You are on page 1of 4

1. OBJEKTIF 1.

Memahami konsep segregasi dan integrasi dalam konteks hubungan etnik


di Malaysia. 2. Menilai peranan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia. 3.
Menghargai peranan masyarakat dan NGO dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
2. DEFINISI SEGREGASI DAN INTEGRASI Segregasi Pengasingan atau penyatuan antara
satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain. Pengasingan berlaku dalam dalam
beberapa keadaan; tempat tinggal jenis pekerjaan sistem persekolahan penerbitan
akhbar
3. INTEGRASI Merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti Nasional dalam
kalangan etnik yang terpisah dari segi agama budaya, sosial, dan Kawasan penempatan.
4. DARI PENGASINGAN KE PENYATUAN Sebelum merdeka, Tanah Melayu telah
melaksanakan dasar pecah dan perintah di bawah penjajahan British. Dasar ini
mewujudkan segregasi dalam kalangan etnik yang mengukuhkan kuasa politik dan ekonomi
British di Tanah Melayu. Justeru, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat, Malaysia
mengutamakan integrasi. Integrasi adalah merupakan proses penyesuaian bersama
pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua etnik. Dalam
konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan etnik yang terpisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan.
5. Integrasi merupakan suatu proses yang komplek dan tidak dapat dicapai di dalam waktu
yang singkat. Tahap-tahap hubungan etnik dilihat dari segi darjah kedekatan bermula
dengan hubungan terpisah, iaitu segrasi sehingga hubungan yang terbentuk sebati iaitu
amalgamasi. Hubungan yang rapat mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan
persefahaman serta mewujudkan perpaduan antara pelbagai etnik.
6. CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA Faktor yang mencetuskan
perpecahan
7. Sambungan;
8. Sambungan,
9. Namun, Malaysia sering dijadikan contoh kepada negara lain kerana berjayamewujudkan
keharmonian dalam kalangan etnik. Kejayaan ini merupakan usaha kerajaan yang bersifat
top-down dan di sokong oleh pihak swasta, NGO dan rakyat sendiri yang bersifat bottom- up.
Usaha ini dipelepori oleh kerajaan untuk pastikan kestabilan politik dan keadilan
sosioekonomi serta kestabilan politik.
10. PERANAN KERAJAAN Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni telah
menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan melalui dasar-dasar tertentu. Pelbagai
agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan usaha menyatupadukan
masyarakat pelbagai etnik. Antara usaha yang dirancang dan dilaksanakan ialah;
11. Jabatan Perpaduan Negara dan Intgerasi Nasional (JPIN). Dasar- dasar Kerajaan.
Strategi Persefahaman Politik. Strategi Keseimbangan Ekonomi. Strategi Sistem
Pendidikan Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan. Strategi Kepercayaan Agama.
Strategi Kebudayaan Strategi Integrasi Wilayah Strategi Keselamatan Strategi
Pembangunan Kawasan Strategi Penggunaan Tenaga Manusia Strategi Media Massa
Strategi Kesukanan Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela Strategi Penyelidikan
dan Penerbitan Bahan Bacaan Strategi Pemantauan isu-isu semasa dan konflik PANEL

DAN JKPPN Strategi Program dan aktiviti Perpaduan Memperkasakan sekolah


kebangsaan/ Jabatan Perpaduan Negara dan Intgerasi Nasional (JPIN). Dasar- dasar
Kerajaan. Strategi Persefahaman Politik. Strategi Keseimbangan Ekonomi. Strategi
Sistem Pendidikan Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan. Strategi Kepercayaan
Agama. Strategi Kebudayaan Strategi Integrasi Wilayah Strategi Keselamatan Strategi
Pembangunan Kawasan Strategi Penggunaan Tenaga Manusia Strategi Media Massa
Strategi Kesukanan Strategi Perpaduan dan Pertubuhan Sukarela Strategi Penyelidikan
dan Penerbitan Bahan Bacaan Strategi Pemantauan isu-isu semasa dan konflik PANEL
DAN JKPPN Strategi Program dan aktiviti Perpaduan Memperkasakan sekolah
kebangsaan/
12. Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin bahawa rakayat Malaysia bebas
menganut agama dan kepercayaan masing-masing. Walaupun agama Islam agama
Persekutuan, tetapi agama lain dilindungi oleh perlembagaan. Mewujudkan kebudayaan
nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara ini sebagai asas pembentukan bangsa,
jati diri nasional dan perpaduan. Tiga prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan; 1.
Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. 2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai
dan wajar. 3. Islam menjadi unsur penting. Kebudayaan sukuan yang lain bebas di amalkan
selagi tidak jejaskan kesopanan dan kesusilaan.
13. Integrasi Wilayah Melakukan penambahbaikan dalam sistem perhubungan kebangsaan
dan pengangkutan perluasan sistem radio dan televisyen nasional di Sabah dan Sarawak
dan Labuan. Penubuhan pelbagai agensi kerajaan persekutuan di Sabah dan Sarawak.
Mengadakan lawatan pemimpin masyarakat untuk melahirkan integrasi yang kukuh.
Memperluaskan interaksi dan pergaulan antara rakyat di Semenanjung, Sabah & Sarawak.
Menyeimbangkan kemajuan antara bandar dan luar bandar. Mengatur langkah keselamatan
untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan. Mencegah daripada berlakunya ancaman
keselamatan negara dan ketenteraman awam iaitu termasuk penguatkuasaan undangundang ke atas; Kebebasan bercakap. Berhimpun dan tubuhkan persatuan. Tahanan
preventif. Akta Hasutan. Kawalan penerbitan. Pemulihan melalui usaha mententeramkan
keadaan setelah berlakunya konflik.
14. Memajukan penempatan baru dengan mengambil kira aspek perpaduan etnik.
Menubuhkan Rukun Tetangga dan anjurkan aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa
kira kaum dan agama. Menyediakan prasarana seperti dewan komuniti dan serba guna
untuk lakukan aktiviti kemasyarakatan. Membina perumahan yang mengandungi pelbagai
pelbagai kos- rendah, sederhana dan mewah.
15. Memperkenalkan konsep sekolah Wawasan sebagai satu daripada pendekatan
alternatif untuk pupuk perpaduan dan integrasi nasional. Menggabungkan dengan
membina dua atau tiga buah sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar.
Memperkenalkan PLKN bagi menanam semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
Memupuk perpaduan etnik dan integrasi nasional. Membentuk perwatakan positif menerusi
nilai-nilai murni.
16. PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEK HUBUNGAN ETNIK
17. Diperkenalkan pada tahun 1975. Pada peringkat awal, Rukun Tetangga bertujuan
untuk mengawal keselamatan di kediaman masing-masing. Visi & Misi: Memupuk

persefahaman & bertolak ansur kearah pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Objektif: Memelihara, meningkat dan kukuhkan perpaduan selaras dengan dasar
perpaduan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Di
perkenalkan sebagai langkah untuk rakyat menjaga keselamatan kawasan kediaman dan
penekanan terhadap konsep kejiranan. Melakukan aktiviti kejiranan seperti amalan kunjung
mengunjung, sukan, ceramah kesihatan, keagamaan, keusahawanan dan lain-lain Rukun
Tetangga
18. Di adakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia. Masyarakat
pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka. Contoh: Perayaan Hari
Raya Aidil fitri Tahun Baru Cina Deepavali Krismas Memperlihatkan keharmornian hubungan
etnik dan membuktikankan kesepaduan sosial dalam masyarakat berada pada tahap yang
tinggi walaupun berlainan agama, etnik dan budaya. Di adakan sempena sambutan musim
perayaan sesuatu kaum di Malaysia. Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah
jiran tetangga mereka. Contoh: Perayaan Hari Raya Aidil fitri Tahun Baru Cina Deepavali
Krismas Memperlihatkan keharmornian hubungan etnik dan membuktikankan kesepaduan
sosial dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun berlainan agama, etnik
dan budaya. Rumah Terbuka
19. Penerimaan Budaya Masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India termasuk juga
etnik bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menerima budaya etnik Melayu dari segi
pakaian dan makanan. Begitu juga etnik Melayu, menerima budaya daripada etnik lain
seperti penggunaan angpau yang terkenal di dalam budaya etnik Cina. Penerimaan Budaya
Masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India termasuk juga etnik bumiputera di Sabah
dan Sarawak telah menerima budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan. Begitu
juga etnik Melayu, menerima budaya daripada etnik lain seperti penggunaan angpau yang
terkenal di dalam budaya etnik Cina.
20. Program IPT Menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan
dikalangan mahasiswa yang pelbagai etnik. Antaranya; Menawarkan kandungan kursus di
semua IPT yang menitik beratkan aspek pendidikan yang harmoni dalam masyarakat
pelbagai etnik. Mewujudkan Kelab Perpaduan atau Rukun Tetangga - menyemai kesedaran
tentang kepentingan perpaduan. Mewujudkan Program khidmat Masyarakat- memberi
pengalaman dalam memahami kehidupan rakyat Malaysia. Menerapkan sikap perpaduan
dikalangan pensyarah dengan memberi pendedahan tentang kursus Hubungan Etnik.
21. PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Memainkan peranan untuk
mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia. Terdapat pertubuhan yang
berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perusahaan
Malaysia. Barisan kepimpinan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contoh; Majlis Belia
Malaysia. Terdapat pembahagian mengikut kaum seperti pergerakan Belia 4B, Persatuan
Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan
Perniagaan India Malaysia. Persatuan tersebut telah digunakan oleh NGO untuk adakan
dialog dan seminar.
22. Dana dan geran yang diperolehi dari pihak swasta dan penubuhan institusi seperti
Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Akademi Sains Negara merupakan penjana
pembangunan ekonomi negara yang akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada

semua golongan tanpa mengira etnik. Multi Nasional Corporation (MNC)- menaja aktiviti
yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. YTL Corporation.
Lion Group Maxis Berjaya Group Syarikat berkenaan sering menganjur aktiviti
kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai etnik melalui penajaan dalam pendidikan,
penjagaan alam sekitar, kebajikan atau hari keluarga. Tajaan atau sumbangan tersebut
dikenali sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) Matlamat syarikat MNC memberi
peluang kepada golongan sasar tanpa megira etnik khususnya diluar bandar menikmati
bantuan daripada program CSR.
23. KESIMPULAN Usaha ke arah mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan
pelbagai pihak dan tidak seharusnya diserahkan kepada pihak kerajaan semata-mata.
Pelbagai dasar yang dibuat oleh pihak kerajaan seharusnya disokong oleh masyarakat, NGO
ataupun pihak swasta bagi memastikan hubungan etnik sentiasa berada di dalam keadaan
harmoni.

You might also like