You are on page 1of 17

Pentaksiran

Pendidikan Moral di
Sekolah Rendah

Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan


dengan tujuan mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu
taksiran. Pentaksiran pula ialah satu proses mentaksir
perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan
kualitatif. Ia adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan.
Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas
pengajaran. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat
memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
Falsafah pendidikan Kebangsaan. Penilaian boleh dibahagikan
kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal.

Pentaksiran secara formal


Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif.
Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur
perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit
pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk
memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau
kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk
murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala
program pemulihan akan diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat
menguasai pembelajaran tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus.
Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif
adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan
pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran.

Jadual Spesikasi Ujian (JSU)


Jadual Spesikasi Ujian (JSU) ialah satu senarai
objektif pengajaran dan aras pemahaman yang
akan diuji. Ia menghuraikan serta menjelaskan
domain pencapaian yang ingin diukur serta
memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu
sampel item-item soalan.

Tujuan Jadual Spesikasi Ujian


JSU akan menjadikan setiap ujian yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut
prosedur yang ditetapkan.
Ia juga akan dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang dibina.
JSU juga ialah suatu panduan dan penentu kepada pihak penggubal soalan.
JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke
setahun.
JSU juga akan menentukan pemberatan setiap soalan berdasarkan Aras Taksonomi
Bloom.
Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang
telah ditetapkan.
Ia juga membolehkan satu perbandingan dibuat antara satu ujian dengan satu ujian
yang lain.
JSU juga dapat menggambarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid tercapai
disebabkan adanya yang mudah, sederhana, dan juga sukar.

Elemen Penting Membina Jadual Spesikasi Ujian


Keseimbangan sasaran ujian.
Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan.
Format ujian sama ada jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka
pilihan, struktur, esei dan sebagainya.
Jumlah item soalan juga perlu diketahui guru.
Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras
Taksanomi Bloom.
Kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap JSU.

Kepentingan Jadual Spesikasi


Ujian
Jadual Spesikasi Ujian (JSU) yang lengkap dibina akan sangatsangat membantu penggubal soalan dan pembina ujian. Antara
kepentingan adanya JSU ialah:
Ujian akan dibana secara sistematik.
Kesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran
terjamin dan taburan tajuk adalah seimbang.

adalah

Pelajar diuji pada keseluruhan kurikulum.


Taraf , mutu , dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari
setahun ke setahun, walaupun dibina oleh Pembina yang
berlainan. Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan
Pembina ujian.

Contoh Jadual Spesikasi Ujian


Bil

Aras

Kemahiran

Topik

Pengeta

Kefaham

huan

an

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Jumlah

1
2
3
4

Unit
Unit
Unit
Unit

1
2
3
4

Pentaksiran Secara Tidak Formal


Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi
gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar
dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini
hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan
pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal
atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.

a) Pemerhatian
Adalah satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang dijalankan
secara bersistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan
merekodnya dengan tepat tentang murid yang menjadi sasaran
pemerhatian ataupun secara keseluruhan kelas.
Jika melibatkan individu tertentu ia adalah bertujuan untuk
mengenal pasti punca, sebab atau permasalahan yang dihadapi
sama ada berkaitan dengan pembelajaran cara bersosialisasi
ataupun isu moral yang dihadapi.
Pemerhatian akan dibuat dalam bentuk memerhati tentang tingkah
laku , perbualan atau interaksi sosial murid, dan juga hasilan kerja.

Perlaksanaan Pemerhatian:
Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan,buku
skrap, kraf tangan dan kerja kursus
membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan
sesuatu kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu
pendidik melengkapkan gambaran mengenai keputusan
penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan
penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai
semak dan skala kadar /marking scheme.

b) Senarai semak
Senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran,
sikap , sahsiah, dan kebolehan murid. Senarai item
yang disediakan adalah untuk menentukan sama
ada yang berkaitan dengan tingkah laku yang
dapat diperhatikan, kekerapan tingkah laku itu
berlaku,
dan
lain-lain
berdasarkan
keperluan
pemerhatian. Ia memerlukan satu bentuk jadual dan
setiap pemerhatian yang dapat dilihat hanya akan
dicatat dengan menandakan ( ) atau cara lain.

c) Anekdot
Rekod
anekdot
menceritakan
pencapaian
akademik
pelajar,
perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan
aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh.
Lapor mengikut keutamaan
Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks
Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi
Rekod pemerhatian boleh disimpan dalam bentuk portfolio yang
bersistematik
dan
mengandungi
rekod
peribadi
murid,
perkembanganm diri murid sama ada dari segi sahsiah, perlakuan
dan juga contoh hasil kerja murid.

d) Port Folio
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam
satu jangka masa yang dipersetujui.
Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman
dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari
fakta dari peringkat awal hingga akhir.
Menggalakkan pembelajaran
pelbagai pihak.

secara

interaktif

melalui

kerjasama

dan bantuan

daripada

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui
bukti-bukti lain.
Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan
pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.

e) Temu bual
Satu instrument yang digunakan dalam kajian yang berbentuk
tinjauan.
Tujuannya ialah untuk menghasilkan satu set item yang boleh
digunakan secara optimum untuk menjawab persoalan kajian.
Bentuk temu bual: temu bual berstruktur, temu bual semi
struktur, dan temu bual yang tidak berstruktur.
Guru mestilah menentukan jenis temu bual dalam kajian,
rancangan temu bual, stail, kandungan dan susunan soalan
temu bual.
Ciri-ciri soalan temu bual mestilah mudah, jelas , dan susunan
temu bual, serta tempoh yang sesuai dan tidak terlalu lama
untuk menggelakkan kebosanan responden.

f)Soal Selidik
Alat ukur
tinjauan.

yang

paling

popular

dalam

kajian

Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian


boleh disediakan sendiri oleh pengkaji ataupun
menggunakan soal selidik yang sedia ada dan soal
selidik penyelidikan terdahulu iaitu yang telah
melalui
proses
pengesahan
dan
diuji
kebolehpercayaannya.
Soal selidik biasanya disokong dengan menggunakan
temu bual bersama responden. Ini akan menjadikan
hasil dapat lebih bernas dan mantap.

You might also like