You are on page 1of 11

Leong Shu Min

4 PISMP SN / PC / MO
Tajuk
Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Jaringan Makanan
Pendahuluan

Keputusan
Ciri-ciri Lokasi
Jenis Tanaman
Tahap Naungan
Kelembapan / Kekeringan
Tanah
pH Tanah
Kemampatan Tanah
Tekstur Tanah (pasir, liat)

Lokasi 1
Rumput
Terbuka
Kering

Lokasi 2
Pokok Kedondong
Teduh
Lembap

5.2
Rendah
Tanah pasir
Jadual 1 Ciri-ciri Tanah

4.5
Sederhana
Tanah kebun

Order atau Kumpulan

Bilangan @ Lokasi 1

Bilangan @ Lokasi 2

Makrofauna
Semut

isipadu tanah = 675 cm3


1

isipadu tanah = 675 cm3


5

Leong Shu Min


4 PISMP SN / PC / MO
Jadual 2 Makrofauna Terbesar

Makrofauna

Lokasi 1

Lokasi 2

(Bilangan Order atau kumpulan seliter


tanah/litupan)
Bilangan semut seliter tanah / litupan

1.481 unit
per liter

7.407 unit per


liter

Isipadu tanah yang digali = 15cm x 15cm x 3cm = 675cm3


Seliter tanah = 1000cm3

Bilangan semut seliter tanah / litupan di lokasi 1 =

1
675 x 1000 = 1.481 unit

Bilangan semut seliter tanah / litupan di lokasi 2 =

5
675 x 1000 = 7.407 unit

Perbincangan

Leong Shu Min


4 PISMP SN / PC / MO
1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?
Cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter
yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan
perbezaan-perbezaan tersebut?
Daripada keputusan yang diperolehi, didapati makrofauna tanah dari lokasi
kedua, iaitu kawasan teduh pokok kedondong adalah lebih banyak berbanding
dengan lokasi pertama, iaitu kawasan terbuka yang mempunyai rumput.
Perbezaan ini berlaku adalah kerana tanah di kawasan terbuka yang selalu
terdedah kepada matahari telah menjadi kering dan tidak begitu subur. Tanah di
kawasan ini bertekstur pasir. Pada masa yang sama, makanan pada kawasan
terbuka juga menjadi kurang dan ini telah menyebabkan kurang makrofauna
menduduki di situ.
Sebaliknya, kawasan teduh mempunyai teduhan yang lebih daripada pokok
kedondong, matahari tidak dapat mencapai tanah secara langsung. Ini telah
menyebabkan tanah di kawasan ini menjadi lebih lembap dan ia digolong
sebagai tanah kebun. Faktor ini menyebabkan lebih makrofauna suka mendiami
di kawasan ini. Selain itu, terdapatnya liputan daun dan ranting pada permukaan
tanah di kawasan teduh. Daun dan ranting tersebut telah menjadi makanan
kepada makrofauna di mana mereka akan mengurai bahan-bahan tersebut dan
kembalikan nutrien kepada tanah. Justeru, kawasan ini yang dipenuhi dengan
makanan juga telah menjadi salah satu faktor di mana kawasan teduh
mempunyai lebih banyak makrofauna.
Pereputan bahan organik yang dijalankan oleh makrofauna tersebut turut
menghasilkan asid organik yang akan merendahkan pH tanah. Bukan itu sahaja,
oleh sebab terdapatnya lebih banyak makrofauna dan tumbuhan di kawasan
teduh, karbon dioksida yang dihasilkan semasa respirasi telah bertindakbalas
dengan air untuk menghasilkan asid karbonik. Kedua-dua faktor ini telah
menjelaskan mengapa pH tanah di kawasan teduh adalah lebih rendah daripada
kawasan terbuka.
Parameter yang boleh digunakan untuk menerangkan perbezaan tersebut adalah
populasi biodiversiti, bahan organik, suhu dan kelembapan. Sekiranya suatu
kawasan tanah mempunyai bahan organik yang kaya dengan suhu dan
kelembapan yang sederhana, populasi biodiversiti pada kawasan itu juga akan
menjadi banyak.
2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.

Leong Shu Min


4 PISMP SN / PC / MO
Secara umumnya, makrofauna dalam tanah berperanan untuk menguraikan
bahan-bahan organik dengan memecahkan mereka menjadi partikel yang lebih
kecil serta menggaulkan bahan tersebut dengan tanah. Oleh itu, dengan adanya
makrofauna tersebut, kadar pereputan bahan akan menjadi cepat. Makrofauna
juga dapat mengubah struktur tanah dengan berperanan sebagai pencampur dan
pengguli tanah. Mereka akan menukarkan tanah yang bersifat padat kepada
yang bertekstur tanah kebun dengan mengacau tanah bahagian bawah dengan
bahagian atasan. Ini akan menyebabkan perubahan bahagian tanah yang
bersifat halus di bahagian bawah ke permukaan tanah.
Makrofauna dalam tanah mengandungi cacing tanah, semut, lipan, kumbang,
siput dan sebagainya. Cacing tanah berperanan untuk mengacau dan membawa
tanah dari satu lapisan ke lapisan yang lain. Ini membolehkan mineral dari
bahagian bawah dibawa ke atas permukaan dan sebatian organik juga dapat
dibawa ke dalam tanah daripada permukaan tanah. Bukan itu sahaja, ia juga
dapat membaiki sistem pengudaraan dan saliran tanah melalui lubang yang
digalinya. Najis cacing tanah mengandungi kalsium dapat menyuburkan tanah.
Bagi semut dan lipan pula, mereka mengambil bahan reput sebagai makanan
dan seterusnya menguraikan bahan organik tersebut. Kemudian, nutrien akan
dikembalikan kepada tanah.
Kumbang tanah dapat mengurangkan bilangan rumpai di dalam tanah. Rumpai
mengurangkan hasil tanaman. Dengan adanya kumbang tanah, penggunaan
racun rumpai dapat dikurangkan dan keselamatan tanaman dapat ditingkatkan.
Selain itu, terdapat juga sejenis kumbang yang dikenali sebagai kumbang tahi. Ia
menggulingkan makanannya, tahi ke dalam bentuk bulat. Kumbang tahi
memainkan peranan yang penting di mana ia meningkatkan jumlah bahan
organik, membantu pengudaraan, meningkatkan kadar penyerapan air dan
mengawal serangga perosak. Makrofauna yang terdapat di dalam tanah juga
termasuklah siput. Ia memainkan peranan yang penting dalam ekosistem dengan
memakan bahan tumbuhan yang reput dan serta fungi.

3. Bina satu jaringan makanan bagi lokasi kajian anda dan huraikan
bagaimana

arah aliran

tenaga

berlaku.

Contoh, di manakah

bermulanya pembentukan tenaga dan di manakah ianya berakhir


(puncak rantai makanan). Apakah akan terjadi kepada tenaga dan

Leong Shu Min


4 PISMP SN / PC / MO

nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati?


Sertakan rajah dengan laporan anda.

Suatu rantaian makanan mengandungi pengeluar, konsumer dan pengurai.


Pengeluar terdiri daripada tumbuhan yang mempunyai kloroplas, di mana
mereka dapat membuat makanan sendiri dengan menggunakan cahaya
matahari. Di sini, pengeluar mengandungi tenaga yang paling banyak (100%).
Tumbuhan hijau biasanya akan dijadikan sebagai makanan kepada konsumer
herbivor atau omnivor. Di sini, daun hijau telah dijadikan makanan kepada ulat
bulu dan siput. Pada masa ini, tenaga daripada tumbuhan akan dipindahkan
kepada mereka (10%). Tenaga yang mereka memperolehi akan kurang daripada
tenaga dalam tumbuhan kerana kehilangan tenaga dalam proses itu. Kehilangan
tenaga adalah dalam bentuk tenaga haba.
Seterusnya, sebahagian tenaga dalam ulat bulu dan siput pula akan dipindahkan
kepada burung. Jaringan makanan di lokasi kajian berakhir pada peringkat
sekunder, di mana ia terdiri daripada burung pipit. Burung pipit mengambil ulat
bulu dan siput sebagai makanannya. Oleh sebab telah mencapai peringkat
sekunder, maka tenaga yang diperoleh pada peringkat ini adalah paling rendah
(1%) kerana kebanyakan tenaga telah terhilang kepada sekeliling. Oleh itu,
burung pipit perlu mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak supaya

Leong Shu Min


4 PISMP SN / PC / MO
mendapatkan tenaga yang mencukupi. Akhirnya, apabila daun hijau gugur, ulat
bulu, siput atau burung pipit telah mati, mereka akan diuraikan oleh pengurai
seperti semut dan cacing tanah dan tenaga yang ada pada mereka pula akan
disalurkan kepada pengurai tersebut.
Apabila organisma yang berada pada puncak jaringan makanan mati seperti
burung pipit, nutrien dan tenaga tidak akan hilang begitu sahaja tetapi ia akan
kembali semula ke tanah sebagai sumber nutrien tanah. Dengan ini, semut dan
cacing tanah, dengan bantuan organisma yang lain, akan menjadi pengurai dan
memecahkan burung pipit menjadi lebih kecil, seterusnya menggaulkannya
dengan tanah. Tenaga yang ada pada burung pipit akan kembali kepada tanah
dan sebahagian pula diambil oleh pengurai.

Leong Shu Min


4 PISMP SN / PC / MO

Rumusan
Dalam eksperimen ini, saya telah mengkaji ekosistem tanah daripada
kawasan terbuka dan kawasan teduh. Setelah menjalankan eksperimen ini, didapati
makrofauna di kawasan teduh adalah lebih banyak daripada kawasan terbuka.
Terdapat 5 ekor semut di bawah kawasan tanah teduh dan hanya seekor semut di
kawasan tanah terbuka. Ini disebabkan oleh kawasan teduh mempunyai lebih
banyak sumber makanan di mana makrofauna lebih suka berkumpul di situ. Semut
berperanan sebagai pengurai, ia akan menguraikan bahan organik seperti daun dan
ranting gugur serta mempercepatkan kadar pereputannya. Bahan yang telah
diuraikan ini akan kembalikan nutrien kepada tanah.
Selain berperanan sebagai pengurai, makrofauna dalam tanah juga
bertanggungjawab untuk menggubah dan meningkatkan kualiti tanah. Makrofauna
dapat menggerakkan tanah daripada satu lapisan ke lapisan yang lain. Lain kata, ia
dapat menggaulkan tanah daripada pelbagai lapisan. Dengan lubang yang digali
oleh makrofauna, pengudaraan tanah juga dapat ditingkatkan.
Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantaian makanan. Terdapat
pelbagai jaringan makanan bagi lokasi yang berbeza. Dalam eksperimen ekosistem
tanah ini, daun yang gugur telah menjadi pengeluar kepada jaringan makanan
tersebut dania turut menjadi makanan kepada cacing tanah dan semut. Kemudian,
kedua-dua organisma ini telah menjadi makanan kepada kumbang dan seterusnya
kepada burung pipit. Terdapat perpindahan tenaga dalam proses tersebut. Namun,
tenaga akan menjadi semakin berkurangan apabila ia dipindah daripada satu
peringkat ke peringkat yang lain kerana terdapatnya kehilangan tenaga dalam bentuk
haba.
Jaringan makanan telah memainkan peranan yang sangat penting dalam
mengekalkan keseimbangan ekosistem di dunia ini. Dengan adanya jaringan
makanan yang stabil, bilangan organisma dapat dikekalkan pada kadar yang
optimum. Apabila ekosistem ini dapat berfungsi dengan baik, alam sekeliling kita
akan terpelihara.

Leong Shu Min


4 PISMP SN / PC / MO
Lampiran
Tanah 15cm x 15cm telah diukur
dan

digali

untuk

menjalankan

eksperimen.

Nilai pH tanah di bawah kawasan


teduh adalah 4.5.

Leong Shu Min


4 PISMP SN / PC / MO
Tanah diletakkan di dalam corong
Tulgren.

Radas telah dipasang seperti yang


ditunjukkan.

Selepas 2 hari, tanah dalam corong


Tulgren dituang ke dalam satu
dulang

dan

makrofauna

di

dalamnya telah diperhati.

Makrofauna yang didapati dalam


tanah.
Atas: Kawasan Teduh
Bawah: Kawasan Terbuka

Leong Shu Min


4 PISMP SN / PC / MO

Leong Shu Min


4 PISMP SN / PC / MO
Rujukan

1. (2014).

Macrofauna.

Dipetik

pada

July

19,

2014,

daripada

http://global.britannica.com/EBchecked/topic/355416/macrofauna
2. The President and Fellows of Harvard College. (2011). Ecological
Importance.

Dipetik

pada

July

26,

2014,

daripada

http://harvardforest.fas.harvard.edu/ants/ecological-importance
3. M. Fayard. (2014). Millipedes and Centipedes. Dipetik pada July 26, 2014,
daripada http://www.ipm.ucdavis.edu/PMG/PESTNOTES/pn7472.html
4. Peter Donovan. (2010). Dung beetles and their effects on soil. Dipetik pada
July 26, 2014 daripada http://managingwholes.com/dung-beetles.htm
5. Charmaine Jens. (2013). What Insects Do Birds Eat? Dipetik pada July 28,
2014, daripada http://www.ehow.com/info_8483991_insects-do-birds-eat.html

6. Tanah.

Dipetik

pada

Ogos

1,

2014,

http://sainspertanian.wordpress.com/nota-sp/tanaman/tanah/

daripada

You might also like