanda baca lainnya
Menulis huruf dan angka dengan hasil yang kurang baik/tulisannya jelek sekali
Terdapat jarak pada huruf-huruf dalam rangkaian kata, tulisannya tidak stabil, kadang
naik dan kadang turun
Punya kebiasaan membaca terlalu cepat hingga salah mengucapkan kata atau
bahkan terlalu lambat dan terputus-putus
Keliru dalam memahami konsep kiri kanan, atas bawah, utara selatan, timur barat.
Memegang alat tulis terlalu kuat/keras
Sulit mengikuti lebih dari sebuah instruksi dalam waktu yang sama.

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
3.4.

Sindrom Lambat Membaca

Biasanya kanak-kanak yang berumur tujuh tahun ke atas sudah tahu mengenal
huruf, mengeja, membaca dan menulis. Bagaimana pula bagi mereka yang masih tidak
mampu melakukan semua itu? Sesetengah ibu bapa mungkin menganggap anak mereka
yang mengalami masalah berkenaan lembap dan malas tanpa berusaha mengenal pasti
punca masalah itu berlaku.
Kanak-kanak yang berumur lima tahun ke atas yang masih tidak mampu mengeja
dan menulis mungkin disebabkan oleh sejenis sindrom yang dipanggil disleksia. Sindrom
lambat membaca ini bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan
kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran.
Disleksia disebabkan oleh kerosakan pada kebolehan otak untuk menterjemahkan
imej tulisan kepada kefahaman. Ia juga dipanggil sebagai sindrom "lambat baca" di
kalangan kanak-kanak.Kanak-kanak disleksia adalah normal dari segi fizikal, pemikiran dan
cara percakapan tetapi yang membezakan mereka daripada kanak-kanak lain ialah
kesukaran membentuk satu kefahaman bagi sesuatu huruf serta menyebutnya.

4.0.

Isu isu yang sering dibangkitkan dalam permasalahan disleksia ini antaranya
adalah seperti berikut;
Belajar perkataan-perkataan baru perlahan-lahan
Adakah kesukaran berima perkataan, seperti dalam sajak
pengetahuan surat Rendah
Surat pembalikan, ex e b f p (biasa)
Awal sekolah rendah zaman kanak-kanak Kesukaran pembelajaran abjad atau
demi
Kesukaran dengan dapatan semula perkataan atau menamakan masalah

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
Kesukaran belajar untuk nyahkod perkataan
Kesukaran membezakan antara bunyi yang sama dalam perkataan; mencampurkan
bunyi dalam perkataan bersuku kata (auditori diskriminasi) (sebagai contoh, "aminal"
sepatutnya animal).
4.1.

Masalah yang sering timbul didalam bilik darjah hasil kajian atau
pemerhatian
4.1.1. Latar belakang keluarga dan murid yang dipilih

a.

kajian

Seorang murid lelaki yang berusia sembilan tahun sebagai kajian ini. Murid ini menghadapai
masalah disleksia dan sedang

mengikuti program pendidikan khas di sekolah

Kebangsaan Gedok.
b.

Dapatan kajiaN
i.

BIODATA MURID PENDIDIKAN KHAS

NAMA MURID
JANTINA
UMUR
NOMBOR SIJIL BERANAK /MYKID
TEMPAT LAHIR
BANGSA
AGAMA
MASALAH KETIDAKUPAYAAN

MOHAMAD HAZZE HAFIZI


LELAKI
9 TAHUN
041127-04-5679
HOSPITAL MELAKA
MELAYU
ISLAM
DISLEKSIA

NAMA BAPA
NOMBOR MYKAD
PEKERJAAN

HUSSAIN BIN JAHABI


650823-04-5061
BEKERJA SENDIRI

10

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
NOMBOR TELEFON
ALAMAT TEMPAT TINGGAL

013-6798916
KG BARU GEDOK

NAMA IBU
NOMBOR MYKAD
PEKERJAAN
NOMBOR TELEFON
ALAMAT TEMPAT TINGGAL

AISAH BINTI DAMIT


720920-04-5822
PEMBANTU TADBIR
016-6255026
KG BARU GEDOK

4.1.2. Gambar-gambar berkenaan murid tersebut.


a.

Gambar adik Mohamad Hazze Hafizi

11

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU

4.1.3. Masalah disleksia yang dihadapi adik Mohamad Hazze Hafizi dan
punca masalah.
Secara keseluruhannya, banyak faktor yang menyebabkan adik Mohamad Hazze
Hafizi menghadapi masalah pemulihan. Salah satu masalah adik Mohamad Hazze Hafizi
ialah masalah pembelajaran kerana menghadapi masalah disleksia dan masalah tingkah
laku yang tidak menentu.
Mengikut pemerhatian, adik Mohamad Hazze Hafizi ini kadang-kadang bersikap
agresif, kurang berkeyakinan, tiada tumpuan, mengganggu kawan sekelas dan banyak lagi.
Dari sudut pembelajaran adik Mohamad Hazze Hafizi masalah tahap penguasaan mengeja,
membaca dan menulis dengan jumlah ya lapan puluh sembilan peratus (89%).
Berdasarkan instrumen senarai semak disleksia yang telah di jalankan, elemen
kelemahan yang ditunjukkan sebanyak lapan puluh peratus. Dimana adik Mohamad Hazze
Hafizi kerap mengelak kerja yang diberi, kurang tumpuan, keliru dengan konsep arah,
menghadapi kesukaran dengan konsep urutan, tidak mengingatin arahan yang panjang,
sering gopoh dan cuai dalam pergerakan.
Adik Mohamad Hazze Hafizi menghadapi masalah disleksia dengan kerap
melakukan

kesalahan

seperti

menggabungkan

suku

kata

secara

terbalik,

keliru

membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata, tidak menghiraukan tanda
bacaan, kerap melangkau baris dan sukar membaca ayat panjang. Adik Mohamad Hazze
Hafizi juga sukar menyalin maklumat dari papan tulis atau yang diperdengarkan. Tulisnya
sukar dibaca, lambat menulis dan menulis secara terbalik.
4.1.4. cara mengatasi masalah disleksia yang dihadapi oleh adik
Mohamad Hazze Hafizi.
Setiap individu dilahirkan berbeza-beza dari segi aspek fizikal, mentel ,emosi dan
sosial. Disleksia bukanlah penghalang kepada kejayaan seseorang. Ramai tokoh yang
mengalami disleksia berjaya dengan kebolehan masing-masing seperti Tom Cruise sebagai

12

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
pelakon filem hebat, Richard Branson sebagai pengasas dan pengerusi syarikat Virgin
Group di London, Walter Elias sebagai pengeluar filem di Amerika dan ramai lagi.
Berbagai strategi dalam pembelajaran dapat diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas. Antaranya, guru menyusun kedudukan meja, kerusi dan murid
mengikut kesesuai atau keperluan murid bermasalah itu, mewujudkan aktiviti yang boleh
menarik minat murid berkenaan untuk terus mengikuti pengajaran.
Sebelum memulakan sebarang program pemulihan pada adik Mohamad Hazze
Hafizi, ujian pengenalpastian, instrumen senarai semak disleksia (ISD) dan ujian
pengamatan perlulah dijalankan terlebih dahulu. Melalui kerjasama guru pendidikan khas
dan guru pemulihan ujian-ujian ini telah dijalankan.
Adik Mohamad Hazze Hafizi mengalami disleksia lapan puluh peratus ke atas
melibatkan disleksia visual-auditori. Di mana, adik ini sukar mengingati huruf yang hampir
serupa dan konfigurasi perkataan. Ia juga sukar mengingati bunyi huruf yang yang mengikut
suku kata dan perkataan. Oleh itu, cara yang terbaik menjalankan pemulihan pada adik
Mohamad Hazze Hafizi ialah menggunakan benda bergambar dengan tulisan di bawah,
memilih perkataan yang sesuai dengan tahap pembelajarannya, menggayakan bunyi huruf
dengan gerakan mulut dan tangan, serta perbanyakkan latihan bagi kemahiran yang sukar
dikuasainya.
Adik Mohamad Hazze Hafizi menghadapi masalah menulis tidak kemas , menulis
secara terbalik, lambat menyalin dan tulisannnya sukar dibaca. Pendekatan mengajar yang
paling baik berkaitan dengan masalah adik ini ialah menggunakan kaedah pengajaran yang
menggabungkan deria auditori, visual, oral dan kinestik secara serentak. Misalnya,
menggunakan huruf-huruf dari bahan maujud bagi memudahkan adik Mohamad Hazze
Hafizi mendengar guru menyebut bunyi huruf, melihat huruf, mengenali huruf dan
membolehkan adik menekap huruf itu di kertas dan sebagainya.

13

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
4.1.5. Instrumen dan kaedah ujian diagnostik yang anda gunakan
dalam kajian ini untuk mengesan masalah disleksia yang
dihadapi oleh adik Mohamad Hazze Hafizi
a. Ujian saringan / instrument senarai semak disleksia
b. Ujian Pengamatan
Kesimpulan / Rumusan
Keupayaan

belajar sangat penting bagi setiap individu. Namun, keupayaan

setiap orang berbeza-beza dalam proses pembelajaran. Oleh itu, sebagai guru disleksia
perlulah mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran setiap muridnya supaya kesukaran
mereka

menguasai

pembelajaran

dapat

dipermudahkan.

Pelajar

disleksia

hanya

menghadapi masalah kecelaruan. Oleh itu, sebagai guru wajarlah memberi perhatian lebih
kepada pelajar golongan ini supaya kecelaruan pelajar-pelajar ini dapat diatasi dan mereka
berjaya menjadi insan sempurna.

14

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN


TINGKAH LAKU
5.0.

Kesimpulan masalah disleksia


Jelaslah bahawa,pengesanan dan intervensi awal sungguh penting bagi tujuan

membantu kanak-kanakini berjaya dalam kehidupan mereka.kerjasama dalam memberi


fahaman, galakan dan sokongan dari ibubapa dan guru-guru amat perlu bagi
membangkitkan motivasi diri dan semangat dalam menempuh P&P. akhir kata, sebagai
guru, kita perlulah mengakui bahawa kaedah mengajar pelbagai deria dan pelbagai
kecerdasan memang berkesan untuk kanak-kanak disleksia ini.

You might also like